You are on page 1of 9

ASAS MORFOLOGI

KATA GANDA
Nama ahli kumpulan :
Isma Damia BMMB 1084
Nur Marjan
Alya Nasuha

Nama pensyarah :
Nor Azmiza bin Mohd Nor
Definisi
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata
ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada
bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau
tanpa imbuhan.
Kata ganda terdiri daripada
01 Kata ganda penuh 02 Kata ganda berimbuhan

Kata ganda separa


03 04 Kata ganda semu

Kata ganda berirama /


05 berentak
Kata ganda penuh
01 Kata dasar yang diulang atau digandakan
sepenuhnya.

Contoh kata ganda penuh :

• Alat-alat
• Budak-budak
• Ayat-ayat
• Cepat-cepat
Kata ganda berimbuhan
02 Kata ganda yang menambah imbuhan di mana-mana tempat dalam
kata ganda.
Imbuhan tersebut boleh ditambah sama ada awalan kata, selepas
tanda sengkang, akhir kata, atau apitan seluruh kata ganda.

Contoh kata ganda berimbuhan :

• Imbuhan awalan di awal kata: tergesa-gesa, berpura-pura


• Imbuhan awalan selepas tanda sengkang: tahu-menahu, kejar-mengejar
• Imbuhan akhiran di akhir kata: barang-barangan, terang-terangan
• Apitan seluruh kata ganda: tergila-gilakan, menghuru-harakan
Kata ganda separa
03 Kata ganda yang digandakan sebahagian kata dasar
sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal
ataupun kata terbitan.

Contoh kata ganda separa :


• Pohon = pepohon
• Siku = sesiku
• Tikus = tetikus
• Gelang = gegelang
Kata ganda semu
04 Kata ganda yang membawa makna
khusus dan tertentu.

Contoh kata ganda semu :


• Agar-agar
• Anai-anai
• Anting-anting
• Jentik-jentik
Kata ganda berirama/berentak

05 Kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi


(rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contoh kata ganda berirama/berentak :


• Persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum
• Persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar
• Penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang
TERIMA KASIH !

You might also like