You are on page 1of 2

T5 B6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

Jelaskan faktor yang membawa kepada pemisahan Singapura.


 Faktor Politik
o Lee Kuan Yew tidak berpuas hati
o Dengan peranan Singapura yang terhad.
o Konflik antara pemimpin PAP dengan Perikatan.
o Kempen Malaysian Malaysia oleh Lee Kuan Yew
o Menuntut hak sama rata untuk semua kaum.
 Faktor Ekonomi
o Singapura menuntut pembukaan pasaran Bersama disegerakan
o Singapura tidak berpuas hati dengan cadangan tambahan cukai
o Dibayar kepada Kerajaan Persekutuan.
o Singapura mengenakan kadar faedah terhadap sebahagian daripada pinjaman kepada Kerajaan
Persekutuan
o Untuk pembangunan Sabah dan Sarawak.
 Faktor masalah perkauman
o Berlaku rusuhan kaum di Singapura.
o Menimbulkan ketegangan antara kaum.
o Usaha menuntut persamaan hak yang sama rata bagi semua kaum
o Menjadi isu antara kaum.

Galurkan kronologi pemisahan Singapura daripada Malaysia.


 Kegagalan rundingan Tun Abdul Razak Hussein dengan Lee Kuan Yew.
 Tunku Abdul Rahman mengarahkan Tun Abdul Razak Hussein bermesyuarat mengenai pemisahan.
 Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia bersetuju dengan rancangan pemisahan.
 Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew menandatangi persetujuan Singapura keluar daripada Malaysia.
 Tunku Abdul Rahman membawa usul pemisahan Singapura ke dalam Parlimen Malaysia.
 Parlimen meluluskan rang undang-undang pemisahan Singapura.

Apakah faktor tragedi hubungan antara kaum pada 13 Mei 1969?


 Ketidakseimbangan dalam ekonomi dan sosial negara.
 Keputusan Pilihan Raya Umum 1969.
 Kempen Pilihan Raya menyebabkan ketegangan antara kaum.
 Kerana terdapat parti politik yang menyentuh isu sensitiviti sesuatu kaum.
 Parti yang berkempen menggunakan sentimen perkauman untuk mendapat sokongan.
 Perarakan kemenangan pilihan raya yang tidak terkawal telah menimbulkan kekacauan.
 PKM mengambil kesempatan mempengaruhi penduduk.

Apakah yang terkandung dalam perintah darurat pada 16 Mei 1969?


 Perlembagaan digantung, Parlimen ditangguh.
 Pihak polis menguatkuasakan perintah berkurung.
 Penduduk tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing.
 Semua berita daripada pihak media ditapis.
 Kerajaan memastikan bekalan makanan diperoleh penduduk.
 Mangsa rusuhan dipindahkan ke pusat perlindungan di Stadium Merdeka dan Tiong Nam Settlememt.
 Tentera memberikan perlindungan kepada penduduk di kem tentera.
 Pihak berkuasa memagar kawasan Kampung Baru.

MAGERAN dan raja-raja memain peranan penting dalam mengatasi peristiwa 13 Mei 1969. Jelaskan.
 Penubuhan MAGERAN
o Memerintah semasa darurat.
o Mengawal ketenteraman negara.
o Mengembalikan keamanan dan undang-undang.
o Mengembalikan keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
o Jabatan Penerangan menapis berita palsu.
o Menguatkuasakan Akta Hasutan 1948.
 Raja
o Memulihkan keadaan negara.
o Contohnya, Sultan Perak menasihati rakyat menjaga keamanan.
o Sultan di negeri lain turut meminta rakyat mematuhi undang-undang.

KBAT
Ramalkan keadaan Malaysia sekiranya pemisahan daripada Singapura tidak berlaku.
 Konflik politik antara pemimpin Perikatan dan PAP berterusan.
 Tuntutan hak sama rata oleh Singapura akan menimbulkan keresahan rakyat Malaysia.
 Rusuhan kaum mungkin berlaku.
 Mengancam keselamatan rakyat di Malaysia.
 Kepentingan kedua-dua wilayah akan terjejas.
 Contohnya, dari segi ekonomi dan pertahanan.
 Menjejaskan suasana harmoni dalam kalangan rakyat.
 Ekonomi mungkin berkembang maju.
 Kerana adanya Pelabuhan.

Apakah iktibar yang dipelajari daripada Peristiwa 13 Mei 1969?


Bagaimanakah cara untuk mengelakkan peristiwa rusuhan kaum daripada berulang?
 Pengtingnya masyarakat berbilang kaum bersatu padu.
o Hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
o Bersama menjaga kedaulatan negara.
 Mengelakkan konflik antara kaum.
o Mengelakkan kempen politik yang melampau.
o Seperti membangkitkan isu perkauman.
 Menghormati agama dan budaya masyarakat berbilang kaum.
o Mengamalkan sikap toleransi antara kaum.
o Memberi taat setia kepada raja dan negara.
 Memelihara imej negara.

Mengapakah persefahaman antara kaum penting di negara kita?


 Memajukan ekonomi negara.
o Tidak berlaku penindasan ekonomi.
o Rakyat bersaing secara sihat dan tiada diskriminasi kaum.
o Peluang pekerjaan dinikmati bersama.
o Taraf hidup rakyat meningkat.
 Menjamin keamanan negara.
o Tidak berlaku pergaduhan.
o Rakyat hidup saling menghormati dan bertolak ansur.

You might also like