You are on page 1of 2

Subjek dan Predikat

·         Subjek ialah bahagian yang diterangkan.


·         Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.

Bil Subjek Predikat Pola Ayat


1 Dia pengetua baru di sekolah itu. FN + FN
2 Bangunan itu bangunan Kementerian Pendidikan. FN + FN
3 Arif belum makan dari semalam. FN + FK
4 Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan FN + FK
Jelapang Jaya.
5 Mereka menari dengan gembiranya. FN + FK
6 Pelajar itu sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya. FN + FK
7 Rumah itu agak besar. FN + FA
8 Buah jambu ini sangat manis. FN + FA
9 Surat ini daripada peguam ayah. FN + FSN
10 Pokok rambutan itu di belakang rumah. FN + FSN

Latihan Pengukuhan
Tandakan / untuk memisahkan di antara Subjek dan Predikat dalam ayat-ayat di bawah.  Kemudian
tuliskan pola ayatnya.
Bi Subek            /          Predikat Pola a
l
1 Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kelicikannya bermain senjata.
2 Andak tunduk ke lantai sambil kakinya menguis-nguis hujung tikar.
3 Latihan tatabahasa kali ini agak mudah.
4 Nelayan-nelayan itu mengandar dua bakul ikan ke jeti untuk dijual kepada peraih.
5 Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.
6 Si Bongkok menyarungkan cincin ke jari manis tuan puteri.
7 Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk membesar.
8 Makanan ini masih elok untuk dimakan.
9 Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Kesihatan di sekolah.
10 Bekalan makanan ini untuk adik.
11 Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru dan sakit
jantung.
12 Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.
13 Awang Haji Tengah ketua pengurus pejabat kami.
14 “Kempen Berhenti Merokok” kurang mendapat sambutan daripada para remaja.
15 Buku tebal itu buku kesayangan saya.
16 Penceramah itu mengatakan bahawa tanganlah yang menentukan kesihatan kita.
17 Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh tubuh
badan.
18 Badan kita sukar mengeluarkan toksik apabila kekurangan air.
19 Perabot rumahnya dari Itali.
20 Murid sekolah itu, belajar dari pagi hingga ke petang.
21 Harimau yang garang itu telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan itu.
22 Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.
23 Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
24 Kata-kata mutiara yang ditampal pada dinding sekolah membangkitkan semangat murid untuk
belajar.
25 Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula boleh menjejaskan sistem imun badan.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Pertama
Kedua
(a) Anda harus menyiapkan
Saya mencuci kerja itu.
kasut sekolah. (a) Kerja
Kasut itu harussaya
sekolah andacuci.
siapkan.
(b) Awak mesti menyerahkan
Kita menerima surat itu.
keputusan itu. (b) Keputusan
Surat itu mesti awak
itu kita serahkan.
terima.
(c) Engkau
Aku akan memetik bunga itu.duitnya.
patut memulangkan (c) Duitnya patut engkau
Bunga itu akan aku petik. pulangkan.
(d) Kamu perlu membaiki
Kami sudah menyusunkereta
jadual itu.
itu. (d) Jadual
Kereta itu
itu sudah
perlu kamu baiki.
kami susun.

Ayat Aktif Ayat Pasif


1. Ali membaca buku itu. Buku itu dibaca oleh Ali.
2. Ibu memasak nasi lemak. Nasi lemak dimasak oleh ibu.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
5. Yusof membawa kerusi patah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof

Latihan  tukar ayat aktif kepada ayat pasif.

1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
2. Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya
itu.
3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap  peragut yang
menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus 
industri  kecil dan sederhana anjuran MARA.
6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,”
kata kerani itu kepada saya.
7. Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah
kamu.
8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
9. Saya telah memasak lauk ikan  untuk ayah.
10. Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di 
luar  dewan .

You might also like