You are on page 1of 12

PERIBAHASA

PERIBAHASA
Apa itu peribahasa?
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat peribahasa ialah ayat atau
kelompok kata yg mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu, bidalan, pepatah:

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan


makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya.

Susunan perkataannya mengandungi maksud tersirat.

Menggambarkan
Sifat
Kelakuan
Keadaan
Jenis-jenis
peribahasa

Jenis-jenis peribahasa
SIMPULAN
BAHASA
Maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata
dalam ungkapan

Contoh:

1.Cari Muka
Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan
pujian atau ganjaran.

Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

2. Cepat Lidah
Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih
dahulu.

Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah


menyebabkan kami berasa tersinggung.
PERUMPAMAAN
Mengandungi makna tersurat dan tersirat
Perumpamaan ialah susunan katakata yang
indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai
maksud yang tersirat.
Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata
bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
Contoh:
1. Seperti embun di hujung rumput
Maksud: kasih sayang yang tidak berkekalan.

2. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah


semua
Maksud: kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
menyebabkan orang lain yang menerima
akibatnya
BIDALAN
BIDALAN
merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk
melahirkan fikiran yang tajam, tepat,mengandungi
perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan
kata-kata hikmat
Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata
sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama
Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah
bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu
dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas
sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.
Contoh:
1. Rosak badan kerana mulut
Mksud: mendapat masalah akibat terlanjur kata

2. Ada udang di sebalik batu


Maksud: melakukan sesuatu tetapi ada tujuan lain
disebaliknya.
PEPATAH
Sejenis peribahasa yang berangkap
Biasanya terdapat pengulangan kata
yang berperanan sebagai penegasan
atau sebagai unsur-unsur pengajaran
yang hendak disampaikan
Contoh:
1. Masuk telinga kanan, keluar telinga
kiri
Maksud: tidak mendengar nasihat
2. Cakap siang pandang-pandang, cakap
malam dengar-dengar
Maksud: berhati-hati apabila bercakap
Terima

You might also like