You are on page 1of 2

Jenis-Jenis Peribahasa

Peribahasa merangkumi simpulan


bahasa,perumpamaan,pepatah,bidalan,perbilangan,kata-kata
hikmah dan bahasa kiasan. Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu:
1) Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang
dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya
terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi, bukan daripada yang tersurat
atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang
digunakan.
Ciri-ciri Simpulan Bahasa
a) Terbentuk daripada penggunaan kata nama am - anak buah, anak emas, buah
tangan, lipas kudung.
b) Terbentuk daripada penggunaan kata kerja - ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang
telinga,cakar ayam
c) Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif - besar kepala, bodoh sepat,kecil hati,
berat hati
d) Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas - Abu Jahal,Mat Jenin,Pak Kaduk
e) Terbentuk daripada nilai kepercayaan - air pinang, batu buyung, makan bulan

2) Perumpamaan
Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta
mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai,
ibarat, laksana, seperti dan umpama. Contoh perumpamaan : bagai aur dengan
tebing,seperti api dalam sekam, bak bulan dipagari bintang.
3) Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian
perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Sebagai contoh,diam ubi berisi, diam
besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada
orang yang pendiam tetapi bodoh.
4) Bidalan
Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat
Melayu. Dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran. Contoh
bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang bermaksud
semakin kaya semakin sombong.
5) Perbilangan
Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang mencerita dan
menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau
(adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah Minangkaba
dan Palembang yang dikenali sebagai 'Adat Minangkabau'.
Di Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri
Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan adat ini diperturunkan dari
mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi.Perbilangan adat ini mengalami

perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada kedatangan
Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang
dibuktikan oleh perbilangan ini :
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat
6) Kata Hikmat
Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai.
Kata hikmat dijadikan pedoman hidp dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi
mempunyai maksud yang benar dan dalam.Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat atau
kata pujangga ialah perkataan orang bijak pandai yang mempunyai pengertian yang
tinggi. Ini bermaksid ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta
dijadikan pedoman hidup, contohnya "bahasa menunjukkan bangsa", "bersatu teguh
bercerai roboh", "maju bangsa maju negara" dan sebagainya. Zaaba juga menyebut
tentang kategori yang sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan
yang bijak,pendek,sedap, benar dan berisi.

You might also like