You are on page 1of 4

Nota Ringkas

KATA GANDA
Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada
bahagian-bahagian yang tertentu.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim)
Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang
kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu
dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu :
o Kata ganda seluruh
Kata ganda separa
Kata ganda berentak/berima
Kata ganda berimbuhan

KATA GANDA SELURUH/PENUH


Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang
atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
Contoh kata ganda seluruh iaitu:
KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF
Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik
Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang
Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah

Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda


ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA


TUNGGAL
Api-api Banyaknya api Sejenis serangga
Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga
Anak-anak Banyaknya anak mainan

KATA GANDA SEPARA


Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku
kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama
berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e .Contoh :

KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA


SEPARA
Layang Layang-layang Lelayang
Kuda Kuda-kuda Kekuda
Tupai Tupai-tupai Tetupai
Siku Siku-siku Sesiku
Bola Bola-bola Bebola
Jari Jari-jari Jejari
Langit Langit-langit Lelangit
Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda
separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.

KATA GANDA BERIMA/BERENTAK


Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata
ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA CONTOH CONTOH AYAT


GANDA
Persamaan bunyi Kuih-muih, lauk- Kuih-muih itu terhidang di atas
di hujung pauk meja
Persamaan bunyi Batu-batan, Aktiviti gotong-royong akan
di pangkal bukit-bukau diadakan esok
Persesuaian Kusut-masai, Rambutnya kusut-masai kerana
bunyi simpang-siur ditiup angin.
keseluruhan

KATA GANDA BERIMBUHAN


Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama
ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran. Contoh :

IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN


Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu,
melompat-lompat
Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-
tidaknya
Sisipan Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap
Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Baca cerita dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang
sesuai.
Izhar menutun basikalnya lalu perlahan lahan lalu menyandarkan pada tiang
rumahnya. Dia berasa serba salah untuk berhadapan dengan ibunya. Waktu itu,
ibunya sedang menyidai pakaian di ampaian.
Malunya aku hendak memberikan kad kemajuan ini untuk ditandatangani
oleh ibu, bisik Izhar sambil merenung ke arah sebuah busut di bawah rumahnya.
Wah hebatnya anai anai itu! .Setahu aku ayah telah mencangkul busut itu
minggu lepas.
Izhar terpukau oleh kerajinan anai ania yang tidak mengenal erti
mengalah. Dugaan yang dihadapi dapat diatasi oleh anai anai itu.Kerja kerja
membina busut itu tetap dilakukan.
. Busut itu tentunya sekecil bola beberapa hari yang lepas. Hari ini busut itu
telah meninggi setinggi baldi merah ibu, bisik Izhar lagi.
Izhar pun terus mengingatkan kembali keputusan peperiksaan pertengahan
tahun yang diperolehnya tadi. Impiannya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan
berkecai.
Jangan bimbang, ayah, ibu. Saya pasti akan berjaya mengharumkan nama
sekolah. Sekolah saya terkenal sebagai Sekolah Harapan Negara. Lagipun saya
seorang murid yang dikagumi di sekolah itu. Kata kata itu diingati kembali selepas
ayah dan ibunya berleter kerana tidak mengulang kaji pelajaran.
Aku kesal dengan kata kataku tempoh hari. Selama ini aku rasakan akulah
yang terbaik dalam kalangan rakanku.
Aduh, pedihnya rasa hatiku ini! Aku malu hendak berjumpa dengan mereka,
bisiknya lagi.
Izhar, apakah yang kamu buat di tepi rumah itu?Pergilah naik.Ibu telah
menyediakan makanan di dapur.
Makan ya, nak! tegur ibunya.
Baiklah ,ibu, kata Izhar
Semasa hendak makan, Izhar termenung lagi. Kali ini dia teringat ingat
akan kehebatannya dalam bidang sukan di sekolah. Semua guru memujinya dan
mereka sering menasihatinya agar berusaha dengan bersungguh sungguh,tetapi
dia masih bersikap sambalewa.
Perbuatan Izhar akhirnya makan diri. Dia benar benar menyesal.Cita - cita
ibu dan ayahnya hendak melihatnya memasuki sekolah berasrama penuh mungkin
punah.
Mulai hari ini, aku berjanji akan berusaha seperti anai anai itu dan tidak
akan mengalah sama sekali.Aku akan memastikan hasrat ayah dan ibu tercapai,
bisik Izhar.

Arahan : Senaraikan kata ganda yang terdapat dalam cerita di atas. Kemudian, bina
ayat dengan menggunakan kata ganda tersebut.
1. Kata ganda dalam petikan :
1. anai-anai
2. kata-kata
3. teringat-ingat
4. cita-cita
5. perlahan-lahan
6. kerja-kerja
7. rakan-rakan
8. sungguh-sungguh
9. benar-benar

You might also like