You are on page 1of 101

BAHASA MELAYU

SEMESTER 3

KERTAS
910/3

12/02/23 1
CARA PENGUJIAN BM K3 P3

BAHAGIAN BENTUK JUMLAH MARKAH JUMLAH


SOALAN SOALAN

A Objektif 20 20 20

B Subjektif Tiada 45 45
had

JUMLAH 65

12/02/23 2
JAWAB IKUT KEHENDAK SOALAN
UNTUK MENDAPATKAN MARKAH

12/02/23 3
MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN
KATA KUNCI KEHENDAK SOALAN
1. Bina satu wacana Pelajar perlu hasilkan suatu
wacana. Suatu wacana mesti
melebihi satu ayat.
2. Bina suatu wacana yang Jangan menulis hanya satu ayat.
panjangnya tidak melebihi / Patuhi arahan jumlah perkataan.
lebih kurang 40 patah -lebih kurang
perkataan. -tidak melebihi
3. Bina suatu wacana Mesti ada ayat pembuka.
menggunakan semua penanda Semua penanda wacana yang
wacana tersebut. diberikan harus terkandung dalam
wacana yang dihasilkan itu.
12/02/23 4
MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN
KATA KUNCI KEHENDAK SOALAN
4. Bina satu ayat Pelajar mesti membina satu ayat
sahaja. (Jangan bina lebih
daripada satu)
5. Berikan satu contoh Jangan bina ayat.
Berikan contoh sahaja.
6. Berikan satu contoh ayat Pelajar mesti memberikan satu
contoh ayat.
7. Berikan tiga Jangan berikan lebih daripada 3
ciri/bentuk/jenis ciri
8. Berikan satu perbezaan Jawab dalam 1 ayat – guna kata
antara A dan B hubung manakala – perbezaan
12/02/23
mesti setara. 5
TAJUK BAHASA MELAYU
SEMESTER 3 (910/3)

12/02/23 6
BAB 1
WACANA

12/02/23 7
1. KONSEP WACANA

Sesuatu lakuan bahasa


dalam situasi yang
sebenar
12/02/23 8
Koheren
(Runtutan)
2. Ciri
Wacana
yang utuh
Kohesi
(Tautan)

12/02/23 9
KOHEREN (RUNTUTAN)
Definisi Kesinambungan idea antara unit bahasa
yang membentuk sesebuah wacana.

Contoh Amin seorang guru Bahasa Melayu di sekolah


itu. Beliau mengajar mata pelajaran itu sejak 10
tahun yang lalu. Beliau merupakan Guru
Cemerlang Bahasa Melayu. Sejak beliau
mengajar Bahasa Melayu di sekolah itu, prestasi
pelajar dalam subjek Bahasa Melayu semakin
meningkat. Beliau juga merupakan jurulatih
12/02/23 utama Bahasa Melayu SPM. 10
KOHESI (TAUTAN)
Definisi Tautan yang bersifat leksikal antara unsur
yang membina sesebuah wacana.
Contoh Ramzan dan Razman adik beradik kembar.
Mereka mempunyai wajah yang seiras. Mereka
mempunyai hobi yang sama, iaitu melayari
Internet. Mereka sangat aktif dalam unit
beruniform Kadet Remaja Sekolah. Mereka
pernah mewakili persatuan tersebut dalam
Pertandingan Kawat Kaki di peringkat
kebangsaan. Mereka merupakan pengawas
sekolah yang dedikasi.
12/02/23 11
3. JENIS PENANDA WACANA
• Penanda penghubung
- (menghubungkan ayat atau
bahagian-bahagian ayat)
• Penanda rujukan
• Penanda penggantian
• Penanda leksikal
• Penanda elipsis / pengguguran
- pengguguran kata atau frasa yang
telah disebutkan sebelumnya
12/02/23 12
PENANDA PENGHUBUNG
Jenis Penanda Penghubung Contoh
1. Penanda penghubung selain itu, di samping itu, tambahan
tambahan pula, sehubungan dengan itu,
dalam konteks ini, begitu juga
2. Penanda penghubung sebaliknya, biarpun begitu,
tentangan walaupun demikian, sungguhpun,
akan tetapi
3. Penanda penghubung oleh itu, oleh sebab itu, oleh hal
musabab yang demikian, dengan demikian
4. Penanda penghubung Kesimpulannya, pendek kata, akhir
kesimpulan kata, tegasnya, secara ringkasnya
5. Penanda penghubung setelah, kemudian, seterusnya,
tempoh pada waktu ini, selepas itu
12/02/23 13
PENANDA RUJUKAN PENANDA PENGGANTIAN

PERBEZAAN YANG AMAT JELAS

Kata atau frasa yang digunakan


untuk merujuk sesuatu, iaitu
benda, perkara, tempat , atau
Kata, frasa, atau
orang yang disebut dalam klausa yang
sesuatu wacana. menggantikan kata,
frasa atau klausa yang
disebut sebelumnya,
Terdiri daripada:
a.Kata Ganti nama diri yang tidak mahu
b.kata ganti nama tunjuk umum disebut semula oleh
c.Kata ganti nama tunjuk tempat
penulisnya.

12/02/23 14
PENANDA RUJUKAN PENANDA PENGGANTIAN

CONTOH AYAT UNTUK MEMBEZAKAN

a. Kata ganti nama diri Ayat 1


Ali, Ahmad, dan Aminah sahabat Suka memfitnah dilarang oleh
baik. Mereka belajar di SMK agama. Sifat sedemikian boleh
Zulkarnain Farihin. memakan diri sendiri.
(Kata sifat menggantikan frasa
b. Kata ganti tunjuk umum suka berbohong)
Saya meminjam buku nota Halim.
Bukunya itu amat lengkap dan Ayat 2
kemas.
Mereka suka membaca buku.
c. kata ganti tunjuk tempat Amalan baik sebegitu
mendatangkan banyak faedah
Kami sekeluarga pergi ke Melaka.
kepada mereka.
Kami pergi ke sana menaiki
(Frasa amalan baik itu
bas.
menggantikan membaca buku)
12/02/23 15
PENANDA LEKSIKAL - PENGULANGAN

Pengulangan kata/frasa/klausa
•Dia suka melukis. Semasa cikgu sedang mengajar dia
melukis . Pada waktu rehat pun dia melukis. (kata)
•Saya ke rumah rakan karib saya. Rakan karib saya itu
orang Sabah. (frasa)
•Ismail membaca buku semasa adiknya lena.
•Ismail membaca buku di dalam bilik. (klausa)

12/02/23 16
PENANDA LEKSIKAL - BERSINONIM

Pengulangan kata bersinonim


•Pelakon itu sungguh cantik. Dia jelita, tiada
tandingan.
•Saya mengikuti drama itu sampai tamat. Saya
menontonnya hingga selesai/akhir.
•Mereka berdoa agar mereka dipanjangkan umur.
Mereka sedar bahawa usia yang lanjut ada
faedahnya.
12/02/23 17
PENANDA LEKSIKAL - BERHIPONIM
Pengulangan kata berhiponim.
(i)Sampah sarap yang terbiar itu dihurung lalat,
semut, dan lipas. Serangga tersebut boleh
membiak di situ.

(ii)Udang, ketam, sotong dan ikan boleh


didapati di laut dalam. Hidupan akuatik itu
menjadi sumber pendapatan nelayan.
12/02/23 18
PENANDA LEKSIKAL - KOLOKASI
Kolokasi ialah pemilihan kata yang cenderung
digunakan secara berdampingan atau bersama-sama.

Contoh, buku, surat khabar, majalah –media massa.

Kolokasi merupakan persandingan kata. Kata-kata yang


bersanding memilki satu atau lebih ciri yang sama.

Misalnya, Pengetua, penolong kanan, guru, dan murid-


murid.

Semua bentuk tersebut adalah kolokasi, karena sama-


sama warga sesebuah sekolah.
12/02/23 19
CONTOH KOLOKASI
• Dia sampai awal ke sekolah. Waktu itu,
pengetua, penolong kanan dan beberapa orang
guru sudah tiba.
(sekolah: pengetua, penolong kanan, guru)
• Akhbar mengandungi banyak berita. Dalam
akhbar ada rencana.
(Akhbar: berita, rencana)
• Petang semalam hujan terlalu lebat. Kuala
Lumpur di landa banjir.
(hujan lebat : banjir)
12/02/23 20
CONTOH KOLOKASI
• Orang itu mabuk setelah banyak minum
minuman keras.
(Mabuk: minum minuman keras)
• Jalan raya sesak. Lampu isyarat tidak berfungsi.
(Jalan raya: lampu isyarat)
• Majlis perasmian diadakan pada pukul 10:00
pagi. Tetamu mula hadir tetapi juruacara belum
tiba.
(Majlis: tetamu, juruacara)
12/02/23 21
PENANDA ELIPSIS / PENGGUGURAN

• Penghilangan kata atau frasa yang


ada dalam ayat sebelumnya.
a.Abang suka makan mi goreng. Kakak
juga.
b.Cikgu Salim pandai menyanyi. Cikgu
Aziz tidak/tidak pandai.
c. Lulusan universiti harus pandai
berdikari. Tidak boleh mengharapkan
kerajaan. Bijak merebut peluang.
12/02/23 22
KESINAMBUNGAN IDEA DALAM WACANA

Bil Jenis Contoh


1 Sebab dan Kamarul rajin mengulang kaji
akibat pelajaran. (Akibatnya) Dia tiada
masa untuk bersenam
2 Sebab dan Kamarul rajin mengulang kaji
hasil pelajaran. (Hasilnya) Dia
mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan.
3 Sebab dan Kamarul rajin mengulang kaji
tujuan pelajaran. (Tujuannya) Dia ingin
mengubah nasib keluarganya
12/02/23 kelak. 23
KESINAMBUNGAN IDEA DALAM WACANA

Bil Jenis Contoh


4 Latar dan Kamarul rajin mengulang kaji
kesimpulan pelajaran. Sebenarnya, dia
takut dimarahi oleh ayahnya
jika gagal dalam peperiksaan.
5 Syarat dan Kamarul harus rajin
hasil mengulang kaji pelajaran.
Mudah-mudahan, dia dapat
merangkul Anugerah Pelajar
Terbaik pada tahun ini.
6 Perbandingan Kamarul rajin mengulang kaji
12/02/23
pelajaran. Adiknya lagi rajin. 24
KESINAMBUNGAN IDEA DALAM WACANA

Bil Jenis Contoh


7 Aditif – ayat Dia sudah lama menghidap
yang penyakit itu. Penyakit itu amat
memberikan jarang dihidapi manusia; satu
maklumat dalam sejuta.
tambahan
(Ayat yang kedua hanya memberikan
tentang perkara maklumat tambahan tentang penyakit itu).
yang dinyatakan
Tahun ini dia menerima Anugerah
dalam ayat
Pekerja Contoh. Anugerah itu
sebelumnya.
diberikan atas kesungguhan dan
kerajinannya.
(Ayat yang kedua hanya memberikan
maklumat tambahan pada
12/02/23 Anugerah Pekerja Contoh) 25
KESINAMBUNGAN IDEA DALAM WACANA

Hubungan memperkuat isi (mengukuhkan isi


dalam ayat sebelumnya)
a)Sungguh kejam orang itu. Dipukulnya
pembantunya itu sebelum dibunuh dan
dibakarnya. (Memperkuat maksud kejam)

b)Jambangan bunga itu indah sekali.


Bunganya berwarna-warni, bermacam-
macam, dan masih amat segar. (Memperkuat
maksud indah)
12/02/23 26
BAB 2
Retorik

12/02/23 27
KONSEP RETORIK

Seni penggunaan
bahasa yang indah
untuk menarik
perhatian pendengar
sama ada dalam bentuk
lisan mahupun tulisan.
12/02/23 28
JENIS RETORIK
1. Retorik Pemerian
2. Retorik Pemujukan
3. Retorik Penghujahan
4. Retorik Penceritaan
5. Retorik Pendedahan
12/02/23 29
1. RETORIK PEMERIAN

Pemerihalan tentang
sesuatu secara objektif,
tepat dan jelas.

12/02/23 30
CIRI-CIRI RETORIK PEMERIAN

•Tiada unsur penilaian, pandangan,


atau ulasan peribadi penulis.

•Memberikan gambaran yang realistik


sehingga seolah-olah dapat
digambarkan oleh deria.

•Bersifat deskriptif (maklumat


disampaikan secara huraian) dan
informatif.
12/02/23 31
CONTOH RETORIK PEMERIAN
1. Memerihalkan tempat
Bangunan warisan itu mempunyai bumbung yang tinggi dan berukir cantik. Dindingnya
diperbuat daripada papan bermutu yang terpilih dan dihiasi oleh pemilik asalnya
dengan gambar beburung hutan yang berwarna-warni.

2. Memerihalkan suasana

Suara cengkerik dan unggas bergemersik. Mentari mula mengintai, menyemarakkan cahaya keemasannya. Burung-
burung serindit berdecat-decit, mengembangkan sayap, meredah samudera langit mencari rezeki.

3. Memerihalkan orang

Emak saya merupakan seorang wanita yang cantik. Dia suka berbaju kebaya. Tingginya 5 kali 6 inci.
Beratnya 55 kilogram. Hari ini dia memakai baju berwarna biru laut. Pinggangnya amat ramping. Rambutnya
yang mencecah bahu itu didandan dengan kemas dan rapi. Semua mata yang memandangnya pasti
terpersona. Saya sayang ibu saya.

12/02/23 32
RETORIK PEMUJUKAN

Seni penggunaan bahasa


yang bertujuan untuk
mempengaruhi audiens
agar melakukan sesuatu
tindakan seperti yang
disarankan
12/02/23 33
CIRI-CIRI RETORIK PEMUJUKAN

1.Mempunyai persamaan erat


dengan retorik penghujahan.
2.Memanfaatkan unsur emosi dan
psikologi.
3.Bertujuan mempengaruhi dan
mengubah pendirian khalayak

12/02/23 34
CONTOH RETORIK PEMUJUKAN
Pemujukan Rasional
Kami menawarkan perkhidmatan pakej pelancongan
yang istimewa untuk semua lapisan masyarakat.
Pakej yang kami sediakan meliputi harga tambang
yang murah, destinasi pelancongan yang terkenal,
dan penginapan yang selesa.

Pemujukan Tidak Rasional/ bersifat sentimental


Jom kembali langsing dan cantik. Produk kami
sudah terbukti berkesan. Anda boleh berjaya
turun 8 kilogram dalam masa seminggu. Wow,
Justin Bieber tergila-gilakan anda lepas ini!
Cubalah produk kami.
12/02/23 35
RETORIK PENCERITAAN
Suatu seni bahasa
yang digunakan
untuk memaparkan
urutan peristiwa
mengikut turutan
tertentu.
12/02/23 36
CIRI-CIRI RETORIK PENCERITAAN

1.Mempunyai pelbagai genre.


2.Bersifat imaginatif dan kreatif.
3.Mengandungi mesej tertentu
4.Kurang menitikberatkan
ketepatan tatabahasa.
5.Menggunakan gaya bahasa yang
menarik dan indah.
12/02/23 37
CONTOH RETORIK PENCERITAAN
Sastera kreatif
Suara itu terus-menerus menggangguku, melemaskan
diriku. Aku bangun dari tempat tidurku, tercari-cari suara itu.
Aku keluar masuk ke bilikku, ke ruang tamu. Tapi masih tak
kutemui. Aku cuba tidur kembali. Menutup telingaku sekuat
hatiku.

Sastera bukan kreatif


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada hari Jumaat,
20 Disember 1925. Beliau digelar ‘Bapa Pemodenan
Malaysia’ dan merupakan pemimpin yang paling lama
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16
Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
12/02/23 38
RETORIK PENDEDAHAN

Memaparkan takrifan,
mengandungi contoh,
huraian, pengkelasan,
perbandingan,
dan lain-lain.
12/02/23 39
CIRI-CIRI RETORIK PENDEDAHAN

1.Bertujuan memberikan maklumat.


2.Digunakan untuk menjelaskan
konsep atau istilah.
3.Menghuraikan sesuatu topik secara
objektif
4.Menggunakan teknik pentakrifan
dan analisis.

12/02/23 40
CONTOH RETORIK PENDEDAHAN

Penyakit Rabies atau Penyakit Anjing


Gila merupakan penyakit virus yang
boleh dicegah dan ia paling kerap
disebarkan melalui gigitan haiwan.
Penyakit ini boleh menyebabkan radang
otak akut pada haiwan berdarah panas
dan merebak dari satu spesis ke spesis
lain. Apabila virus rabies ini menjangkiti
sistem saraf pusat, ia akhirnya
menyebabkan penyakit di dalam otak
dan lebih merbahaya ia boleh
menyebabkan kematian.
12/02/23 41
RETORIK PENGHUJAHAN

Seni pemakaian bahasa yang


mengandungi usul, gagasan,
saranan, atau cadangan yang
disokong dengan hujah yang
kuat.
12/02/23 42
CIRI-CIRI RETORIK PENGHUJAHAN
• Disampaikan dengan jelas, berkesan, dan
meyakinkan.

• Teknik penyampaian adalah secara deduksi,


induksi, atau analogi.

• Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin


akan pendapat yang dikemukakan.

• Usul jelas dan hujah bernas.


12/02/23 43
CONTOH RETORIK PENGHUJAHAN

Sektor pertanian merupakan sektor


ekonomi yang harus diberikan fokus utama
dalam memajukan ekonomi negara kita.
Sektor pertanian berupaya mengurangkan
kadar import bahan makanan dari negara-
negara lain yang memerlukan kos yang
amat tinggi. Pada masa yang sama kadar
pengaliran wang ke luar negara dapat
dikurangkan. Hakikatnya, kita mempunyai
banyak kelebihan dalam bidang tersebut.
Jadi, semua pihak seharusnya bekerjasama
untuk memastikan usaha tersebut
diberikan sokongan.
12/02/23 44
TEKNIK PENYAMPAIAN IDEA

1. Teknik deduksi
2. Teknik induksi
3. Teknik eklektik
4. Teknik analogi
12/02/23 45
TEKNIK DEDUKSI

Penulisan yang
bermula dengan
suatu pernyataan
umum, diikuti oleh
satu/lebih pernyataan
khusus.
12/02/23 46
CONTOH TEKNIK DEDUKSI
Pernyataan Contoh ayat
Umum Punca utama masalah ponteng sekolah ialah
ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya.
Khusus Mereka terlalu mementingkan kerjaya demi
mengejar pangkat dan kedudukan.
Khusus Akibatnya, mereka kurang memberikan
perhatian dan kasih sayang terhadap anak-
anak.

Khusus Mereka juga tidak pernah memberikan


kerjasama apabila pihak sekolah
memaklumkan bahawa anak mereka ponteng
sekolah.
12/02/23 47
TEKNIK INDUKSI

Penulisan yang
bermula dengan
pernyataan khusus
dan diakhiri oleh
pernyataan umum.
12/02/23 48
CONTOH TEKNIK INDUKSI
Pernyataan Contoh ayat
Khusus Ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya demi
mengejar pangkat dan kedudukan.
Khusus Akibatnya, mereka kurang memberikan
perhatian dan kasih sayang terhadap anak-
anak.
Khusus Mereka tidak pernah memberikan kerjasama
apabila pihak sekolah memaklumkan bahawa
anak mereka ponteng sekolah.
Umum Jelaslah bahawa punca utama masalah
ponteng sekolah ialah ibu bapa yang terlalu
mementingkan kerjaya.
12/02/23 49
TEKNIK EKLEKTIK

Penulisan yang
bermula dengan
pernyataan umum,
diikuti oleh pernyataan
khusus dan diakhiri
oleh pernyataan
umum.
12/02/23 50
CONTOH TEKNIK EKLEKTIK
Pernyataan Contoh ayat
Umum Punca utama masalah ponteng sekolah ialah ibu
bapa yang terlalu mementingkan kerjaya.
Khusus Mereka terlalu mementingkan kerjaya demi
mengejar pangkat dan kedudukan.
Khusus Akibatnya, mereka kurang memberikan perhatian
dan kasih sayang terhadap anak-anak.
Khusus Mereka juga tidak pernah memberikan kerjasama
apabila pihak sekolah memaklumkan bahawa
anak mereka ponteng sekolah.

Umum Jelaslah bahawa ibu bapa yang terlalu


mementingkan kerjaya merupakan punca utama
masalah ponteng sekolah.
12/02/23 51
TEKNIK ANALOGI

Satu cara mengusulkan


sesuatu gagasan dengan
memberikan bandingannya
dengan suatu perkara lain
yang mempunyai kaitan yang
erat. Bandingan itu dapat
mengukuhkan usul itu sehingga
dapat diyakini
oleh khalayak.
12/02/23 52
CONTOH TEKNIK ANALOGI
Pernyataan Contoh ayat
Idea Saya yakin, di Universiti Sains Malaysia nanti,
Jamal akan berjaya menamatkan pengajiannya
sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah.
Analogi Hal ini demikian disebabkan dia merupakan
pelajar pintar yang amat rajin. Dia berjaya
memperoleh semua A dalam peperiksaan
STPM dan seterusnya memperoleh ijazah
Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang
linguistik. Dia berhasrat untuk menyambung
pengajian ke peringkat sarjana dan doktor
falsafah. Memandangkan kegigihannya selama
ini, memang amat besar kemungkinan dia akan
memperoleh ijazah tertinggi itu sebelum dia
mencapai usia 30 tahun.
12/02/23 53
BAB 3
Variasi
Bahasa

12/02/23 54
KONSEP VARIASI BAHASA

Kelainan pertuturan dalam


bahasa
,
FAKTOR WUJUDNYA VARIASI BAHASA

1) Faktor geografi atau kawasan


2) Faktor sosial – berkaikan kumpulan penutur
3) Faktor kontekstual – hubungan antara peserta dalam sesuatu
konteks pertuturan.
,
12/02/23 55
1. DIALEK DAERAH
Definisi konsep Variasi bahasa yang dituturkan oleh
sekumpulan penutur sesuatu bahasa di sesuatu
kawasan.
Ciri-ciri a) Tidak mementingkan ketepatan tatabahasa
b) Banyak menggunakan kosa kata daerah
c) Banyak menggunakan kependekan kata
d) Digunakan secara lisan

Contoh a) Dialek Kelantan – ambo/kawe


b) Dialek Negeri Sembilan – eden/ den
c) Dialek Perak – teman
d) Dialek Sarawak – kamek
e) Dialek Terengganu - ambe
12/02/23 56
2. SUBDIALEK
Definisi konsep Variasi bahasa yang wujud dalam sesuatu
dialek daerah.
Ciri-ciri a) Terdapat perbezaan pertuturan antara
penutur yang menetap di daerah yang
berbeza.
b) Jumlah subdialek bergantung kepada luas
atau tidaknya kawasan sebaran sesuatu
dialek itu.
Contoh Terdapat beberapa subdialek bagi bahasa
Melayu Johor :
-Subdialek daerah Batu Pahat
-Subdialek daerah Muar
-Subdialek daerah Segamat
-Subdialek daerah Johor Baharu
12/02/23 57
3. ISOGLOS
Definisi konsep Garis pemisah / garis sempadan antara dialek.
Ciri-ciri Satu garisan dalam pemetaan dialek yang
melingkungi sesuatu kawasan yang
mempunyai ciri-ciri linguistik yang sama dalam
sesuatu bahasa

4. IDIOLEK
Definisi konsep Kelainan prtuturan atau dialek individu.
Ciri-ciri a) Dapat dilihat melalui individu bertutur
secara keseluruhan.
b) Berkaitan dengan sifat/ciri semula jadi
individu dari aspek pertuturan.
c) Perbezaan ini menyebabkan kita mengenali
individu itu hanya dengan mendengar
12/02/23 suaranya sahaja. 58
5. VARIASI BAHASA
BAKU/STANDARD
Definisi konsep Variasi bahasa yang diiktiraf, diterima sebagai
betul, dan dijadikan rujukan oleh seluruh
penutur bahasa Melayu.
Ciri-ciri a) Digunakan oleh penutur yang berpendidikan.
b) Digunakan dalam konteks yang rasmi dan
urusan surat menyurat kerajaan.
c) Mematuhi sistem tatabahasa
d) Mempunyai pelbagai laras – kosa katanya
sentiasa bertambah.
Fungsi a) Bahasa ilmu dan bahasa rasmi
b) Penyatu – menyatukan semua penutur
bahasa Melayu di Malaysia.
c) Pemisah – memisahkannya dengan penutur
Bahasa Melayu di Brunei dan Indonesia.
12/02/23 59
6. VARIASI PIJIN, PASAR, DAN
KREOL
Perkara Bahasa Pijin Bahasa Pasar Bahasa Kreol
Bahasa yang bermula Bahasa yang dituturkan oleh Bahasa pijin yang
daripada hubungan antara orang Cina, India, dan digunakan secara umum
dua atau lebih kumpulan penutur lain apabila mereka oleh segolongan penutur
Definisi penutur yang menuturkan bertutur dengan penduduk sehingga dikuasai sebagai
konsep bahasa yang berbeza. tempatan / sesama mereka. bahasa ibunda dan
(Pendatang luar digunakan dalam
berkomunikasi sesama perhubungan seharian
mereka sendiri)
a) Digunakan dalam a) Digunakan dalam a) Masih mempunyai
konteks tidak formal konteks tidak formal. persamaan dengan
b) Kosa katanya terbatas b) Berlaku pertukaran dan bahasa pijin
dan diberikan makna perubahan kod dari b) Terus berkembang
Ciri-ciri tertentu berbeza aspek kosa kata, pesat sehingga
daripada makna asal. sebutan, frasa dan ayat. menghilangkan ciri-ciri
c) Aspek tatabahasa dan c) Tidak mematuhi sistem bahasa pijin.
struktur ayatnya tatabahasa Bahasa c) Kosa katanya paling
dipermudah. Melayu. banyak sumber.
12/02/23 60
6. VARIASI PIJIN, PASAR, DAN
KREOL
Perkara Bahasa Pijin Bahasa Pasar Bahasa Kreol
Contoh Pijin Bangla Kaum Cina + Kaum India Bahasa Baba Nyonya
Kaum Cina + Kaum Melayu
Kaum India + KaumMelayu
Kaum Melayu + Orang Bukan
Melayu

Contoh a) Mendi ada sabun a) Lu mana pigi? a) Lu orang mo pegi


kosa b) Mendi tada b) Gua mau kasi tau sama mana?
kata / sabun aya b) Nanti dulu, kita
ayat c) Kincin c) Dia mana mali orang masak, lu
d) Cucey Moka d) Itu budak tinggi punya orang tunggu
e) Tukar roti banyak pandai makan.
f) Sila yikut erehan e) Aci punya ruma banyak c) Gua mo masak
besa. nasik dulu.

12/02/23 61
7. BAHASA HALUS DAN BAHASA KASAR
Perkara BAHASA HALUS BAHASA KASAR
Definisi Penggunaan bahasa yang sopan atau Penggunaan kosa kata yang keras
konsep honorifik. dan kasar sehingga kadang-kadang
sukar diterima oleh pendengar.

Ciri-Ciri a) Dikaitkan dengan faktor kontekstual. a) Intonasi yang digunakan tinggi


b) Digunakan dalam hubungan antara dan kadang-kadang
penutur dan pendengar yang menunjukkan emosi marah.
mempunyai status sosial yang b) Kata ganti nama diri tidak
berbeza. menunjukkan keharmonian.
c) Mengutamakan diksi yang sopan, c) Tidak menekankan penggunaan
beradab, dan lebih manis tatabahasa yang betul

Contoh Orang gaji, orang rumah, ke sungai Membuta


Boleh
Kosa kata kecil, bapa budak itu, sila duduk, encik, Melantak menunjukkan
atau cik, jemput masuk, kembali ke Bini kemesraan?
frasa
12/02/23
rahmatullah, datang bulan 62
8. BAHASA FORMAL DAN BAHASA TIDAK FORMAL

Perkara BAHASA FORMAL BAHASA TIDAK FORMAL


Definisi Digunakan dalam hubungan rasmi Digunakan dalam perbualan harian
konsep seperti majlis kerajaan, media massa, yang tidak formal
dan perbincangan rasmi
Ciri-Ciri a) Mematuhi aspek tatabahasa a) Tidak terikat sepenuhnya
sepenuhnya dengan ketepatan tatabahasa
b) Penggunaan kata ganti nama diri b) Kata ganti nama diri terdapat
yang formal. pengaruh dialek
c) Tidak menggunakan sebarang c) Banyak menggunakan unsur
unsur singkatan singkatan (ku, mu, kau)
d) Tidak ada percampuran kod d) Terdapat percampuran kod
Contoh a) Saya sedang makan nasi. a) Aku tengah makan nasi.
Kosa kata b) Tuan-tuan dan puan-puan b) Semua berdiri, kita mau nyanyi
atau dipersilakan berdiri untuk lagu “Negaraku”
frasa menyanyikan lagu “Negaraku”. c) Jangan kau duduk situ.
c) Jangan engkau duduk disitu.
12/02/23 63
9. BAHASA MESRA, BASAHAN, SLANGA
Perkara BAHASA MESRA BAHASA BASAHAN BAHASA SLANGA
Definisi Digunakan untuk Bahasa yang digunakan Bahasa yang dituturkan
konsep menunjukkan hubungan dalam kehidupan seharian oleh sekumpulan penutur
yang mesra dan harmoni. masyarakat penutur tertentu.
a) Kosa kata dan intonasi a) Tidak mementingkan a) Lazimnya variasi
yang menunjukkan ketepatan tatabahasa. bahasa yang
kelembutan dan b) Wujud pertukaran kod digunakan oleh
kesopanan. dan pengaruh dialek golongan remaja,
Ciri-ciri b) Menggunakan kata ganti daerah, b) Merupakan bahasa
yang menunjukkan c) Kata ganti nama diri dan tidak formal.
kemesraan – nama panggilan kekeluargaan c) Kosa katanya
sendiri, gelaran yang digunakan umum. mempunyai makna
kekeluargaan. d) Kadang-kadang terdapat tertentu yang hanya
c) Ada kala menggunakan penggunaan bahasa difahami oleh
kiasan. kasar kumpulan berkenaan
sahaja
Contoh a) Bang, Ain nak makan. a) Kawe nak gi makan a) Lu langsi lu mati
b) Mak, jom gi pasar. b) Kita orang dari Sabah b) Wa tangkap cintan le
12/02/23 64
10. VARIASI BAHASA ISTANA
Definisi konsep Digunakan oleh kerabat diraja antara sesama
mereka, oleh kalangan diraja dengan rakyat
biasa, atau sebaliknya.
Ciri-ciri a) Terkategori sebagai bahasa halus
b) Mempunyai kata-kata yang berunsurkan
pemulukan, pendinaan, dan ungkapan rutin.
c) Mempunyai kosa kata khusus yang berbeza
daripada bahasa biasa. – santap, gering
d) Menggunakan kata ganti nama diri dan
sistem sapaan formal – bonda, kekanda
Contoh a) Pemulukan – menjunjung sembah duli
tuanku, ke bawah duli yang maha mulia
b) Pendinaan – patik pacal yang hina
c) Ungkapan rutin – ampun tuanku beribu-ribu
ampun, sembah patik harap di ampun.
12/02/23 65
11. DIGLOSIA, DWIBAHASA, MULTIBAHASA
Perkara DIGLOSIA DWIBAHASA MULTIBAHASA
Definisi Sebuah masyarakat Keadaan Seseorang yang
konsep yang menggunakan memperlihatkan menguasai lebih
dua bahasa atau dua seseorang itu daripada dua
variasi bahasa yang menguasai dua bahasa, sama ada
berbeza, yakni satu bahasa pada tahap pada tahap yang
daripada bahasa atau kefasihan yang sama atau berbeza.
variasi prestij tinggi sama.
dan satu lagi lebih
rendah yang
digunakan untuk
tujuan dan situasi
yang berlainan.

12/02/23 66
BAB 4
Laras Bahasa

12/02/23 67
KONSEP LARAS BAHASA

Ciri khusus
penggunaan
sesuatu bahasa
berdasarkan bidang
12/02/23 68
LARAS SAINS
• Ciri khusus penggunaan bahasa
berdasarkan bidang sains
CIRI LARAS SAINS
1.Disampaikan secara formal dan objektif
2.Maklumat berdasarkan kajian, fakta dan
eksperimen.
3.Banyak menggunakan formula atau rumus,
berkaitan dengan sains.
4.Banyak menggunakan kata nama dan kurang
menggunakan kata adjektif.
12/02/23 69
LARAS EKONOMI
• Ciri khusus penggunaan bahasa
berdasarkan bidang ekonomi.

CIRI LARAS EKONOMI


1. Mengemukakan bukti dalam bentuk data
dan statistik
2. Maklumat disampaikan secara tersusun,
jelas, dan eksplisit (tersurat)
3. Banyak menggunakan carta, graf, dan
jadual untuk memaparkan maklumat
tertentu.
12/02/23 70
LARAS UNDANG-UNDANG
• Ciri khusus penggunaan bahasa berdasarkan bidang
undang-undang.

CIRI LARAS UNDANG-UNDANG
1. Mempunyai nota tepi.
2. Mengandungi rujuk silang.
3. Menggunakan sistem pernomboran
4. Tiada graf, gambar, unsur metafora,
peribahasa, kiasan, dan sebagainya

12/02/23 71
LARAS AGAMA
• Ciri khusus penggunaan bahasa berdasarkan bidang
agama.

CIRI LARAS AGAMA
1. Menggunakan istilah agama.
2. Menunjukkan pengaruh Bahasa Arab
3. Digunakan untuk membincangkan isu-isu
keagamaan.
4. Banyak memberikan tafsiran mengenai
sesuatu berdasarkan al-Quran.
12/02/23 72
LARAS SASTERA
• Ciri khusus penggunaan bahasa berdasarkan bidang sastera.

CIRI LARAS SASTERA KREATIF


1. Mementingkan penyusunan, pemilihan, dan
pengolahan kata yang berkesan.
2. Laras kreatifnya kurang mementingkan
ketepatan tatabahasa.
3. Menggunakan gaya bahasa yang menarik,
kreatif, dan imaginatif (menggunakan unsur
keindahan bahasa, spt perlambangan,
personifikasi, metafora, simile, peribahasa,
kiasan, dan sebagainya).
12/02/23 73
LARAS SUKAN
• Ciri khusus penggunaan bahasa berdasarkan
bidang sukan.

CIRI LARAS SUKAN


1. Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa

2. Mementingkan kesan emotif kepada khalayak.

3. Menggunakan istilah yang berkaitan dengan aktiviti


sukan.

4. Menggunakan kosa kata biasa tetapi dengan maksud


yang menyegarkan.

12/02/23 74
LARAS RESIPI
• Ciri khusus penggunaan bahasa berdasarkan bidang
masakan.

CIRI LARAS RESIPI


1. Bahasanya ringkas tepat dan jelas
2. Banyak menggunakan kata kerja bentuk
tunggal
3. Banyak menggunakan ayat perintah.
4. Kurang menitikberatkan aspek
tatabahasa.
5. Penjelasan mengikut turutan/proses
yang berkesinambungan.
12/02/23 75
LARAS IKLAN
• Ciri khusus penggunaan bahasa berdasarkan bidang
pengiklanan.

CIRI LARAS IKLAN

1. Bahasanya ringkas
2. Mementingkan ketepatan diksi
3. Bahasanya kreatif dan berkesan
4. Banyak menggunakan kata adjektif
5. Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa
6. Menggunakan Bahasa yang bersifat emotif
dan sensasi
12/02/23 76
BAB 5
Semantik

12/02/23 77
KONSEP SEMANTIK

12/02/23 78
DENOTATIF DAN KONOTATIF
Konotatif
Denotatif Makna tambahan / makna
tersirat bagi sesuatu kata atau
Makna asal sesuatu frasa yang dikaitkan dengan nilai
kata / makna tersurat rasa sama ada positif atau
negatif

Contoh : Telinga
lintah
Makna Denotatif Makna Konotatif
Telinga seekor lintah Tajam pendengaran
12/02/23 79
Konsep, perkataan dan rujukan

Konsep

Lambang Benda

Rajah segitiga semiotik


Ogden dan Richard (1923)
12/02/23 80
PERKAITAN MAKNA DARI SEGI LEKSIKAL
Bil Makna Definisi konsep Contoh
1 Sinonim Perkataan sama / hampir bising – bingit
sama erti sejuk – dingin
2 Antonim Perkataan berlawanan makan – minum
makna rajin – malas
3 Hiponim Kata yang tergolong di Superordinat
bawah satu superordinat Bunga
Subordinat
-Bunga raya
-Bunga matahari
-Bunga tahi ayam

4 Mironim Perkataan yang Holonim


menunjukkan sebahagian Komputer
daripada sesuatu
Mironim
keseluruhan yang lebih
-Skrin
besar
-Monitor
12/02/23
-tetikus 81
PERKAITAN MAKNA DARI SEGI LEKSIKAL
Bil Makna Definisi konsep Contoh
5 Homonim Perkataan/ungkapan yang Ketam – sejenis hidupan
bentuknya sama tetapi Ketam – alat haluskan kayu
Meliputi: berbeza maknanya. Bentuk Ketam – alat menuai padi
-Homofon yang sama meliputi sebutan,
-Homograf ejaan, atau kedua-duanya.
Homofon Perkataan/ungkapan yang Masa, massa
sama sebutan tetapi berbeza Kota, kouta
dari segi ejaan dan maksud.
Homograf Perkataan/ungkapan yang Serak – bersepah
ejaannya sama tetapi Serak – suara tidak keluar
berbeza dari segi sebutan Perang – warna
dan maksud. Perang - pergaduhan
6 Polisemi Perkataan yang mempunyai Kering
banyak makna. Maknanya -Kain itu sudah kering.
berbeza apabila digunakan -Perigi itu kering.
dalam konteks yang -Poketnya kering.
berlainan. -Air matanya sudah
12/02/23 kering. 82
PERUBAHAN MAKNA
Bil Istilah Definisi konsep Contoh

1 Peluasan Perkataan yang asalnya Jambu


makna mendukung makna
khusus, diberikan makna Makna asal – sejenis buah
lain yang lebih luas atau
bersifat lebih umum. Peluasan makna – cantik
atau lawa

2 Penyempitan Perkataan yang pada Ustazah


makna asalnya memiliki makna
yang umum tetapi Makna asal – guru wanita
kemudiannya makna kata
itu menjadi lebih khusus Penyempitan makna –
Guru wanita yang
mengajar Pendidikan
Islam

12/02/23 83
BAB 6
Pragmatik

12/02/23 84
KONSEP PRAGMATIK

Cabang linguistik yang mengkaji


makna ujaran berdasarkan
konteks budaya sesuatu
masyarakat ataupun
penggunaan bahasa dalam
konteks hubungan yang
sebenar dalam masyarakat.
12/02/23 85
BAHASA DALAM KONTEKS BUDAYA
i. Guna kata bandingan
Perumpamaan ii. Tanpa kata bandingan

i. Rangkai kata berkerat


Pepatah ii. Pengucapan satu persatu

i. Mengandungi pengajaran
Bidalan ii. Fikiran yang benar
Peribahasa i. Mengiaskan sesuatu
Kiasan kepada perkara lain

i. Kata orang bijak pandai


Kata hikmat ii. Menjadi pedoman hidup
i. Rangkai kata yang
Simpulan disusun khas – bawa
Bahasa pengertian berlainan
i. Berkaitan dengan adat –
12/02/23
Perbilangan Adat Pepatih 86
BAHASA DALAM KONTEKS BUDAYA

Kiasan Asal Kiasan Sandar

Kiasan terus

Kiasan Kiasan berangkap


Kiasan Berpindah
Kiasan berbunga

Kiasan pemanis
Kiasan
Permanusiaan Kiasan melompat

Kiasan
Kiasan Melarat
12/02/23 Berkacau 87
BAHASA DALAM KONTEKS BUDAYA
“Aku seorang sahaja yang
Bahasa
bekerja bagai nak mampus di
Sindiran sini”.

Bahasa “Hai, tak lama lagi makan nasi


Menggiat minyaklah kita!”

Ragam “Lihatlah tuan-tuan, beginikah


Bahasa
Bahasa Mengejek
orang yang ingin menjadi
pemimpin kita?”

“Hisaplah rokok tu tiga empat


Bahasa
bungkus sehari! Kalau sakit,
Terbalik hospitalkan ada!”

Bahasa Apalah yang ada pada saya,


Merajuk rupa tak elok, harta pun tiada.
12/02/23 88
BAHASA DALAM KONTEKS BUDAYA
“Inikah suami yang kau kata
Bahasa
baik dan bertimbang rasa
Tempelak dulu?”

Bahasa Macam kamu ni nak jadi


Herdik Pengerusi? Jangan haraplah!

Ragam
Bahasa Air setitik dilautkan, tanah
Bahasa Melampau sekepal digunungkan.

Inilah sedikit buah tangan


Bahasa Kecil yang tidak sepertinya.

Bahasa Belajarlah. Belajarlah, demi


Berulang masa depan anda.
12/02/23 89
BAHASA DALAM KONTEKS BUDAYA
Dahlah makan minum kita sediakan,
Bahasa pelajaran kita berikan, nak kawin kita
Naik uruskan. Takkan nafkah anak isterinya pun
kita tanggung!
Malang sungguh nasibnya. Mula-mula,
Bahasa isterinya lari, orang gajinya lari, kemudian
Turun rumahnya dimasuki pencuri, penghabisan
kucingnya pun lari.
Ragam
Bahasa Ah, tidak dapat kubayangkan
Bahasa Seruan/ keluhan seronoknya zaman itu!

Orang lari jangan dikejar


Bahasa Makin murah makin menawar
Bertimbal Alah membeli menang memakai
Setinggi-tinggi manusia berapa kaki?
Bahasa (Jawapannya dua kaki kerana yang
Jenaka ditanya bukan berapa tinggi, tetapi jumlah
12/02/23 kaki 90
BAHASA DALAM KONTEKS BUDAYA
Pertanyaan i. Tidak berjawab
Ingkar ii. Dijawab oleh orang bertanya

Tidak berjawab
Adakah jalan lain untuk kita berjaya, sekiranya kita
tidak mahu berusaha?

Ragam Dijawab sendiri oleh orang bertanya


Bagaimanakah kita dapat bersaing dengan negara
Bahasa maju? Tak lain dan tak bukan, kita perlu bekerja
keras.

Bukan aku tak pandai


Bahasa Bukan
(Sebenarnya aku pandai)

LATIH PELAJAR FAHAM KONSEP SETIAP RAGAM BAHASA


12/02/23
DAN BUAT CONTOH SENDIRI. JANGAN HAFAL 91
KESANTUNAN
BERBAHASA
Kesopanan dan kehalusan
berbahasa yang melibatkan
penggunaan sistem panggilan, kosa
kata, intonasi dan gaya, baik dalam
bentuk tulisan mahupun lisan,
berdasarkan pangkat dan
kedudukan seseorang dalam
masyarakat dan konteks
penggunaannya.
12/02/23 92
Ciri Kesantunan Berbahasa
• Penggunaan ungkapan
bertatasusila
• Penggunaan kata ganti nama
diri mengikut konteks / situasi
• Penggunaan bentuk sapaan /
gelaran dan rujukan kehormat
mengikut situasi
12/02/23 93
JENIS GELARAN
GELARAN KEKELUARGAAN
JENIS GELARAN
Ikatan kekeluargaan Datuk, Nenek, Ibu Ayah, Kakak,
pertalian darah Abang, Adik, Ibu saudara, bapa
saudara, sepupu
Ikatan kekeluargaan ikatan Besan, mertua, menantu, ipar,
perkahwinan biras

JENIS GELARAN
GELARAN PERGAULAN BERSAHAJA
Tuan, puan, encik, cik, saudara, saudari

Formal dan tidak formal


12/02/23 94
GELARAN KURNIAAN / ANUGERAH
BIL GELARAN / JAWATAN RUJUKAN HORMAT
PANGGILAN HORMAT

1 Tun Yang Amat Berbahagia


Toh Puan Yang Amat Berbahagia

2 Tan Sri Yang Berbahagia


Puan Sri Yang Berbahagia

3 Datuk Yang Berbahagia


Datin Yang Berbahagia

12/02/23 95
GELARAN IKHTISAS
BIL GELARAN / JAWATAN PERINCIAN JAWATAN
1 Profesor Diraja Anugerah Khas Ikhtisas
tertinggi
2 Profesor Emeritus Profesor yang telah bersara
tetapi masih aktif
3 Profesor Pencapaian paling tinggi dalam
bidang akademik
4 Profesor Madya Pencapaian satu tingkat di
bawah profesor
5 Dr. Falsafah Pemilik ijazah Doktor Falsafah
6 Dr. Perubatan Berkelulusan dalam bidang
perubatan
12/02/23 96
GELARAN JAWATAN
BIL GELARAN / JAWATAN RUJUKAN HORMAT

1 Perdana Menteri Yang Amat Berhormat


Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat
Menteri Besar/Ketua Mulia (Keturunan raja)
Menteri

2 Menteri / timbalan Yang Berhormat


menteri/ setiausaha Yang berhormat mulia
parlimen / Yang Dipertua (keturunan raja)
Dewan Negara/ Ahli
Dewan Rakyat

12/02/23 97
GELARAN PEJAWAT AWAM
BIL GELARAN / JAWATAN RUJUKAN HORMAT
1 Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
2 Hakim Mahkamah Yang Arif
Persekutuan
3 Peguam Negara / Ketua Yang Berbahagia
Setiausaha Negara /
Panglima Angkatan Tentera /
Ketua Polis nNegara / Ketua
Pengarah Perkhidmatan
Awam / Ketua Setiausaha
Kementerian

4 Ketua Jabatan / Jusa C dan Yang Berusaha


ke atas.
12/02/23 98
GELARAN KEAGAMAAN
BIL GELARAN / RUJUKAN HORMAT
JAWATAN/PANGGILAN

1 Mufti Sahibus Samahah

2 Kadi Besar / Kadi Sahibul Fadillah

3 Ustaz Al-Fadhil

4 Haji (lelaki) Tuan


Hajah (Perempuan) Puan

12/02/23 99
GELARAN WARISAN
BIL JENIS GELARAN/ RUJUKAN
PANGGILAN HORMAT
1 Keturunan raja- Raja, Tengku, Yang Mulia
raja Tuanku, Tunku
2 Keturunan orang Abang, Nik,
besar-besar Wan, Megat,
Meor
3 Keturunan Nabi Syed, syeikh Tuan
Muhammad S.A.W. Sharifah, siti Puan
Cik
4 Keturunan yang Raden, Daeng,
berasal dari luar Sidi, Sutan,
Malaysia Teuku, Teungku
12/02/23 100
GABUNGAN GELARAN
Rujukan
Hormat K I A W

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Tengku Amran

SOALAN SELALUNYA BERKAITAN DENGAN TIGA ISTILAH YANG BERIKUT, IAITU:


1.Rujukan hormat – berikan rujukan hormat sahaja
2.Gelaran – berikan gelaran sahaja.
3.Panggilan hormat – rujukan hormat + KIAW
12/02/23 101

You might also like