You are on page 1of 2

Kata Adjektif

 Kata adjektif ialah kata yang menunjukkan sifat atau penerang kepada ayat yang
mendahuluinya.
 Berikut merupakan jenis dan contoh kata adjektif:
1. sifat cerdik, kuat, takut, cantik, keras, lembut, sihat, sakit, lemah,
cergas, pandai
2. warna biru, kuning, hijau, ungu, jingga, kelabu, merah jambu, biru
laut, putih
3. bentuk segi empat, segi tiga, bujur, leper, pepeh, lurus, bengkok,
lonjong, bulat
4. ukuran panjang, lebar, luas, pendek, tinggi, rendah, nipis, tebal, kecil,
besar, sempit
5. pancaindera masam, pahit, sedap, nyaring, merdu, busuk, wangi, hangit,
hamis, licin
6. waktu sebentar, sementara, seketika, baru
7. jarak dekat, jauh, pertengahan, hampir
8. cara perlahan, laju, lincah, gopoh, hebat
9. perasaan benci, sayang, rindu, pemalu, gembira

 Kata adjektif boleh didahului dengan kata penguat. Contohnya, sangat cantik, indah, nian
jauh

Latihan 1: Isi tempat kosong dengan kata adjektif dengan betul.


sedih longgar bengkok lurus
ceria baharu ketat usang
1. Wajah ibu ____________ apabila mendapat berita tentang kejayaan abang dalam peperiksaan.
2. Perabot ____________ yang dibuat daripada kayu jati itu bermutu tinggi.
3. Kawasan perairan Sabah telah dikawal ____________ sejak kejadian rusuhan itu.
4. Bangunan ____________ itu dirobohkan oleh pihak kerajaan bagi membina sebuah hospital.
5. Batang besi itu ____________ setelah dilanggar oleh sebuah motosikal.
6. Tiang garaj itu roboh kerana skru yang dipasang oleh Pak Mail ____________.
7. Murid-murid Tingkatan 1 Amanah ditegur oleh pengetua kerana barisan tidak ____________.
8. Nathan berasa ____________ apabila dia gagal untuk mewakili sekolah dalam pertandingan hoki.

4. TATABAHASA TIDAK BERFOKUS


Latihan 1: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut.
1. Kakak Sabrina akan keluar negara pada tahun depan untuk melanjutkan pelajaran.
2. Lembu yang hendak disembeleh itu ditambat di belakang rumah Pak Akob.
3. Bola-bola yang dimasukkan ke dalam bakul itu akan disimpan ke dalam setor.
4. Rakyat diseru supaya berjimat-cermat ketika berbelanja pada musim perayaan.
5. Kedua-dua orang murid yang suka ponteng sekolah telah di gantung selama dua minggu.
6. “Kami mesti mengatur strategi untuk menangkap pencuri itu,” kata ketua kampung kepada
penduduk kampung.
7. Penduduk kampong turut memeriahkan suasana dengan menyertai karnival tersebut.
8. Pak Mail membeli perabut baharu yang diperbuat daripada kayu jati.
9. Ayah membeli computer riba baharu sebagai hadiah untuk meraikan kejayaan adik dalam PT3.
10. Activity riadah dapat menyihatkan badan.
11. Galakan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan pretasi murid-murid.
12. Ibu sedih kerana adik perlu dimasukan ke dalam wad untuk rawatan susulan.
13. Pejabat pos itu menjual pelbagai  stem sempena Hari Warga Tua Sedunia yang disambut baru-
baru ini.
14. Afifah perlu membuat keputusan samada perlu melanjutkan pelajaran atau berkahwin.
15. Usaha  menggalakan belia yang tidak bekerja menceburi perniagaan satu strategi yang bijak.
16. Gambarajah  bulat itu dilukis oleh murid-murid dengan menggunakan jangka lukis. 

Latihan 2: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan itu.
1. Pergerakan ahli perniagaan yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah itu diekori oleh pihak
polis daripada semasa ke semasa.
2. Program ini diadakan demi untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan murid.
3. Para peserta itu tiba ke tapak perkhemahan tepat pukul 10.00 pagi.
4. Dalam suasana yang kelam itu, kami tidak dapat mendengar nama yang dipanggil ke pentas.
5. Akmal menceritakan tentang pengalamannya sesat di hutan itu apabila dia didesak oleh rakan-
rakannya.
6. Perasaan saling sayang-menyayangi perlu sentiasa dijalinkan antara ahli keluarga bagi
membentuk keluarga yang bahagia.
7. Kopi yang dibancuh oleh ibu sangat payau.
8. Semua hidup-hidupan liar yang terancam kepupusan perulah diberi perlindungan.
9. Anjing yang sangat kejam itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan.
10. Adik tidak mahu makan ubat yang masam itu walaupun sudah beberapa kali dipujuk oleh emak.

You might also like