You are on page 1of 51

KATA ADJEKTIF

Penghargaan: ISHAK BIN AYUB


IPG Kampus Pulau Pinang
Kata Adjektif
• Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan
yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

• Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, ‘adjektif’ bermaksud kata yang


menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama
• (seperti besar, tinggi, merah)
Kata Adjektif ada beberapa jenis?

9 JENIS
Kata Adjektif terbahagi kepada 9 jenis:-
o Kata Adjektif Sifatan Atau Keadaan
o Kata Adjektif Warna
o Kata Adjektif Ukuran
o Kata Adjektif Bentuk
o Kata Adjektif Waktu
o Kata Adjektif Jarak
o Kata Adjektif Cara
o Kata Adjektif Perasaan
o Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif sifatan atau keadaan
• Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi
pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.

• Sebagai contoh:
gemuruh
tenang
sukar
mudah
sabar
Kata Adjektif Warna

• Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa


pengertian warna sebagai unsur keterangan.

• Sebagai contoh:-
Biru
Hitam
Hijau
Kata Adjektif Ukuran

• Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang membawa pengertian


ukuran sebagai unsur keterangan.

• Sebagai contoh:-
Tajam
Besar
Kurang
Berat
Kata Adjektif Bentuk

• Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang membawa pengertian


rupa bentuk sebagai unsur keterangan.

• Sebagai contoh:-
Bulat
Segi Empat
Segi Tiga
Kata adjektif waktu
• Kata adjektif warna ialah jenis perkataan yang membawa pengertian
konsep masa sebagai unsur keterangan.

• Sebagai contoh:-
Lama
Awal
Kata Adjektif Jarak
• Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang membawa pengertian
konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata
nama.

• Sebagai contoh:-
Jauh
Dekat
Kata Adjektif Cara

• Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang membawa pengertian


keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama.

• Sebagai contoh:-
sentiasa
Kata adjektif perasaan
• Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian
konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata
sendi nama.

• Sebagai contoh:-
Sayang akan (KSN)
Benci pada ( KSN )
Rindu akan (KSN)
Kata adjektif pancaindera
• Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa
pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan
kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama.

• Sebagai contoh:-
rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau (masin), masam,masin,
pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan,kacak
dengar:bising, sunyi, senyap
bau: busuk, wangi, hangit, hapak,hamis,hanyir,
sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin
TUTORIAL

Tonton video ini. Tuliskan kata adjektif yang digunakan


dalam video ini.
• https://youtu.be/TQCJNd4SNhg
Kata tugas
Kata Tugas
• Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja
dan kata adjektif yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam
binaan ayat, klausa dan frasa.

• Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam
sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis
tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,
pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-
tugas lain.
Jenis-jenis Kata Tugas

• Kata Penyambung Ayat

• Kata Prafrasa

• Kata Praklausa

• Kata Pascakata
1) Kata Penyambung Ayat

• Kata penyambung ayat ialah perkataan yang bertugas


menghubungkan dua atau lebih daripada dua binaan ayat.

• Terbahagi kepada dua jenis:


 Kata hubung gabungan
 Kata hubung pancangan
i. Kata Hubung Gabungan
• Kata Hubung Gabungan ialah sejumlah perkataan yang
digunakan untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan, iaitu
perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang
sama taraf seperti lalu, dan, serta, tetapi, atau dan sambil.

• Contohnya:
- Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok.
- Kakak memandu kereta sambil mendengar radio
ii. Kata Hubung Pancangan
• Kata Hubung Pancangan ialah sejumlah perkataan yang
digunakan bagi menghubungkan klausa yang tidak setara pada
klausa utama dalam ayat majmuk pancangan.

• Terbahagi kepada tiga, iaitu:


- Kata Hubung Pancangan Relatif,
- Kata Hubung Pancangan Komplemen,
- Kata Hubung Pancangan Keterangan.
Kata Hubung Pancangan Relatif
• Terdiri daripada perkataan yang, iaitu kata yang berfungsi untuk
menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil.

• Contoh:
- Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.
- Mereka suka menikmati permandangan yang cantik.
Kata Hubung Pancangan Komplemen

• Terdiri daripada perkataan bahawa, dan untuk, iaitu perkataan


yang berfungsi untuk menghubungkan klausa pelengkap
kepada satu klausa utama.

• Contoh:
- Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
- Fairuz datang untuk menziarahi kawan baiknya.
Kata Hubung Pancangan Keterangan

• Terdiri daripada perkataan yang menghubungkan klausa utama


dengan klausa yang menjadi keterangan.

• Contohnya, semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, takala,


agar, kalau, setelah, walaupun, meskipun, kerana, dan supaya.

• Contoh:
- Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.
- Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya.
Tugasan:
• Bina jadual untuk membandingkan
- Kata Hubung Pancangan Relatif,
- Kata Hubung Pancangan Komplemen,
- Kata Hubung Pancangan Keterangan
2) Kata Praklausa

• Perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan


bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau
penerang pangkal klausa.
Jenis-jenis Kata Praklausa

• Kata Seru

• Kata Tanya

• Kata Perintah

• Kata Pembenar

• Kata Pangkal Ayat


1. Kata Seru
• Perkataan yang digunakan untuk melahirkan berbagai-bagai
perasaan.

• Kata ini menggunakan penanda seru pada akhir ayat.

• Contoh kata seru:

Oh Eh Wah Amboi
Aduh Syabas Nah Cis
2. Kata Tanya
• Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara
atau seseorang.
• Contoh kata tanya:
Apa Siapa Bagaimana
mengapa bila berapa
3. Kata perintah
• Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang
yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan
permintaan.
Jenis Perintah Kata Perintah Contoh Penggunaan
Rakyat jangan mudah
terpengaruh
Larangan Jangan, usah dengan dakyah komunis

Usah pergi ke sungai yang


dalam airnya
Sila jamu selera.
Silaan Sila, jemput
Jemput masuk.
Tolong angkat baju itu
Permintaan Tolong, minta
Minta bersihkan meja awak
ini
4. Kata Pembenar

• Perkataan yang digunakan untuk membenarkan sesuatu pertanyaan.

• Berikan contoh kata pembenar:


5. Kata Pangkal Ayat
• Perkataan yang digunakan sebagai penanda kesinambungan
ayat dalam wacana dan kedudukannya adalah pada pangkal
ayat.

• Kata ini banyak teks klasik. Contoh:

Alkisah Adapun Sebermula


Hatta Syahadan Maka
3) Kata Prafrasa

• Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di bahagian


hadapan frasa. Seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa
adjektif.
• Kata ini dapat di bahagikan kepada sembilan jenis
yang berikut:

• Kata Bantu
• Kata Penguat
• Kata Penegas
• Kata Nafi
• Kata Pemeri
• Kata Arah
• Kata Bilangan
• Kata Sendi Nama
• Kata Adverba
Nyatakan contoh perkataan bagi setiap jenis kata di atas
1. Kata Bantu

• Perkataan yang digunakan bagi menimbulkan makna-makna


tambahan dalam frasa kerja.
• Kata ini terbahagi kepada dua, iaitu:

I. kata Bantu Aspek – bertugas menimbulkan suasana


perbezaan masa, sama ada masa ini, masa akan datang, atau
masa lampau. Contoh: Pernah, sudah, telah, belum, sedang,
masih dan akan.

II. Kata Bantu Ragam – bertugas untuk menyatakan atau


menerangkan ragam perasaan berkaitan perbuatan yang
dilakukan. Contohnya: Harus, mahu, hendak, mesti, boleh dan
dapat.
2. Kata Penguat
• Perkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang terkandung
dalam kata adjektif.

• Kata ini terbahagi kepada tiga jenis:


i. Kata Penguat Hadapan – kedudukannya adalah di hadapan kata
adjektif. Contoh: Paling, terlalu dan agak.

ii. Kata Penguat Belakang – kedudukannya adalah di belakang kata


adjektif. Contoh: sekali, benar dan nian.

iii. Kata Penguat Bebas – kedudukannya sama ada di hadapan atau di


belakang kata adjektif. Contoh: sungguh, amat dan sangat.
3. Kata Penegas

• Juga disebut sebagai partikel, iaitu perkataan yang digunakan


bagi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam
ayat.
• Kata ini terbahagi kepada dua. Iaitu:

I. Kata yang menegaskan kata adjektif, iaitu


apabila frasa predikat atau bahagian yang
ditegaskan itu mengalami proses pendepanan.
Contoh: -kah, -tah dan –lah.
Bina 1 ayat bagi setiap kata penegas di atas.
II. Kata yang bersifat bebas iaitu perkataan yang
boleh digunakan untuk menegaskan kedua-dua
bahagian ayat, sama ada subjek atau predikat.
Contoh: hanya, lagi, memang, juga, pun dan jua.
4. Kata Nafi
• Perkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkan
seseorang atau sesuatu perkara.

• Contoh: bukan dan tidak.


5. Kata Pemeri
• Perkataan yang digunakan untuk memerikan sesuatu hal atau
sebagai perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama
dalam predikat ayat.

• Contoh:
1. ialah, (digunakan secara persamaan atau ekuatif dan hadir di
hadapan frasa nama)
2. adalah (digunakan secara huraian atau kualitatif dan hadir di
dalam frasa adjektif dan frasa sendi mana)
6. Kata Arah
• Perkataan yang digunakan bagi menunjukkan hala atau jurusan
sesuatu perkara.

• Kata ini digunakan sebelum frasa nama dan lazimnya disertai


oleh kata sendi nama.

• Contoh: atas, bawa, tepi, tengah, hadapan, belakang, selatan,


sisi, dalam, luar, dan antara.
7. Kata Bilangan
• Perkataan yang digunakan bagi menunjukkan jumlah atau bilangan sesuatu
perkara, orang atau benda.

• Kata ini terbahagi kepada lima. Iaitu


i. Bilangan Tentu – contoh: dua, tiga, sepuluh lima ratus.

ii. Bilangan Tak Tentu – contoh: beberapa, seluruh, sekalian, semua.

iii. Bilangan Himpunan– contoh: bertin-tin, berhari-hari, kedua-dua.

iv. Bilangan Pisahan – contoh: masing-masing, tiap-tiap, setiap.

v. Bilangan Pecahan –contoh: separuh, setengah, dua per tiga.


8. Kata Sendi Nama
• Perkataan yang biasanya terdapat di bahagian
hadapan frasa nama.

• Setiap kata sendi nama mempunyai tugas serta


fungsi yang tersendiri dan haruslah digunakan
dengan betul.
• Terdapat sebilangan kata sendi nama yang juga
menjadi golongan kata yang lain seperti
antara(juga sebagai kata arah), sampai(juga
sebagai kata kerja), dalam(juga sebagai kata
adjektif) dan akan(juga sebagai kata bantu).

• Contoh lain ialah:

di, ke, pada, kepada, daripada, dari, untuk,


dengan, oleh, tentang, terhadap, demi, sejak,
seperti, bagai, umpama, laksana, hingga dan
sampai.
9. Kata adverba
• Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata
adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan
tempat.

• Sebagai contohnya,

1. Kami selalu memperkatakan hal itu.


2. Olahragawan itu sihat sentiasa.
3. Hari jadinya ialah hari esok.
4. Ahli perniagaan itu sering kali ke London.
4) Kata Pascakata

• Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas
perkataan.

• Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

• Contoh:
sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.
• Terbahagi kepada dua:

i) Kata penekan – bentuk yang memberikan


penegasan kepada kata yang bergabung
dengannya.

Contoh dalam ayat:


- Lapisan ozon sesungguhnya semakin
menipis.
- Pokok durian itu nampaknya akan berbuah
lebat.
ii) Kata pembenda – bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang
bukan daripada kata nama sebagai kata nama.

Contoh dalam ayat:


- Lajunya ialah 100 km sejam.
- Bukan kepalang sakitnya
Rujukan
• Abdullah al-Majidi. (2014). Kata Tugas. Diperolehi dari
https://www.youtube.com/watch?v=KrzFGRpQHh4 pada 12 Julai 2016.

• Diana Leza. (2015). Resepi dan cara membuat kek keju meleleh. Diperoleh dari
https://www.youtube.com/watch?v=LsES6JKlrpE pada 11 Julai 2016.

• Faridah Nazir. (2016). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.

• Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood.
(2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like