You are on page 1of 47

Selamat datang

ke kelas Cikgu
Janet!
Pada hari ini, kita akan
belajar salah satu jenis
peribahasa iaitu simpulan
bahasa.
Apakah maksud
peribahasa?
Peribahasa ialah
susunan perkataan yang
mempunyai maksud
tersirat ( 具有含义的
词 ).
Kata-kata hikmat ( 名人名 Simpulan bahasa ( 成
言) 语)

Peribahasa
Pepatah ( 格言 ) Perumpamaan ( 比喻 )

Bidalan ( 谚
语)
Simpulan bahasa (成语)

● Simpulan bahasa adalah dua perkataan yang


digabungkan untuk membentuk satu makna baru. 成
语是两个词组合起来 , 形成新的意思。
Makan angin
Maksud: pergi bersiar-siar atau melancong ( 出外散心
或旅行 )
Ayat: Pada hujung minggu lepas kami sekeluarga
makan angin ke Kota Bharu.
Ulat buku
Maksud: Orang yang rajin membaca. ( 书虫,热爱阅读的
人)
Ayat: Haikal dikenali sebagai ulat buku kerana rajin
membaca.
Mandi kerbau
Maksud: Mandi ala kadar. ( 随便洗澡 )
Ayat: Badan Nagulan berbau busuk kerana dia sering
mandi kerbau.
Anak emas
Maksud: Anak atau orang yang sangat disayangi. ( 掌
上明珠,被人宠爱 )
Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu
kerana kejujuran dan kerajinannya.
Kaki ayam
Maksud: Tidak memakai kasut. ( 赤脚,没有穿鞋 )
Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika
pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.
Gulung tikar
Maksud: Mengalami kerugian dan terpaksa menutup
perniagaan atau bankrap. ( 倒闭,破产 )
Ayat: Ramai peniaga gulung tikar ketika kemelesetan
ekonomi.
Murah hati
Maksud: Suka memberi, tidak kedekut. ( 慷慨、大方 )
Ayat: Puan Zainab seorang yang murah hati kerana
selalu memberi derma.
Puteri lilin
Maksud: Orang yang tidak tahan kena panas. ( 怕热的
人)
Ayat: Jia Wei seperti puteri lilin. Dia selalu merungut
setiap kali turun ke padang.
Berat tulang
Maksud: Orang yang malas. ( 好吃懒的人 )
Ayat: Sikap berat tulang Zafrul menyebabkan dia
selalu dimarahi oleh ibu bapanya.
Cepat tangan
Maksud: Orang yang suka mencuri. ( 喜欢偷窃的人 )
Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia
ditangkap polis.
Batu api
Maksud: Orang yang suka menghasut. ( 挑拨离间 )
Ayat: Ramesh menjadi batu api antara Saleh dan Zaif
sehingga hubungan persahabatan mereka renggang.
Cakap besar
Maksud: Meninggi diri. ( 自大高傲 )
Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.
Durian runtuh
Maksud: Mendapat keuntungan yang tidak disangka. ( 意
外的收获 )
Ayat: Ali mendapat durian runtuh setelah menerima
harta pusaka datuknya.
Harga pokok
Maksud: Harga asal sesuatu barang. ( 原价 )
Ayat: Harga barang-barang di pasar semuanya harga
pokok.
Naik darah
Maksud: Terlalu marah. ( 怒气冲天 )
Ayat: Ibu naik darah apabila Kasim tidak mendengar
nasihatnya.
Berat mata
Maksud: Mengantuk. ( 昏昏欲睡 )
Ayat: Ruminoh berasa berat mata kerana tidak cukup
tidur.
Buta huruf
Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. ( 文盲 )
Ayat: Pak Hasan tidak dapat membaca surat itu kerana
dia buta huruf.
Cakar ayam
Maksud: Tulisan yang tidak kemas. ( 字体潦草 )
Ayat: Tulisan Zhi Yang cakar ayam hingga sukar dibaca
oleh guru.
Hati tikus
Maksud: Penakut. ( 胆小 )
Ayat: Adik tidak akan tidur di dalam bilik seorang diri
kerana dia hati tikus.
Kepala batu
Maksud: Tidak mendengar nasihat,degil. ( 不听劝告 , 固
执)
Ayat: Sikap kepala batu Kinah menjadikan dia tidak
disenangi oleh kawan-kawannya.
Latihan
https://wordwall.net/play/
18694/565/336

You might also like