You are on page 1of 31

AYAT TUNGGAL

Disediakan oleh;
MUNSYI NURANI BINTI ABDULLAH
Ayat Tunggal ialah Subjek ialah
ayat yang terbina bahagian ayat yang
daripada dua diterangkan, dan
bahagian, iaitu predikat ialah
subjek dan bahagian ayat yang
predikat. menerangkan subjek.
(TBD, 2003:444)
Contoh :

Subjek Predikat
1. Kamarul guru.
2. Dia jurutera pelatih.
3. Berenang menyihatkan badan.
4. Sabar itu separuh daripada iman.
5. Mereka sedang mandi di sungai?
6. Bahasa jiwa bangsa.
Subjek tunggal terdiri daripada frasa nama
yang terbentuk daripada salah satu unsur
berikut;
(i) Kata nama
(ii) Kata ganti nama
(iii) Kata kerja yang berfungsi sebagai kata
nama
(iv) Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata
nama
Subjek (Kata Nama Am)
(kata nama am, kata nama khas atau kata nama
terbitan)
Subjek (Kata Nama Am) Predikat
7. Abangnya juruterbang.
8. Mempelam itu untuk ibu.
9. Jentik-jentik itu akan menjadi nyamuk.
10. Sungai ini sangat dalam.
Subjek (Kata Nama Khas)
(kata nama am, kata nama khas atau kata nama
terbitan)
Subjek (Kata Nama Khas) Predikat
11. Perdana Menteri telah melawat
Malaysia Eropah.
12.Mawi penyanyi terkenal.
13. Bukit Fraser di negeri Pahang.
14. Si Tompok mencakar dinding.
Subjek (Kata Nama Terbitan)
(kata nama am, kata nama khas atau kata nama
terbitan)
Subjek (Kata Nama Terbitan) Predikat
15. Kesilapan itu satu pengajaran.
16. Masakan ini enak sekali.
17.Kenangan mengusik jiwa.
18. Pertunjukan itu berakhir esok.
Subjek (Kata Ganti Nama)
(kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk)

Subjek (Kata Ganti Nama Predikat


Orang)
19. Saya guru Bahasa Melayu.
20. Kami pelajar Tingkatan Lima.
21. Dia berternak ayam.
22. Beliau akan berangkat ke Mekah.
Subjek (Kata Ganti Nama Tunjuk)
(kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk)

Subjek (Kata Ganti Predikat


Nama Tunjuk)
23. Ini kawasan Bangunan Parlimen.
24. Itu alasan yang cukup baik.
25. Ini buku Salmah.
26. Itu tuduhan yang melampau.
 Semua ayat bahasa Melayu terdiri daripada dua
konstituen (S & P).
 Ayat bahasa Melayu terdiri daripada satu
konstituen Subjek & satu konstituen Predikat
dinamakan ayat tunggal.
 Berdasarkan konstituen S & P, terdapat empat
pola ayat dasar, iaitu;

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)


Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
 Daripada empat pola ayat dasar, pelbagai jenis
dan ragam ayat dapat dibina melalui proses
transformasi atau penerbitan ayat.

 Dalam bahasa Melayu, terdapat empat proses


pembentukan atau penerbitan ayat, iaitu melalui
proses;

1 Peluasan
2 Penggantian
3 Pengguguran
4 Penyusunan semula konstituen yang
terkandung dalam sesuatu ayat dasar
Subjek Predikat
1. Semua pelajar kita berjaya dalam
peperiksaan tahun lalu.
2. Setiap tuntutan akan mendapat layanan.

3. Mereka semua sudah lama menetap di


Malaysia.
4. Kebanyakan calon tidak memahami
soalannya.
Subjek Predikat
5. Setengah-setengah masih kukuh lagi.
bangunan itu
6. Hampir semua telah menghadiri kursus
pekerja pengurusan berkualiti.
7. Beberapa buah musnah dalam
bangunan kebakaran itu.
8. Penyalahgunaan dapat melemahkan
dadah tenaga pekerja negara
kita.
 Dalam susunan ayat biasa, subjek mendahului
predikat sama ada dalam ayat aktif atau ayat
pasif. Contoh ayat dalam susunan biasa
ialah ;
9 Ayahnya pelakon terkenal. (FN + FN)
1 Puan Zahirah menyampaikan (FN + FK)
0 cenderamata tersebut.
1 Ibu bapa murid itu gembira. (FN + FA)
1
1 Kami ke hospital. (FN + FSN)
2
Dalam susunan songsang, konstituen predikat
dipindahkan ke hadapan subjek.

Proses pendepanan pada predikat dapat


berlaku seperti berikut ;
(i) Pendepanan seluruh predikat
(ii) Pendepanan sebahagian daripada predikat
 Ayat Tunggal dalam bahasa Melayu boleh juga
wujud dalam susunan songsang (proses
pendepanan).
 Dalam susunan songsang unsur-unsur dalam
konstituen predikat dipindahkan ke hadapan
subjek (untuk diberikan penegasan, iaitu melalui
proses pendepanan).

A Pendepanan Seluruh Predikat


13a Gadis itu amat lincah.
13b Amat lincah gadis itu.
14a Kelakuannya ganjil sungguh.
14b Ganjil sungguh kelakuannya.
15(a) Perangainya baik sungguh.
(b) Baik sungguh perangainya.

16 (a) Pendaki itu berjaya juga akhirnya.


(b) Berjaya juga akhirnya pendaki itu.

17 (a) Orang itu sangat rajin.


(b) Sangat rajin orang itu.
17(a) Rasa buah ini enak sekali.
(b) Enak sekali rasa buah ini.

18 (a) Penyesalannya tidak berguna lagi.


(b) Tidak berguna lagi penyesalannya.

19 (a) Pegawai itu masih belum sampai.


(b) Masih belum sampai pegawai itu.
B Pendepanan sebahagian daripada predikat
(i) Pendepanan Kata Kerja / Frasa Kerja
20a Para pelatih Program Latihan Khidmat Negara
itu berkawad di tengah padang.
20b Berkawad di tengah padang para pelatih
Program Latihan Khidmat Negara itu.
21a Kami berdiang di tepi unggun api untuk
memanaskan badan.
21b Berdiang kami di tepi unggun api untuk
memanaskan badan.
B Pendepanan sebahagian daripada predikat
(ii) Pendepanan Frasa Adjektif
22a Pemidato itu petah berhujah.
22b Petah pemidato itu berhujah.
23a Pelajar itu pengsan secara tiba-tiba.
23b Pengsan pelajar itu secara tiba-tiba
B Pendepanan sebahagian daripada predikat
(iii) Pendepanan Frasa Sendi Nama
24a E-mel itu saya terima daripada Khairul.
24b Daripada Khairul e-mel itu saya terima.
25a Kakaknya berpindah ke Bandar Seri
Iskandar.
25b Ke Bandar Seri Iskandar kakaknya
berpindah .
26a Nazren akan menjalani ujian memandu
pada hujung minggu ini.
26b Pada hujung minggu ini Nazren akan
menjalani ujian memandu.
 Terdapat beberapa cara lain untuk membina ayat
songsang, antaranya ialah;

(A) PENYONGSANGAN SUBJEK DAN


PREDIKAT DALAM AYAT AKTIF

AYAT BIASA (SUBJEK + PREDIKAT)

AYAT SONGSANG (PREDIKAT + SUBJEK)


CONTOH :

27a Pelajar-pelajar itu berada di makmal komputer.

27b Berada di makmal komputer pelajar-pelajar itu.

28a Semua atlet yang terpilih perlu berlatih


bersungguh-sungguh untuk berjaya.
28b Perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk berjaya
semua atlet yang terpilih.
(B) PENYONGSANGAN SUBJEK DAN
PREDIKAT DALAM AYAT PASIF

29a Bebanan yang berat itu terangkat juga oleh lelaki


yang berbaju merah.
29b Terangkat juga oleh lelaki yang berbaju merah
bebanan yang berat itu.
30a Tindakan yang lebih tegas akan dikenakan oleh
kerajaan kepada mereka yang terlibat dengan
gejala rasuah.
30b Akan dikenakan oleh kerajaan kepada mereka
yang terlibat dengan gejala rasuah tindakan yang
lebih tegas.
(C) PENYONGSANGAN FRASA
KETERANGAN DALAM AYAT

 Dalam pembinaan ayat songsang frasa keterangan


yang terletak di belakang ayat itu boleh
dikehadapankan.
 Frasa keterangan itu boleh hadir sebelum
subjek
dalam ayat.
CONTOH

31 a Kami sekeluarga makan malam di warung Mak


Ainon.
31 Di warung Mak Ainon kami sekeluarga makan malam.
b
32a Pertandingan menulis esei bersempena sambutan Hari
Guru peringkat daerah akan diadakan di dewan besar
sekolah kami pada hujung minggu ini.
32b Pada hujung minggu ini pertandingan menulis esei
bersempena sambutan Hari Guru peringkat daerah
akan diadakan di dewan besar sekolah kami.
33a Pegawai-pegawai imigresen itu menjalankan siasatan
berdasarkan keterangan yang diberikan oleh
pendatang tanpa izin yang berkenaan.
33b Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh
pendatang tanpa izin yang berkenaan pegawai-
pegawai imigresen itu menjalankan siasatan.
LATIHAN 1

Arahan : Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat


bersusunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.
1 Semua kakitangan syarikat ini perlu mengamalkan sikap
bertolak ansur untuk mewujudkan satu pasukan kerja
yang berkualiti.
2 Isu pelajar ponteng telah dibincangkan dalam
mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sungai
Emas baru-baru ini.
3 Ayah akan menghadiahi adik sebuah jam tangan jika
dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan UPSR tahun ini.
6 markah
LATIHAN 2

Arahan : Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat

bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

1 Telah disiapkan oleh para pelajar semua tugasan


yang diberikan oleh Cikgu Rosli.
2 Sungguh bernasib baik Azlan kerana terselamat
daripada kemalangan ngeri itu.
3 Terpaut hatiku oleh sikapnya yang lemah lembut dan
bersopan santun.

6 markah
JAWAPAN LATIHAN 1

Arahan : Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat


bersusunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.
1 Untuk mewujudkan satu pasukan kerja yang berkualiti
semua kakitangan syarikat ini perlu mengamalkan sikap
bertolak ansur.
2 Telah dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SMK Sungai Emas baru-baru ini isu
pelajar ponteng .
3 Jika dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan UPSR tahun ini ayah akan menghadiahi
adik sebuah jam tangan .
6 markah
JAWAPAN LATIHAN 2

Arahan : Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat

bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

1 Semua tugasan yang diberikan oleh Cikgu Rosli


telah disiapkan oleh para pelajar.
2 Azlan sungguh bernasib baik kerana terselamat
daripada kemalangan ngeri itu.
3 Hatiku terpaut oleh sikapnya yang lemah lembut
dan bersopan santun.

6 markah
kekal abadi di sanubari

You might also like