You are on page 1of 3

NAMA : HALILI BINTI SHAHFERI

KELAS : 2 SVM HBP

Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa

1.Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja tak transitif dan dua kata
majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebaga
peribahasa atau kata nama khas.

Peredaran zaman telah merubah kecenderungan remaja pada masa ini untuk mengisi masa
terluang. Jika pada masa dahulu, remaja akan mencari rakan sebaya untuk menjalankan aktiviti
di luar rumah secara berkumpulan atau berbentuk fizikal,namun pada hari ini,kebanyakan
remaja lebih berminat untuk berkurung sendirian di dalam bilik dengan memberikan tumpuan
terhadap peranti eletronik masing-masing

Kata kerja tak transitif

1. terluang – Setiap masa yang terluang haruslah digunakan dengan sebaiknya seperti mengulang kaji
pelajaran.

2. berbentuk – Bola ragbi itu berbentuk lonjong.

Kata majmuk

1. rakan sebaya – Pengaruh rakan sebaya akan menyebabkan remaja cenderung melakukan
kesalahan seperti ponteng sekolah.

2. peranti elektronik – Penggunaan peranti elektronik secara berlebihan boleh membantutkan


perkembangan mental dan emosi kanak - kanak.
/8

2. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada
ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya

1. Malaysia merupakan negara bertuah kerana kaya dengan kepelbagaian biologi.

Kerana kaya dengan kepelbagaian biologi Malaysia merupakan negara bertuah.

2. lebah kelulut atau kelulut hanya menggerumuni badan musuhnya.

Hanya menggerumuni badan musuhnya lebah kelulut atau kelulut.


3. kelulut jenis itama mempunyai radius penerbangan dalam jarak kurang daripada satu kilometer.

Dalam jarak kurang daripada satu kilometer kelulut jenis itama mempunyai radius penerbangan.

/6

3. Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Dalam petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut

Petikan 1

Gulungan pengacau yang suka menimbulkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat sentiasa
bergerak dengan agenda jahat dan tidak peka terhadap kesejahteraan negara. Oleh sebab itu,
kumpulan tersebut hendaklah mengawasi tindak-tanduk mereka agar supaya tidak meneruskan
kegiatan yang akan memporak-perandakan hubungan yang mesra sesama rakyat. Ahli komuniti
pula tidak berinteraksi dengan siapa sahaja yang bertindak demikian. Sekiranya sudah berlaku
peretakan hubungan sesama sendiri sudah pasti mengambil masa yang lama untuk
memulihkannya

bil salah betul


1 Gulungan Golongan
2 Mengawasi Diawasi
3 Agar supaya Agar
4 siapa Sesiapa
5 Sesama rakyat Antara rakyat
6 Peretakan Keretakan

/6

4. baca petikan bahasa melayu klasik di bawah ini dengan telitinya. Kemudian,tulis petikan tersebut
semula dalam bahasa melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya pada
anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun
terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa
kedep tembung laku. Syahadan Negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada
keperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan
Jawapan:

Maka, ibunya menceritakan segala hal - ehwal dari mula hingga akhir kepada anaknya. Setelah
Kertala Sari mendengar cerita ibunya itu, Kertala Sari terlalu marah. “Ceh, Ratu Melaka dan
Laksamana! Mati engkau olehku! Kurang ajar. Negeri Melaka pun habis aku musnahkan. Sekiranya
aku tidak bertindak demikian, aku bukanlah anak pejuang yang berani dan licik.

/4

5. bina ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah.

1. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Anak - anak Pak Hussin bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing - masing kerana sanggup
membiarkan ayahnya tinggal bersendirian.

2. Genggam bara api biar sampai jadi arang

Encik Kamal menasihati anaknya supaya tekun belajar sehingga berjaya mendapat segulung ijazah
kerana genggam bara api biar sampai jadi arang.

3. duduk sama rendah berdiri sama tinggi

Negara Malaysia mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara - negara lain kerana
kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini.

/6

You might also like