You are on page 1of 37

1.

0 PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi peristiwa yang menjadi igauan dan sejarah hitam
kepada Negara kerana peristiwa ini banyak mengubah tsunami dari corak politik, ekonomi,
dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 juga turut di kenali sebagai peristiwa
rusuhan kaum antara kaum Melayu dengan cina. Peristiwa ini bukanlah satu peristiwa yang
berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab munasab, sebaliknya peristiwa ini merupakan
satu peristiwa yang mempunyai kaitan dan rentetan daripada peristiwa sebelumnya. Namun
berlakunya peristiwa berdarah ini pada 13 Mei 1969 menjadi klimaks kepada peristiwa
sebelum ini. Antara pendorong kepada berlakunya peristiwa ini adalah disebabkan adanya
kesan daripada pendudukan Jepun dan mendorong kepada kesan daripada penjajahan
Inggeris. Contohnya, amalan diskriminasi daripada pihak Inggeris melalui dasar yang di buat
oleh mereka iaitu dasar pecah dan perintah menyebabkan berlakunya ketegangan hubungan
antara kaum di Tanah Melayu. Hal ini kerana mereka cuba memisahkan kaum yang terdapat
di Tanah Melayu pada ketika itu dengan memisahkan penempatan dan pekerjaan masyarakat
di Tanah Melayu pada ketika itu kerana Inggeris yakni pihak British mahu masyarakat pada
ketika itu bersatu dan mencapai perpaduan bagi menentang pihak mereka.
Selain daripada itu, perkenalan ekonomi mengikut ras seperti yang di bincangkan tadi
adalah salah satu bukti yang jelas dan nyata yang menjadi rentetan kepada peristiwa berdarah
ini. Oleh hal demikian, bagi memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi , kerajaan
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 dalam usaha pihak kerajaan
bagi mengimbangi semula kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. Hal
ini dilakukan bagi memastikan setiap masyarakat mendapat kemudahan yang sama dan
pengagihan ekonomi juga sekata. Masalah perpaduan juga turut di kaitkan menjadi pencetus
kepada peristiwa ini yang sedikit sebanyak berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.

Semua peristiwa yang dinyatakan tadi sedikit sebanyak sebenarnya memberi kesan yang
mendalam sehingga peristiwa bersejarah 13 Mei 1969 ini terjadi.

2.0 FAKTOR-FAKTOR TRAGEDI 13 MEI 1969


2.1 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI KEBANGSAAN
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan untuk diguna pakai dalam
semua urusan rasmi negara turut dipertikaikan. Hal ini lah sedikit sebanyak turut
menyumbang kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan sebenarnya telah dipersetujui bersama semasa berlakunya pengisytiharan
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Isu Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi negara telah
termaktub dalam perlembagaan dalam perkara 152 iaitu menyatakan Bahasa Kebangsaan di
Malaysia ialah Bahasa Melayu.1 Pada mulanya bahasa Rasmi Malaysia ialah Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris turut di jadikan bahasa kebangsaan bagi memberi
kelonggaran kepada masyarakat peribumi Sabah Serawak bagi membiasakan diri mereka
dengan Bahasa Melayu. Namun begitu, selepas sepuluh tahun merdeka, kerajaan akan
mengkaji semula penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kerana Bahasa Melayu
sahaja yang akan di iktiraf bahasa Rasmi seperti termaktub dalam perlembagaan perkara 152.
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Rasmi hanya termaktub di Sabah dan Sarawak sahaja dan
1 Kamak Shukri Abdullah Sani (2007). Bahasa Melayu: Apa sudah Jadi?, PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd, Selangor. Hlm 115.

kekal sehingga 10 tahun selepas merdeka. Hal ini kerana terdapat peruntukan yang diminta
oleh bumiputera Sabah dan Serawak ketika ingin bergabung dengan semenanjung Tanah
Melayu pada tahun 1963 iaitu hak istimewa Sabah dan Sarawak bagi penggunaan Bahasa
Inggeris.
2.2 PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA ORANG
MELAYU
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut
sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaumkaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab
itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung
Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi
orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang
didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang
Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata untuk mereka berlindung di sebaliknya bagi
menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. 2 Menyedari
akan bahayanya pengaruh majoriti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil
keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun
keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di
Tanah Melayu.3 Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambil
alih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP).

2 Leon Comber (1985). Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu- China.


International Book Service : Chinese. Hlm. 63.
3 Ibid. hlm 65.

Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah
memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan
menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi semakin
bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk
mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen
antara kaum yang boleh membahayakan itu.

2.3 PERTELINGAHAN PARTI POLITIK


Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura
telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara
Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai
pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak
calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO
dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa
orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan

tanpa

menghiraukan

rasa

tersinggung

orang-orang

Melayu.

Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal


dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia
(KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu
Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia
" (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau
bumiputera dihapuskan . Masalah perkauman menjadi lebih mendalam dan lebih

serius akibat perkembangan sebelum tahun 1969. Misalnya, walaupun Lee Kuan
Yew telah meninggalkan Malaysia, tetapi beliau telah meletakkan konsep
Malaysian Malaysia yang menajdi pegangan parti pembangkang bukan Melayu,
terutamanya yang dipimpin dan dianggotai oleh kaum Cina. 4 Perlu ditegaskan di
sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan
kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada
orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu
menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Malaysian Malaysia adalah
penentangan terhadap kedaulatan Raja-raja Melayu, hak-hak keistimewaan
orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. 5 Perikatan sememangnya menerima persamaan
hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu
dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang
Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang.

2.4 LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN


Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera
Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah
berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu
sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Sikap dan layanan askar Jepun terhadap
orang-orang Cina bukanlah perkara biasa dan akal fikiran waras sudah tentu tidak dapat kita
4 Ramlah Adam (2004). Dawarma Sdn Bhd : Selangor. Hlm. 405.
5 Ruhanie Haji Ahmad (2005). Prin- AD Sdn. Bhd : Kuala Lumpur. Hlm 44.

percayainya. Kezaliman tentera-tentera Jepun jelas diceritakan oelh semua pihak yang
mengalaminya mahupun kajian-kajian para sarjana. Memoir A. Samad Ismail menceritakan
bagaimana di Jalan Besar, Singapura, kanak-kanak, lelaki dan perempuan dewasa
dihimpunkan di suatu kawasan yang sekelilingnya dipagari dengan kawad berduri. Mereka
dikumpulkan dalam keadaan yang bersesak-sesak dan padat, sesetengahnya terpaksa berdiri
di dalam parit-parit yang penuh dengan air sehingga paras leher. Kekejaman tentera Jepun
terhadap orang-orang Cina berlaku kerana mereka mahu menghapuskan anasir-anasir
komunisme. Kekejaman tentera Jepun terhadap orang Cina lebih teruk selepas operasi Sook
Ching dijalankan iaitu peristiwa pembunuhan orang Cina secara beramai-ramai 6. Tidak cukup
dengan itu, orang-orang Cina dituntut membayar wang pampasan kerugian sebanyak 50 juta
ringgit sebagai bayaran hutang darah dan hukuman kerana menentang Jepun7.
Ketegangan di antara orang Melayu, Cina dan India juga bermula hasil daripada dasar
yang diamalkan oleh pihak Jepun. Layanan yang berbeza-beza berlaku kerana tentera Jepun
memerlukan sokongan orang Melayu dan India untuk menentang British sekali gus
menghapuskan orang-orang Cina.

2.5 DASAR PECAH PERINTAH PENJAJAH BRITISH


Seterusnya kita dapat melihat bahawa dasar penjajahan Inggeris yang
mana mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang
sangat berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama
ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Buktinya kita dapat lihat di
6 Wan Hashim Wan Ten (2011). Hubungan Etnik Di Malaysia. Attin Press Sdn
Bhd : Kuala Lumpur. Hlm 44.
7 Ibid.

mana orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan


juga

di

kawasan-kawasan

lombong

sebagai

pelombong

dan

merekalah

sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.


Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau
nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan
pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan
India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
8

Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza

telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.


Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara
pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Kita dapat
lihat, dimana pada ketika itu masyarakat Melayu terdiri dari petani dan nelayan
di kampung. Masyarakat Cina pula pada ketika itu telah mewarisi perniagaan
secara turun temurun dan tinggal di bandar-bandar. Sementara itu, masyarakat
India pula, bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya
direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan
kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok-kelompok
9

masing-masing.

Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja.

Situasi ini telah melahirkan perasaaan prasangka antara kaum yang telah
mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

2.6 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BERBEZA

8 Ishak Saat.(2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Selangor : Karisma


Publication Sdn. Bhd.hlm.236.
9 Ibid.

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai


punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku
apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka
terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India
dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina
dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku
teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan
India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang
telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang
Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat
aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India
yang

mengambil

silibus

pembelajaran

berbeza

ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman.

yang

membezakan

10

Ini telah menyebabkan

timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan


kaum

di

Malaysia.

Walaupun

selepas

kemerdekaan

kerajaan

cuba

memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun


proses perpaduan ini sukar dilaksanakan.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran
1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu. Hal ini demikian kerana,
mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun
Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati

10 Ishak Ramly, (2005), Inilah Kurikulum Sekolah, Percetakan Naz Sdn. Bhd,Kuala
Lumpur, hlm. 92.

dengan pelaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang


tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah
dirancangkan.

Bagaimanapun

berkat

perjuangan

beberapa

orang

tokoh

termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr.Mahathir
Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh
UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bn Hussain, Dato Dr. Ismail bin Abdul Rahman,
akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan
perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan
Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada
kaum Cina, apabila mereka juga juga telah mengemukan permohonan untuk
menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir
maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong
projek Universiti Merdeka, maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak
mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu, kerajaan telah menyelesaikan
tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku
Abdul Raham (KTAR). Kolej Tunku Abdul Rahman sebenarnya menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun, itulah hakikatnya.
Kerajaan sedaya mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
2.7 PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN
Keputusan Pilihan raya Umum 1969 memperlihatkan kemenangan tipis
oleh parti Perikatan. Parti Perikatan telah mengalami kekalahan yang tidak
diduga di kawasan-kawasan yang tidak disangka-sangka. Jumlah kerusi Parlimen
yang dimenangi sebanyak 89 buah pada tahun 1964 telah menurun sebanyak 23

buah menjadi 66 buah kerusi sahaja pada tahun 1969. Parti Perikatan telah
hilang majoriti 2/3 kerusi di Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP telah
memenangi 25 buah Kerusi Parlimen dan PAS telah memenangi 12 buah kerusi
Parlimen. Pertambahan kerusi pembangkang jelas di kawasan-kawasan yang
mempunyai penduduk bukan Melayu yang ramai seperti di Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

11

Di Pulau Pinang, Parti Gerakan telah

berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mengalahkan UMNO dan MCA


dengan teruk sekali. Di Kelantan PAS terus dapat mengekalkan penguasaannya
sejak tahun 1959. Kemenangan pembangkang dijangka akan menjadi lebih kuat
lagi apabila pilihan raya negeri dan parlimen diadakan di Sabah dan Sarawak
pada bulan Jun 1969.
Kejayaan besar bagi pihak pembangkang, khususnya parti Gerakan di
bawah kepimpinan Dr. Tan Chee Khoon. Beliau telah memenangi kerusi Parlimen
kawasan Batu, Selangor. Keputusan di Selangor memperlihatkan kejayaan besar
dicapai oleh pihak pembangkang. Keputusan 50:50 menyebabkan kedudukan
negeri Selangor menjadi perhatian semua pihak. Pencapaian dan kemenangan
pihak pembangkang disambut dengan cukup gembira oleh ahli-ahli parti.
Lantaran kejayaan yang diperoleh oleh mereka, parti Gerakan memohon
kebenaran untuk menganjurkan perarakan kemenangan. Pada 11 dan 12 Mei
1969, perarakan kemenangan telah diadakan.

12

Perarakan tersebut telah

menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya yang berterusan. Sebelum itu,


iaitu pada 11 Mei 1969, perarakan kemenangan turut diadakan oleh pihat Parti
Tindakan Demokratik (DAP) tanpa kebenaran pihak keselamatan polis. Pada
11 Ramlah Adam. (2004). Bibliografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 413.
12 Leon Comber. ( 2011). Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu Cina,
IBS Buku Sdn. Bhd, Selangor. Hlm. 69.

pukul 5.00 petang hari tersebut, satu perarakan disertai oleh lima buah kereta
dan lebih kurang 15 buah motosikal kelihatan melalui Jalan Brickfields menghala
ke Jalan Lornie. Goh Hock Guan, calon DAP yang memenangi kerusi Parlimen
kawasan Bangsar dan Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai turut kelihatan
dalam perarakan tersebut. Apabila perarakan tersebut melalui Balai Polis
Brickfields, peserta-peserta perarakan yang terdiri daripada bangsa Cina telah
melaungkan kata-kata yang cukup kasar, seperti Apa polis boleh buat kita
raja. dan Buang semua polis Melayu. 13 Perarakan ini tidak terhenti di situ
sahaja. Pada sebelah malamnya, satu lagi perarakan diadakan yang diselitkan
dengan laungan kata-kata yang berunsur menghasut. Pada 12 Mei 1969,
kebenaran telah diberikan oleh pihak polis kepada Parti Gerakan untuk
mengadakan perarakan. Perarakan ini diketuai oleh Dr. Tan Che Khoon, calon
yang menang Parlimen kawasan Batu dan DUN kawasan Kepong. Dari Kepong
melalui Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Gombak,
Jalan Raja Laut, dan balik semula ke Jalan Ipoh. Dalam perarakan tersebut
apabila bertemu dengan orang Melayu yang kelihatan di jalanan maka mereka
telah melaungkan kata-kata yang cukup sensitif seperti

Melayu balik

kampung!, Melayu sekarang tak ada kuasa! dan Sekarang kita berkuasa. 14
Sudah menjadi lumrah laungan kata-kata yang berbentuk menghina ini
menyinggung perasaan orang Melayu yang melihat perarakan tersebut. 15

2.8 RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR


13 Tragedi 13 Mei, Satu Laporan Majlis Gerakan Negara Malaysia ( MAGERAN),
Kertas Putih Kerajaan, Kuala Lumpur, 9 Oktober 1969, hlm. 33.
14 Ibid. hlm. 34.
15 Ishak Saat, Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, hlm. 234.

Lantaran itu, pada 12 Mei 1969, Pemuda UMNO Kampung Baru, Kuala
Lumpur hendak mengadakan perarakan dan membuktikan kepada pihak
pembangkang bahawa mereka juga boleh mengadakan perarakan kemenangan
kerana pada dasarnya mereka tidak kalah dalam pilihan raya tersebut. Namun,
apabila mengadakan perjumpaan dan rundingan dengan Dato Harun Idris,
perjumpaan dan rundingan dengan DatoHarun Idris, persetujuan telah dicapai
tetapi perarakan tersebut hendaklah diadakan pada 13 Mei 1969, pukul 7.30
malam dan berkumpul di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor. Perarakan
tersebut harus mendapatkan seberapa banyak sokongan ahli dan orang Melayu.
Menurut DatoHaji Ahmad Razali, Setiausaha Politik Menteri Besar, persetujuan
telah diperoleh daripada ketua-ketua UMNO Kampung Petaling, Kawasan Melayu
Kampung Hj. Abdullah Hukum, Kampung Pandan Dalam dan Kampung Jaya. 16
Apabila waktu yang diputuskan untuk mengadakan perarakan hampir tiba
maka tersebar berita yang mengatakan bahawa orang Melayu yang bergerak
menuju ke rumah Menteri Besar telah dipukul di Setapak, kira-kira satu atau dua
batu hala di utara. Berita itu segera menaikkan berang orang Melayu yang
sedang berhimpun, dan mereka terus mengamuk dengan tidak dapat dikawal
lagi. Dua orang Cina yang melalui jalan itu dengan menunggang motosikal telah
diserang dan dibunuh.

17

Berita - berita berbentuk khabar angin dan provokasi ini

akhirnya menyebabkan berlakunya pertembungan dan pergaduhan yang tidak


dapat dielakkan lagi. Keadaan di ibu kota Kuala Lumpur pada waktu itu sukar
untuk dikawal lagi. Justeru, tercetuslah apa yang dikatakan sebagai sejarah
hitam Malaysia, iaitu Tragedi 13 Mei 1969.

16 Ibid. hlm. 42-43.


17 Tunku Abdul Rahman. (2007). 13 Mei Sebelum dan Selepas, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors S dn Bhd. Hlm. 83.

2.9 PERARAKAN KEMATIAN CINA


Faktor lain yang menjadi penyebab berlakunya tragedi 13 Mei 1969 ialah
perarakan kematian Cina. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit
tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan bertukar
menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Di dalam
perarakan mayat tersebut, pemuda-pemuda Cina telah melaungkan perkataan
Darah bayar darah . Tulisan Darah bayar darah ialah antara cogan kata yang
telah tertulis di atas sepanduk-sepanduk yang diarak dalam perarakan mayat
oleh pemuda-pemuda Parti Buruh pada 9 Mei. 18 Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh
Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahliahlinya

melakukan

kebiadapan

semasa

perarakan.

Yeoh

menang

besar

dikawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tetapi permohonan maaf sudah


terlambat.

3.0 KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Terdapat pelbagai kesan daripada tragedi 13 Mei 1969. Peristiwa ini membuka mata banyak
pihak, sama ada dari negara mahupun luar negara. Keharmonian dan perpaduan yang
dibanggakan selama ini rupa-rupanya cukup rapuh. Kontrak sosial dan konsep perkongsian
kuasa yang dilaungkan-laungkan sebelum Malaysia dianugerahkan kemerdekaan oleh British
merupakan satu tamparan hebat, bukan sahaja kepada pemimpin tetapi kepada seluruh rakyat
Malaysia. Lantaran itu, satu kajian mendalam telah dilakukan bagi mengetahui sebabmusabab sehingga tercetusnya perbalahan antara kaum di Malaysia.
1

KESAN TERHADAP ASPEK EKONOMI.

18 Ibid.

Menurut perangkaan Jabatan Penerangan Malaysia, bancian ke atas penduduk pada tahun
1970, didapati 49.3% daripada keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di
bawah paras kemiskinan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 86% keluarga miskin tinggal di
luar bandar dan selebihnya 14% tinggal di bandar. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa
rata-rata penduduk luar bandar adalah dalam kategori miskin, khususnya orang Melayu.19
Jadual 6.1 : Kadar Kemiskinan Mengikut Kaum pada Tahun 1970 20
KAUM

KADAR KEMISKINAN

PURATA PENDAPATAN

(%)
64.8
26.0
39.2
44.8

KELUARGA (RM)
172.00
392.00
304.00
813.00

MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN

Berdasarkan Jadual 6.1, jelas menunjukkan kadar kemiskinan kaum Melayu lebih tinggi jika
dibandingkan dengan kaum lain di Malaysia. Faktor utama keadaan ini terjadi adalah kerana
dasar penjajah British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah dan pengekalan sektor
ekonomi berasaskan kaum. Sewaktu tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969, masalah kemiskinan
bukanlah masalah orang bukan Melayu sahaja tetapi ia juga turut dihadapi oleh orang
Melayu. Menurut Kajian Tahunan Hak Milik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh
Jabatan Perangkaan dan Rekod di Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC), ia menunjukkan hak
milik dan penguasaan sektor swasta pada tahun 1971 adalah dimiliki oleh yang bukan
Melayu. Hal ini jelas menunjukkan kepincangan dan ketidaksetaraan pembahagian ekuiti
dalam pengurusan sektor swasta. Kenyataan ini boleh dilihat daripada perangkaan di bawah.

19 Malaysia Kita, Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.hlm.735


20 http: //pmr.penerangan.gov.my

Jadual 6.2 : Hak Milik dan Penguasaan Sektor Swasta pada tahun 1971 21
Bil.

1.

Pemilikan

Bumiputera
Perseorangan

Jumlah

Peratus

Pemilikan

(%)

(RM Juta)
279.6

4.3

168.7

2.6

110.9
2233.3
4051.3
100.00

1.7
34.0
61.7

dan

Agensi Amanah
a
b
2.
3.
JUMLAH

Perseorangan
Agensi Amanah

Bukan Bumiputera
Warganegara
6564.1

Dari sudut pembahagian pekerjaan pula pada tahun 1970, pecahan mengikut kaum adalah
seperti tang berikut:
Jadual 6.3: Pembahagian Pekerjaan Mengikut Kaum Tahun 1970 22

SEKTOR
Pertanian
Perlombongan

MELAYU
67.6
32.1

CINA
19.9
58.7

INDIA
11.5
8.5

42.6

45.5

10.7

Perniagaan/Perdagangan
Perkhidmatan Awam,
Pelajaran, Pertahanan
dan Kemudahan Awam

21 http: //www.icu.gov.my
22 Ibid.

LAIN-LAIN
1.0
0.7
1.2

Analisis daripada Jadual 6.3, jelas menunjukkan bahawa terdapat pembahagian sektor
pekerjaan mengikut kaum iaitu, mengikut majoriti masyarakat Melayu bekerja dalam sektor
pertanian manakala majoriti masyarakat Cina bekerja sektor perlombongan dan perniagaan.
Kajian perkembangan ekonomi sejak zaman penjajah harus diperhatikan kerana dasar
pemerintah dan perencanaan ekonomi British meninggalkan kesan yang boleh dilihat dalam
satu jangka masa yang cukup panjang, kemudiannya bagaimana kepimpinan pascamerdeka
merencanakan kegiatan ekonomi negara Malaysia. Kesan ini membawa kepada jurang
kemiskinan yang amat ketara antara kaum.
2

HARTA BENDA DAN NYAWA MUSNAH.


Dalam buku 13 Mei Sebelum dan Selepas, penulisnya Tunku Abdul Rahman

menyatakan bahawa peristiwa pada petang itu tidaklah mudah hendak dilupakan seumur
hidup.
Tunku tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenangkan kejadian yang telah
menimpa ibu kota dan negara kita yang aman ini. Tunku telah berasa gelisah dan berjalan
mundar-mandir serta menghabiskan masa Tunku di atas sejadah untuk berdoa kepada Allah
SWT. Tunku berdiri di beranda luar bilik tidur Tunku dan menghalakan pandangan Tunku ke
bandar sambil memerhatikan api yang menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran
Kampung Baru dan di sebelah utara. Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang
dengan api kebakaran di sana sini dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah Tunku yang
terletak di atas bukit. Inilah satu pemandangan yang sangat menyedihkan dan Tunku tidak
menyangka Tunku akan menyaksikan kejadian yang seperti itu semasa hayat Tunku. Api
yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha-usaha Tunku dalam
beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bahagia

dan aman, dan juga menghancurkan impian Tunku hendak menjadi perdana menteri yang
paling bahagia sekali di dunia ini.
Ketika Tunku memerhatikan api yang menjulang tinggi, terbayang di mata Tunku kejadian
dashyat yang sedang berlaku pada malam yang mengerikan itu, dan Tunku terkenang
kepada peristiwa-peristiwa lepas yang menyebabkan timbulnya malapetaka itu. Pada masa
itu juga, Tunku sedar dan insaf bahawa jika hendak difahami sebab-sebab kenapa boleh
tercetus peristiwa yang buruk itu, maka perlulah dikaji satu per satu kejadian-kejadian yang
lepas.
Selain itu, Tunku telah memperoleh angka-angka rasmi mengenai orang yang
terbunuh dan luka, serta kemalangan lain daripada Ibu Pejabat Polis sebagaimana yang
tercatat di pejabat itu pada 15 Ogos, iaitu tiga bulan dua hari selepas rusuhan itu tercetus.
Angka-angka rasmi pada tarikh itu ialah: 184 orang terbunuh; 356 orang luka; 753 kejadian
membakar bangunan; dan 211 buah kenderaan yang terbakar atau musnah.23
Selain itu, menurut buku Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, dalam
pergaduhan itu, seramai 6000 orang kehilangan rumah, terutama dalam kalangan orang Cina.
Seramai 178 orang dikatakan terbunuh, walaupun ada wartawan yang menyaksikan peristiwa
tersebut menganggarkan lebih tinggi lagi. Laporan daripada pihak kerajaan yang dikeluarkan
pada 9 Oktober 1969, mengatakan 180 orang yang terbunuh dengan kematian dalam
kalangan orang Cina sebanyak 125 orang, Melayu seramai 37 orang dan India seramai 17
0rang.24 Dalam statik baru pula, kerajaan mengatakan 196 orang telah terbunuh, 180 orang
cedera kerana senjata api, dan 259 kerana senjata lain. Seramai 9143 orang telah ditangkap
23 Tunku Abdul Rahman, 13 Mei Sebelum dan Selepas.Hlm.166.
24 The May 13 Tragedy: A Report of The National Operation Council, Kuala
Lumpur, 9 Oktober 1969.hlm.89.

dan seramai 5561 orang daripadanya telah dibicarakan di mahkamah. Sebanyak 211 buah
kenderaan telah dirosakkan dan 753 bangunan telah dirosakkan atau terbakar.25
3

PENGISYTIHARAN DARURAT.
Pada kebiasaannya, hari Rabu merupakan hari sidang Kabinet di negara ini. Namun

pada kali ini, persidangan yang pertama bagi Kabinet yang baru tidak diadakan dan sebagai
ganti, aya telah mempengerusikan sebuah Kabinet sementara bagi Darurat. Tunku telah
memberitahu rakan-rakan Tunku mengenai cadangan-cadangan yang telah Tunku putuskan
malam tadi. Pertama sekali, Tunku telah memberitahu mereka bahawa Tunku perlu
menasihatkan Duli Yang Maha Mulia supaya mengisytiharkan Darurat di seluruh negara
kerana tiada jalan lain lagi yang lebih berkesan untuk menghadapi keadaan yang sedang
berlaku. Tunku juga memberitahu mereka bahawa pengundian pilihan raya di Malaysia Timur
hendaklah diadakan dengan tidak tentu masa. Tunku juga telah mengambil keputusan untuk
menubuhkan sebuah Majlis Gerakan Negara untuk menyelenggarakan segala perkara yang
bersangkutan dengan Darurat. Serentak dengan itu, Tunku juga akan menubuhkan sebuah
Kabinet Darurat yang terdiri daripada ahli-ahli yang lama dan ahli-ahli yang baru untuk
menyelenggarakan pentadbiran.
Tujuan Tunku menubuhkan sebuah Kabinet Darurat ialah upaya pada satu masa kelak
dapat dirundingkan bagi penubuhan sebuah Kabinet yang kekal, dan buat sementara waktu
dapatlah Kabinet Darurat ini menguruskan dengan serta-merta segala perkara yang berlaku
dari sehari ke sehari untuk melicinkan pentadbiran. Tunku juga memberitahu menteri-menteri
kanan bahawa beliau akan ke istana untuk memohon kuasa daripada Duli Yang Maha Mulia
bagi melaksanakan keputusan ini. Tunku telah berunding dengan Tun Abdul Razak bagi
menyusun satu rancangan untuk pembahagian makanan kepada mereka yang tinggal di
25 Leon Comber, 13 May 1969 A Historical Survey of Sino- Malay Relations,
Singapura: Heinemann Asia. Hlm. 61.

kawasan yang telah dikenakan perintah berkurung selama 24 jam pada ketika itu dan mereka
tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli barang-barang keperluan seperti makanan dan
sebagainya. Selain itu, pada petang tersebut, Tunku telah memanggil peguam cara ke rumah
beliau

untuk

merangka

bersama-sama

dengannya

pelbagai

pengisytiharan

untuk

mengisytiharkan keadaan Darurat dalam negara dan mengisytiharkan seluruh kawasan dalam
persekutuan sebagai kawasan-kawasan keselamatan. Pada malam itu, Tunku telah mengadap
Duli Yang Maha Mulia di istana bagi mendapatkan tandatangan baginda ke atas semua syor
itu.26
Selain itu, dalam buku Biografi Politik Tun ku Abdul Rahman Putra, darurat telah
diisytiharkan oleh Yang di Pertuan Agong pada 13 Mei itu juga. Dengan itu, perlembagaan
oleh parlimen digantung dan pentadbiran diambil alih oleh National Operation Council
(Majlis Gerakan Negara-MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak. Majlis ini
dianggotai oleh semua kaum, tetapi kesemuanya daripada pihak pemerintah. Majlis ini juga
dianggotai pihak tentera, poli, pentadbiran awam dan diplomatik. Walau bagaimanapun,
Tunku Abdul Rahman masih tetap menjadi Perdana Menteri dengan kabinetnya terdiri
daripada 14 orang, namun kuasa bagi bidang kritikal diletakkan di tangan Majlis Gerakan
Negara. Ini bermakna ada dua pen tadbiran yang berjalan serentak.27
4

MAJLIS GERAKAN NEGARA.


Pada petang 16 Mei, sekembalinya Tunku dari Melaka, Tunku telah mengadakan satu

mesyuarat menteri-menteri di Residency, dan dalam mesyuarat itulah Tun Razak telah
dilantik dengan rasminya sebagai Pengarah Gerakan Negara. Lantikannya itu telah

26 Tunku Abdul Rahman, 13 Mei Sebelum dan Selepas.Hlm.88-89


27 Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman.Hlm.416

dihebahkan dalam Warta Kerajaan pada hari yang berikutnya, 17 Mei. Menurut Tunku dalam
bukunya, 13 Mei, Sebelum dan selepas;
Sekarang saya telah pun menubuhkan sebuah Gerakan Negara atau National
Operations Council dan Tun Razak sebagai Pengarah Tindakan atau Director of
Operations, dengan diberi tanggungan-tanggungan yang penuh untuk pentadbiran di
bawah Pengisytiharan Darurat, dan dalam Operations Council ini akan termasuk
anggota-anggota pasukan keselamatan. Tun Razak akan bertanggungjawab terus
kepada saya, yang bererti bahawa kebanyakan daripada kerja-kerjanya akan diberi
keutamaan.
Majlis Gerakan Negara (Operations Council) akan ditubuhkan di semua negeri dan
arahan-arahan akan diberi oleh Majlis Bertindak Kebangsaan di bawah Tun Razak.
Mereka yang menjadi ahli dalam majlis ini akan dipilih daripada kalangan orang yang
benar-benar jujur dan ikhlas dan mempunyai taat setia yang teguh kepada negara ini.
Tujuan majlis ini adalah untuk menyelaraskan kerja pentadbiran awam, tentera dan
polis dalam segala usaha kita hendak mengembalikan keamanan. Kita mesti
mengembalikan rasa kepercayaan kepada negara kita ini dengan seberapa segera
yang boleh; jika tidak, maka perniagaan akan terhalang, pentadbiran negara akan
rosak, dan segala usaha yang kita telah buat untuk kepentingan keamanan dan
ekonomi akan menjadi sia-sia. Saya bimbang orang akan menempelak kita dan
menuduh bahawa kita mengambil tindakan ini kerana kita tidak mempunyai suara
kelebihan yang banyak, tetapi ini tidaklah benar; kita mempunyai suara lebih yang
cukup untuk menjalankan pentadbiran, tetapi keadaan-keadaan yang timbul memaksa
kita mengambil langkah yang kuat dan berkesan bagi menghadapi pengganaspengganas komunis itu.

MENTERI PERTAHANAN DILANTIK.


Menurut buku 13 Mei Sebelum dan Selepas, Tunku terpaksa membuat keputusan-

keputusan dan tindakan-tindakan yang sewajarnya disebabkan atas kesedaran dan kewajipan
kerajaan untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda. Tunku mengalami keuzuran mata dan
disebabkan itu, Tunku tidak dapat menjalankan kedua-dua tanggungjawab mentadbir negara
dan menghadapi Darurat dengan cekapnya kerana kerja-kerja tersebut banyak dan mengambil
masa. Oleh sebab itu, Tunku telah memohon persetujuan Duli Yang Maha Mulia untuk
melantik Tun Abdul Razak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Pertahanan, sebagai Pengarah bagi Majlis Gerakan kerana beliau seorang yang masih muda
dan cergas, serta mempunyai tenaga yang banyak. Tun Abdul Razak seorang yang munasabah
untuk dilantik dan diberi tanggungjawab yang berat untuk mengembalikan keamanan negara
ini memandangkan kepada pengalaman beliau yang luas dalam Kementerian Pertahanan dan
Pembangunan Negara. Selain itu, kita boleh lihat dengan jela tanggungan dan kewajipan kita.
Tun Razak ialah orang yang sehabis layak menjalankan kerja yang berat itu. Selain itu, Tunku
yakin bahawa dengan pertolongan anggota-anggota Kabinet, pasukan-pasukan keselamatan
dan kakitangan-kakitangan kerajaan serta rakyat yang taat setia, maka tujuan dan cita-cita
negara akan dapat dicapai tidak lama lagi.28
Di samping itu, kerja-kerja Tun Razak semasa Darurat sudah cukup untuk
membuktikan dengan jelas kesungguhan beliau menjalankan tugas-tugas dan kesediaan
beliau untuk memberi apa jua bentuk pengorbanan. Bersama-sama ahli Kabinet yang lain,
beliau dapat meyakinkan kita semua bahawa tiap-tiap orang di negara ini akan dapat hidup
dengan aman dan harmoni antara satu sama lain, serta bebas daripada sebarang ketakutan dan
28 Tunku Abdul Rahman, 13 Mei Sebelum dan Selepas, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2007.hlm.90

kebimbangan. Jelaslah menunjukkan bahawa peristiwa 13 Mei ini telah membawa kepada
pelantikan menteri pertahanan.
6

TUNKU MELETAK JAWATAN.


Kesan peristiwa 13 Mei adalah Tunku meletak jawatan. Tunku Abdul Rahman telah

dipersalahkan, bukan sahaja oleh parti pembangkang dan orang Melayu lain, tetapi juga oleh
ahli partinya sendiri. Tunku Abdul Rahman terpaksa menghadapi tuduhan dan cemuhan
daripada ahli-ahli UMNO, sehingga dikatakan bahawa,
The Tunku own standing in UMNO had fallen considerably after the passing of the
National Language Act, when Malay national language advocates had critised him for
not taking a strong enough stand with the Chinese.
Keadaan ini dirasai benar oleh Tunku Abdul Rahman. Walaupun Tunku cuba
melawat seluruh negara untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepadanya, namun itu
tidak cukup meyakinkan Tunku. Tambahan pula desakan-desakan yang menuntut supaya
beliau meletak jawatan memang telah begitu jelas kedengaran. Walaupun Tunku dikatakan
dapat memulihkan kepercayaan rakyat kepadanya, dan orang Melayu dengan orang Cina
mula berbaik-baik, namun dalam parti UMNO, Tunku berasa kekok untuk terus menjadi
Yang Dipertua dan dalam kerajaan pula terasa kehadirannya tidak bermakna.
Dengan itu, pada 22 September 1970, 15 bulan selepas Peristiwa 13 Mei 1969,
Tunku Abdul Rahman mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri
Malaysia dan Presiden UMNO. Kedudukan gemilangnya yang terhormat yang dilaluinya
selama ini terpaksa ditinggalkannya. Peristiwa 13 Mei memang memberi kesan terhadap
imejnya, walaupun Tunku tidak menyebut secara langsung. Dalam hal ini, Tunku sebagai
Perdana Menteri terpaksa menanggung segala kelemahan dalam pentadbiran kerajaan dan

negara yang dipimpinnya. Walaupun rakyat Malaysia dapat menerima semula Tunku
Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri selepas Peristiwa 13 Mei itu, namun, bidang
kuasa dan kepentingannya dalam UMNO dan kerajaan telah diserahkan kepada Tun Abdul
Razak. Sifat orang Melayu yang berbudi bahasa memang menolak kekerasan seperti yang
dilakukan oleh ultras atau Young Turks UMNO, namun, secara lembut, mereka
memberitahu kehendak mereka sehingga Tunku berasa berbudaya, sedar dengan kehendak
ahli-ahli UMNO dan orang Melayu; dengan itu beliau menarik diri secara sukarela.29
Namun, Peristiwa 13 Mei 1969 tetap menjadi sebab Tunku Abdul Rahman gagal
untuk mengakhiri kegemilangannya sebagai seorang Perdana Menteri yang tetap harum
namanya dengan kejayaan silamnya. Tunku Abdul Rahman sendiri mengakui
kegagalannya:
In fact all my work to make Malaysia a happy and peaceful country through these
years, and also my dream of being the happiest Prime Minister in the world, were also
going up in the flame.30
7

PERISTIWA KEKACAUAN LAIN.


Pada malam 15 Mei, Tunku telah menerima satu laporan yang menyatakan bahawa

satu kejadian telah berlaku di Melaka, di mana seorang telah terbunuh dan seorang lagi
tercedera. Tunku segera mendapatkan sebuah helikopter untuk ke Melaka pada pagi 16 Mei.
Setibanya di Lapangan Terbang Melaka, beliau telah dibawa terus ke ibu pejabat polis untuk
mendengar laporan. Kemudiannya, dibawa pergi melawat ke tempat kejadian itu berlaku.
Menurut polis Melaka, samseng-samseng Cina telah menyerang dua orang pengayuh beca
roda tiga berbangsa Melayu, di Jalan Bandar Kubu dan memukul mereka dengan kejam
29 Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman, hlm.420.
30 Leon Comber, 13 May 1969,hlm.70.

sehingga seorang daripadanya telah mati kemudiannya, tetapi seorang lagi telah dapat
menyelamatkan diri. Ketika itu, polis sedang menjalankan rondaan dan mereka pun mengusir
samseng-samseng tersebut. Samseng-samseng itu lari dan masuk ke sebuah bangunan rumah
pangsa dengan diburu oleh polis. Sejurus kemudian, satu tangkapan telah dibuat.31
Setelah dijalankan penyiasatan, terbukti bahawa seorang ahli parti politik
pembangkang telah memberi upah kepada samseng-samseng itu untuk menimbulkan
kekacauan. Bagi memendekkan cerita, ahli politik tersebut telah ditangkap kemudiannya di
sebuah negeri yang lain. Tindakan segera telah diambil ke atasnya dan dia ini berada dalam
tahanan polis.
Selain itu, kesan daripada peristiwa 13 Mei ini menyebabkan terjadinya peristiwa
pergaduhan lagi. Dua minggu kemudian, iaitu pada 28 Jun, hari Sabtu, bandar Kuala Lumpur
yang telah mulai sunyi daripada sebarang kejadian buruk sama ada siang ataupun malam,
dengan tiba-tiba bergoncang semula apabila berlakunya satu kekacauan baru dan besar di
kawasan yang letaknya di sebelah utara iaitu Sentul. Pergaduhan-pergaduhan baru telah
berlaku pada petang itu di Sentul Pasar. Pertengkaran antara dua orang yang mabuk di Jalan
Chow Kit telah mencetuskan rasa takut dan kelam kabut dalam kalangan orang ramai, dan
kedai-kedai telah ditutup dan orang yang berjalan kaki lari bertempiaran. Dalam kejadian
yang berlaku pada kali ini, lima orang telah terbunuh dan sederet rumah kediaman telah
dibakar. Menjelang pukul 6 petang, kawasan yang berlaku kejadian itu telah diletakkan di
bawah perintah berkurung dan pihak polis telah melaporkan semuanya baik. 32
Kejadian di Sentul ini berlaku kerana beberapa perbuatan provokasi yang telah
dilakukan oleh pemuda-pemuda India. Sekumpulan pemuda-pemuda India telah membaling
31 Ibid,hlm.92
32 Tunku Abdul Rahman, 13 Mei Sebelum dan Selepas,hlm.102.

batu ke atas masjid yang ada di kawasan itu. Tidak cukup dengan perbuatan mereka yang
tidak bertanggungjawab itu, mereka telah menambahkan lagi penghinaan ke atas masyarakat
Melayu dengan membaling najis-najis manusia ke dalam kawasan masjid. Perbuatan hina
yang seperti ini tentulah membakar perasaan orang Melayu di situ sehingga satu rusuhan
kecil telah meletus hingga menyebabkan kematian lima orang.
Seterusnya, di Cheras, iaitu kira-kira enam batu jauhnya dari Sentul, kumpulankumpulan pemuda telah melempar batu ke atas kenderaan-kenderaan yang lalu di kawasan itu
dan dalam satu kejadian yang lain pula yang berlaku kira-kira sebatu dari Sentul Pasar,
samseng-samseng telah mencederakan seseorang yang melalui jalan tersebut. Dengan
kejadian-kejadian ini, maka kawasan yang tersebut telah diletakkan di bawah satu
pengawasan pasukan keselamatan yang ketat dan perintah berkurung telah dikenakan selama
tiga hari. Sementara itu, di bahagian-bahagian lain bandar Kuala Lumpur, kehidupan rakyat
telah berjalan seperti biasa.
Sungguhpun begitu, satu peristiwa yang sangat buruk telah berlaku pada 27 Julai di
sempadan sebelah utara Malaysia Barat, di mana enam orang tentera Malaysia telah terbunuh
dan lapan lagi tercedera dalam satu serang hendap yang telah berlaku di hutan tebal oleh 30
pengganas yang datang dari negara Thai. Tempat berlakunya peristiwa itu ialah kira-kira dua
batu dari Sintok, sebuah kampung di Malaysia yang berdekatan dengan sempadan. Setelah
bandar Kuala Lumpur pulih kembali seperti sedia kala dan ketika suasana di seluruh negara
pada keseluruhannya telah bertambah baik, maka perasaan takut dan bimbang telah timbul
daripada kejadian 13 Mei itu telah beransur-ansur hilang.33
8

PEMULAUAN ORANG CINA TERHADAP ORANG MELAYU

33 Ibid,hlm.103.

Seterusnya, pemulauan ini dapat dilihat dalam urusan jual beli buah durian. Dukacita
kerana orang Cina di Kuala Lumpur telah terpengaruh dengan khabar-khabar angin bahawa
jika mereka membeli durian daripada orang Melayu atau menjual durian itu, mereka mungkin
akan dipukul. Khabar-khabar angin ini mungkin juga ada kebenarannya, tetapi tidaklah patut
mereka itu sebagai rakyat negara ini yang baik dan taat setia membiarkan diri mereka
diancam oleh sekumpulan pemuda-pemuda yang tidak bertanggungjawab. Menurut Tunku:
terdapat seorang kawan beliau telah memberitahu bahawa dia telah diberi beberapa biji
durian. Setelah menikmati buah yang lazat itu dengan secara bersembunyi di dalam rumah,
dia terpaksa dengan secara sembunyi-sembunyi menggali sebuah lubang untuk menanam
kulit-kulit durian itu pada sebelah malam. Dia bimbang kerana sekiranya kulit-kulit durian itu
dibuang ke dalam tong sampah, mungkin cerita yang dia telah melanggar pemulauan itu akan
dapat diketahui dari mulut ke mulut dan dengan itu, dia akan menghadapi satu akibat yang
buruk.34
Sekiranya rakyat mengambil sikap membiarkan diri mereka terperangkap dengan
perasaan ketakutan oleh sebab adanya ancaman supaya buah-buah bermusim ini dipulaukan,
maka Tunku bimbang bahawa kita akan mengambil masa yang lebih panjang untuk
mengembalikan keamanan yang sebenar di dalam negara ini. Mereka tahu bahawa penjualan
buah-buah yang bermusim itu adalah untuk selama masa yang tidak lebih daripada dua bulan
sahaja. Keadaan ini memberikan gambaran kepada kita bahawa kesan peristiwa 13 Mei
amatlah teruk untuk negara kita.

AKHBAR YANG BERAT SEBELAH

34 Tunku Abdul Rahman, 13 Mei Sebelum dan Selepas,hlm.104

Akhbar-akhbar tempatan, yang seperti biasa cekap dalam pekerjaannya telah


menerbitkan surat-surat khabar mereka pada dua hari yang pertama, tetapi akhbar-akhbar
tidak dapat diedarkan dengan meluas disebabkan keadaan kucar-kacir yang sedang berlaku di
seluruh ibu negara. Namun begitu, tempoh peralihan dalam susunan kerajaan itu telah
memberikan keuntungan kepada pemberita asing dan mereka menggunakan kesempatan itu
dengan tidak teragak-agak lagi. Laporan tentang rusuhan yang disebarkan di Singapura amat
berlainan, terutama sekali penerbitan PAP, The Mirror. Cara laporan ini ditulis
membayangkan bahawa mereka juga mahu orang lain percaya kepada semua laporan buruk
yang dilemparkan ke atas kita di Malaysia. Perbuatan ini sungguh di kesali kerana Singapura
sendiri menghadapi masalah yang sama dan terancam dengan bahaya yang sama seperti kita.
Kita berasa sungguh marah tatkala membaca berpuluh-puluh artikel surat khabar dan
majalah yang dikeluarkan di negara-negara lain kerana kita percaya tulisan-tulisan tersebut
dapat mencacatkan nama baik kita sebagai satu bangsa. Kita marah dengan perbuatan surat
khabar dan majalah asing dengan laporan-laporan liar mereka dan melampaui batas dan berat
sebelah, serta dengan lidah pengarangnya yang penuh dengan kritikan yang ditulis beriburibu batu jauhnya mereka dari negara ini dan hanya berasaskan kepada kecetekan
pengetahuan serta kejahilan mereka tentang cara-cara hidup dan hal ehwal Malaysia.
Selain itu, dalam buku 13 Mei Sebelum dan selepas, Tunku telah memberikan
beberapa contoh tulisan yang tersiar dalam majalah-majalah yang masyhur yang sanggup
memutarbelitkan kenyataan. Contohnya:
Pertama, biarlah Tunku turunkan di sini satu tulisan yang telah tersiar dalam
majalah Time bertarikh 23 Mei: Seorang lelaki telah cuba menyelamatkan dirinya
dari motokar yang sedang terbakar, tetapi telah ditolak masuk semula ke dalam
motokarnya itu oleh perusuh-perusuh dan mati. Setelah peperangan kaum dan

kekacauan awam itu berjalan selama empat hari, maka rumah mayat di hospital
telah penuh sesak dengan mayat-mayat sehingga terpaksalah mayat-mayat itu
dibubuh dalam beg-beg plastik dan digantung di penyangkut-penyangkut siling
rumah itu. Pegawai-pegawai kerajaan yang cuba hendak mengecilkan kejadian itu,
telah mengatakan bahawa bilangan orang yang mati cuma 104 sahaja. Punca-punca
diplomat negara Barat menganggarkan bahawa bilangan itu hampir-hampir 600
orang dan kebanyakan mangsa itu ialah orang Cina.35
Oleh demikian, kita lihat pula faktor-faktor yang sebenar. Rumah mayat di hospital
biasanya boleh memuatkan enam mayat sahaja. Tidak ada penyangkut yang dipasang di siling
rumah itu, dan tidak pernah ada beg-beg plastik disediakan untuk meletakkan mayat-mayat.
Hospital itu mempunyai kelengkapan moden dan bukan merupakan satu bilik sejuk yang
terdapat di kedai-kedai menjual daging! Pihak berkuasa perubatan di negara kita menjaga
mayat-mayat dengan penuh hormat sebagaimana yang dilakukan di mana-mana negara yang
bertamadun.36 Mayat-mayat itu dibalutkan dengan kain putih oleh penjaga-penjaga mayat
yang mendapat latihan.
Jelaslah di sini bahawa Peristiwa 13 Mei ini diambil kesempatan oleh wartawan negara lain
untuk memburukkan nama baik negara kita. Kesan ini membawa impak yang amat besar
kerana pandangan negara lain terhadap kita disebabkan akhbar yang berat sebelah dan penuh
dengan fakta yang salah dan fitnah. Keadaan ini boleh membawa kepada pecah belah rakyat
kita.

4.0 LANGKAH- LANGKAH MENGATASI RUSUHAN KAUM 13 MEI


35 Tunku Abdul Rahman, 13 Mei Sebelum dan Selepas,hlm. 165
36 Ibid.hlm,166

4.1 PENUBUHAN MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)


Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 menyebabkan kerajaan
mengisytiharkan darurat dalam negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan
pada 17 Mei 1969 yang berperanan sebagai badan pelaksana pentadbiran negara sepanjang
tempoh darurat. Hal ini bermaksud fungsi kerajaan lumpuh pada masa itu. Majlis Gerakan
Negara yang telah diberi kuasa penuh untuk mentadbir negara terdiri daripada enam orang
Melayu dan dua orang bukan Melayu, dengan Tun Abdul Razak sebagai Pengarah Gerakan. 37
Pihak polis dan tentera mengambil bahagian dan berperanan dalam memastikan keamanan
dan mengawal emosi. Secara umumnya, MAGERAN

berperanan dalam hal ehwal

pentadbiran kerajaan Pusat dan Negeri selama perintah darurat dikuatkuasakan selepas
rusuhan kaum 13 Mei.38 Badan ini berfungsi untuk mengembalikan keamanan dan undangundang yang menentukan pentadbiran yang licin dalam negara serta mengembalikan
keharmonian dan kepercayaan antara kaum dalam negara. Malah, darurat yang
dikuatkuasakan telah membekukan gerakan parti-parti politik dalam negara yang dianggap
sebagai pencetus kepada permasalahan kaum yang berlaku. Oleh hal yang demikian,
pembekuan parti politik adalah bertujuan mengawal kegiatan yang bersifat perkauman yang
mampu mencetuskan pergolakan dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, pemerintahan
MAGERAN berlangsung selama 20 bulan. MAGERAN juga telah menubuhkan sebuah
pejabat Urus setia Hal Ehwal Awam. Selain itu, MAGERAN juga menubuhkan beberapa
jabatan sepanjang perintah darurat ini berlangsung. Salah satu daripadanya adalah Jabatan
Perpaduan Negara (JPN) yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Ghazali Shafie pada tahun 1970.
Namun, sebelum itu, Majlis Muhibah Negara (MMN) telah ditubuhkan pada 18 Julai 1969.
37 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu- Cina, hlm 143
38 Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Pustaka Antara. Hlm. 851-852

Penubuhan JPN bertujuan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat
ke arah perpaduan negara dengan lebih teratur dan teliti di samping mendraf satu ideologi
kebangsaan iaitu Rukun Negara.

Pada 23 Februari 1971, Parlimen baru telah dibuka dan ini menandakan pemerintahan selama
20 bulan berakhir yang dilakukan secara pengisytiharan oleh MAGERAN. Perdana Menteri
yang baru, Tun Abdul Razak telah menegaskan bahawa cuma satu cara sahaja untuk
mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang kembali iaitu menyusun semula ekonomi dengan
menghapuskan kemiskinan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum serta
mengimbangkan ekonomi antara kaum dengan menambahkan penyertaan Bumiputera dalam
kehidupan ekonomi negara.
4.2 MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA (MAPEN)
Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada 29 Januari 1970 di bawah
Undang-undang Darurat yang diwartakan. MAPEN dan MAGERAN saling bekerjasama. Hal
ini kerana, MAPEN berfungsi sebagai penasihat kepada MAGERAN khususnya perkaraperkara yang berkaitan perhubungan kaum. Majlis ini dianggotai oleh Tun Abdul Razak
sebagai Pengerusi, tiga orang menteri, wakil-wakil kerajaan dan perkhidmatan awam,
wartawan dan persatuan-persatuan guru. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai
perpaduan kaum, perancangan dan penyelarasan pembangunan dari segi ekonomi, politik,
sosial serta pembangunan wilayah dan negara. Seterusnya, dalam perbincangan mereka,
MAPEN berpendapat negara ini memerlukan satu panduan yang boleh dijadikan ideologi
bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang baru dan maju. Ideologi tersebut iaitu
RUKUN NEGARA mendukung lima prinsip utama yang bertujuan mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta

satu masyarakat yang adil dan membina sebuah masyarakat yang progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden. Dalam beberapa perkara, Majlis Perundingan
Negara merupakan institusi yang ditubuhkan bagi menggantikan Parlimen. Majlis ini
bersidang dari semasa ke semasa. Apabila Parlimen bersidang semula, MAPEN telah
dimansuhkan sama sekali.39

4.3 RUKUN NEGARA


Secara umumnya, Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh MAGERAN iaitu
setahun selepas tragedi 13 Mei 1969. Yang di-Pertuan Agong secara
mengisytiharkan ideologi kebangsaan yang dinamakan Rukun

rasmi telah

Negara. 40 Malah, Rukun

Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Hal ini kerana, ideologi ini diperkenalkan
bagi membina jati diri yang sama dalam membina sebuah Negara Bangsa. Seterusnya, ia
mendukung hasrat bagi mencapai dasar pembangunan pendidikan. Oleh hal yang demikian,
Rukun Negara merupakan satu dasar yang dibina agar menjadi dasar hidup rakyat yang
berbilang kaum di Malaysia. Ia juga merupakan satu lambang perpaduan dan ke arah
pembangunan Bangsa yang berdaulat dan mendukung lima prinsip yang utama. Kerajaan
Malaysia bermatlamat hendak menggunakan Rukun Negara sebagai model asas bagi strategi
dalam mewujudkan perpaduan kebangsaan. Malah, prinsip-prinsip yang terkandung di
dalamnya adalah bertujuan untuk menyatupadukan berbagai-bagai kaum dan masyarakat.
Justeru, bagi orang-orang bukan Melayu pula, Rukun Negara merupakan jalan tengah dalam

39 Leon Comber. Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu Cina, hlm 150
40 Leon Comber. Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu Cina, hlm. 151

merapatkan hubungan antara orang-orang Melayu dengan Cina.41 Ikrar dan prinsip Rukun
Negara diterjemahkan kepada lima prinsip iaitu:1) Kepercayaan kepada Tuhan
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3) Keluhuran Perlembagaan
4) Kedaulatan Undang-undang
5) Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip yang ketiga iaitu keluhuran Perlembagaan jelas menunjukkan bahawa orang-orang
Cina mesti menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang
tunggal, serta menerima kedudukan istimewa Bumiputera dan hak kepentingan kaum-kaum
lain. Oleh hal yang demikian, Rukun Negara telah disokong oleh semua parti politik yang sah
dan prinsip-prinsipnya telah tersebar luas dan sentiasa disebut dan dirujuk. Oleh hal yang
demikian, Rukun Negara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat kesetiaan,
kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Rukun Negara melaksanakan
dasar dan garis panduan supaya proses perpaduan dapat dipercepatkan.

4.4 MAJLIS MUHIBAH NEGARA

41 Ibid. hlm. 154

Majlis ini dibentuk di peringkat pusat, negeri, daerah, dan kampung di bawah
peruntukan dan Peraturan-peraturan Perlu 1969 untuk menggalakkan perkembangan muhibah
dengan memulihkan kepercayaan sesebuah kaum dengan kaum lain. Oleh itu, semasa
kerajaan Berparlimen dipulihkan pada 23 Februari 1971, Majlis Muhibah Negara digantikan
dengan Majlis Perpaduan Negara. ( National Unity Council) yang mempunyai 51 anggota.
Tujuan penubuhan majlis ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan
perpaduan negara yang difikirkan oleh Perdana Menteri yang perlu dirujuk kepada Majlis dan
mencadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada masalah perpaduan. Lantaran itu, pada
1 Januari 1972, Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibah Negara digabungkan
menjadi Kementerian Perpaduan Negara. Oleh itu, jabatan ini bertanggungjawab mengurus
serta menyelaras tugas-tugas Majlis Penasihat Perpaduan Negara dan Jawatankuasa Muhibah.

4.5

DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBINA SEMULA MALAYSIA

SELEPAS RUSUHAN 13 MEI 1969


4.5.1 DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan pada tahun 1970 serentak dengan
pemasyhuran Rukun Negara yang

dinyatakan dalam pengenalan Rancangan Malaysia

Kedua. Dasar ini dilaksanakan berasaskan kepada hasrat mengurangkan kadar kemiskinan
dan mengagihkan peluang dalam bidang ekonomi kepada semua kaum dengan seimbang.
Malah, melalui DEB pembasmian kemiskinan mutlak dengan mencari, mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah ini dengan strategi yang dirangka. Dasar ini mempunyai serampang
dua mata untuk mencapai kemajuan iaitu

mengurangkan secara beransur-ansur

menghapuskan kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan mempercepatkan proses

penyusunan

semula

masyarakat

Malaysia

untuk

mengimbangkan

ekonomi

dan

menghapuskan identiti kaum berdasarkan kegiatan ekonomi mereka.


Berhubung dengan masalah kemiskinan, kerajaan berusaha menambah peluang
pekerjaan untuk rakyat terutamanya dengan memajukan bidang perindustrian. Pelbagai
strategi dirangka dan usaha dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Salah satu daripadanya
ialah memperhebatkan kawasan desa. Malah, penyusunan kembali masyarakat pada dasarnya
bererti melipatgandakan penglibatan orang Melayu dalam sektor industri dan perdagangan
supaya lama-kelamaan pekerjaan bagi semua kaum dapat mencerminkan perseimbangan
antara kaum-kaum di Malaysia. Secara umumnya, kemiskinan telah menimbulkan
ketegangan di antara kaum. Lantaran itu, DEB diperkenalkan bertujuan untuk menangani
masalah pengagihan kekayaan di kalangan penduduk Tanah Melayu dan berusaha
mengurangkan jurang perbezaan kaum dalam ekonomi. Kerajaan telah menggunakan
pendekatan baru dalam rancangan lima tahun menerusi DEB. Rancangan tersebut dijalankan
menerusi dasar serampang dua mata.42 Melalui DEB juga diwujudkan beberapa polisi seperti
New Economic Policy (NEP) bagi tujuan menghalang pembinaan jurang ekonomi yang besar.
Langkah penyelesaian bagi membantu menangani masalah ekonomi ialah menerusi
penubuhan FELDA, RISDA, MADA dan KADA. Antara program yang dijalankan ialah
pembukaan dan penerokaan tanah-tanah baru dan bantuan alatan pertanian yang canggih serta
subsidi baja dan benih. Di samping itu, langkah pembasmian kemiskinan di kawasan bandar
adalah dengan menyediakan peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Penyusunan semula masyarakat adalah bertujuan bagi mengurangkan jurang sosial dan
ekonomi di kalangan penduduk serta menghapuskan pengenalan kaum mengikut ekonomi di
42 R.S Milner dan Diane K. Mauzy. (1982). Politik dan Kerajaan di Malaysia. Hlm.
415

Malaysia. Berhubung dengan perkara ini, beberapa strategi telah dirangka iaitu dengan
meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui
proses memodenkan kawasan luar bandar. Kerajaan juga melaksanakan langkah mewujudkan
masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera dalam pelbagai lapangan
dan kegiatan ekonomi. Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan. Antaranya adalah
menyusun kembali semula corak tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara
berperingkat. Beberapa agensi ditubuhkan seperti MARA, Bank Pembangunan dan Amanah
Saham Mara. Pembangunan Wilayah dilaksanakan iaitu pembukaan kawasan dan
penempatan semula masyarakat di kawasan berpotensi dengan bantuan agensi seperti DARA,
KEJORA dan KESEDAR. Oleh itu, melalui pegangan ekonomi yang kukuh, kaum
bumiputera dapat bersaing dengan kaum lain. DEB

menyasarkan

golongan peringkat

bawahan seperti golongan petani dan nelayan turut merasai limpahan ekonomi negara.
Strategi DEB adalah menyusun semula masyarakat Malaysia untuk mengimbangkan
kedudukan ekonomi merupakan rancangan jangka panjang kerana ia meliputi program yang
luas untuk membolehkan Bumiputera mengambil bahagian dalam sektor ekonomi moden
dinamik.43
4.5.2 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Dasar ini dilancarkan pada 17 Jun 1991 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri
Mahathir Mohammad. Secara umumnya, dasar ini berfokus kepada perpaduan negara kerana
masyarakat yang bersatu padu penting dalam memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan
politik. Antara dasar yang terkandung ialah menggalakkan dan memperkukuhkan integrasi
nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan ekonomi berasaskan prinsip
pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama.

43 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu- Cina, hlm. 159

4.5.3 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Dasar ini diperkenalkan bagi memupuk dan mewujudkan perpaduan negara. Hal ini
bermakna, dasar ini merupakan satu langkah untuk mencapai integrasi nasional. Antara
aspek-aspek yang terkandung dalam dasar ini adalah kebudayaan kebangsaan negara mestilah
berasaskan kepada kebudayaan penduduk asal atau peribumi negara ini dan kebudayaankebudayaan lain yang sesuai dan wajar serta munasabah diterima dan digabungkan dalam
kebudayaan kebangsaan. Oleh itu, dasar ini diperkenalkan bagi mendukung hasrat kerajaan
bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama atau kaum.

5.0 KESIMPULAN.
Secara kesimpulannya, peristiwa 13 Mei 1969 menjadi kemuncak kegawatan
sentimen perkauman dalam politik Malaysia dan menyebabkan wujudnya satu titik hitam
yang amat menyedihkan dalam sejarah negara selepas merdeka. 44 Peristiwa ini diakui oleh
pihak berkuasa sebagai rusuhan kaum yang paling serius dalam sejarah negara Malaysia.
Pertumpahan darah pada 13 Mei 1969 dan kacau bilau yang berlaku hampir menghancurkan
negara. Selepas rusuhan berlaku, Parlimen telah digantung selama 20 bulan dan negara telah
diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Oleh hal yang demikian, tragedi ini
44 Ramlah Adam,Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, hlm. 420

mengakibatkan ratusan nyawa terkorban serta kerosakan harta benda yang cukup dahsyat.
Walau bagaimanapun, peristiwa 13 Mei 1969 tercetus berikutan keputusan Pilihan Raya
Umum pada 10 Mei 1969.45 Peristiwa ini ternyata memberi kesan yang besar kepada politik
dan sosioekonomi di Malaysia. Ekoran tragedi ini, Parlimen digantung sementara dan
digantikan dengan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Oleh itu, peristiwa ini menjadi
pengajaran kepada seluruh masyarakat Malaysia kerana tragedi ini merupakan kemuncak
manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Lantaran itu, natijah daripada peristiwa ini
maka akhirnya kepimpinan Malaysia lebih prihatin apabila berbicara soal perpaduan dan
perkauman. Tragedi berdarah ini memberi impak yang besar kepada masyarakat Malaysia
pada ketika itu terutamanya bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam peristiwa ini.
Justeru, selepas peristiwa 13 Mei, kerajaan melaksanakan pelbagai strategi dan
memperkenalkan dasar-dasar yang bertujuan memantapkan perpaduan dan keseimbangan
ekonomi dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Salah satu daripadanya adalah
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membantu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat
Melayu khususnya.

45 Ishak Saat, Malaysia 1945-2000. Kuala ,hlm. 232

You might also like