You are on page 1of 2

Peribahasa

Maksud Peribahasa

Peribahasa merupakan susunan kata yang mempunya maksud yang tersirat.


Peribahasa selalunya digunakan untuk menyampaikan teguran, nasihat, ingatan atau sindiran dalam bentuk kiasan yang digunakan sejak zaman dahulu
yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
Peribahasa merupakan kata-kata kiasan yang dicipta berdasarkan kehidupan seharian masyarakat.

Komponen Peribahasa

Peribahasa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan dan pepatah.

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa bermakna rangkaian kata yang biasanya terdiri daripada dua atau tuga perkataan dan mempunyai maksud yang
berlainan daripada makna asal perkataan tersebut.
Simpulan bahasa merupakan salah satu cabang peribahasa dan ianya adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.

Simpulan Bahasa Maksud


Ajak-ajak ayam Tidak bersungguh-sungguh semasa mengajak seseorang
Anak emas Anak yang disayangi oleh ibu bapa atau orang atasan
Batu api Orang yang suka menhasut orang lain
Lupa daratan Melupakan asal usul setelah mendapat kemewahan

Bidalan

Bidalan merupakan susunan kata-kata yang sering digunakan untuk memberi nasihat dan pengajaran.
Bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
Berikut adalah maksud dan contoh ayat bidalan.

Maksud Contoh ayat


Biar mati anak, jangan mati adat
Banyak adat lama masih diamalkan oleh masyarakat kini, kerana orang perpegang kepada biar
Orang yang kuat berpegang pada adat
mati anak jangan mati adat
Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada tidak dapat apa Leftenan Adnan sanggup menggadai nyawa mempertahankan tanah air kerana baginya, biar
yang diidam putih tulang, jangan putih mata.
Ada udang sebalik batu
Ada sesuatu yang dimahukan di sebalik Lelaki yang selalu datang rumah Hashim agak mencurigakan kerana daripada tingkah lakunya
perkara yang dilakukan seolah-olah ada udang di sebalik batu.
Musang berbulu ayam
"Kita perlu berhati-hati dengan orang yang tidak kita kenali. Berkemungkinan mereka adalah
Orang jahat berpura-pura baik
musang berbulu ayam" kata Amin kepada adik-adiknya

Perumpamaan

Perumpamaan ialah susunan kata-kata ringkas yang mempunyai maksud tersirat. Perumpamaan selalunya didahului oleh kata sendi nama
contohnya seperti, bagai dan umpama.

Perumpamaan Makna perumpamaan


Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing Hanya mementingkan diri sendiri walaupun berada dalam satu kumpulan
Bagai aiur dengan tebing Tolong-menolong di antara satu sama lain

www.pandai.org
Seperti anjing dengan kucing Adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti mencurahkan air ke daun keladi Memberi nasihat kepada orang yang tidak mempedulikan nasihat itu
Bagaimana acuan begitulah kuihnya Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya
Peribahasa

Peribahasa ialah susunun kata yang mempunyai makna yang tertentu dan ianya selalu digunakan untuk menyampaikan nasihat,
teguran atau sindiran.
Berikut adalah contoh peribahasa dan maksudnya.

Peribahasa Makna peribahasa


Indah khabar dari rupa Perkara yang diceritakan melebih-lebih dari penceritaan yang asal
Ukur baju di badan sendiri Melakukan sesuatu perkara biarlah berdasarkan kemampuan diri sendiri
Genggam bara api biar sampai jadi arang Apabila melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah melakukan sehingga mencapai kejayaan
Alah membeli menang memakai Membeli sesuatu barang yang mahal asalkan barang itu mampu tahan lama.

© 2023 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia

You might also like