You are on page 1of 19

TOPIK 3: Sintaksis

Bahasa Melayu
(Konsep, Binaan dan
Fungsi)
1 DR. MELVINA/JPM IPGKTAR
2

Konsep, Binaan dan Fungsi

o Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji


proses pembinaan ayat.
o Sintaksis juga adalah kajian tentang hukum atau
rumus tatabahasa sesuatu bahasa.
o Kajian ini menghuraikan aspek-aspek yang berkaitan
dengan pembinaan ayat seperti pola ayat dasar,
konsep frasa, konsep klausa dan aspek-aspek lain
yang berkaitan dengan sintaksis.
3

Frasa dan Binaan Frasa

o Frasa ialah binaan unit bahasa yang terdiri daripada satu


perkataan atau beberapa susunan perkataan dan
berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat yang
sempurna atau gramatis.
o Frasa berbeza dengan klausa dari segi subjek dan
predikat, iaitu frasa hanya mempunyai subjek dan unsur-
unsur binaan frasa.
o Manakala klausa atau ayat yang terdiri daripada subjek
dan predikat.
4

Frasa Nama

o Frasa nama ialah frasa yang terdiri daripada kata


nama sebagai unsur inti.
o Unsur inti kata nama boleh hadir secara sendirian
atau hadir bersama unsur-unsur lain sebagai
penerang kata nama.
5

Binaan Frasa Nama

o Binaan frasa nama ialah frasa nama terbentuk


daripada kata nama sebagai unsur inti.
o Unsur inti pula terbentuk dalam dua jenis, yang
pertama terdapat sebuah kata nama sebagai inti
dan kedua terdapat dua buah kata nama
sebagai inti dalam satu frasa.
6

Binaan Frasa Nama


i. Contoh Frasa Nama dalam bentuk satu inti dan penerang serta predikat.
Frasa Nama Subjek Predikat
Inti Penerang
1 Akhlak mulia selalu dikasihi orang
2 Perbuatan zalim akan dibalas neraka
3 Jururawat putih itu kakak saya

ii. Contoh Frasa Nama dalam bentuk dua inti dan predikat.
Frasa Nama Subjek Predikat
Inti Inti
1 Akhlak mulia selalu dikasihi orang
2 Perbuatan zalim akan dibalas neraka
3 Jururawat putih itu kakak saya
7

Frasa Kerja

o Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja


sebagai unsur inti.
o Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif.

Subjek Predikat
1 Amalina berjaya.
2 Pemburu itu memburu pelanduk di hutan.
3 Tok guru membaca kitab.
4 Pembantu rumah menyapu sampah di ruang tamu.
8

Binaan Frasa Kerja

o Binaan kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif.
o Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek, manakala kata kerja
tak transitif pula boleh hadir secara sendirian tanpa pelengkap
atau berpelengkap, iaitu diikuti oleh keterangan.

i. Contoh-contoh FK dengan menggunakan kata kerja transitif


FN (Subjek) FK (Predikat)
KK Objek
1 Damia menunggang kuda.
2 Beberapa orang remaja melanggar undang-undang jalan raya
3 Suraya mencuci pakaiannya.
9

Binaan Frasa Kerja

ii. Contoh-contoh FK dengan menggunakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
FN (Subjek) FK (Predikat)
KK Pelengkap/Penerang
1 Semua kanak-kanak bangun.
2 Beberapa ekor ikan emas berenang.
3 Nenek sakit.

iii. Contoh-contoh FK dengan menggunakan kata kerja tak transitif berpelengkap


FN (Subjek) FK (Predikat)
KK Pelengkap/Penerang
1 Bajunya tersimpan dalam almari.
2 Bayi itu menjerit sekuat-kuatnya.
3 Sekawan singa berlari sepantas kilat.
10

Frasa Adjektif

o Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif


sebagai unsur inti.
o Lazimnya kata adjektif atau kata sifat hadir selepas kata kerja
atau kata nama.
o Kata adjektif berfungsi sebagai predikat atau unsur keterangan.

i. Contoh-contoh FA
FN (Subjek) FA (Predikat)
1 Damia sangat cerdik.
2 Peristiwa itu amat menyedihkan.
3 Buku ini bagus betul.
4 Masakan ibu sedap sungguh.
11

Binaan Frasa Adjektif

o Dalam bahasa Melayu frasa adjektif terbentuk daripada satu


perkataan adjektif dan susunan perkataan yang mengandungi
kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat sama ada
di hadapan atau di belakang kata adjektif.

i. Contoh-contoh FA predikat selepas subjek


FN (Subjek) FA (Predikat)
1 Restoran Pak Amit sangat terkenal.
2 Cuaca hari ini panas betul.
3 Tidurnya nyenyak benar.
12

Binaan Frasa Adjektif

ii. Contoh-contoh FA predikat sebelum subjek iaitu bentuk songsang


FA (Predikat) FN (Subjek)
1 Sangat terkenal restoran Pak Amit.
2 Panas betul cuaca hari ini.
3 Nyenyak benar tidurnya.

o Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa FA boleh


hadir dalam bentuk predikat selepas subjek dan FA juga
boleh hadir dalam bentuk predikat sebelum subjek, iaitu
bentuk songsang.
13

Frasa Sendi Nama

o Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada


kata sendi nama sebagai unsur inti.
o Lazimnya, dalam satu ayat terdapat satu kata
sendi nama dan satu frasa nama sebagai
pelengkap kata sendi nama.
o Secara ringkas selepas kata sendi nama mesti
ada kata nama.
14

Binaan Frasa Sendi Nama

o Dalam bahasa Melayu binaan frasa sendi nama terdapat empat


bentuk.
i. Kata Sendi Nama + Frasa Nama (KSN + FN)
ii. Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama (KSN + Karah + FN)
iii. Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan (KSN + FN +
Fket)
iv. Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
(KSN + Karah + FN + Fket)
15

Binaan Frasa Sendi Nama


1. Kata Sendi Nama + Frasa Nama
o Kata sendi nama akan hadir dalam frasa sendi nama yang
terletak pada bahagian hadapan kata nama.

i. Contoh-contoh Kata Sendi Nama + Frasa Nama


KSN FN
1 di sekolah.
2 ke Eropah.
3 dari Jordan.
4 daripada buluh.
5 untuk penyelia.
6 tentang bahasa Melayu.
16

Binaan Frasa Sendi Nama


2. Kata Sendi Nama + Frasa Arah + Frasa Nama
o Kata sendi nama akan hadir dalam frasa sendi nama yang
terletak pada bahagian hadapan kata nama, dan
didahului oleh kata arah.
ii. Contoh-contoh Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
Kata Arah Frasa Nama
1 di selatan Thailand
2 untuk dalam negeri
3 dari atas bumbung
4 dengan hujung jari
17

Binaan Frasa Sendi Nama


3. Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan
o Kata sendi nama akan hadir dalam frasa sendi nama yang terletak
pada bahagian hadapan kata nama.
o Kata nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama dan diikuti
keterangan.

iii. Contoh-contoh Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan


Kata Sendi Nama Frasa Nama
Kata Nama Frasa Keterangan
1 di wilayah Pattani pada Ogos lalu
2 ke Universiti Teknolgi Malaysia di Johor
3 dengan kumpulannya pada setiap hari
4 dalam pertandingan di Universiti Malaya
18

Binaan Frasa Sendi Nama


4. Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa
Keterangan
o Kata sendi nama akan hadir dalam frasa sendi nama yang
diikuti oleh kata arah, frasa nama dan frasa keterangan.
iv. Contoh-contoh Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa Nama Frasa Keterangan
1 ke barat Kampung Pinang pada musim banjir
2 dari atas langit secara tiba-tiba
3 di bawah pokok dengan ibunya
4 pada hujung bulan Disember bersama keluarga
19

You might also like