You are on page 1of 6

huraikan cara watak utama setiap novel utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang

dihadapinya

Watak utama sering diduga dengan pelbagai masalah namun tabah menghadapinya. Berdasarkan
novel yang anda kaji, buktikan tiga peristiwa yang menggambarkan ketabahan watak utamanya.

Ayat songsang.

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk
daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan
melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat. Peringatan,
perubahan ayat biasa kepada ayat songsang berlaku tanpa ada penambahan perkataan, dan tanpa
ada penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan kedudukan
perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan atau imbuhan ayat songsang anda salah dari segi
binaannya.

Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )

Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)

Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan kah)

Ibu saya / dia. (susunan biasa ibu saya sebagai subjek)

Dialah / ibu saya. (susunan songsang)

Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa
tetapi subjeknya Dia)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a) Pendepanan Frasa Kerja

i. Pendepanan kata kerja:

Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)

Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.

Zaleha membaca buku. (susunan biasa)

Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.


Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)

Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b) Pendepanan Frasa Adjektif

i. Pendepanan kata adjektif sahaja.

Ramli rajin. (susunan biasa)

Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.

Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)

Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.

Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)

Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat

Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)

Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama

i. Frasa sendi nama sebagai predikat.

Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)

Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.

Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)

Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:

Dia / membeli buku di kedai itu.

Cara Songsangan Ayat:


Nomborkan penggalan ayat.

1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

KGND - Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan

Subjek Predikat

FORMULA:

Ayat Biasa : 1+2+3

Ayat songsang:

i. 2+3+1

ii. 2+1+3

iii. 3+1+2

iv. 3+2+1

Ayat Biasa:

1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)

2 3 1

Membeli buku di kedai itu dia

Contoh ayat songsang (ii)

2 1 3

Membeli buku dia di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)

3 1 2

Di kedai itu dia membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)


3 2 1

Di kedai itu membeli buku dia

Apabila anda diberikan ayat biasa dalam binaan ayat yang panjang, timbul perasaan sukar dalam
fikiran anda untuk menukarkan ayat biasa tersebut kepada ayat songsang. Bagaimana untuk
menyelesaikan masalah tersebut, tidak ada cara mudah untuk menyelesaikannya melainkan
dengan latihan dan menggunakan jadual bantuan penukaran ayat biasa kepada ayat songsang
berkenaan.

Cuba latihan di bawah untuk meningkatkan kemahiran anda untuk memahirkan diri untuk
menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang.

Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

(ii) Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.

Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.

(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.

Saya bantu anda dengan menyenaraikan skema jawapan. Sebaik-baiknya buat latihan dulu
barulah melihat skema di bawah.

PROSES MENGGUNAKAN FORMULA PERUBAHAN AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG.

i. iPenggalkan kata atau frasa daripada ayat biasa.

ii. Susun kata dan frasa untuk menentukan ayat songsang yang boleh anda bina.

Ayat biasa.

1 2 3 4 5

Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara

Hasilan pertama:-
Ayat songsang pertama.

4 5 3 1 2

petah berbicara sungguh Peserta pertandingan pidato itu

Hasilan kedua:-

Ayat songsang kedua

3 4 5 1 2

sungguh petah berbicara Peserta pertandingan pidato itu

Hasilan ketiga:-

Ayat songsang ketiga

5 4 3 1 2

berbicara petah sungguh Peserta pertandingan pidato itu

Jika dibina semula daripada jadual penukaran ayat songsang di atas, ayat songsang boleh berbentuk
seperti di bawah.

1. Petah berbicara sungguh peserta pertandingan pidato itu.

2. Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

3. Berbicara petah sungguh peserta pertandingan pidato itu. ( Ayat kurang baik-gugurkan)

Cuba aplikasi latihan di atas menggunakan jadual pembinaan ayat songsang di atas untuk membina
lebih daripada satu ayat songsang. Latihan kendiri sebagai tambahan sekiranya anda mempunyai
masa lapang atau senggang sebagai menduga kemahiran anda. Selamat mencuba.

Skema Latihan 1

(i)Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

(ii)Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.

(iii)Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir.

Skema Latihan 2

(i)Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.


(ii) Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.

(iii)Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.

You might also like