You are on page 1of 6

NOTA

Sintaksis
1. Sintaksis merupakan susunan kata dalam ayat seperti bentuk struktur dan binaan ayat.
Soalan ini ditanya pada soalan dua. Kertas 2, Bahagian A, iaitu pada Sistem dan Aplikasi
Bahasa.
2. Sintaksis merangkumi:
(a) Subjek dan predikat
(b) Ayat bersusunan biasa
(c) Ayat bersusunan songsang
(d) Jenis-jenis ayat
(e) Pola ayat
(f) Ayat aktif
(g) Ayat pasif
(h) Ayat tunggal
(i) Ayat majmuk
3. Subjek dan predikat
(a) Setiap ayat mengandungi subjek dan predikat. Ayat yang tidak mempunyai subjek atau
predikat merupakan ayat tergantung.
(b) Susunan ayat mengikut hukum D-M, iaitu Diterangkan-Menerangkan.
(c) Setiap binaan bagi membentuk ayat terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan
dan lebih dipanggil frasa.
(d) Ubjek dalam ayat tunggal hanya terdiri daripada frasa nama.
(e) Subjek ialah unsur yang Diterangkan (D) dan berada di hadapan dalam susunan ayat
bersusunan biasa.
(f) Subjek juga boleh berfungsi sebagai kata nama tunggal atau frasa nama dalam ayat.
(g) Predikat merupakan unsur yang Menerangkan (M) subjek dan berada selepas frasa
subjek dalam ayat bersusunan biasa.
(h) Predikat dalam ayat tunggal pula boleh terdiri daripada frasa nama (FN), frasa kerja (FK),
frasa adjektif (FA) atau frasa sendi nama (FSN)
(i) Contohnya:

Subjek Predikat
Rumah itu Sangat besar (FA)

4. Ayat Bersusunan Biasa


(a) Ayat merupakan pengucapan yang mempunyai makna yang lengkap.
(b) Ayat bersusunan biasa mempunyai subjek dan predikat dalam satu ayat.
(c) Ayat bersusunan biasa merangkumi frasa subjek mendahului frasa predikat.
(d) Contohnya:

Subjek Predikat
Kanak-kanak Bermain di padang (FK)
5. Ayat Bersusunan Songsang
(a) Ayat bersusunan songsang merupakan ayat susunan terbalik.
(b) Ayat bersusunan songsang merangkumi susunan frasa predikat mendahului frasa
subjek.
(c) Predikat dalam susunan ayat telah bertukar kedudukannya dengan subjek, iaitu predikat
mendahului subjek.

Subjek Predikat
Bermain di padang Kanak-kanak

(d) Ayat bersusunan songsang mengalami dua proses pendepanan, iaitu pendepanan
seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat.
(e) Pendepanan seluruh frasa predikat boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu pendepanan
frasa kerja, pendepanan frasa adjektif, dan pendepanan frasa sendi nama.
(f) Pendepanan frasa kerja melibatkan kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek dan kata
kerja dengan kata bantu dan unsur keterangan dalam frasa kerja.
(g) Contohnya:

Ayat Proses pndepanan


Ketawa Bayi yang comel itu. Pendepanan kata kerja sahaja.
Meraikan pasangan pengantin Penduduk kampung itu. Pendepanan kata kerja dengan
objek.
Sedang bermain bola Lelaki itu. Pendepanan kata kerja dengan
kata bantu.
Setiap tahun Murid-murid menyambut Hari Pendepanan unsur keterangan
Kanak-kanak. dalam frasa kerja.

6. Jenis-jenis Ayat
(a) Ayat dibahagikan kepada empat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat
perintah.
(b) Ayat Penyata ialah keterangan mengenai sesuatu perkara atau topik.
(c) Ayat ini juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
(d) Contohnya, Taiping, ialah bandar yang paling kerap menerima hujan di Malaysia.
(e) Ayat tanya mengemukakan pertanyaan seperti apa, siapa, di mana, bila, berapa,
bagaimana dan mengapa.
(f) Contoh ayat tanya adalah seperti yang berikut.

Kata Tanya Contoh Ayat Tanya


Apa Apakah hobi awak?
Siapa Siapakah yang membeli buku itu?
Di mana Di manakah awak tinggal?
Bila Bilakah dia akan datang ke sini?
Berapa Berapakah jumlah harga buku itu
Bagaimana Bagaimanakah cara untuk cermelang dalam
peperiksaan
Mengapa / Kenapa Mengapakah beg itu koyak?

(g) Partikel -kah perlu digunakan apabila kata tanya berada di hadapan dalam struktur ayat.
7. Ayat Bersusunan Songsang
(a) Ayat bersusunan songsang merupakan ayat susunan terbalik.
(b) Ayat bersusunan songsang merangkumi susunan frasa predikat mendahului frasa
subjek.
(c) Predikat dalam susunan ayat telah bertukar kedudukannya dengan subjek, iaitu predikat
mendahului subjek.

Subjeck Predikat
Bermain di padang Kanak-kanak

(d) Ayat bersusunan songsang mengalami dua process pendepanan, iaitu pendepanan
seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat.
(e) Pendepanan seluruh frasa predikat boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu pendepanan
frasa kerja, pendepanan frasa adjektif dan pendepenan frasa sendi nama.
(f) Pendepanan frasa kerja melibatkan kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek dan kata
kerja dengan kata bantu dan unsur keterangan dalam frasa kerja.
(g) Contohnya:

Ayat Proses pendepanan


Ketawa Bayi yang comel itu. Pendepanan kata kerja sahaja
Meraikan pasangan Penduduk kampung itu. Pendepanan kata kerja dengan
pengantin objek
Sedang bermain bola Lelaki itu Pendepanan kata kerja dengan
kata bantu
Setiap tahun Murid-murid Pendepanan unsur keterangan
menyambut Hari Kanak- dalam frasa kerja
kanak.

8. Jenis-jenis Ayat
(a) Ayat dibahagikan kepada empat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat
perintah.
(b) Ayat penyata ialah keterangan mengenai sesuatu perkara atau topik.
(c) Ayat ini juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
(d) Contohnya, Taiping ialah bandar yang paling kerap menerima hujan di Malaysia.
(e) Ayat tanya mengemukakan pertanyaan seperti apa, siapa, di mana, bila berapa,
bagaimana dan mengapa.
(f) Contoh ayat tanya adalah seperti yang berikut.

Kata tanya Contoh Ayat Tanya


Apa Apakah hobi awak?
Siapa Siapakah yang membeli buku itu?
Di mana Di manakah awak tinggal?
Bila Bilakah dia akan datang ke sini?
Berapa Berapakah jumlah harga buku itu?
Bagaimana Bagaimanakah cara untuk cermelang dalam peperiksaan
Mengapa / Kenapa Mengapakah beg itu koyak?

(g) Partikel -kah perlu digunakan apabila kata tanya berada di hadapan dalam struktur
ayat.
(h) Ayat tanya yang menggunakan partikel -kah di awal ayat merupakan pendepanan
predikat.
(i) Partikel -kah perlu digugurkan jika kata tanya berada di akhir ayat.
(j) Ayat tanya dibahagikan kepada jawapan terbuka dan jawapan tertutup.
(k) Ayat tanya jawapan terbuka ialah ayat tanya yang memberikan jawapan terbuka.
(l) Ayat tanya jawapan tertutup hanya terhad kepada jawapan ya atau tidak.
(m) Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seperti takut,
kagum, marah, hiba, hairan, terperanjat dan sebagainya.
(n) Ayat seruan menggunakan tanda seru (!) di hujung ayat.
(o) Contoh ayat: Syabas, awak memperoleh keputusan yang cermelang!
(p) Ayat perintah terdiri daripada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat
permintaan.

Jenis Ayat Fungsi


Ayat suruhan Memberikan arahan kepada seseorang dan
boleh menggunakan partikel -lah untuk
melembutkan
Ayat larangan Melarang atau menegah seseorang untuk
melakukan sesuatu seperti usah atau jangan
Ayat silaan Menjemput atau mempersilakan seseorang dan
biasanya hadir di permulaan ayat menggunakan
perkataan sila atau jemput
Ayat permintaan Memohon atau meminta pertolongan kepada
seseorang dengan menggunakan perkataan
minta atau tolong

7. Pola Ayat
(a) Semua subjek dalam ayat terdiri daripada frasa nama (FN).
(b) Predikat pula terdiri daripada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa
sendi nama (FSN).
(c) Ayat dasaw mempunyai empat pola dasar, iaitu:

Pola Ayat Contoh Ayat Singkatan


Frasa Nama + Frasa Nama Umar murid sekolah rendah. FN + FN
Frasa Nama + Frasa Kerja Damia sedang memasak. FN + FK
Frasa Nama + Adjektif Umairah sangat cantik. FN + FA
Frasa Nama + Frasa Sendi Danish ke sekolah menaiki bas. FN + FSN
Nama

(d) Frasa Nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih daripada satu perkataan kata nama
atau frasa nama.

(e) Frasa kerja terdiri daripada perkataan yang menggunakan kata kerja.

(f) Frasa adjektif ialah satu atau lebih perkataan yang terdiri daripada kata adjektif. Kata
adjektif juga boleh hadir Bersama-sama kata penguat, iaitu paling, amat, sekali dan
sungguh.

(g) Contoh ayat: Siti amat pantas melakukan tugasnya.

(h) Frasa adjektif yang terdiri daripada dua kata adjektif boleh didahului oelh kata bantu
tetapi tidak boleh disertai oleh kata penguat.
(i) Contoh ayat: Keputusan baik buruk akan Bersama-sama diterima oleh mereka.

(j) Frasa sendi nama berfungsi sebegai predikat dalam pola ayat.

(k) Frasa sendi nama terdiri daripada Kata sendi nama dan diikuti oleh kata nama atau
frasa nama.

(l) Kehadiran unsur kata sendi nama pada frasa sendi nama adalah wajib.

8. Ayat Aktif
(a) Ayat aktif mengutamakan subjek asal judul atau merupakan kata kerja yang mengutamakan
subjek asal atau pelaku.

(b) Terdapat dua jenis ayat aktif, iaitu ayat aktif tak transitif yang tidak memerlukan objek dan
ayat aktif transitif yang memerlukan objek.

(c) Ayat aktif transitif boleh mengalami proses pasif dalam struktur ayat, iaitu objek asal
dijudulkan dan kata kerja menjadi kata kerja pasif.

(d) Ayat aktif tak transitif iailah ayat yang mengandungi objek sebagai penyambut kepada kata
kerja.

Kata ganti diri Kata kerja transitif Objek (penyambut) Keterangan


Saya membaca buku Untuk mengisi masa
lapang.

9. Ayat Pasif

(a) Ayat pasif mengutamakan objek sebagai judul.

(b) Ayat pasif juga merupakan kata kerja yang mengutamakan objek kata kerja transitif
daripada pelaku.

(c) Ayat pasif boleh dibahagikan kepada ayat pasif dengan kata kerja yang berimbuhan kata
kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan orang kedua serta
ayat pasif dengan perkataan “kena” yang hadir sebulum kata kerja.

Contoh Ayat Jenis Ayat Pasif


Rumah itu dibina oleh arkitek ternama. Ayat pasif dengan kata kerja berimbuhan
kata kerja pasif.
Buku itu masih say abaca sejak dari Ayat pasif dengan kata ganti nama diri
semalam. orang pertama dan orang kedua.
Remaja itu kena marah oleh bapanya. Ayat pasif dengan perkataan “kena” yang
hadir sebelum kata kerja.

(d) Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja yang tidak
berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama, seperti aku, kami, kita, saya
dan sebagainya.

(e) Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan
men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua seperti anda, awak, kamu, dan sebagainya.
10. Ayat Tunggal
(a) Ayat tunggal mengandungi satu klausa sahaja. Klausa tersebut pula mengandungi satu
subjek dan satu predikat.

(b) Ayat ini tidak menggunakan kata hubung dan dikenali juga sebagai ayat mudah.

Subjek Predikat
Adi Makan di restoran

11. Ayat majmuk


(a) Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa.

(b) Ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat tunggal.

(c) Ayat majmuk menggunakan kata hubung untuk menyambungkan ayat-ayat dasar.

(d) Kata hubung yang digunakan seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambal dan sebagainya.

(e) Ayat majmuk merangkumi binaan ayat yang lebih Panjang atau kompleks.

Contoh Ayat Majmuk


Aqil Menyiapkan kerja sekolah Sambal mendengar muzik.

(f) Semasa proses penggaubungan ayat dasar, frasa-frasa yang berulang akan digugurkan.

(g) Jika berlaku pemisahan ayat majmuk bermaksud ayat majmuk mengalami proses cerakin,
iaitu dipisahkan menjadi ayat tunggal.

You might also like