You are on page 1of 13

PT3 Soalan 3 超级 2016

B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tukarkan ayat aktif kepada
ayat pasif.
[10 markah]

1. Lee cuba menyelesaikan soalan Matematik yang susah itu.


- Soalan Matematik yang susah itu cuba diselesaikan oleh Lee.

2. Murid-murid perlu memyimpan peralatan di dewan sebelum pulang ke


kelas.
- Peralatan di dewan perlu disimpan oleh murid-murid sebelum pulang ke
kelas.

3. Fatin akan membuka sebuah butik menjual kebaya di AEON.


- Sebuah butik menjual kebaya akan dibuka oleh Fatin di AEON.

4. Beliau akan merasmikan majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah.


- Majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah akan dirasmikan oleh beliau.

5. Kita mesti menurut nasihat ibu bapa.


- Nasihat ibu bapa mesti kita turut. Melaka STCM

Nyatakan ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN),
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA),
atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS). [10 markah]

6. Si Putih mencakar dinding bilik Izrin. FN+FK


2. Sepupu saya ketua murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Taming.
FN+FN
3. Kasut baharu Kamala cantik sungguh. FN+FA
4. Nathan keluar dari pejabat pada pukul 6.00 petang. FN+FK
5. Dia ke Sabah untuk melawat saudaranya yang sakit. FN+FS Melaka
SMK Gajah Berang

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Nyatakan bahagian subjek dan predikat dalam setiap ayat dasar di bawah ini.
[10 markah]
1. Palang besi rak itu amat kuat.
Subjek: Palang besi rak itu.
Predikat: amat kuat.

2. Sangat indah pemandangannya.


Subjek: Pemandangannya.
Predikat: sangat indah.

3. Kejayaan ini untuk ibu bapa mereka.


Subjek: Kejayaan ini.
Predikat: untuk ibu bapa mereka.

4. Helang itu menyambar mangsanya.


Subjek: Helang itu.
Predikat: menyambar mangsanya.

5. Pengawai syarikat kami masih belum datang.


Subjek: Pengawai syarikat kami
Predikat: masih belum datang.
Melaka SMK Katholik

Nyatakan ayat-ayat di bawah sama ada (FN+FN), (FN+FK), (FN+FA), atau


(FN+FS).
[10 markah]
6. Hadiah itu daripada ayah. FN+FS
2. Hary suka melukis gambar pemandangan. FN+FA
3. Murid-murid sekolah itu menari dengan gembiranya ketika membuat
persembahan. FN+FK
4. Encik seorang jurutera yang banyak pengalaman dalam bidang kejuruteraan.
FN+FN
5. Abang sedang bermain bola di padang sekolah bersama kawan-kawannya.
FN+FK SELANGOR
SMK KWANG HUA
KLANG

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Nyatakan ayat-ayat di bawah sama ada (FN+FN), (FN+FK), (FN+FA), atau (FN+FSN).

[10 markah]
1. Kejadian itu sungguh menakjubkan kami. FN+FK
2. Lelaki yang memakai serban itu bapa saya. FN+FN
3. Bagunan Menara Berkembar Petronas amat indah pada waktu malam.
FN+FA
4. Surat itu daripada sahabat penanya. FN+FSN
5. Negaraku lagu kebangsaan kita. FN+FN SELANGOR
SMK (P) KAPAR

Nyatakan bahagian subjek dan predikat dalam setiap ayat dasar di bawah ini.
[10 markah]
6. Beberapa buah rumah hangus dalam kebakaran petang semalam.
Subjek: Beberapa buah rumah.
Predikat: hangus dalam kebakaran petang semalam.

2. Para peserta kursus itu perlu menjalani beberapa ujian saringan 选 拔 赛


sebelum mendapat sijil.
Subjek: Para peserta kursus itu.
Predikat: perlu menjalani beberapa ujian saringan sebelum mendapat sijil.

3. Tegap 强壮 jangan disangka gagah.


Subjek: Tegap
Predikat: jangan disangka gagah.

4. Negara-negara yang sedang membangun sering kali menerima tekanan dari


negara-negara maju.
Subjek: Negara-negara yang sedang membangun
Predikat: sering kali menerima tekanan dari negara-negara maju.

5. Secara keseluruhannya, mereka yang terlibat dalam industri kraf tangan telah
diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya oleh kerajaan.
Subjek: Secara keseluruhannya, mereka yang terlibat dalam industri kraf tangan.
Predikat: telah diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya oleh kerajaan.
SELANGOR
SMK CONVENT KLANG

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Nyatakan bahagian subjek dan predikat bagi ayat-ayat berikut. [10 markah]

1. Mahasiswa Universiti Malaya tahun akhir akan berangkat ke Indonesia bagi


melakukan kerja amal.
Subjek: Mahasiswa Universiti Malaya tahun akhir
Predikat: akan berangkat ke Indonesia bagi melakukan kerja amal.

2. MARDI bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dalam bidang


pertanian sejak penubuhannya.
Subjek: MARDI
Predikat: bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian
sejak penubuhannya.

3. Telefon bimbit keluaran syarikat itu mendapat sambutan menggalakkan


daripada pengguna.
Subjek: Telefon bimbit keluaran syarikat itu
Predikat: mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.

4. Bangunan yang terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur sangat cantik
binaanya.
Subjek: Bangunan yang terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur
Predikat: sangat cantik binaanya.

5. Kertas kerja projek pembangunan itu akan dibentangkan kepada menteri


pada minggu hadapan.
Subjek: Kertas kerja projek pembangunan itu
Predikat: akan dibentangkan kepada menteri pada minggu hadapan.

SELANGOR
SMK SEAFIELD

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan


songsang tanpa mengubah maksud asalnya. [10
markah]

1. Semua pelajar berdiri apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan.


- Berdiri apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan semua pelajar.

2. Air teh itu perlulah ditapis dahulu sebelum diminum.


- Perlulah ditapis dahulu sebelum diminum air the itu.

3. Siapa wanita yang memakai tudung biru itu?


- Wanita yang memakai tudung biru itu siapa.

4. Pengguna haruslah berhati-hati ketika memuat naik gambar ke laman sosial.


- Haruslah berhati-hati ketika memuat naik gambar ke laman sosial
pengguna.

5. Rumah keluarga Fahim telah dipecah masuk ketika mereka pulang ke


kampung.
-Telah dipecah masuk ketika mereka pulang ke kampung rumah keluarga
Fahim. JOHOR SMK TSK

Nyatakan ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN),
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA),
atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS). [10 markah]

6. Murid-murid itu menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan ‘Jalur Gemilang’.


FN+FK
2. Anak-anak kucing itu comel belaka. FN+FA
3. Surat berdaftar ini daripada syarikat telekomunikasi. FN+FS
4. Kakak Atika ialah seorang guru tadika. FN+FN
5. Kapal terbang kargo itu terhempas di Laut China Selatan. FN+FN
SELANGOR
SMK KK

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Cerakinkan ayat-ayat majmuk dibawah kepadadua ayat tunggal. Tulis


jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

1. Gadis yang cantik itu mempunyai suara yang merdu.


- Gadis itu cantik.
- Gadis itu empunyai suara yang merdu.

2. Pesakit itu dihantar ke hospital kerana mengalami penyakit asma.


- Pesakit itu dihantar ke hospital.
- Pesakit itu mengalami penyakit asma.

3. Baju kebaya ini sesuai dengan wanita yang tinggi dan kurus.
- Baju kebaya ini sesuai dengan wanita yang tinggi.
- Baju kebaya ini sesuai dengan wanita yang kurus.

4. Encik Faizal masuk ke bilik mesyuarat lalu mengedarkan minit mesyuarat.


- Encik Faizal masuk ke bilik mesyuarat..
- Encik Faizal mengedarkan minit mesyuarat.

5. Tuan Pengetua telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan prestasi


akademik pelajar.
- Tuan Pengetua telah mengadakan mesyuarat
- Tuan Pengetua telah membincangkan perstasi akademik pelajar.

JOHOR
SMK SERI INTAN

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
[10 markah]

1. Farid mengajak Dinesh ke rumahnya.


Farid mengajak Kim Seng ke rumahnya.
-Farid mengajak Dinesh dan Kim Seng ke rumahnya.

2. Sabrina mengangkat tangan.


Sabrina bertanyakan soalan kepada Cikgu Vilvamalar.
-Sabrina mengangkat tangan lalu bertanyakan soalan kepada Cikgu
Vilvamalar.

3. Kakak sedang memasak di dapur.


Kakak mendengar radio.
- Kakak sedang memasak di dapur sambil mendengar radio.

4. Saya mendengar khabar.


Bapa Umar meninggal dunia.
Bapa Umar terlibat dalam kemalangan jalan raya.
- Saya mendengar khabar bahawa bapa Umar meninggal dunia kerana
terlibat dalam kemalangan jalan raya.

5. Pak Tahir hidup sebatang kara.


Pak Tahir tidak pernah meminta-minta daripada sesiapa.
- Pak Tahir hidup sebatang kara dan dia tidak pernah meminta-minta
daripada sesiapa.
JOHOR SMK SJM

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Kenal pasti ayt-ayat di bawah kepada jenis-jenis ayat seperti ayat penyata, ayat
tanya, ayat seru dan ayat perintah.
[10 markah]

1. Dia seorang pelajar yang rajin.


- Ayat penyata
2. Mengapakah setiap orang perlu menjaga kebersihan diri?
- Ayat tanya
3. Amboi, betapa sombongnya awak!
- Ayat seru
4. Penunggang itu didenda kerana tiada lesen memandu yang sah.
- Ayat penyata
5. Jangan biarkan anak-anak bermain di kawasan banjir.
- Ayat perintah

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang


tanpa mengubah maksud asalnya.
[10 markah]

6. Kegemaran ayah sejak kecil lagi ialah mengumpul setem.


- Ialah mengumpul setem kegemaran ayah sejak kecil lagi.

2. Lelaki itu masih menunggu di perhentian bas.


- Masih menunggu di perhentian bas lelaki itu.

3. Kanak-kanak itu berlari dengan pantas.


- Berlari dengan pantas kanak-kanak itu.

4. Gunung berapi di Pulau Jawa itu sudah meletup.


- Sudah meletup gunung berapi di Pulau Jawa itu.

5. Kebanyakan pelancong dari Eropah melawat ke sini. JOHOR SMK DESA


- Melawat ke sini kebanyakan pelancong dari Eropah. CEMERLANG

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang .


[10 markah]
1. Sampah sarap yang banyak itu saya buang.
- Saya buang sampah sarap yang banyak itu.
2. Aminah dan Amnah akan menyertai pertandingan melukis.
- Akan menyertai pertandingan melukis Aminah dan Amnah.
3. Buku itu dibaca oleh Ali kerana peperiksaan sudah hampir tiba.
- Kerana peperiksaan sudah hampir tiba buku itu dibaca oleh Ali.
4. Aqlima diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling
berwibawa.
- Diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling
berwibawa Aqlima.
5. Jalil berasa gembira apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan
ini.
- Berasa gembira apabila dapat pulang ke rumah Jalil pada penghujung
bulan ini.
JOHOR SMK JJ1

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang .


[10 markah]
6. Cikgu Hasrul sedang mendeklamasikan sajak di dewan.
- Sedang mendeklamasikan sajak di dewan Cikgu Hasrul.

2. Awak menangis teresak-esak mengapa?


- Mengapakah awak menangis tersesak-esak?

3. Wanita itu sahabat baik saya.


- Sahabat baik saya wanita itu.

4. Neymar sangat handal bermain bola sepak.


- Sangat handal bermain bola sepak Neymar.

5. Bapa saya menonton gusti.


- Menonton gusti 摔跤 bapa saya.
JOHOR SMK JJ2

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tukarkan ayat aktif kepada ayat
pasif.
[10 markah]
1. Buku itu akan saya pulangkan kepada Hasif sekarang juga.
- Saya akan memulangkan buku itu kepada Hasif sekarang juga.
2. Pemohonan kamu itu akan dipertimbangkan oleh pihak atasan.
- Pihak atasan akan mempertimbangkan permohonan kamu itu.
3. Usahawan tempatan dinasihati oleh Perdana Menteri agar mengambil langkah
susulan yang sewajarnya.
- Perdana Menteri menasihati usahawan tempatan sagar mengambil langkah
susulan yang sewajarnya.
4. Bantahan telah dikemukakan oleh penduduk kampung kepada wakil rakyat.
- Penduduk kampung telah mengemukakan bantahan kepada wakil rakyat.
5. Majalah bercorak ilmiah kurang diminati oleh golongan pelajar meskipun
bahan di dalamnya menambahkan pengetahuan mereka.
- Golongan pelajar kurang meminati majalah bercorak ilmiah meskipun
bahan di dalamnya menambahkan pengetahuan mereka. SELANGOR SMK EH

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang .


[10 markah]
6. Bangunan itu masih teguh lagi walaupun dibina suku abad dahulu.
- Masih teguh lagi walaupun dibina suku abad dahulu bangunan itu.
2. Rumah saya terletak berhampiran dengan sebuah kedai buku.
- Terletak berhampiran dengan sebuah kedai buku rumah saya.
3. Penyajak itu mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan.
- Mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan penyajak itu.
4. Sesi temu bual antara pemberita dengan pelakon baharu itu telah berjalan
lancar.
- Telah berjalan lancar sesi temu bual antara pemberita dengan pelakon
baharu itu.
5. Kerajaan bercadang membina lebih banyak lebuh raya di negara kita bagi
memastikan kelancaran lalu lintas.
- Bercadang membina lebih banyak lebuh raya di negara kita bagi
memastikan kelancaran lalu lintas kerajaan. JOHOR BAHRU SMK PJ

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa.


[10 markah]

1. Di ruang tamu Chu Hai dan adiknya tidur.


- Chu Hai dan adiknya tidur di ruang tamu.
2. Akan dipantau oleh kaunselor sekolah kemajuan murid itu.
- Kemajuan murid itu akan dipantau oleh kaunselor sekolah.
3. Selepas musim banjir, masalah kesihatan menjadi fokus utama.
- Masalah kesihatan menjadi fokus utama selepas musim banjir.
4. Mendapat sambutan hangat pertandingan pakaian beragam itu.
- Pertandingan pakaian beragam itu mendapat sambutan hangat
pertandingan.
5. Secara berterusan kepada rakyat pendidikan cukai harus diberikan.
- Pendidikan cukai harus diberikan secara berterusan kepada rakyat.

SELANGOR SMK USJ 8

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian bina ayat tanya dengan
menggunakan kata tanya yang betul. Penggunaan kata tanya hendaklah
bersesuaian dengan perkataan atau rangkai kata yang bergaris. [10 markah]

1. Fadila menghadiahkan sekuntum bunga kepada Cikgu Marlia.


- Siapakah yang menghadiahkan sekutum bunga kepada Cikgu Marlia?
2. Adnan ke hospital kerana ingin melawat datuknya.
- Mengapakah Adnan ke hospital?
3. Pameran Permainan Tradisional Malaysia akan diadakan di Dewan Seri
Mahkota.
- Di manakah Pameran Permainan Tradisional Malaysia akan diadakan ?
4. Pengumuman keputusan pemenang Pertandingan Penulisan Cerpen Tunas
Remaja akan diadakan pada hari esok.
- Bilakah pengumuman keputusan pemenang Pertandingan Penulisan
Cerpen Tunas Remaja akan diadakan ?
5. Harga buku rujukan Bahasa Melayu itu ialah RM10.50.
- Berapakah harga buku rujukan Bahasa Melayu itu?
PERAK SMJK YUK CHOY

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. [10


markah]

6. Para pelajar perlu mengemas dewan apabila majlis ini berakhir.


- Dewan perlu dikemas oleh para pelajar apabila majlis ini berakhir.
2. Saya menggoreng ikan siakap yang enak untuk makan malam.
- Ikan siakap yang enak saya ggoreng untuk makan malam.
3. Saya menulis karangan ini supaya dapat dihantar pada hari esok.
- Karangan ini saya tulis supaya dapat dihantar pada hari esok.
4. Pengetua mencalonkan Razali sebagai ketua pengawas yang baharu.
- Razali dicalonkan oleh pengetua sebagai ketua pengawas yang baharu.
5. Kita perlu menjaga kebersihan kampung dengan bergotong-royong.
- Kebersihan kampung perlu kita juga dengan bergotong-royong.
JOHOR SMK C.B.P

我们的核心是品质,我们的使命是教育
PT3 Soalan 3 超级 2016
B. MELAYU Sintaksis PT3 13 州考题

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
[10 markah]
1. Atikah Maisarah gemar memasak.
Sri Yusrina gemar mengemas rumah.
- Atikah Maisarah gemar memasak manakala/tetapi Sri Yusrina gemar
mengemas rumah.

2. Iqram masuk ke bilik guru.


Iqram berjumpa dengan Cikgu Syazwani.
- Iqram masuk ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Syazwani.

3. Soh Yi Xian hendak berenang di dalam kolam.


Ibu tidak membenarkan.
- Soh Yi Xian hendak berenang di dalam kolam tetapi ibunya tidak
membenarkan.

4. Kayu bakau sesuai dijadikan cerucuk bangunan.


Kayu bakau sesuai dijadikan kayu api.
- Kayu bakau sesuai dijadikan cerucuk bangunan dan kayu api.

5. Tuan Nurfatihah lulus dengan cemerlang.


Tuan Nurfatihah rajin mengulang kaji pelajaran.
Tuan Nurfatihah banyak membuat latihan.
- Tuan Nurfatihah lulus dengan cemerlang kerana rajin mengulang kaji
pelajaran dan banyak membuat latihan.

JOHOR SMK DSE

我们的核心是品质,我们的使命是教育

You might also like