You are on page 1of 24

Cabaran Pertahanan

Dan Kedaulatan
Negara
Cabaran Pertahanan Dan
Kedaulatan Negara

Ancaman
Dari Luar Ancaman
Dalaman
Ancaman Dari Luar
O Berlaku disebabkan geopolitik negara Malaysia dengan enam
buah negara lain.
Indonesia

China Filipina

Vietnam Singapura

Thailand
Ancaman Dari Luar
1) Indonesia
O Hubungan diplomatik yang keruh antara Malaysia- Indonesia
bermula Penjajahan wilayah Papua oleh Indonesia

O Tindakan menjajah wilayah Papua oleh Indonesia telah dikritik


oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

O Kritikan Tunku itu tidak disenangi oleh Sokaerno yang


menganggap kritikan tersebut sebagai mencampuri hal ehwal
dalaman Indonesia oleh Sokaerno.
O Sokaerno memiliki visi untuk menubuhkan sebuah negara yang
merangkumi keseluruhan Nusantara dengan beliau sebagai presiden.

O Impian beliau adalah sebuah negara berteraskan kebudayaan Jawa yang


mempunyai keupayaan untuk berdiri sama tinggi dengan kuasa besar
dunia lain seperti Amerika Syarikat dan Rusia.

O Bagi menghalalkan visinya, beliau mewar-warkan konsep Indonesia


Raya (Menariknya, konsep Indonesia Raya ini berasal daripada Tanah
Melayu, berkisar kepada konsep Melayu Raya).

O Untuk mencapai visi ini, Sokaerno sanggup menggunakan apa jua


kaedah untuk mendapatkan wilayah-wilayah yang belum masuk ke
dalam penguasaan Indonesia, sama ada secara rundingan ataupun
kekerasan.
O Rancangan penubuhan Malaysia yang dibuat oleh Tunku Abdul
Rahman sekitar tahun 1961 tidak disukai Sokaerno kerana
bukan sahaja akan muncul sebuah negara yang boleh
mengancam pengaruhnya,
O penubuhan Malaysia akan menyukarkannya menawan
wilayah-wilayah yang terlibat dengan kaedah ketenteraan.

O Bagi memusnahkan perancangan penubuhan Malaysia, maka


Sokaerno melancarkan operasi ‘Ganyang Malaysia’.
2) Filipina
O Filipina sebagai pewaris kepada kesultanan Sulu, melihat bahawa pantai
timur Sabah adalah wilayah sepatutnya dimiliki oleh Filipina. 

O Tuntutan berdasarkan perjanjian antara Overbeck and Dent dengan


kesultanan Sulu pada tahun 1877.

O Pengumuman penubuhan Malaysia pada tarikh 31 Ogos 1963 yang


melibatkan Sabah, Sarawak , Singapura dan Tanah Melayu telah disebar
O Sebagai tindakan Filipina telah memfailkan bantahan mereka melalui
PBB.

O Akibatnya, tarikh 31 Ogos 1963 sebagai tarikh penubuhan Malaysia


terpaksa dilupakan dan digantikan dengan tarikh 16 September 1963
adalah hasil bantahan bersama Indonesia dan Filipina agar keputusan
Suruhanjaya Cobbold disiasat semula.
O Apabila PBB memutuskan bahawa keputusan Suruhanjaya
Cobbold adalah adil, maka barulah Malaysia dapat
ditubuhkan.

O Namun, hasrat Filipina ke atas Sabah tidak berakhir setakat itu.

O Diktator Filipina, Ferdinand Marcos telah mengarahkan AFP


untuk menubuhkan satu unit komando terdiri daripada
pemuda Moro dilatih untuk menyelinap masuk ke Sabah bagi
memulakan gerakan insurgensi bagi menawan Sabah.

O wilayah sebuah negara lain yang berdaulat, gerakan subversif


oleh pemuda Islam Moro dilihat dapat memberi deniability
cover.
O Gerakan subversif oleh pemuda Islam akan dilihat seperti suatu gerakan
pemberontakan menentang ‘kekejaman’ Malaysia dan AFP akan campur
tangan dalam bentuk ketenteraan bagi ‘memerdekakan’ wilayah tersebut
untuk membantu ‘penduduk-penduduk’ yang ‘ditindas’.

O Penindasan memang berlaku, apabila gaji dan elaun rekrut-rekrut ini


tidak dibayar.

O Gaji dan elaun mereka telahpun disonglap oleh pegawai atasan ketika
itu.

O Apabila gaji dan elaun tak dibayar, mereka mula melawan cakap
jurulatih mereka. 

O Hanya kerana untuk mengelakkan rancangan ini diketahui umum,


seramai 11 sehingga 200 pemuda Moro dibunuh.

O Tragedi yang bergelar Tragedi Jabidah ini baru sahaja diakui oleh
kerajaan Filipina sekarang.
3) Singapura
O Bermula semenjak Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri
Malaysia keempat.

O Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew telah beberapa kali
secara terbuka mencabar mana-mana jirannya untuk cuba menyerang
Singapura. 

O Walaupun secara tidak langsung, cabaran tersebut sebenarnya


ditujukan kepada Malaysia, khususnya Tun Mahathir Mohamad.
O Penubuhan 10 Briged Para juga turut secara tidak langsung
mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Singapura.

O Apabila 10 Briged Para dilancarkan secara rasmi sebagai unit


beroperasi penuh, 10 Briged Para melaksanakan senario
serangan untuk menawan kembali Pulau Langkawi daripada
sebuah kuasa asing.

O Menariknya, dikatakan saiz Pulau Langkawi tidak jauh berbeza


daripada Singapura.

O Keadaan ini diburukkan dengan terbitnya buku “Defending the


Lion City” oleh Tim Huxley yang mewar-warkan senario
melancarkan serangan awal ke atas Malaysia bagi mengekang
ancaman Malaysia terhadap Singapura.
4) Thailand
O Pada peringkat awal Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu,
Tentera Berikat telah menjangkakan bahawa Tentera Jepun bakal
menyerang Tanah Melayu sama ada dari arah Singapura ataupun
dari arah Pantai Timur.

O Oleh itu, Tentera Berikat telah meletakkan kekuatan tenteranya di


Singapura.

O Hakikatnya, Tentera Jepun telah mendarat di Songkhla, Pattani dan


Kota Bharu. Tindakan Tentera Jepun tersebut bukanlah tidak
terjangka, kerana Mejar Jeneral William Dobie telah membuat
jangkaan tersebut dan telah merangka Operation Matador bagi
menghadapi serangan Jepun. 
O Malangnya, Operation Matador tidak diterima oleh Kerajaan British
dan kepimpinan Tentera British. 

O Tujuh bulan sebelum Operation Matador direncanakan, Duta British


ke Siam, Sir Josiah Cosby telah menandatangani pakatan anti-
pencerobohan dengan Perdana Menteri Siam ketika itu, Luang
Pibulsonggram.

O Jangkaan Kerajaan British ketika itu adalah Tentera Jepun perlu


berhadapan dengan Tentera Siam terlebih dahulu sebelum sampai ke
Tanah Melayu.

O Sekaligus, mempunyai masa yang cukup untuk menggerakkan


ketumbukan Tentera Berikat menghadapi Tentera Jepun.
O Selepas pendaratan Tentera Jepun di Siam dan selepas
pertempuran sehari antara tentera Jepun dan Tentera
Siam, Luang Pibulsonggram telah mengarahkan
tenteranya berhenti berperang menentang Jepun dan
sebaliknya membantu Tentera Jepun.
O Malahan, Kerajaan Siam di bawah Luang
Pibulsonggram telah mengikat perjanjian ketenteraan
dengan Jepun dan mengiystiharkan perang ke atas
kuasa Berikat
O Pengiystiharan tersebut bukan sekadar pengisytiharan
kosong sahaja kerana tentera dan polis Siam turut
terlibat bertempur menentang Tentera Berikat dalam
Operasi Krohcol.
O Tentera Berikat akhirnya terpaksa berundur dari
bandar Betong apabila Tentera Jepun dengan kereta
kebal tiba membantu polis Siam.
.
5) Vietnam
O Malaysia dan Vietnam tidak berkongsi sempadan darat.

O Tetapi kedua-dua negara berkongsi sempadan laut.

O Perkongsian ini telah melibatkan beberapa tuntutan bertindih,


terutamanya sekitar kepulauan Spratley.

O Semasa era Insurgensi, dipercayai sama ada anggota PKM telah


dihantar ke Vietnam Utara untuk mempelajari teknik perang
dengan Vietcong, ataupun anggota Vietcong telah dihantar
untuk melatih anggota Vietcong.

O Hasil kerjasama ini dapat dilihat apabila PKM mula


menggunakan jerangkap samar secara meluas untuk menentang
pasukan keselamatan.
O Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia telah
meminjamkan kepada Amerika Syarikat dan kerajaan
Vietnam Selatan Tan Sri CC Too untuk membantu
perancangan perang psikologi ke atas Vietnam Utara. 

O Selain itu, Kerajaan Malaysia turut telah membekalkan


peralatan perang kepada kerajaan Vietnam Selatan.

O Selain bantuan peralatan perang dan kepakaran Tan Sri CC


Too, terdapat juga maklumat yang mengatakan bahawa
pasukan Senoi Praaq milik PDRM juga pernah dipinjamkan
kepada AS untuk dioperasikan bersama pasukan khas AS.
6) China
O Sejumlah hampir 30 peratus rakyat Malaysia
merupakan kumpulan etnik yang berasal dari China.
 
O Hubungan ini telahpun bermula semenjak zaman pra-
Melaka lagi, apabila I-Ching, seorang sami Buddha
dari China semasa Dinasti Tang telah tiba di
Palembang, Srivijaya ketika itu untuk pertapaan
(Biarpun Palembang adalah sebahagian daripada
Indonesia, putera raja yang menubuhkan Melaka, iaitu
Parameswara adalah putera Srivijaya yang berasal dari
Palembang).
O Semasa PKM bertindak mengganas di Semenanjung
Malaysia, China bukan sahaja telah menyokong PKM
dari segi moral dan kewangan.

O Malahan, Parti Komunis China juga telah memberi


bantuan dari segi latihan dan anggota perubatan.

O Terdapat beberapa rekod bahawa anggota perubatan


berpengalaman semasa perang di China telah dihantar
untuk membantu PKM di Semenanjung Malaysia
sebelum 1970-an.
O Bantuan berupa anggota ini dipercayai ditamatkan apabila
ramai anggota ini dipercayai telah dibunuh oleh anggota
PKM sendiri semasa gerakan pembersihan diarahkan oleh
Chin Peng untuk membersihkan PKM daripada perisik dari
Cawangan Khas dan ATM.

O Namun, China tetap terus memberi sokongan kepada PKM


dengan membenarkan Politburo PKM beroperasi di Beijing.
Malahan, PKM turut diberi bantuan untuk mengoperasikan
sebuah stesen radio di situ.
Ancaman Dalaman
O Terdiri daripada gerakan fanatism politik, agama dan kaum.
O Antara contoh gerakan :
1) Gerakan komunis
2) Kumpulan militan al Maunah,
3) Kumpulan al-Arqam (dipercayai menubuhkan satu
unit bergelar Tentera Bandar
300) 
Ancaman Dalaman Dari Aspek
Agama Dan Kaum
O Pada masa kini, hubungan yang harmoni sesama kaum
dipandang ringan oleh sebahagian besar daripada kita.

O Menurut Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu sensitif


antara kaum dalam soal hak, warna kulit, kepercayaan agama
dan budaya sering dipertikaikan.

O Sebagai contoh, dalam insiden seorang pengetua sekolah


menengah dan penolong pengarah sebuah agensi kerajaan
yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis, mereka
didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini
dan boleh pulang ke China.
O Menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India
seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan.

O Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan ketidakpuasan hati


di kalangan masyarakat Cina dan India.

O Hal ini demikian kerana mereka seolah-olah diperlakukan seperti warga


negara kelas kedua.

O Seorang bloger yang kemudian menjadi artis dan pengarah popular yang
bernama Namewee sering kali menggubah lagu-lagu yang mengandungi
unsur-unsur yang dilihat sebagai rasis oleh orang Melayu.

O Tetapi Namewee dikatakan bertindak sedemikian hasil daripada


pengalamannya yang tidak dilayan dengan wajar oleh pihak-pihak
tertentu.
O Terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu
ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan
terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan.

O Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini


secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan
keharmonian negara.

O Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan


masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara.

O Kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan


seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil
lahir juga merupakan antara salah satu daripada ancaman
dalaman.

You might also like