You are on page 1of 11

KEUTUHAN

GRAMATIKAL
AHLI :
• NABILAH
• KIASATINA
• SYAKILA
• SYAHMI
• REDZUAN
• OII JIA FENG
• Penanda gramatikal yang mewujudkan
keutuhan wacana ialah :

Penanda Penanda
Rujukan Penghubung

Penanda Elipsis
Penggantian
PENANDA RUJUKAN
• Menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata
ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan
• Contoh penggunaan kata ganti nama diri orang :
Radiah merupakan pelajar yang amat rajin. Dia telah
lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. (Kata
ganti nama diri orang yang digunakan sebagai
penanda rujukan ialah dia .)
• Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk :
Mangsa-mangsa banjir di Kampung Seri Murni itu
telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri
Murni. Mereka tinggal di sana sejak seminggu yang
lalu. (Penanda rujukan yang digunakan ialah di sana
.)
PENANDA PENGGANTIAN
• Penanda penggantian bermaksud
menggantikan sesuatu unsur bahasa
dengan unsur yang lain .
• Contoh penggunaan penanda
penggantian ialah : Pelajar-pelajar itu
sering ponteng sekolah . Perbuatan
tersebut hanya merugikan mereka.
PENANDA PENGHUBUNG
• Penanda penghubung digunakan bertujuan
menghubungkan kata dengan kata , frasa
dengan frasa , dan ayat dengan ayat .
• Penanda penghubung mempunyai tiga fungsi
:
Fungsi penghuraian
Fungsi pengembangan
Fungsi penambahan
• FUNGSI PENGHURAIAN :
- Fungsi penghuraian dalam bahasa
Melayu boleh dibuat dengan
menggunakan perkataan-perkataan
seperti seterusnya, pada sudut yang lain,
selain itu, sebaliknya dan sebagainya. –
-Contoh:
Dia bukan malas, sebaliknya dia terpaksa
begitu untuk menyelamatkan diri.
• FUNGSI PENGEMBANGAN
-Ianya sering kali digunakan bagi
mengembangkan idea.
- Contoh perkataan ialah seperti, dan,
tetapi, oleh itu, sebab dan sebagainya.
- Contoh ayat adalah seperti berikut:
a) Dia tidak hadir kerana hujan
b) Kereta itu sudah lama, tetapi
enjinnya masih baik.
• FUNGSI PENAMBAHAN
-Ianya sering digunakan bagi menyatakan
masa atau kejadian.
-Contoh perkataan ialah kemudian,
berikutnya, sebelum, selepas, pada masa,
dalam hal itu, dan sebagainya.
-Contoh:
a) Sebelum mereka datang semua tetamu
telah pulang.
b) Mereka datang, kemudian cuba
mencari ayah.
ELIPSIS
• Elipsis ialah pengguguran kata , frasa , dan
klausa yang telah disebut dalam ayat
sebelumnya.
• Pengguguran dilakukan kerana pendengar atau
pembaca sudah memahami maklumat tersebut.
• Contoh elipsis : Ani : Awak kerja di mana ? (Awak
bekerja di mana ?) Abu : Taman Universiti. (Saya
bekerja di Taman Universiti.) Ani : Dah lama ?
(Sudah berapa lama ?) Abu : Tiga tahun. (Saya
sudah bekerja di sana selama tiga tahun.)
SUMBER RUJUKAN

http://rujuknota.blogspot.my/2009/07/ke
utuhan-wacana.html
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like