You are on page 1of 19

TOPIK 3: Sintaksis

Bahasa Melayu
(Ragam Ayat)

1 DR. MELVINA/JPM IPGKTAR


2

Ragam Ayat

o Dalam bahasa Melayu ayat tunggal dilihat


dari segi ragam ayat.
o Ragam ayat bahasa Melayu terdiri
daripada ayat aktif dan ayat pasif.
3

Ayat Aktif

o Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata


kerja dan mementingkan subjek dalam ayat sama
ada berobjek atau tidak ada objek.
o Dalam bahasa Melayu ayat aktif terbahagi
kepada dua bahagian, iaitu ayat aktif transitif dan
ayat aktif tak transitif.
4

Ayat Aktif Transitif

o Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata


kerja, subjek asal dan frasa nama sebagai objek,
sama ada satu objek atau dua objek.
o Kata kerja dalam ayat aktif transitif dikenali kata kerja
transitif.
o Objek dalam ayat aktif transitif terbahagi kepada
dua, iaitu objek tepat dan objek sipi.
o Objek tepat adalah objek langsung, iaitu objek wajib
dalam ayat.
o Objek sipi adalah objek tidak langsung atau objek
keterangan dalam ayat.
5

Ayat Aktif Transitif


i. Contoh ayat transitif satu objek
Subjek Predikat
Kata Kerja Transitif Objek (tepat/langsung)
1. Budak itu menunggu ibunya.
2. Ibu memasak ayam goreng.
3. Adik mencari wangnya.

ii. Contoh ayat transitif dua objek


Subjek Predikat
Kata Kerja Transitif Objek (tepat/langsung) Objek (sipi/tak langsung)
1. Cikgu Siti memberikan muridnya buku.
2. Ayah menghadiahi ibu selendang.
3. Mariana menjahitkan Fahmi baju Melayu.
6

Ayat Aktif Transitif

iii. Contoh ayat transitif dua objek (objek sipi frasa sendi nama)
Subjek Predikat
Kata Kerja Transitif Objek (tepat/langsung) FSN (keterangan)
1. Kakak menjahit jubah untuk adik.
2. Ibu membawa secawan kopi untuk ayah.
3. Ayah menghadiahkan sebuah buku untuk kakak.
7

Ayat Aktif Tak Transitif

o Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang


mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata
kerja yang tidak memerlukan objek sebagai
penyambut.
o Terdapat dua jenis ayat aktif tak transitif:
i. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang
boleh digugurkan.
ii. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang
tidak boleh digugurkan.
8

Ayat Aktif Tak Transitif


i. Contoh ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan
Subjek Predikat
Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
1. (a) Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
(b) Kanak-kanak sedang mandi.
2. (a) Adik menangis sepanjang hari.
(b) Adik menangis.
3. (a) Ombak memutih di pantai.
(b) Ombak memutih.
9

Ayat Aktif Tak Transitif


i. Contoh ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
Subjek Predikat
Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
1. (a) Dia berada di Kuala Lumpur.
(b) *Dia berada.
2. (a) Bas itu menuju ke utara.
(b) *Bas itu menuju.
3. (a) Penyakitnya beransur sembuh.
(b) *Penyakitnya beransur.
10

Ayat Pasif

o Ayat pasif ialah ayat yang asal daripada ayat aktif


transitif yang mementingkan objek dalam ayat.
o Pada umumnya ayat pasif dalam bahasa Melayu
dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:
i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
ii. Ayat pasif dengan kata ganti diri pertama dan kata
ganti diri kedua.
iii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir
sebelum kata kerja.
11

Ayat Pasif
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
o Ayat pasif ini merupakan ayat yang kata kerjanya
mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.

Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan


1. Barang itu sudah diambil oleh abang semalam.
2. Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.
12

Ayat Pasif
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
o Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-,
kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang
letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa
menjejaskan makna atau struktur ayat.
o Misalnya, ayat boleh menjadi:
a) Barang itu sudah diambil oleh abang semalam.
b) Barang itu sudah diambil abang semalam.
13

Ayat Pasif
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
o Namun, sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauh
daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan.
o Contohnya:
a) Barang itu sudah diambil semalam oleh abang.
b) *Barang itu sudah diambil semalam abang.
o Demikian juga untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-
kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan.
a) Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian
bawahnya.
b) *Tembok itu terlanggar lori pada bahagian bawahnya.
14

Ayat Pasif
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
o Untuk ayat pasif, semua bahagian binaan oleh + FN boleh
juga digugurkan.
o Keadaan ini berlaku apabila unsur subjeknya hendak
diberikan tekanan.
o Contohnya:
a) Barang itu sudah diambil abang semalam.
b) Barang itu sudah diambil semalam.
15

Ayat Pasif
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
o Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang
mengandungi imbuhan ber- dan ke-…-an.
o Dalam ayat berbentuk begini, bahagian oleh + FN
biasanya tidak diperlukan.

Subjek Predikat
1. Mereka kehujanan sepanjang hari.
2. Baju itu berjahit dengan benang sutera.
16

Ayat Pasif
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua

o Untuk ayat pasif bentuk ini, kata ganti nama diri diletakkan di
hadapan kata kerja dasar.
o Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh
menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-.
o Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di
hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh
ataupun kata ringkas.
o Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti saya,
aku, engkau, awak, anda, kami dan kita.
o Manakala bentuk kata ringkas ialah ku bagi aku, kau bagi
engkau.
17

Ayat Pasif
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua

Subjek FK Pasif ( GNDPertama/Kedua) Keterangan


1. Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
2. (a) Makanan itu belum aku rasai lagi.
(b) Makanan itu belum kurasai lagi.
3. (a) Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
(b) Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya.
4. Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.
18

Ayat Pasif
iii) Ayat pasif dengan kata bantu pasif “kena”
o Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di
hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
o Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan.

Subjek Kena Kata Kerja Dasar oleh + Frasa Nama


1. Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).
2. Dia kena tipu (oleh pemuda itu).
3. Mereka kena tembak (oleh pengganas).
4. Budak itu kena kejar (oleh anjing).
19

You might also like