You are on page 1of 4

LATIHAN AYAT ATIF / AYAT PASIF

a) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

1. Arif sedang membasuh basikal.


2. Ayah Mona sedang menebang pokok besar itu.
3. Minah telah menjahit sapu tangan yang cantik itu.
4. Ayah saya sedang mengecat dapur.
5. Kamu perlu melaporkan kejadian itu kepada Encik Razak.
6. Siti sedang menulis surat yang panjang itu.
7. Ibu sedang menanam bunga orkid di halaman rumah.
8. Pak cik Musa sedang mencangkul tanah di belakang rumah.
9. Mereka tidak sempat membincangkan perkara lain dalam mesyuarat semalam.
10. Sufian menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Ahmadi.
11. Mimi telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada cikgu Zakiah.
12. Semalam saya telah mengirimkan e-mel kepada Puan Ani untuk bertanya khabar.
13. Cikgu Rosli mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah di luar
bandar.

a) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.

1. Loceng itu dibunyikan oleh Mokhsin.


2. Borang ini saya sedang tulis.
3. Sayur-sayuran di kebun telah disiram oleh Abang Zakuan.
4. Latihan karangan yang panjang itu saya telah siapkan.
5. Air yang tumpah di atasmeja itu telah saya lap sebentar tadi.
6. Rahsia ini mesti kamu simpan agar tidak diketahui oleh orang lain.
7. Basikal yang kotor itu dibasuh oleh ayah Bibi.
8. Titi yang roboh itu dibina semula oleh orang-orang kampung petang tadi.
9. Baju kurung yang koyak itu dijahit semula oleh emak.
10. Ubat yang pahit itu diminum juga oleh adik.
11. Pagi tadi lalang telah ditebas oleh abang Mila.
12. Bendera Malaysia telah dikibarkan oleh Ah Lim di depan rumahnya.
13. Pagi tadi, semua buku di bilik itu telah dikemaskan oleh Siti.

1
AYAT AKTIF / AYAT PASIF
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

2.         Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……


(a)      tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
            i. Bola itu saya tendang. ii. Borang itu perlu anda isi.
(b)        berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. ( atau nama orang )
Contohnya:
i. Baju itu dibasuh oleh kakak.
ii. Nasi ditanak oleh ibu. iii. Keris ini diberi oleh baginda.

3. Ayat pasif terdiri daripada:


(a)        ayat pasif diri pertama,
iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama seperti
aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b)        ayat pasif diri kedua,
iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri kedua seperti
awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)        ayat pasif diri ketiga,
iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga
seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.

4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:

Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Pertama


(a) Saya mencuci kasut sekolah. (a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Kita menerima keputusan itu. (b) Keputusan itu kita terima.
(c) Aku akan memetik bunga itu. (c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu. (d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua


(a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya. (c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu. (d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga


(a) Mereka mengecat bangunan. (a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju. (d) Baju sedang dijahit olehnya.

Ayat Aktif Ayat Pasif


1. Ali membaca buku itu. Buku itu dibaca oleh Ali.

2
2. Ibu memasak nasi lemak. Nasi lemak dimasak oleh ibu.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
5. Yusof membawa kerusi patah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof

LATIHAN AYAT ATIF / AYAT PASIF

a) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

14. Musa sedang membasuh basikal.

15. Ayah Amin sedang menebang pokok.

16. Jamilah menjahit baju yang cantik itu.

17. Adik saya sedang mengecat dapur rumah.

18. Muslimah sedang menulis surat kepada abangnya.

19. Ibu sedang menanam bunga di halaman rumah.

20. Pak cik Abu sedang mencangkul tanah di belakang rumah.

21. Mereka tidak sempat membincangkan perkara lain dalam mesyuarat semalam kerana
kesuntukan masa

22. Semalam saya telah mengirimkan e-mel kepada Puan Ani untuk menanyakan masalah
pelajaran.

23. Cikgu Ramlah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah di luar bandar.

a) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.

14. Loceng itu dibunyikan oleh Mimi.

15. Borang ini saya sedang tulis.

16. Latihan karangan itu saya telah siapkan.

17. Basikal yang kotor itu dibasuh oleh ayah.

18. Titi yang roboh itu dibina semula oleh orang-orang kampung petang tadi.

19. Kain yang koyak itu dijahit semula oleh emak.

20. Ubat yang pahit itu diminum juga oleh adik.

21. Pagi tadi lalang telah ditebang oleh Muthu.

22. Bendera Malaysia telah dikibarkan oleh Ah Lim di depan rumahnya.

3
23. Semua buku di bilik itu sedang dikemaskan oleh Siti.

You might also like