You are on page 1of 5

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang
digabungkan dengan kata hubung.

Kata
Ayat majmuk Ayat tunggal
hubung
(a)      Suhaili  suka makan nasi lemak.
Suhaili suka makan nasi lemak
dan
dan mi sup.
(b)      Suhaili suka makan mi sup.
(a)      Rumah itu besar.
Rumah yang besar itu rumah
Yang
Fazli.
(b)      Rumah itu rumah Fazli.
(a)      Dia memberitahu.
Dia memberitahu bahawa
kakaknya akan melanjutkan bahawa
(b)      Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke
pelajaran ke luar Negara.
luar Negara.
(a)      Dia akan balik ke kampung.
Dia akan balik ke kampong
Apabila
apabila ada masa lapang.
(b)      Dia ada masa lapang.

Latihan :
(A)        Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.  _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________
(B)         Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat
majmuk.
1.     Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen.                                   
________________________________________
2.    Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman                             
_________________________________________
3.    Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru.                       
_________________________________________
4.    Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal.                                       
_________________________________________
5.    Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.                            
_________________________________________
6.    Halim kaya.
Halim kedekut.                                                  
_________________________________________
7.  Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                 
__________________________________________
8.  Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang.                              
__________________________________________
9.  Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat.                                             
__________________________________________
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya
mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-). 

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini
mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata
sendi oleh.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif Ayat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua kerja  1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.
    sekolah.
2.Kami mesti menumpukan perhatian 2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila
apabila guru mengajar. guru mengajar.
3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi. 3.  Menulis jawi perlu kamu ajar
kepadanya.
4. Ayah membelah kayu api itu. 4.  Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5. Mereka sedang menganyam tikar 5.  Tikar mengkuang itu sedang dianyam
mengkuang   oleh  
   itu.      mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif

Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-


            1.   Ayat aktif transitif
            2.   Ayat aktif tak transitif

a)   Ayat Aktif Transitif


Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama
sebagai objek.

b)   Ayat Aktif Tak Transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak
diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1.   Anak kecil itu pandai menyanyi.
2.   Ibunya sedang mandi.
3.   Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.

·         Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di
dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat
tersebut.

Jenis-jenis Ayat Pasif

Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:-
            1.   Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
            2.   Ayat pasif diri kedua    - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
            3.   Ayat pasif diri ketiga    - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.

a)   Ayat Pasif Diri Pertama


Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti
aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b)   Rumah itu saya bina.
b)   Kereta itu kami beli.
b)   Jambatan itu aku robohkan.

b)   Ayat Pasif Diri Kedua


Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti
awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
            1.   Jam tangan itu kamu beli?
            2.   Kasut kulit itu awak gilap?
            3.   Buku novel itu anda baca?

c)   Ayat Pasif Diri Ketiga


Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti
dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
            1.   Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
            2.   Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
            3.   Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

·         Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga
bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

·         Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif
diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
            1.a)   Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
               b)   Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
            2.a)   Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)
               b)   Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
            3.a)   Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
               b)   Nasi itu telah saya tanak. (√)
            4.a)   Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
               b)   Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif’

1. Kakak menumbuk cili itu sehingga hancur.

2. Kedai itu menjual barang-barang runcit.

3.  Kedai emas awal itu dimasuki perompak pagi semalam.

4.  Pak Ngah mendiami rumah itu sejak sepuluh tahun yang lalu.


5. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.

6.  Bola itu ditendang oleh Hamid.

7.  Cadangan itu kami sokong.

8.  Makmal Sains itu dirasmikan oleh Datuk Bandar.

9.  Air oren ini dibancuh oleh Aina pagi tadi.

10. Rumput di kawasan itu telah diracun oleh Pak Cik Mail semalam.  

You might also like