You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KERUBONG KM 16,

KAMPUNG KERUBONG, 75250 MELAKA.

________________________________________________________________________________
MINIT CURAI
MESYUARAT/TAKLIMAT YANG TELAH DIHADIRI OLEH PEGAWAI
________________________________________________________________________________________________
(Hendaklah diisi dalam dua salinan. Satu salinan untuk Guru Besar dan satu salinan untuk yang orang berkaitan)
NAMA PEGAWAI : Nur Syazwani Binti Subari
JAWATAN : Penyelaras Tahun 4
TURUT HADIR : Penyelaras tahun 5 dan 6
MESYUARAT YANG : Mesyuarat Penyelaras aliran Tahap 2 bersama
DIHADIRI GPK 1
TARIKH : 5/3/2021
TEMPAT : Pusat Sumber SK Kerubong
MASA : 2:00:00 PM
MESYUARAT : Pn. Rosnani Binti Ahmad Zakaria
DIPENGERUSIKAN OLEH
PENGANJUR : Unit Kurikulum
A. PERKARA YANG DIBINCANGKAN
Murid lemah Matematik di dalam fakta asas.pertukaran unit dan formula berkaitan
Matematik.
Murid tidak tahu membaca ,mengira dan mengenal nombor.
Murid lemah di dalam soalan berayat dan penyelesaian masalah terutamsa kertas 2 iaitu
soalan berbentuk subjektif.
Murid tidak lancar membaca.
Masa yang singkat bagi murid tahun enam untuk menguasai format dan kemahiran
menjawab soalan.

B. TINDAKAN :
Panitia Matematik melaksanakan program Sarapan Minda dimana program ini setiap
murid akan membuat latihan Matematik di dalam buku fakta Asas yang diberi nama
Cemerlang Matematik selama 5 minit.Buku ini setiap murid telah membeli di kedai buku.
Selain daripada itu,panitia juga mewujudkan sudut rekreasi,sudut kelas dan beberapa sudut di
kawasan sekolah untuk menampal banner atau banting yang berkaitan dengan formula-
formula supaya murid boleh memperolehi maklumat berkaitan Matematik.
Program Jalinan Kasih untuk murid yang lemah dalam 4M atau PLAN akan ada
program bersama bimbingan guru pemulihan tahap 1 iaitu kelas Sinar pagi.Kelas ini akan
dilaksanakan pada bulan Jun.
Untuk murid Tahap 2 akan diadakan klinik Matematik dimana murid-murid tersebut akan
diberi latih tubi dengan bacaan dan soalan yang berbentuk mekanikal untuk melatih murid
mengira dan dijadikan sebagai amalan rutin .
Panitia Matematik menggunakan modul soalan KBAT dan soalan penyelesaian masalah
dimana dengan menggunakan modul ini,murid dapat mengetahui kehendak soalan berbentuk
KBAT,kata kunci yang digunakan dan kaedah yang digunakan untuk
mencari jalan penyelesaian atau pengiraan.Modul ini boleh membantu murid
menjawab secara rutin untuk murid Tahap 2.
Untuk murid tahap 1,Panitia akan memperkenalkan soalan penyelesaian masalah yang mudah
bagi mendedahkan kemahiran untuk menyelesaikan masalah.Murid juga dapat mencari kata
kunci danmaklumat yang perlu urid tukarkan kepada ayat matematik
.Seterusnya menyelesaikan kepada bentuk lazim.
Buku Bacalah Anakku digunakan terhadap murid yang tidak lancar membaca bagi
mengasah kemahiran membaca mereka.
Pendedahan berkaitan format dan kemahiran menulis diberikan
lebih kepada murid-murid tahun 6.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 3:00:00 PM.

Disediakan oleh Tarikh : 5/3/2021

(Nur Syazwani Binti Subari)


Penyelaras Tahun 4
SK KERUBONG, MELAKA

You might also like