You are on page 1of 2

SSPN pilihan terbaik rancang kewangan

Oleh Saadiah Ismail


Berita Harian 28 Jun 2019

KUALA LUMPUR: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah satu-satunya pelan
simpanan terbaik disediakan oleh kerajaan khusus untuk rakyat dalam usaha merancang
kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi anak.
Menerusi SSPN juga, pelbagai insentif diberikan kepada pendeposit antaranya pelepasan
taksiran cukai dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000, patuh syariah, perlindungan
takaful selain dividen sebanyak empat peratus pada 2018 iaitu lebih tinggi berbanding institusi
kewangan lain.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan
Jan, berkata sejak diperkenalkan hingga Mei ini, lebih daripada 4.1 juta akaun SSPN dibuka,
dengan deposit keseluruhan dianggarkan sebanyak RM4.9 bilion. Katanya, sejak 2015, PTPTN
juga secara proaktif mengubah persepsi masyarakat bahawa agensi ini bukanlah perbadanan
yang menyediakan pinjaman semata-mata tetapi lebih kepada tabung pendidikan sebagai
simpanan awal.
“Justeru PTPTN mula memperkenalkan produk SSPN-i pada tahun 2004 dan SSPN-i
Plus pada tahun 2015 bertujuan membantu perancangan kewangan ibu bapa secara konsisten
setiap bulan. Sambutan diterima begitu menggalakkan, sekali gus menunjukkan kesedaran ibu
bapa untuk mengurangkan kebergantungan pinjaman untuk pendidikan tinggi kepada anak,”
katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Wan Saiful berkata, SSPN juga bukan saja menjadi pilihan individu, malah organisasi
turut menjadikan SSPN sebagai hadiah berbanding memberi tunai kepada kakitangannya yang
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Secara tidak langsung ia memberi
motivasi kepada pekerja dan dalam masa yang sama pekerja turut mendapat manfaat yang
disediakan SSPN. Bahkan cabutan hadiah juga disediakan sebagai menghargai pendeposit selain
bertujuan menarik minat masyarakat menabung serta merebut peluang,” katanya.

Rezeki menabung RM30 setiap bulan

Gembira dan teruja dapat memenangi hadiah lumayan. Itu antara perasaan
yang dirasai pemenang Cabutan WOW SSPN-i Plus 2018.

Azmi Yusof, 42, berkata beliau tidak menyangka berjaya mendapat cabutan
hadiah bernilai RM100,000.

“Saya mula menabung RM30 setiap bulan sejak April 2018 untuk tiga anak
saya selepas mendapat nasihat daripada ipar.

“Tabungan itu adalah daripada pencen arwah isteri saya dan saya
menganggap ini rezeki anak dan saya akan terus menyimpan untuk mereka,”
katanya yang nekad berhenti kerja dan berniaga demi menjaga anak.
Kamilia Hani (kiri) dan Nas Liana Ahmad Nasi menunjukkan hadiah yang dimenangi di Kuala Lumpur, semalam. -

Foto Mohamad Shahril Badri Saali


Bagi pemenang Cabutan Khas Penerima APC, Kamilia Hani Abdul Halim, 39,
hadiah APC berupa SSPN diterima daripada Tourism Malaysia ini dianggap
sebagai simpanan tambahan walaupun masih bujang.

“Walaupun belum berkahwin, saya tetap mendapat faedah disediakan oleh


SSPN,” katanya.

Wakil penerima penghargaan kepada majikan APC, Deputi Superintendan


(DSP) cawangan Perkhidmatan Jabatan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia
(PDRM), Dr Sivabalan Suppiah, berkata ini adalah tahun pertama PDRM
menggunakan SSPN sebagai insentif APC dengan memberikan sebanyak
RM1,000 kepada 9,981 kakitangannya.

You might also like