You are on page 1of 11

Nama :…………………………………………………………… Tarikh :………………………… Kod

Kelas:……………………….

Kandungan Pelajaran Minggu Ini ( )


1. Artikel 1: Isu Semasa 7. Karangan ulasan grafik
2. Artikel 2: Karya Kreatif 8. Ringkasan
3. Latihan Pemahaman 9. KOMSAS :
4. Tatabahasa Berfokus Novel Sejambak Bakti : Bab
5. Tatabahasa tidak berfokus 10.
6. Sudut peribahasa

Sektor agro pelancongan mampu tingkat pendapatan


nelayan [Utusan Malaysia 28 Mei 2019]
Sektor agro pelancongan di perkampungan nelayan mampu meningkatkan pendapatan para
nelayan selain fokus utama aktiviti tangkapan hasil laut.

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, salah satu contoh
terbaik dilihat adalah Projek Agro Pelancongan Sepang yang digerakkan Kumpulan Belia Nelayan
(Kubena) dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sepang. Katanya, [Jawapan A1]projek
itu boleh dikembangkan lagi dengan mempelbagaikan perkhidmatan pelancongan dan
menambahbaik kemudahan.

“Tarikan utama di sini selain tempat sesuai aktiviti memancing, terdapat juga pelbagai projek
ekonomi yang mampu menjana ekonomi nelayan. Justeru, saya nampak[ Jawapan A2 ] agro
pelancongan di sini sangat cantik dan bersih serta dimaklumkan setiap hujung minggu menerima
banyak tempahan daripada pemancing, maka ia perlu menjadi contoh,” katanya ketika berucap dalam
Majlis Lawatan Kerja dan Berbuka Puasa Bersama Nelayan Sepang di Sungai Pelek di sini hari ini.

Beliau melihat PNK mempunyai banyak potensi untuk menjana pendapatan termasuklah
menceburi sektor agro pelancongan. Sehubungan itu, beliau berharap LKIM dapat membangunkan
satu pelan agar usaha itu dapat dilaksanakan dengan segera.

“Saya tidak mahu PNK tumpu kepada bidang sahaja iaitu dengan menjual minyak, tetapi
perlulah ruang skop ini lebih meluas. Tetapi apabila hadir ke sini, saya dapati PNK telah membuktikan
sebaliknya apabila berjaya membangunkan sektor agro pelancongan,” katanya.

A. Latihan Pemahaman

1. Bagaimanakah projek KUBENA ini boleh dikembangkan?


Projek KUBENA ini boleh dikembangkan melalui
__________________________________________________________________________
2. Selain aktiviti memancing apakah tarikan lain Agro Pelancongan di kawasan perkampungan nelayan Sepang?
Selain aktiviti memancing, tarikan lain Agro Pelancongan di kawasan perkampungan nelayan Sepang ialah
_________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh penduduk kampung nelayan untuk
menggalakkan aktiviti Agro Pelancongan di tempat mereka?
Pada pendapat saya usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh penduduk kampung nelayan untuk menggalakkan
aktiviti Agro Pelancongan di tempat mereka adalah
 Memastikan kawasan persekitaran rumah sentiasa bersih
 Menyediakan kemudahan infrastruktur
 Mewujudkan aktiviti-aktiviti kampung
 Menceriakan kawasan kampung

B. Kosa Kata
Padankan maksud yang sesuai

menjana Bidang / bahagian sesuatu usaha

Potensi Ruangan atau lipatan bagi sesuatu perkara

sektor Kemampuan / keupayaan untuk mencapai

skop Aktiviti menghasilkan sesuatu

C. Karangan Respon Terbuka. [AKTIVITI DALAM KELAS]


Program Agro Perlancongan merupakan satu program yang boleh membantu masyarakat pertanian memperoleh
pendapatan sampingan yang agak lumayan.
Apakah usaha-usaha masyarakat yang mampu memperkasa Program Agro Perlancongan ini.

Panjang huraian anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.

Analisis tajuk esei:


Isu utama : Program Agro Pertanian
Format : Tiada
Tugasan soalan : Usaha-usaha masyarakat yang mampu memperkasa Program Agro Perlancongan
Cadangan isi :

 Menceriakan kawasan
 Membangunkan infrastruktur asas
 Menyokong agro perlancongan
 Mengambil kawasan angkat
 Menggalakkan penyertaan sektor swasta
2. Karya Kreatif

Baca petikan cerpen ini dan jawab soalan pemahaman.

PADANG
OLEH : Nur Illiyani Ilias

Anak mata Sani memanjat setiap inci tubuh guru India yang bergerak pergi.
Itulah guru yang paling dibencinya. [Jawapan a1] Guru yang paling mengambil berat tentang dirinya. Guru
itulah yang sentiasa memegang tangannya mengajak ke kelas serta tidak jemu menghadiahkan pensil dan
pemadam setiap hari.

Tetapi itu semua cerita dahulu. Cerita ketika tawa dan jerit pekik Cikgu Mahesh masih kedengaran. Hari ini
sama seperti hari-hari sebelumnya, Sani duduk bersila di perhentian bas di hadapan sekolah. Betul-betul
menghadap padang sekolah yang menyimpan banyak rahsia dirinya serta kenangan bersama Cikgu Mahesh.

“Cikgu, saya tidak suka belajar. Saya mahu kerja.” Sani memandang Cikgu Mahesh dengan pandangan yang
tajam. Jari jemarinya meramas-ramas baju yang sudah koyak rabak dimamah waktu.

“[Jawapan a2]Jikalau kamu hendak kerja, kamu mesti belajar. Tanpa pelajaran, kamu tidak akan berjaya!”
Nada suara Cikgu Mahesh berbaur keras. Tangan besar berbulu itu menarik tubuh kecilnya supaya duduk di
atas kerusi kayu lama. Sani menggetap bibir. Air matanya mulai bertakung. Sejuk kipas angin yang ligat
berpusing seakan tidak dirasa oleh Sani. Air keringat merembes keluar dari lehernya membasahi kolar baju
sekolah yang sudah lusuh. Geram pada cikgu yang seorang ini makin membuak.

Mata Sani masih melihat ke arah padang, tanpa kelip. Semua memori menerjah ke dalam kotak fikirannya.

3. Latihan Pemahaman

1. Apakah yang menyebabkan Sani membenci Cikgu Mahesh?


Sani membenci Cikgu Mahesh kerana
____________________________________________________________________________

2. Apakah nasihat cikgu Mahesh kepada Sani?


Nasihat Cikgu Mahesh kepada Sani ialah
____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________
3. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu untuk menuntut ilmu?
Pada pendapat saya, kita perlu menuntut ilmu agar
 Menjadi bekalan agar tidak ditipu
 Menambah pengetahuan yang sedia ada
 Sebagai persediaan pada masa akan datang
 Hidup lebih terjamin.
4. TATABAHASA BERFOKUS

Frasa Sendi Nama


 Binaan Frasa Sendi Nama
 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
 Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum

Kata Sendi Nama + Frasa Nama


Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa
nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.
Contoh:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
di gimnasium
ke sekolah
dari pusat tuisyen
daripada aluminium
kepada Tuan Jana Khatib
untuk ibu
dengan kemewahan
sejak semalam
tentang klorofil
sampai siang
bagi ayah

Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama


Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). Selain itu, frasa
sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah.

Frasa Sendi Nama


Frasa Nama
Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama

(i) di dalam takungan


(i) di - takungan
(ii) ke dalam kolam
(ii) ke - kolam
(iii) dari belakang pentas
(iii) dari - pentas

Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)


Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. Kata nama
arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat.

Frasa Sendi Nama


Kata Sendi Nama Frasa Nama
Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan
(i) di atas pentas pada saat itu.
di - pentas -
(ii) ke luar garisan dengan bergaya
ke - garisan -
(iii) dari bawah rumah dengan kayu
dari - rumah -

Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat


Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam sesetengah ayat lain, frasa sendi nama
berfungsi sebagai unsur keterangan.

Predikat Frasa sendi Nama


Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek.
Contoh:
(1). Ahmad ke sekolah setiap hari.
(2). Kolam ikan di tepi taman.
(3). Yushiro dari bandar raya Tokyo.
(4). Kerusi itu daripada kayu jati.
(5). Hadiah ini untuk ibu Zarina.
(6). Bahaman daripada keluarga seni.

Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan


Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur keterangan ini pada asasnya
bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur
keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.
Contoh:
(i) Keterangan bagi frasa kerja
Contoh:
(7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan)
(8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa)
(9) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tempat)
(10).Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal)
(11).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan)
(12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan)
(13).Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara)

(ii) Keterangan bagi frasa adjektif


Contoh :
(14) John segak seperti model. (keterangan bandingan)
(15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal)
(16) Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa)
(17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan)

(iii) Keterangan bagi frasa nama


Contoh:
(18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat)
(19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal)
(20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan)
(21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan sumber)
(22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat)

Latihan 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Mariani mengenali Junita ______ mereka kecil lagi.


A ke
B daripada
C dari
D sejak

2 Soalan peperiksaan Bahasa Malaysia tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
A di
B dari
C pada
D daripada

3 Buku perubatan lama itu menerangkan _____ kaedah akupunktur.


A di
B untuk
C pada
D tentang

4 Kapal terbang WX773 akan berlepas ____ Taiwan sebentar lagi.


A dengan
B ke
C pada
D di

5 Bunga-bunga yang cantik akan dihadiahkan ______ cikgu sempena sambutan Hari Guru.
A ke
B oleh
C kepada
D daripada

6 Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.
A dari
B demi
C dengan
D daripada

7 Rumah Pak Samad dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat _____ kerjasama penduduk
kampung.
A bagi
B sejak
C pada
D dengan
8 Wang saku yang dibeli oleh ibu saya simpan _____ dalam kocek seluar.
A di
B oleh
C pada
D kepada

9 Guru besar dan guru-guru sedang berbincang _____ masalah disiplin para pelajar.
A bagi
B akan
C tentang
D dengan

10 Penduduk di kawasan perumahan kami menubuhkan rukun tetangga _____ mengatasi kes kecurian
yang kian berleluasa.
A oleh
B untuk
C dengan
D terhadap

11 Kita hendaklah sayang _____ kedua-dua ibu bapa kita.


A ke
B pada
C akan
D dengan

12 Kebanyakan pekerja di tapak pembinaan itu berasal _____ kawasan pedalaman Sarawak.
A dari
B daripada
C ke
D di

13 Setiap kakitangan melaksanakan tugas mereka ____ yang ditetapkan oleh ketua jabatan.
A kepada
B dengan
C seperti
D pada

14 Buku nota yang dibeli tadi ada ____ Leong Man.


A untuk
B dengan
C di
D pada

15 Tabung yang unik itu diperbuat _____ tempurung kelapa.


A dari
B oleh
C dengan
D daripada

16 _____ semasa ke semasa biodata murid-murid akan dikemaskinikan.


A ke
B Dari
C Pada
D Daripada

17 Sesetengah haiwan melindungi diri _____ musuh dengan bertukar warna mengikut persekitaran.
A dari
B oleh
C demi
D daripada

18 Mesyuarat agung Persatuan Bahasa Malaysia itu akan dijalankan ____ pukul 9.00 pagi hingga pukul
12.00 tengah hari.
A ke
B dari
C pada
D daripada

19 Kita boleh sampai ke Bulan ____ masa empat hari dengan menaiki roket.
A di
B demi
C dalam
D seperti

20 Seng Tan menghulurkan segugus kunci ____ Cikgu Gan.


A ke
B untuk
C pada
D kepada

Jawapan :

1D
2D
3D
4B
5C
6B
7D
8A
9C
10B
11C
12A
13C
14D
15D
16B
17D
18B
19C
20D

5. Tatabahasa Tidak Berfokus

1. Jalan yang senyap itu jarang dilalui oleh pemandu kerana mereka berasa takut untuk melaluinya terutama
pada waktu malam.

2. Ahmad terlalu sayangkan emaknya yang sudah lanjut usia dan tinggal sendirian di kampung.

3. Jambatan yang diperbuat daripada kayu itu usang amat dan tidak selamat untuk dilalui lagi.

4. Ali berasa sungguh terkejut benar-benar ketika menerima surat tawaran pelantikan sebagai jurubahasa.

5. Para pejuang kemerdekaan sentiasa dikenang oleh kerana jasa mereka yang sanggup berkorban nyawa demi
kedaulatan tanah air.

6. Ahmad sudah lama menetap di bandar sebaliknya dia masih bersikap kekampungan.

7. Bilatah agaknya Mary akan berkunjung sini lagi kerana dia tinggal jauh di seberang laut.

8. Semua jenis lauk-pauk yang dijual di warung kecil itu mahal-mahal belaka.

9. Pemuda itu tidur berbantalkan di atas lengan kerana bilik tidurnya terkunci dari dalam.

10. Beratus kenderaan masih tersadai di jalan raya kerana laluan utama terputus akibat kejadian banjir.
11. Pejabat baharu Puan Shila terletak di antara pejabat pos dan rumah pangsa kos sederhana.

12. Seniman P.Ramlee telah melakonkan dalam beberapa buah filem bersama dengan biduanita Saloma.

13. Persatuan Alam Sekitar akan mendermakan sebahagian dari wang yang diperoleh semasa jualan barang
terpakai.

14. Nyanyian peserta paling termuda dalam pertandingan itu mendapat tepukan yang amat gemuruh.

15. Beberapa orang karyawan dari Unversiti Malaya sedang membentangkan kertas-kertas kerja mereka dalam
seminar keilmuan itu.

16. Rambut adik sungguh kusut-masai kerana tidak disikat dengan rapi.

17. Kelvin mengemukakan sebuah pendapat yang bernas dalam sesi percambahan idea sebelum memulakan
projek tersebut.

18. Kami akan perjelaskan perkara yang sebenar kepada pihak penganjur demi menjernihkan keadaan.

19. Kerja-kerja pelebaran jalan itu mengambil masa selama tiga bulan untuk siap sepernuhnya.

20. Encik Halim yang budiman itu telah bermurah hati untuk membiaya kos pembinaan rumah anak-anak yatim di
kampung kami.

6. Peribahasa

You might also like