You are on page 1of 19

LATIHAN PENGUKUHAN

SINTAKSIS BAHASA MELAYU


SPM 2021
KERTAS 2 – 1103/2 ( SINTAKSIS )

OGOS 2021
OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR
MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH (MTSTM)
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 2

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


2
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 3

A. MAKLUMAN

Dalam modul ini, anda dikehendaki

1. Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1.Imbuhan.

2. Kata ganti nama diri.

3. Susunan ayat.

4. Tidak mengubah maksud asal.

*jadual 1 : imbuhan KATA KERJA TRANSITIF (KKT) yang menjadi kebiasaan dalam soalan yang diuji.
*KKT ialah Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama
untuk melengkapkan maksud ayat.
KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum, makan) – tiada imbuhan
Bil imbuhan imbuhan ( ayat pasif)
(ayat aktif) kata ganti nama diri 3 kata ganti nama diri 2 &
(KGND 3) kata ganti nama diri 1
(KGND 2 & KGND 1)
1 meN- di- -
2 meN-kan di-kan -kan
3 meN-i di-i -i
4 memper- diper- per-
5 memper-kan diper-kan per-kan
6 memper-i diper-i per-i

*jadual 2 : susunan ayat bagi ayat pasif menggunakan (KGND 2 & KGND 1) yang
mempunyai kata bantu * Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau
ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu
aspek dan kata bantu ragam.
contoh

kata bantu (KGND 2 & KGND 1) imbuhan ( i / - / i )


sedang saya/kamu tebang
akan saya/kamu maafkan
belum saya/kamu pelajari
telah saya/kamu perbesar
sudah saya/kamu perdengarkan
baru saya/kamu perdengari

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


3
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 4

2. Menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Imbuhan tidak berubah.

2. Kata ganti nama diri tidak berubah.

3. Susunan ayat ialah predikat kemudian subjek.

4. Tidak menambah perkataan atau membuang mana-mana perkataan di dalam ayat yang diuji.

5. Tidak mengubah maksud asal.

3. Menyambung ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud
asalnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Menggunakan kata hubung : Contohnya:-

kata hubung “dan”, “tetapi”

kata hubung relatif “yang”

kata hubung komplemen “bahawa”

kata hubung keterangan“kerana


2. Tidak mengubah maksud asal.

4. Memisahkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Membuang kata hubung.

2. Tidak mengubah maksud asal.

5. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Subjek berada di hadapan ayat.Predikat di belakang ayat.

2. Tidak mengubah maksud asal.

6. Nyatakan pola ayat : Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. (FN + FN),
2. (FN + FK),
3. (FN + FA),
4. FN + FS.

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


4
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 5

7. Cakap ajuk kepada cakap pindah.


Perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
1. Menulis semula ayat penyata umpama kita menyampaikan maklumat kepada pihak
lain berdasarkan maklum yang kita dengar.
2. Cakap pindah ditulis dalam bentuk ayat penyata.
3. Ayat gramatis.
4. Kata ganti nama, kata tunjuk dan beberapa jenis kata lain.
5. Mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.
*fokus pada penerangan guru supaya lebih faham makluman ini.

B. Modul ini hendaklah digunakan bersama video pengajaran cikgu.

Sekian dan terima kasih

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


5
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 6

Latihan 1

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Ayah membina pondok itu di tepi sawah sebagai tempat berehat selepas penat bekerja.

Pondok itu dibina oleh ayah di tepi sawah sebagai tempat berehat selepas

penat bekerja.

2. Rakyat Brunei turut juga menonton siaran televisyen Indonesia walaupun mereka
mempunyai siaran televisyen sendiri.

Siaran televisyen Indonesia turut juga ditonton oleh rakyat Brunei walaupun mereka mempunyai
siaran televisyen sendiri.

3. Kamu telah mengunjungi keluarga kamu di Kedah?

Keluarga kamu di Kedah telah kamu kunjungi?

Latihan 2

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah
maksud asalnya.

1. Pengetua telah melantik Ustazah Suni sebagai guru disiplin kerana ketegasannya dalam
menjalankan tugas.

Ustazah Suni telah dilantik oleh Pengetua sebagai guru disiplin kerana

ketegasannya dalam menjalankan tugas.

2. Noor Nizam membalingkan pisau itu ke dinding.

Pisau itu dibalingkan oleh Noor Nizam ke dinding.

3. Kumpulan kanak – kanak itu mempelajari silat gayung daripada Mahaguru


Silat Malaysia sejak dua tahun yang lalu.

Silat gayung dipelajari oleh kumpulan kanak-kanak itu daripada Mahaguru


Silat

Malaysia sejak dua tahun yang lalu.

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


6
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 7

Latihan 3

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah
maksud asalnya.

1. Dia senantiasa mengenang-ngenangkan nasibnya ketika berada di perantauan.

Nasibnya ketika berada di perantauan senantiasa dikenang-

kenangkannya.

2. Kamu akan melawati tempat itu esok atau lusa?

Tempat itu akan kamu lawati esok atau lusa?

3. Ustazah Rahimah mengajar kanak-kanak di kampung itu membaca al-Quran.

Kanak-kanak di kampung itu diajar oleh Ustazah Rahimah membaca

al-Quran.

Latihan 4

Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah
maksud asalnya.

1. Ibu dimasakkan bubur lambuk oleh kakak pada petang itu.

Kakak memasakkan ibu bubur lambuk pada petang itu.

2. Banyak tempat yang menarik di Kuala Kangsar dapat dilawati oleh rakyat tempatan atau
pelancong luar negara.

Rakyat tempatan atau pelancong luar negara dapat melawati banyak tempat yang menarik di
Kuala Kangsar.

3. Bahawa Nur Amirah binti Nasir telah mencapai kejayaan yang cemerlang telah diketahui
oleh semua pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

Semua pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah telah mengetahui bahawa Nur Amirah binti Nasir
telah mencapai kejayaan yang

cemerlang.

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


7
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 8

Latihan 5

Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah
maksud asalnya.

1. Akan kamu sertai pertandingan tersebut jika hadiahnya kamu


ketahui.

Kamu akan menyertai pertandingan tersebut jika kamu mengetahui hadiahnya.

2. E-mel daripada kakak telah saya balas dua hari yang lalu.

Saya telah membalas e-mel daripada kakak dua hari yang lalu.

3. Kelapa-kelapa tua dari atas pokok itu telah hamba turunkan.

Hamba telah menurunkan kelapa-kelapa tua dari atas pokok itu.

Latihan 6

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

1. Anak tupai itu comel sungguh.

Comel sungguh anak tupai itu.

2. Beberapa mekanisme alternatif untuk pembeli dalam talian ada di


Malaysia.

Di Malaysia ada beberapa mekanisme alternatif untuk pembeli


dalam talian .

3. Lukisan yang dipamerkan di Ekspo Lukisan Nusantara itu cantik-cantik belaka.

Cantik-cantik belaka lukisan yang dipamerkan di Ekspo Lukisan Nusantara itu.

Latihan 7

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

1. Kebanyakan penempatan awal manusia adalah di tebing sungai pada zaman dahulu.

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


8
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 9

Pada zaman dahulu kebanyakan penempatan awal manusia adalah di tebing sungai.

2. Umur kakak kamu berapa?

Berapakah umur kakak kamu?

3. Motosikal yang laju tadi terjunam ke dalam longkang.

Terjunam ke dalam longkang motosikal yang laju tadi.

Latihan 8

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

1. Tingkap itu perlu kamu tutup rapat-rapat.

Perlu kamu tutup rapat-rapat tingkap itu.

2. Individu yang menyampaikan ceramah tadi siapa?

Siapakah individu yang menyampaikan ceramah tadi?

3. Kapal terbang itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa


Kuala Lumpur.

Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kapal terbang itu.

Latihan 9

Sambungkan ayat-ayat tunggal yang berikut supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Saudara hendak menaiki komuter? Saudara hendak menaiki teksi?

Saudara hendak menaiki komuter atau hendak menaiki teksi?

2. Puan Zaiton menghidupkan enjin kereta. Puan Zaiton memandu keretanya.

Puan Zaiton menghidupkan enjin kereta lalu memandu keretanya.

3. Mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan itu. Mereka akhirnya keletihan.

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


9
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 10

Mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja itu sehingga mereka

akhirnya keletihan.

Latihan 10

Sambungkan ayat-ayat tunggal yang berikut supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Ayuni masuk ke dalam bilik darjah. Dia dimarahi gurunya. Dia kelewatan.

Sebaik-baik sahaja Ayuni masuk ke dalam bilik darjah, dia dimarahi oleh gurunya kerana
kelewatan.

2. Kamus Dewan Edisi Keempat ini berguna kepada murid. Kamus Dewan Edisi Keempat ini
berguna kepada guru.

Kamus Dewan Edisi Keempat ini berguna untuk membuat rujukan.

Kamus Dewan Edisi Keempat ini bukan sahaja berguna kepada murid tetapi juga kepada guru
untuk membuat rujukan.

3. Dia kacak. Dia menarik. Dia sombong.

Walaupun dia kacak dan menarik tetapi dia sombong.

Latihan 11

Sambungkan ayat-ayat tunggal yang berikut supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah maksud
asalnya.

1. Azman dapat menyelesaikan masalah itu. Masalah itu sangat sukar.

Azman dapat menyelesaikan masalah itu walaupun sangat sukar.

2. Soleh sudah menjadi warga emas.Soleh tetap berminat untuk menyempurnakan


pengajiannya pada peringkat sarjana.

Sekalipun sudah menjadi warga emas, Soleh tetap berminat untuk menyempurnakan
pengajiannya pada peringkat sarjana.

3. Semua orang faham. Eloklah kita adakan satu majlis penerangan tentang hal tersebut.

Supaya semua orang faham, eloklah kita mengadakan satu majlis


OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR
10
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 11

penerangan tentang hal tersebut.

Latihan 12

Pisahkan ayat majmuk yang berikut menjadi ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Meskipun hari telah gelap, pengembara itu masih mahu meneruskan


perjalanannya.

Hari telah gelap. Pengembara itu masih mahu meneruskan perjalanannya.

2. Semenjak jambatan itu siap dibina, saya tidak lagi menaiki feri.

Jambatan itu siap dibina. Saya tidak lagi menaiki feri.

3. Saya tidak pernah memburuk-burukkan peribadinya malah saya selalu memujinya.

Saya tidak pernah memburuk-burukkan peribadinya. Saya selalu

memujinya.

Latihan 13

Pisahkan ayat majmuk yang berikut menjadi ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Pemuda itu pergi ke bandar dengan menaiki teksi.

Pemuda itu pergi ke bandar. Pemuda itu menaiki bas.

2. Pengetua yang baru berpindah ke sini itu bernama Azhar bin Mat Yusof.

Pengetua baru berpindah ke sini. Pengetua itu bernama Azhar bin Mat Yusof.

3. Asrul hendak terjun ke sungai yang airnya jernih itu, Asrul sedar bahawa dia tidak tahu
berenang.

Ketika hendak terjun ke sungai yang airnya jernih itu. Asrul sedar sesuatu. Asrul tidak tahu
berenang.

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


11
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 12

Latihan 14

Pisahkan ayat majmuk yang berikut menjadi ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Sementara menunggu anak-anaknya pulang dari sekolah, Arina menjahit kain yang
ditempah oleh pelanggannya.

Arina menjahit kain yang ditempah oleh pelanggannya.

Arina menunggu anak-anaknya pulang dari sekolah.

2. Salbiah belum berjumpa dengan Hajah Kalsom sejak beliau balik dari Makkah.

Salbiah belum berjumpa dengan Hajah Kalsom. Beliau balik dari Makkah.

3. Sejak saya kembali dari Amerika, saya belum berjumpa dengan saudara-saudara saya.

Saya kembali dari Amerika. Saya belum berjumpa saudara-saudara saya.

Latihan 15

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat yang di bawah seperti yang
berikut.

1. Taman haji Idris mereka tinggal.

Subjek : Mereka

Predikat: tinggal di Taman haji Idris.

2. Sedang hujan lebat sekarang di sana.

Subjek : Hujan

Predikat: sedang lebat sekarang di sana.

3. Hanif memang berkira-kira orangnya.

Subjek : Hanif

Predikat: memang berkira-kira orangnya.

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


12
LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SPM 2021 : KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS) 13

4. Kakak mungkin terlupa untuk menutup tingkap itu.

Subjek : Kakak

Predikat: mungkin terlupa u n t u k menutup tingkap itu.

5. Sudah ada seekor tupai di atas pokok durianitu.

Subjek : Seekor tupai

Predikat: sudah ada di atas pokok durian itu.

6. Keluarga Daud sudah berpindah dari Kampung Domis.

Subjek : Keluarga Daud

Predikat: sudah berpindah dari Kampung Domis.

Latihan 16

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat yang di bawah seperti yang
berikut.

1. Siapakah kanak-kanak itu?

Subjek : Kanak-kanak itu

Predikat: siapa?

2. Usah dipinggirkan juga bidang pertanian.

Subjek : Bidang pertanian

Predikat: Usah dipinggirkan juga.

3. Sudah tiga orang murid baharu mendaftar di kelas ini.

Subjek : Sudah tiga orang murid baharu

Predikat: mendaftar di kelas ini.

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


13
MODUL PDPR BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021 :
KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)
14 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR
NOOR
4. Di sinilah saudara baharu itu tinggal sejak lima tahun yang lalu.

Subjek : Saudara baharu itu

Predikat: tinggal sejak lima tahun lalu di sinilah.

5. Adalah sukar untuk ditangani masalah yang semakin rumit itu.

Subjek : Masalah yang semakin rumit itu

Predikat: adalah sukar untuk ditangani.

6. Antara masalah murid ponteng sekolah termasuklah pembabitan dalam kegiatan jenayah.

Subjek : Pembabitan dalam kegiatan jenayah

Predikat: termasuklah antara masalah murid ponteng sekolah.

Latihan 17

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA),
atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1. Bilik tidur saya masih belum berkemas. fn+fk


2. Orang itu kekurangan tenaga. fn+fk
3. Beliau penceramah yang berpengalaman. fn+fn
4. Kakak ke Kota Kinabalu esok. fn+fs
5. Tubuhnya semakin kurus. fn+fa
6. Landskap taman rekreasi itu memang cantik. fn+fa

Latihan 18

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA),
atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1. Tuhan ada. FN+ FK

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


14
MODUL PDPR BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021 :
KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)
15 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR
NOOR
2. Suhaina memang rajin. FN+FA
3. Encik Alex ke Kota Belud. FN+FS
4. Datuk sedang tidur.FN +FK
5. Dia suka akan binatang.FN +FA
6. Beliau pengetua sekolah ini.FN +FN

Latihan 19

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” kata Daman kepada penyokong-penyokongnya.

Daman mengingatkan penyokong-penyokongnya bahawa bersatu

mereka teguh, bercerai mereka roboh.

2. “Saya telah menziarahi nenek di hospital tadi,” kata Mahani kepada ibunya.

Mahani memaklumi ibunya bahawa dia telah menziarahi neneknya di hospital tadi.

3. Cikgu Rosmizawati berkata, “Semua peserta rombongan dikehendaki supaya berada di


sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7:50 pagi esok.”

Cikgu Rosmizawati minta semua peserta rombongan supaya berada

di sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7.50 pagi esoknya.

Latihan 20

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda

dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “ Dua hari yang lalu saya telah pergi berkelah di pusat rekreasi Jeram Mengaji,” kata Amir
kepada kawannya.

Amir memberitahu kawannya bahawa pada dua hari yang lalu dia telah pergi berkelah di pusat
rekreasi Jeram Mengaji.

2. “Bilakah ujian kelayakan kemasukan ke Maahad Tahfiz Sains akan diadakan, Ain?” tanya

Zafira.
OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR
15
MODUL PDPR BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021 :
KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)
16 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR
NOOR
Zafira menanyai Ain tentang tarikh ujian kelayakan kemasukan ke Maahad Tahfiz Sains akan
diadakan.

3. “Silalah tuan-puan masuk ke dewan sekarang. Upacara majlis akan dimulakan tepat pada
pukul 8:30 pagi,” kata pengacara majlis.

Pengacara majlis mempersilakan hadirin masuk ke dewan pada masa itu

juga kerana upacara majlis akan dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi.

Latihan 21

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Sesiapa yang ingin mohon masuk ke sekolah Maahad Tahfiz Sains , sila ambil borang di
pejabat sekolah,” kata Puan Nik Mas kepada murid- muridnya.

Puan Nik Mas memberitahu murid-muridnya bahawa sesiapa yang

berminat untuk memasuki sekolah Maahad Tahfiz Sains boleh mengambil

borang di pejabat sekolah.

2. Masyitah bertanya kepada Afaf, “Siapakah tetamu kehormat yang datang

ke majlis pembukaan rasmi Dewan Maahad Tahfiz Sains?”

Masyitah menanyai Afaf tentang tetamu kehormat yang datang ke majlis pembukaan rasmi
Dewan Maahad Tahfiz Sains tersebut.

3. “Sudah hampir lima tahun saya tidak berjumpa dengan kamu. Tampaknya kamu

semakin jelita,” kata Rabiah kepada Aisyah.

Rabiah memberitahu Aisyah bahawa dia sudah hampir lima tahun tidak berjumpa dengan Aisyah
dan menyatakan bahawa Aisyah kelihatan semakin jelita.

Latihan 22

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


16
MODUL PDPR BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021 :
KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)
17 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR
NOOR
Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Ambulans telah datang membawa ayah ke hospital malam tadi,” kata abang kepada saya.

Abang memberitahu saya bahawa ambulans telah datang membawa ayah ke hospital pada
malam tadi.

2. “Siapakah yang datang malam-malam ke rumah kamu?” tanya Ahmad kepada

Salleh.

Ahmad bertanya kepada Salleh tentang orang yang selalu datang ke rumahnya pada waktu
malam.

3. “ Keluarga kamu hendaklah berpindah ke balai raya dengan segera kerana aras air semakin
naik,” kata ketua kampung.

Ketua kampung mengarahkan keluarga saya supaya berpindah

ke balai raya dengan segera kerana aras air semakin naik.

Latihan 23

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Tok Ibah berkata, “ Padi di kawasan saya sudah boleh dituai.”

Tok Ibah memberitahu bahawa padi di kawasannya sudah boleh dituai.

2. “Mengapakah kamu tidak menghadiri kelas tambahan pada petang tadi?” tanya Amran
kepada adiknya, Amirul.

Amran menanyani adiknya, Amirul tentang sebab Amirul tidak menghadiri kelas tambahan pada
petang itu.

3. “Pengerusi majlis mengumumkan, “ Semua peserta pertandingan syarahan diminta supaya


mendaftar kehadiran terlebih dahulu.”

Pengacara majlis meminta semua peserta pertandingan syarahan supaya mendaftar kehadiran
terlebih dahulu.

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


17
MODUL PDPR BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021 :
KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)
18 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR
NOOR

Latihan 24

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Kamu pergilah berehat dahulu. Petang nanti kamu sambung tugasan ini semula,”

kata Amni kepada Darina.

Amni menyuruh Darina berehat dahulu dan menyambung tugasan itu semula pada waktu petang
nanti.

2. “Kita perlu bantu rakan-rakan kita yang berada dalam kesusahan tanpa mengira latar
belakang,” kata Damia kepada rakan sekelasnya.

Damia memberitahu rakan sekelasnya bahawa mereka perlulah membantu rakan-rakan yang
berada dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang.

3. “Minggu lepas, kamulah yang bertugas menghantar makanan kepada warga tua di rumah
kebajikan ini ?” soal Encik Darus kepada Mamat.

Encik Darus bertanya kepada Mamat sama ada Mamat yang bertugas menghantar makanan
kepada warga tua di rumah kebajikan itu pada minggu lepas.

Latihan 25

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya
mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

1. “Pokok itu jangan engkau dekati kerana ada sarang tebuan di situ,”

kata Mona kepada Asmat.

Mona menegah Asmat daripada mendekati pokok itu kerana terdapat sarang tebuan pada pokok
itu.

2. “Saya bukan mengongkong kamu tetapi saya mengawasi kamu,” kata Jamal kepada
adiknya.

Jamal berkata bahawa dia bukan mengongkong adiknya itu sebaliknya dia

mengawasinya.

3. “Nah, ambil wang ini sebagai belanja dan bakinya simpan dalam tabung,” kata bapa
kepada saya.

Bapa memberikan wang itu kepada saya untuk dijadikan sebagai belanja dan menyuruh saya
menyimpan bakinya di dalam tabung.

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


18
MODUL PDPR BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021 :
KERTAS 2 – (1103/2) FOKUS: SOALAN 2 ( SINTAKSIS)
19 CIKGU ZAITON MOHAMAD NOOR
NOOR

Latihan 26

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda

dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi ayat-ayat tersebut.

Nabila: Aku bercadang hendak mengikuti kursus kulinari anjuran Kolej Komuniti Pokok Sena.

Nabilah bercadang untuk mengikuti kursus kulinari anjuran Kolej Komuniti Pokok Sena..

Saudah : Bagus cadangan engkau itu. Engkau akan mendapat banyak pengalaman dan ilmu
pengetahuan berkenaan kulinari.

Saudah menyokong cadangan Nabilah. Saudah meyakinkan Nabilah bahawa Nabilah akan
menimba banyak pengalaman dan pengetahuan berkenaan kulinari daripada kursus tersebut.

Nabilah : Aku bercita-cita hendak menjadi peniaga yang berjaya pada suatu hari nanti.

Nabilah menjelaskan bahwa dia mahu menjadi peniaga yang berjaya pada suatu hari nanti.

Saudah : Aku yakin bahawa engkau boleh mencapai cita-cita engkau itu.

Saudah yakin bahawa Nabilah akan berjaya mencapai cita-citanya itu.

Nabilah : Terima kasih, Saudah.

Nabilah mengucapkan terima kasih kepada Saudah.

SILA IMBAS UNTUK RUJUKAN DAN PANDUAN JAWAPAN

OLEH: CIKGU ZAITON BINTI MOHAMAD NOOR


19

You might also like