You are on page 1of 27

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan ‘menterjemah’ ialah melakukan

kerja menukarkan bahasa sesuatu karangan dan sebagainya kepada bahasa lain. Sementara

itu, menurut kamus The New International Webster’s, perkataan ‘menterjemahkan’ atau ‘to

translate’ bererti menyusun ke dalam bahasa lain; mengungkap dalam istilah lain;

menjelaskan dengan menggunakan perkataan lain. Peter Newmark menyatakan dalam

bukunya bahawa penterjemahan merupakan satu kesenian yang mengandungi usaha untuk

menggantikan mesej dan atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej dan

pernyataan yang sama dalam bahasa lain.

Tugasan ini memerlukan kami untuk menganalisis teks yang telah diterjemah daripada

bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Oleh itu, Bahasa sumber ialah bahasa Inggeris manakala

bahasa sasaran ialah bahasa Melayu. Kami pilih untuk menganalisis Pengenalan dan Bab 1

daripada buku The Glory of the Heavens yang ditulis oleh Harun Yahya. Tajuk buku ini dalam

bahasa Melayu ialah Keindahan di Langit yang diterjemahkan oleh Rohidzir Rais. Buku ini

merupakan buku ilmiah yang ditulis khas untuk kanak-kanak yang beragama Islam.

Pengenalan dan Bab 1 buku ini berkisarkan tentang kewujudan alam semesta. Penulis

menerangkan tentang bila dan bagaimana alam semesta ini wujud serta siapakah

penciptanya. Penulis juga memasukkan beberapa dalil daripada Al-Quran untuk mengaitkan

kewujudan alam semesta ini dengan penciptanya, Allah SWT. Kami ditugaskan untuk

menganalisis teks terjemahan berdasarkan (1) kelainan bahasa dalam terjemahan (Analisis

Kontrastif); (2) kaedah-kaedah terjemahan yang digunakan; (3) padanan makna; dan (4)

kaedah-kaedah menterjemah istilah (Peristilahan).

1
Analisis Teks

1.0 Analisis Kontrastif

Analisis konstratif ialah satu teknik menganalisis dua bahasa yang berbeza dengan

membandingkan perbezaan dan persamaan antara dua bahasa berkenaan secara sistematik.

Dalam aspek terjemahan, teknik ini digunakan untuk memahami penggunaan bahasa

berkenaan untuk mengurangkan kesukaran proses menterjemah.

Bagi tugasan ini, analisis konstratif akan dilakukan pada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

berdasarkan teks yang telah dipilih. Analisis ini akan meliputi perbandingan frasa, ayat dan

kata yang telah digunakan dalam The Glory in the Heavens/ Keindahan di Langit oleh Harun

Yahya.

1.1 Aspek Kata

Penjamakkan kata nama

Dalam bahasa Melayu, penjamakkan kata nama dilakukan dengan menggandakan perkataan

tersebut atau menggunakan penjodoh bilangan. Contohnya, perkataan rotan-rotan atau seikat

rotan digunakan untuk menggambarkan bilangan rotan yang banyak. Berbeza pula dengan

bahasa Inggeris yang menggunakan konsep suffixes iaitu penambahan abjad di hujung

perkataan untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Contohnya:

Bil Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Huraian

1 We are going to give Kami akan Secara amnya, dalam Bahasa

you plenty of similar mengemukakan banyak Inggeris, bentuk jamak bagi

interesting examples contoh-contoh menarik di kata nama yang tidak berakhir

in this book. dalam buku ini. dengan -ch, -j, -s, -x, -z, -sh, -

y, -ce dan –ge akan

2
menggunakan suffix ‘s’. Oleh

itu, example ditambah suffix

‘s’ untuk menunjukkan

terdapat contoh yang banyak.

Manakala, terjemahan Bahasa

Melayu untuk examples ialah

hasil pengandaan perkataan

contoh : contoh-contoh.

2 Some of you might Sebahagian kamu Hukum tatabahasa Bahasa

have travelled to mungkin pernah ke Inggeris menetapkan bahawa

distant countries. negara-negara yang jauh. penggunaan suffix ‘ies’

digunakan untuk menunjukkan

bilangan yang banyak bagi

kata nama yang berakhir

dengan huruf konsonan + ‘y’.

Manakala penjamakkan kata

nama dalam Bahasa Melayu

tetap melalui penggandaan

perkataan atau penggunaan

penjodoh bilagan.

3 Dear children! Now Adik-adik sekalian! Terdapat juga beberapa

think about our Earth, Sekarang fikirkan tentang perkataan Bahasa Inggeris

a tiny speck in this Bumi kita, satu titik debu di yang tidak menggunakan

enormous universe. dalam alam yang amat konsep suffix untuk

luas ini. menggambarkan bilangan

yang banyak. Kata nama yang

tergolong dalam kumpulan ini

3
tidak menggunakan suffix

kerana mereka sudah

mempunyai perkataan tersediri

yang diterima sebagai

mewakili bentuk jamak

perkataan tersebut.

Contohnya, berdasarkan ayat

di atas, bentuk jamak bagi

child yang digunakan dalam

Bahasa Inggeris ialah children

dan bukannya childs.

Penggunaan artikel

Artikel (articles) digunakan dalam Bahasa Inggeris untuk menujukkan sama ada suatu kata

nama itu adalah khusus atau umum. Terdapat dua jenis artikel, iaitu the (khusus) dan a

(umum). Artikel ‘an’ pula digunakan khas untuk menggambarkan kata nama yang bermula

degan huruf vokal dan bersifat umum. Namun begitu, bahasa Melayu tidak memilik konsep

artikel. Oleh itu, terjemahan kata bahasa Inggeris yang menggunakan artikel ke Bahasa

Melayu adalah mengikut kesesuaian ayat tersebut dalam bahasa Melayu. Misalnya:

Bil Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Huraian

1 Little cars placed on a Kereta-kereta kecil yang Penggunaan artikel ‘a’ merujuk

ball topple over on to diletakkan di atas sebiji kepada kata nama selepasnya

the floor. bola jatuh ke lantai. secara umum. Dalam ayat ini,

‘a ball’ menerangkan satu bola

yang tidak spesifik. Oleh itu,

tiada padanan untuk artikel ‘a’

4
selain merujuk kepada satu biji

bola atau sebiji bola.

2 Let us give you an Biar kami berikan satu Artikel ‘an’ berfungsi sama

example: on your contoh: di dalam seperti artikel ‘a’. Namun,

morning journey to perjalanan kamu ke istimewanya artikel ‘an’ ialah

school, imagine that sekolah, bayangkan kamu artikel ini hanya boleh

you took a different melalui jalan yang berbeza digunakan sebelum kata nama

route and found a dan telah menemui sebuah yang bermula dengan huruf

statue. patung. vokal (a, e, i, o, u).

3 Let us remind you that Pakar astronomi ialah Kadang kala, disebabkan tiada

an astronomer is a mereka yang mengkaji padanan yang sesuai, artikel

person who studies angkasa, bintang-bintang akan digugurkan dalam proses

space, the stars and dan galaksi-galaksi. meterjemah ayat. Ini tidak

galaxies. menjadi masalah kerana,

dalam hasil terjemahan, kata

nama yang berkenaan tetap

digambarakan dalam bentuk

umum. Contohnya, an

astronomer ialah pakar

astronomi.

4 Now, think about the Sekarang, fikirkan tentang Artikel ‘the’ merujuk kepada

Sun. Matahari. satu kata nama secara

spesifik. Misalnya, ‘Sun’ ialah

spesifik untuk Matahari.

5 Not only the plants, Bukan sekadar tumbuh- Meskipun penggunaan artikel

trees, birds, insects tumbuhan, pokok-pokok, ‘the’ dalam contoh ini dilihat

and the pets that you burung-burung, seperti merujuk kepada kata

5
love so much, but serangga dan haiwan nama selepasnya secara am,

also your mother, peliharaan yang kamu namun, jika diteliti, artikel ‘the’

father, friends, sayangi, tetapi juga ibu, digunakan untuk merujuk

brothers or sisters ayah, kawan-kawan, secara spesifik kepada

and even you adik-beradik dan malah tumbuh-tumbuhan, pokok-

yourself would not be diri kamu tidak akan pokok, burung-burung,

around. wujud. serangga, haiwan peliharaan,

ibu, ayah, kawan-kawan, adik-

beradik dan diri sendiri yang

disayangi oleh pembaca

sahaja dan bukannya secara

am.

Sistem Kala

Secara amnya, sistem kala ialah kelas kata yang merujuk kepada waktu. Sistem kala

digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang telah berlaku (kala lampau/ past tense), akan

berlaku (kala depan/ future tense) atau sedang berlaku (kala kini/ present tense). Contohnya:

Bil Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Huraian

1 Some of you might Sebahagian kamu Kata kerja (verb) ‘travel’ telah

have travelled to mungkin pernah ke ditambah –ed untuk

distant countries. negara-negara yang jauh. menjukkan bahawa aktiviti

mengembara ini telah berlaku.

Bahasa Melayu tidak memiliki

konsep kala lampau, oleh itu

penambahan perkataan

‘pernah’ digunakan untuk

6
memberi padanan paling

hampir dengan maksud teks

asal.

2 As you read this book, Apabila kamu membaca ‘Will’ menggambarkan sesuatu

you will see that Allah buku ini, kamu akan lihat yang akan berlaku. Oleh itu,

our Creator created bahawa Allah, Pencipta ayat ini adalah contoh kala

our universe and all kita, telah menjadikan depan. Padanan paling hampir

the creatures in it. alam ini dan semua dalam Bahasa Melayu untuk

makhluk di dalamnya. menggambarkan sesuatu yang

akan berlaku ialah

penambahan perkataan ‘akan’.

3 Stars are continually Bintang-bintang sedang Contoh ini menunjukkan

moving away from us. bergerak menjauhi kita penggunaan kala kini. Kala kini

secara berterusan. digunakan untuk

menggambarkan sesuatu yang

sedang berlaku.

Memandangkan tiada konsep

kala kini dalam Bahasa

Melayu, kebiasaannya

perkataan ‘sedang’ akan

ditambah untuk memberikan

gambaran waktu yang sama

dengan teks asal.

Kata Ganti Nama Diri

Sepertimana Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris juga mempunyai kata ganti nama (personal

pronoun). Namun begitu, kegunaan personal pronoun berbeza daripada kata ganti nama diri.

7
Personal pronoun memiliki sifat jantina dan terbahagi kepada kategori subject pronoun dan

object pronoun. Tamsilnya:

Bil Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Huraian

1 The first man who Manusia pertama yang He ialah singular third person

proved that the membuktikan alam ini pronoun atau dalam Bahasa

universe had a mempunyai permulaan Melayu, kata ganti nama diri

beginning was the ialah pakar astronomi ketiga. He digunakan untuk

astronomer Edwin Edwin Hubble. Hubble jantina lelaki/jantan sahaja.

Hubble. Hubble bekerja dengan sebuah Dalam Bahasa Melayu, kata

worked with a giant teleskop gergasi. Suatu ganti nama diri tidak

telescope. One day in hari, pada tahun 1929, mempunyai sifat jantina, oleh

1929, he realised that beliau mendapati bintang- itu, padanan yang paling

the stars were bintang bergerak. hampir ialah beliau. Ini kerana,

moving. beliau ialah kata ganti nama

diri ketiga yang merujuk

kepada insan yang terkemuka

dan dihormati masyarakat,

bersesuaian dengan Edward

Hubble.

3 They will also enjoy Mereka juga tentu gembira Subject pronoun digunakan

learning about these mempelajari topik-topik apabila kata ganti nama diri

thought-provoking yang menarik ini. berfungsi sebagai subjek untuk

topics. klausa. Kebiasaannya, subject

4 Even the things artists Sedangkan benda-benda pronoun diletakkan di

make up out of their yang para artis hasilkan bahagian hadapan ayat dan

heads are made up of daripada otak mereka sebelum kata kerja (verb).

sebenarnya berasal Contoh 3 menunjukkan

8
things they have daripada benda-benda penggunaan subject pronoun.

already seen. yang telah mereka lihat. Contoh 4 pula menunjukkan

penggunaan object pronoun.

Kata ganti nama diri menjadi

object pronoun apabila ia

berfungsi sebagai objek untuk

ayat berkenaan. Namun

begitu, Bahasa Melayu tidak

mempunyai konsep subject

dan object pronoun, oleh itu,

padanan yang paling sesuai

mengikut konteks ayat akan

digunakan dalam hasil

terjemahan. Dalam contoh

diberikan, perkataan mereka

digunakan sebagai padanan

kata ganti nama diri they/ their

meskipun fungsi dan

perkataan they/their berbeza

dalam Bahasa Inggeris.

1.2 Aspek Frasa

Hukum D/M

Hukum D/M atau Hukum Diterang-Menerang ialah peraturan tatabahasa Bahasa Melayu yang

menetapkan bahawa unsur yang diterangkan mesti hadir sebelum unsur yang menerangkan.

Hukum ini digunakan untuk menyusun kata nama majmuk. Misalnya, pisang goreng merujuk

9
kepada makanan, manakala, goreng pisang menerangkan perbuatan menggoreng pisang.

Contoh penggunaan Hukum DM adalah seperti yang tertera di bawah:

Bil Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Huraian

1 Every day you wake Setiap pagi kamu bangun Dalam Bahasa Inggeris, kata

up in your homes on dari tidur di dalam rumah di adjektif (menerangkan) hadir

this round ball. dalam bola bulat ini. sebelum kata nama

2 Now, let's start our Sekarang mari kita (diterangkan). Contohnya,

wondrous journey mulakan perjalanan hebat round (kata adjektif) + ball

through the universe. kita ke alam semesta. (kata nama) = a round ball

3 Have you ever Pernahkah kamu terfikir (bola yang bulat/ kata nama

wondered how the bagaimana cakerawala majmuk). Berdasarkan contoh-

endless universe we yang tidak contoh yang diberikan jelas

live in came into berpenghujung ini sekali perbezaan penyusunan

existence. terbentuk kata nama majmuk antara

Bahasa Inggeris and Bahasa

Melayu. Bahasa Melayu

menggunakan hukum D/M,

manakala Bahasa Inggeris

meletakkan kata adjektif

sebelum kata nama.

1.3 Aspek Ayat

Struktur ayat

Binaan ayat dalam Bahasa Melayu adalah berdasarkan struktur Frasa Nama + Frasa Nama.

Manakala binaan ayat dalam Bahasa Inggeris menggunakan struktur Frasa Nama + Frasa

Kerja.

10
Bil Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Huraian

1 Hubble worked with a Hubble bekerja dengan Hubble (FN) + worked with a

giant telescope. sebuah teleskop gergasi. telescope (FK)

Hubble (FN) + bekerja dengan

sebuah teleskop gergasi (FN)

2 That means Ini bererti semua benda That means everything,

everything, whether sama ada bernyawa atau whether living or non-living

living or non-living, tidak wujud pada waktu (FN) + comes into existence at

comes into existence tertentu. a certain time (FK)

at a certain time. Ini bererti semua benda sama

ada bernyawa atau tidak (FN)

+ wujud pada waktu tertentu

(FN)

3 Billions of years ago, Berjuta-juta tahun dahulu, Billions of years ago (FN) + the

the universe came into cakerawala ini wujud universe came into being after

being after an selepas sebuah letupan. an explosion (FK)

explosion. Berjuta-juta tahun dahulu (FN)

+ cakerawala ini wujud selepas

sebuah letupan (FN)

11
2.0 Kaedah-Kaedah Terjemahan

Terdapat pelbagai cara yang telah digunakan untuk menterjemah dan menganalisis

terjemahan. Walaupun begitu, kaedah kaedah ini mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk

menghasilkan terjemahan yang mudah difahami oleh para pembaca di samping mengekalkan

bentuk dan mesej asal sebagaimana teks sumber.

Terdapat dua kaedah penterjemahan, iatut kaedah lama dan kaedah baru. Kaedah lama

terdiri memfokuskan kepada persamaan formal. Kaedah baru pula memfokuskan kepada

persamaan dinamik. Vinay dan Darbelnet telah menyenaraikan tujuh kaedah berdasarkan dua

kategori tersebut. Pertama, kaedah formal terdiri daripada kaedah pinjaman, peniruan, dan

literal. Seterusnya, kaedah dinamik yang daripada kaedah transposisi, modulasi, persamaan,

dan penyesuaian,

2.1 Kaedah Literal

Kaedah ini digunakan dengan menterjemahkan atau menggantikan perkataan atau frasa

dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau

susunannya.

Contoh:

Bahasa Sumber Terjemahan

1. Now it is time to learn how Allah created Sekarang masanya untuk mempelajari bagaimana

the universe. Allah mencipta alam ini

2. The first man who proved that the Manusia pertama yang membuktikan alam ini

universe had a beginning was the mempunyai permulaan ialah pakar astronomi Edwin

astronomer Edwin Hubble. Hubble.

12
3. Hubble worked with a giant telescope. Hubble bekerja dengan sebuah teleskop gergasi.

4. Furthermore, they are also moving Di samping itu, ia juga bergerak daripada satu sama

away from each other. lain.

5. However, that was illogical! Bagaimanapun,ia tidak masuk akal!

2.2 Kaedah Peniruan

Kaedah ini berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa sasaran namun

istilahnya sahaja yang ditiru atau diterjemah. Terdapat dua jenis peniruan iaitu peniruan

penyampaian (kaedah yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran) dan peniruan struktur

(kaedah yang memasukkan struktur baru dalam bahasa sasaran.

Contoh peniruan struktur:

Atom bomb

Bom atom

Bahasa Sumber Terjemahan

1. Atom bomb Bom atom

2. Pen name Nama pena

3. Celestial body Objek angkasa

4. Galactic centre Pusat galaksi

5. Sandcastle Istana pasir

13
Contoh peniruan penyampaian:

Kristal kaca

Crystal glass

2.3 Kaedah Pinjaman

Pinjaman kata berlaku hasil daripada pertembungan bahasa atau kontak bahasa. Kaedah ini

boleh dianggap sebagai kaedah yang membenarkan kata atau perkataan daripada bahasa

sumber digunakan dalam bahasa sasaran terutamanya apabila sesuatu unsur tidak wujud

atau tiada padanan yang sesuai di dalam bahasa sasaran.

Contoh:

Bahasa Sumber Terjemahan

1. These arms are made up of stars, gas and Tangan-tangan ini terdiri daripada bintang-

dust clouds. bintang, gas dan awan-awan debu.

2. Generally, an enemy chases the hero in Selalunya, musuh akan mengejar hero filem

these films. tersebut

3. The basic colours of the spectrum are red, Warna asas spektrum ialah merah, jingga,

orange, yellow, green, blue, indigo and kuning, hijau, biru, indigo (biru tua) dan ungu.

violet.

4. The most powerful bomb in the world is the Bom paling berkuasa di dunia ialah bom atom.

atom bomb.

5. That nothing can occur spontaneously. Tiada apa pun dapat berlaku secara spontan.

14
3.0 Padanan Makna

Menurut Catford (1965), penterjemahan adalah penggantian kandungan teks dalam suatu

bahasa (bahasa sumber) dengan padanan kandungan teks daripada suatu bahasa lain

(bahasa sasaran). Selain daripada Catford, Nida (1964) menganggap penterjemahan sebagai

proses menghasilkan semula padanan yang paling hampir dengan mesej bahasa sumber ke

dalam bahasa sasaran, pertama sekali dari segi makna dan kedua dari segi gaya. Bukan itu

sahaja, bagi Newmark (1981), penterjemahan dilihat sebagai satu kesenian yang terangkum

dalamnya usaha menggantikan utusan dan/atau pernyataan bertulis dalam satu bahasa

dengan utusan dan/atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain.

Padanan makna perlu dilakukan dengan betul ketika menterjemahkan sesuatu teks. Hal ini

demikian kerana dengan menterjemahkan satu perkataan dengan perkataan yang

mempunyai padanan yang tepat, apabila hasil terjemahan dibaca, teks terjemahan tersebut

seolah-olah ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa

sumber. Konsep persamaan atau padanan makna boleh dibahagikan kepada lima kumpulan

perkataan:

3.1 1 vs 1

Definisi – Konsep padanan makna perkataan bahasa sumber yang mempunyai satu padanan

sahaja dalam bahasa sasaran.

Contoh:

Bil. Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. toy mainan

2. size saiz

3. ball bola

4. sun matahari

15
5. telescope teleskop

6. needle jarum

Huraian – Contoh perkataan di atas menggunakan konsep padanan makna 1 vs 1 kerana

setiap perkataan di atas membawa satu makna sahaja. Contohnya:

Bahasa Sumber: If you put toy cars on top of a ball in your hand, would they be able to stay

on it?

Bahasa Sasaran: Jika kamu letakkan sebuah kereta mainan di atas sebiji bola di atas tangan

kamu, bolehkah ia kekal berada di situ?

3.2 1 vs banyak

Definisi – konsep padanan makna yang mana satu perkataan bahasa sumber mempunyai

banyak padanan makna dalam bahasa sasaran.

Contoh:

Bil. Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. dust habuk, debu

2. truth hakikat, sebenarnya, sebetulnya,

sesungguhnya

3. friends sahabat-sahabat, kawan-kawan,

rakan-rakan

4. school sekolah, pusat pengajian

5. sculptor pemahat, pengukir

6. statue arca, patung

Huraian – Perkataan-perkataan di atas menggunakan konsep padanan makna 1 vs banyak

kerana walaupun bahasa sumber mempunyai hanya satu perkataan, namun apabila

16
diterjemah, ia boleh diterjemah kepada beberapa perkataan. Sebagai contoh, perkataan

‘friends’:

Bahasa Sumber 1: And yet you spend all your day on this round planet, playing and enjoying

yourself with your friends without falling off!

Bahasa Sasaran 1: Sedangkan kamu menghabiskan sepanjang hari kamu di atas planet bulat

ini, bermain dan bergembira dengan rakan-rakan kamu tanpa terjatuh

keluar!

Bahasa Sumber 2: Not only the plants, trees, birds, insects and the pets that you love so

much, but also your mother, father, friends, brothers or sisters and even

you yourself would not be around.

Bahasa Sasaran 2: Bukan sekadar tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, burung-burung,

serangga dan haiwan peliharaan yang kamu sayangi, tetapi juga ibu,

ayah, kawan-kawan, adik-beradik dan malah diri kamu tidak akan

wujud.

3.3 Banyak vs 1

Definisi – Konsep padanan makna yang mana perkataan bahasa sumber yang mempunyai

banyak makna tetapi hanya ada satu padanan dalam bahasa sasaran.

Contoh:

Bil. Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. example, sample, specimen contoh

2. distance, range, space jarak

3. road, path, route, street jalan

17
4. blind, sightless, visionless buta

5. power, authority, force, control kuasa

Huraian – Contoh di atas dikategorikan di bawah konsep padanan makna banyak vs 1 kerana

ia menterhadkan skop penterjemah untuk menerjemah memandangkan bahasa-bahasa

sumber tersebut membawa satu makna dalam bahasa sasaran.

3.3 Banyak vs banyak

Definisi – Konsep padanan makna yang mana perkataan bahasa sumber dan bahasa sasaran

mempunyai rujukan makna yang sama

Contoh:

Bil. Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. universe, cosmos alam semesta, cakerawala

2. live, stay tinggal, diami

3. enormous, massive gergasi, sangat besar

4. city, town bandar, kota

5. limited, minimal, poor terbatas, terhad

6. pregnant, conceive mengandung, hamil

Huraian – Perkataan-perkataan di atas menggunakan konsep padanan makna banyak vs

banyak. Ini kerana kedua-dua bahasa sasaran dan bahasa sumber mempunyai banyak

perkataan yang membawa makna yang sama.

3.5 1 = Ø

Definisi – konsep padanan makna yang mana perkataan bahasa sumber yang tidak

mempunyai padanan dalam bahasa sasaran.

Contoh:

18
Bil. Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. The -

2. A -

3. An -

4. dates tarikh

5. Big Bang Big Bang

Huraian – Contoh perkataan di atas dikategorikan di bawah konsep padanan 1 = Ø kerana

perkataan bahasa sumber tersebut tidak mempunyai padanan makna dalam bahasa sasaran.

Ayat di bawah menerangkan konsep ini:

Bahasa Sumber: The first man who proved that the universe had a beginning was the

astronomer Edwin Hubble.

Bahasa Sasaran: Manusia pertama yang membuktikan alam ini mempunyai permulaan ialah

pakar astronomi Edwin Hubble.

19
4.0 Perisitilahan

Istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan

atau ciri-ciri yang khusus dalam bidang-bidang tertentu. Sesuatu istilah itu mempunyai makna

yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap. Sebagai

contoh, istilah-istilah seperti tort dan habeas corpus hanya digunakan secara khusus dalam

bidang undang-undang. Antara syarat pembentukan istilah ialah kata atau frasa yang dipilih

adalah yang dibentuk berdasarkan kaedah-kaedah yang diterima.

Kaedah-kaedah menterjemah istilah ialah (i) kaedah penggantian; (ii) kaedah pinjaman

langsung; (iii) kaedah pinjaman ubah suai; (iv) kaedah pinjaman separa; (v) kaedah pinjam

terjemah; (vi) kaedah menterjemah fungsi; dan (vii) kaedah menterjemah bentuk. Terdapat

beberapa kaedah menterjemah yang telah digunakan oleh Rohidzir Rais yang merupakan

penterjemah buku The Glory of the Heavens atau dalam bahasa Melayu Keindahan di Langit.

4.1 Kaedah Penggantian

Kaedah ini dilakukan dengan cara memberi padanan dengan istilah yang sedia ada dalam

bahasa Melayu. Kaedah ini boleh dilakukan apabila konsep yang didokong oleh istilah

berkenaan memang sedia ada dalam bahasa Melayu.

Contoh:

Bahasa The first man who proved that the universe had a beginning was the

Sumber astronomer Edwin Hubble.

Terjemahan Manusia pertama yang membuktikan alam ini mempunyai permulaan ialah

pakar astronomi Edwin Hubble.

20
Istilah astronomer mempunyai padanan yang tepat dalam bahasa Melayu iaitu pakar

astronomi.

Contoh:

Bahasa Scientists computed that 15 billion years ago all the matter in the universe

Sumber was gathered together in a single point as small as the tip of a needle.

Terjemahan Ahli sains menganggarkan 15 bilion tahun dahulu semua jirim di

cakerawala ini berkumpul bersama di dalam satu titik sekecil hujung jarum.

Istilah scientist dan matter mempunyai padanan yang tepat dalam bahasa Melayu iaitu ahli

sains dan jirim.

4.2 Kaedah Pinjaman Ubah Suai

Kaedah ini dilakukan dengan cara istilah atau konsep tersebut dipinjam, kemudian ejaannya

disesuaikan dengan ejaan bahasa sasaran.

Contoh:

Bahasa Scientists computed that 15 billion years ago all the matter in the universe

Sumber was gathered together in a single point as small as the tip of a needle.

Terjemahan Ahli sains menganggarkan 15 bilion tahun dahulu semua jirim di cakerawala

ini berkumpul bersama di dalam satu titik sekecil hujung jarum.

Istilah billion disesuaikan dengan ejaan dalam bahasa Melayu iaitu bilion.

21
Contoh:

Bahasa Sumber Hubble worked with a giant telescope.

Terjemahan Hubble bekerja dengan sebuah teleskop gergasi.

Istilah telescope disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu iaitu teleskop.

4.3 Kaedah Pinjaman Langsung

Kaedah ini dilakukan dengan cara meminjam sepenuhnya perkataan tersebut. Biasanya

perkataan atau konsep tersebut merupakan satu konsep yang baru, dan tidak ada dalam

bahasa sasaran.

Contoh:

Bahasa This explosion, which was the beginning of the creation of the universe by

Sumber Allah, has come to be called the Big Bang.

Terjemahan Letupan ini, yang menjadi permulaan kepada penciptaan cakerawala ini

oleh Allah, telah dinamakan sebagai Big Bang.

Dalam bahasa Melayu, tiada padanan untuk istilah Big Bang. Oleh itu, istilah ini perlu dipinjam

sepenuhnya tanpa mengubah apa-apa.

22
Contoh:

Bahasa Generally, an enemy chases the hero in these films and the hero does

Sumber anything he can to escape.

Terjemahan Selalunya, musuh akan mengejar hero filem tersebut dan hero akan

melakukan apa sahaja untuk melarikan diri.

Dalam bahasa Melayu, tiada padanan untuk istilah hero. Oleh itu, istilah ini perlu dipinam

sepenuhnya tanpa mengubah apa-apa.

23
Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, pertama sekali, aspek analisis kontrastif meliputi perbandingan frasa,

ayat dan kata yang telah digunakan dalam teks asal dan juga teks yang telah diterjemah. Di

bawah aspek frasa, kami telah menganalisis hukum D/M dalam teks terjemahan yang

digunakan oleh penterjemah supaya terjemahan itu selari dengan peraturan tatabahasa

bahasa Melayu. Di bawah aspek ayat pula, kami telah menganalisis struktur ayat dalam teks

asal dan juga teks terjemahan. Seterusnya, di bawah aspek kata, kami telah menganalisis

kedua-dua teks dari segi penjamakkan kata nama, penggunaan artikel, sistem kala dan kata

ganti nama diri.

Yang kedua, kaedah-kaedah terjemahan yang digunakan oleh penterjemah ialah kaedah

literal, kaedah peniruan dan juga kaedah pinjaman. Jelaslah bahawa penterjemah lebih

cenderung untuk menggunakan kaedah formal semasa proses penterjemahan.

Yang ketiga, melalui konsep penterjemahan yang dikemukakan oleh Catford (1965), Nida

(1964) dan Newmark (1981), dapatlah disimpulkan bahawa penterjemahan sebenarnya ialah

kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata

dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran.

Apa yang diharapkan ialah hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila

dibaca tetapi seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.

Akhir sekali, kami telah menganalisis persitilahan atau kaedah-kaedah menterjemah istilah.

Terdapat tiga kaedah terjemahan isitilah yang telah digunakan oleh penterjemah; kaedah

penggantian, kaedah pinjaman ubah suai dan kaedah pinjaman langsung.

Untuk menghasilkan karya terjemahan yang baik, seorang penterjemah mesti memenuhi

syarat-syarat seorang penterjemah dan juga menguasai pelbagai kaedah terjemahan. Selain

daripada itu, seorang penterjemah juga harus menterjemah dengan berpandukan prinsip-

prinsip penterjemahan agar karya terjemahan dapat menyampaikan mesej yang ingin

disampaikan oleh penulis teks asal. Pada pendapat kami, karya terjemahan (Keindahan di

24
Langit) yang telah dihasilkan oleh Rohidzir Rais merupakan sebuah karya yang sangat baik

dan mudah untuk difahami serta dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan oleh

penulis teks asal (The Glory in the Heavens) iaitu Harun Yahya.

25
Rujukan

 Kamus Dewan Edisi Keempat

 Harun, Y. The Glory in the Heavens. (2004). London, UK: Ta-Ha Ltd.

 Harun, Y. (2003). (R. Rohidzir, Trans.) Keindahan di Langit. Kuala Lumpur: Saba

Islamic Media.

 Newmark. P. 1981. Approaches to Translation. Oxford. Pergamon Press.

 Norizah Ardi et. al. 2011. Asas dan Kemahiran Menterjemah. August Publishing Sdn

Bhd. Puchong.

 Hadi, S. (2016, August 13). Analisis Kontrastif. Diakses pada November 28, 2017

https://bagawanabiyasa.wordpress.com/2016/08/14/analisis-kontrastif/

26
Lampiran

27

You might also like