You are on page 1of 8

SINTAKSIS

 FRASA ADJEKTIF
 BINAAN FRASA ADJEKTIF
 JENIS KATA ADJEKTIF
 KATA ADJEKTIF PANCAINDERA
 KATA BANTU DALAM FRASA ADJEKTIF
 UNSUR PENGUAT DALAM FRASA ADJEKTIF
 SUSUNAN ADJEKTIF DALAM AYAT

PENSYARAH: EN D.VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN


AHLI KUMPULAN:
i. NUR AZRENNA BT MOHD ZAIN
ii. VIVIAN CHAI MING MING
iii. MAZIAH BOLHASAN
FRASA ADJEKTIF
▪ Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai
unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat, yang hadir
selepas kata kerja.
▪ Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata
nama.
▪ Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan
perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti.
BINAAN FRASA ADJEKTIF
▪ Inti frasa adjektif boleh terdiri daripada binaan satu perkataan atau
binaan dua perkataan.
▪ Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan boleh dalam bentuk kata tunggal.

Contoh:
(Besar) : Kereta itu besar buah rambutan itu banyak
▪ Ia juga boleh manjadi kata terbitan,

Contoh:
(Gementar) : Perasaan Ali gementar.
▪ frasa adjektif satu perkataan juga boleh menjadi kata ganda,

Contohnya:
(Kebudak-budakan):Perangai pemuda itu kebudak-budakan.
Inti frasa adjektif yang berbentuk dua perkataan merupakan hasil penggabungan :

Sinonim (keserasian makna) :


contoh:
(gagah berani): Askar itu gagah berani .
(cantik jelita): Gadis-gadis itu cantik jelita
(sunyi sepi): Dewan peperiksaan itu sunyi sepi.

Bagi antonim (berlawanan makna):


contoh:
(tinggi rendah) : Permukaan jalan itu tinggi rendah
(pahit manis) : Kehidupan di rantau orang penuh pahit manis.

Bagi unsur rima :


Contoh:
(gemuk gempal) : Lelaki itu gemuk gempal.
(kering kontang): Tanah di kawasan itu kering kontang.
Selain itu, terdapat pula binaan dua perkataan dalam frasa adjektif
yang terdiri daripada gabungan kata adjektif + kata nama.

Dari segi makna , binaan ini membawa maksud kiasan dan


keserupaan.
Contoh:
kiasan
Lelaki itu gila pangkat
Perempuan itu banyak mulut

keserupaan
Seluar bapa kuning langsat
Pengantin itu malu-malu kucing.
JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF
JENIS CONTOH KATA ADJEKTIF CONTOH AYAT

1 Keadaan/sifat Berani,buas,cergas,lemah,takut sihat Pak Busu sentiasa bersenam agar sentiasa cergas.

2 Warna Hijau,biru,merah,indigo Dia membeli sebatang pen hitam dari Kedai Pak Meor

3 Ukuran Lebar,kecil,kerdil,nipis Gadis kerdil itu ialah seorang penyanyi yang terkenal.

4 Bentuk Bulat,bujur, leper, lonjong,lurus Gadis berambut lurus itu sangat bersopan santun.

5 Waktu Baharu,suntuk,lama,lewat Aidil masih bermain basikal walaupun hari sudah lewat.

6 Perasaan Sedih,pilu,malu,benci,kasih Kasih ibu terhadap anak-anakya tiada tandingan.

7 Pancaindera Wangi,tawar,lazat,manis Karipap di Warung Mak Senah sangat lazat.

8 Jarak Hampir,dekat,jauh,rapat,renggang Lina sangat merindui kampungnya yang jauh di seberang.

9 Kekerapan Jarang,selalu,sering,acap kali, kerap Zeti jarang melawat ibunya di kampung sejak dia tinggal di
kali bandar.
Bersambung…

You might also like