You are on page 1of 15

KERTAS 2

SOALAN 1 : MORFOLOGI (8m)


• GOLONGAN KATA
• PROSES PEMBENTUKAN KATA
GOLONGAN KATA
1. Kata nama
2. Kata kerja
3. Kata adjektif
4. Kata tugas
Kata Tugas
1. Kata hubung
2. Kata seru
3. Kata tanya
4. Kata perintah
5. Kata pembenar
6. Kata pangkal ayat
7. Kata bantu
8. Kata penguat
9. Kata penegas
10. Kata nafi
11. Kata pemeri
12. Kata sendi nama
13. Kata arah
14. Kata bilangan
15. Kata penjodoh bilangan
16. Kata penekan
17. Kata pembenda
Kata pemeri
• Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
• Kata pemeri : ialah , adalah
• ‘ialah’ hadir di hadapan frasa nama.
• Contoh ayat:
• Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu /ialah masalah pemanasan global.
• ‘adalah’ hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
• Contoh:
• Sumbangan beliau /adalah dari segi kewangan.
• Makanan seimbang /adalah baik untuk kesihatan.
• Kata seru berfungsi untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan dan
digunakan dalam ayar seruan. Contoh : syabas, aduh, wahai…
• Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu
penyataan. Contoh : ya, benar, betul.
• Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan
ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Biasanya digunakan dalam Bahasa Melayu lama.
Contoh : hatta, maka, syahadan, Adapun, kalakian, alkisah, arakian
• Kata bantu hadir sebelum frasa yang bertugas membantu frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa sendi nama. Berfungsi untuk menimbulkan makna
tambanhan dari segi aspek waktu atau ragam.
• Dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata
bantu ragam
• Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa. Contoh: telah
sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula, belum
• Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Contoh:
hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, mungkin
• Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat.
• Contoh: bukan , tidak
• Bukan merupakan kata nafi yang menjadi unsur nafi frasa nama/frasa
sendi nama.
• Contoh : Dia/ bukan adik saya.
• Makanan itu/ bukan untuk Wen Xuan.
• Projek itu /bukan usaha saya.
• Kereta api itu/ bukan dari Ipoh.
• Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.
• Kata nafi ‘tidak’ digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa
adjektif
• Contoh:
• Bapanya /tidak turun ke sawah hari ini.
• Saya /tidak akan datang lagi.
• Kenyataan itu /tidak benar.
• Bandar itu/ tidak besar sangat.
• Kata penegas juga disebut sebagai partikel atau kata penyerta.
• Memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
• Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:
i) Menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh: -kah,
-tah, dan –lah.
Contoh: Siapakah/ nama kamu?
Apatah /daya kita?
Itulah /rumah idaman saya.
ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai
subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya.
Contohnya: juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang,hanya
i. Kami juga /ingin ke pekan.
ii. Mereka /membeli juga barang itu.
iii. Hanya dia /sahabat karib saya.
iv. Memang murid itu /anak saya.
v. Budak-budak itu /memang suka akan permainan itu.
vi. Rombongan pengantin lelaki /belum tiba lagi.
Kata penekan
• Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata
yang bergabung dengannya.
• Contoh: sesungguhnya, nampaknya, lajunya, datangnya
• Lapisan ozon sesungguhnya semakin nipis.
• Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.
Kata Pembenda
• Ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada
kata nama sebagai kata nama.
• Contoh: lajunya, sakitnya, lantangnya

• Contoh ayat:
• Lajunya ialah 100km sejam.
• Bukan kepalang sakitnya.
• Dia berhujah dnegan lantangnya.
• Datangnya secara mendadak.
Proses pembentukan kata
• Kata tunggal
• Kata terbitan
• Kata majmuk
• Kata ganda

You might also like