You are on page 1of 10

KATA GANDA

KELAS 105 : ISNIN (16 OGOS 2021)


KATA GANDA
Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-
bahagian yang tertentu.
Menurut Nik Safiah Karim - Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut secara seluruh atau pada
bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Setiap kata ganda (kecuali kata ganda separa) mesti dieja dengan menggunakan
tanda sempang [-].
Penggandaan terbahagi kepada empat, iaitu :-

• Kata Ganda Seluruh/penuh


• Kata Ganda Separa
• Kata Ganda Berentak/berima
• Kata Ganda Berimbuhan
KATA GANDA
SELURUH/PENUH
Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang
diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.

KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF


Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik
Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang
Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah

Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata. Kata


ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal dan kedua-duanya.

PENGGANDAAN KATA JAMAK KATA TUNGGAL


Api-api Banyaknya api Sejenis serangga
Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga
Anak-anak Banyaknya anak Mainan
KATA GANDA
BERIMBUHAN
Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan
sama ada awalan, apitan, sisipan atau akhiran.

IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN


Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-
Awalan lompat

Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya

Sisipan Tulang-temulang, turun-temurun, gilap-gemilap

Akhiran Wangi-wanigan, tumbuh-tumbuhan


KATA GANDA
SEPARA
Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan
sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama
tunggal atau kata nama berimbuhan.

Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku
kata pertama pada kata dasar. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata
pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e pepet.

KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA SEPARA


Gelang Ge-gelang gegelang
Kura Ku-kura Kekura
Sumbu Su-sumbu Sesumbu
Siku Siku-siku Sesiku
Laki La-laki Lelaki
Pohon Po-pohon Pepohon
KATA GANDA
BERIMA/BERENTAK
Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda
ini terbahagi kepada tiga, iaitu :-

JENIS KATA GANDA CONTOH CONTOH AYAT


Kata nama pengulangan Kuih-muih Kuih-muih itu terhidang di atas meja.
vokal Lauk-pauk
Sayur-mayur
Kata nama pengulangan Batu-batan Kawasan kampung itu dipenuhi dengan
konsonan Gunung-ganang permandangan gunung-ganang yang sangat
Kayu-kayan indah.
Bebas kata nama Kusut-masai Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.
Simpang-siur
Anak-pinak
PENGGANDAAN KATA
MAJMUK
Kata majmuk juga boleh digandakan. Kata majmuk apabila digandakan
menghasilkan dua bentuk, iaitu :-
• Kata majmuk yang ditulis terpisah, kata pertama sahaja yang digandakan.
• Kata majmuk yang ditulis bercantum, seluruh kata digandakan.

KATA MAJMUK PENGGANDAAN KATA MAJMUK KATA MAJMUK PENGGANDAAN KATA MAJMUK
kertas kerja kertas-kerta kerja setiausaha setiausaha-setiausaha
guru besar guru-guru besar tandatangan tandatangan-tandatangan
mata pelajaran mata-mata pelajaran jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa
roda tenaga roda-roda tenaga tanggungjawab tanggungjawab-tanggungjawab
PERINGATAN
CONTOH KESALAHAN YANG MELIBATKAN PENGGUNAAN KATA GANDA

CONTOH KESALAHAN PEMBETULAN


 dua orang budak-budak • dua orang budak

 beberapa buah kedai-kedai • beberapa buah kedai

 semua negeri-negeri • semua negeri

 Budak-budak itu nakal-nakal belaka. • Budak itu nakal-nakal belaka.

 Pelajar-pelajar itu rajin-rajin belaka.


• Pelajar itu rajin-rajin belaka.
 Jalan-jalan di ibu kota lebar-lebar
belaka.
• Jalan di ibu kota lebar-lebar
belaka.
LATIHAN
BUKU TEKS BAHASA MELAYU
TINGKATAN 1
MUKA SURAT 30
Fahami dan kenal pasti golongan kata ganda, kemudian bina ayat yang
menggunakan kata ganda tersebut.
TERIMA KASIH

You might also like