You are on page 1of 18

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menyatakan orang, binatang, benda dan
tempat secara umum.

Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan setiap ayat.

Contoh kata nama am adalah seperti berikut:

Kumpulan Contoh Ayat contoh


orang Ayah, ibu, adik, guru, Doktor sedang merawatpesakit.
doktor, pesakit
binatang Lembu, kambing, anjing, Lembu sedang makan rumput di
buaya, ular padang.
benda Pen, pensel, radio, Meja ini diperbuat daripadakayu.
televisyen, meja
tempat Perpustakaan, padang, Murid-murid sedang bersenam
bilik, kantin, dewan. di padang.

Latihan Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

padang, bunga, peguam, dapur, kucing.

1. Ayah saya ialah seorang _____________.


2. Emak sedang memasak di _____________.
3. Kakak memelihara seekor _____________.
4. Datuk suka menanam _____________.
5. Abang dan adik sedang menyepak bola di _____________.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyatakan manusia,
haiwan, benda dan tempat secara khusus.

Huruf awal pada setiap kata nama khas ditulis dalam huruf besar.
Contoh kata nama khas adalah seperti berikut:

Kumpulan Contoh Ayat contoh


orang Puan Chong, Cikgu Cikgu Mubarak ialah guru kelas
Mubarak, Encik Lee saya.

binatang Sang Kancil, Si Sang Katak gembira tinggal di


Comel, Si Putih, Sang tepi kolam itu.
Katak
benda Sony, Proton Waja, Ayah telah membeli sebuah
Toyota, Dell, Apple komputer yang berjenama Dell.

tempat Ipoh, Dewan Budaya, Kami sekeluarga tinggal di Ipoh.


Taman Jaya, Jusco

Latihan Gariskan kata nama khas.

1. Mei Ling bersekolah di ( Zoo Negara, SJK (C) Sam Chai).


2. ( Cikgu Ng, Doktor Lee ) sedang mengajar kelas 1H.
3. Puan Wong tinggal di ( Berita Harian, Taman Onn ).
4. King Hong suka menonton rancangan kartun ( Milo,
Doraemon ).

5. Bapa memakai kasut berjenama ( Toshiba, Adidas ).

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata
nama dan terbahagi kepada:
Kata ganti Penggunaan Contoh Ayat contoh
nama diri
Pertama Digunakan untuk aku, saya, beta, Saya berumur
menggantikan patik, tujuh tahun pada
nama diri orang hamba,kita,kami tahun ini.
yang bercakap.
Kedua Digunakan untuk awak, anda, kamu, “Awak hendak
orang yang dilayan engkau, saudara, pergi ke mana?”
atau diajak saudari,kalian tanya ibu kepada
bercakap. Swee Ling.
Ketiga Digunakan bagi dia, mereka, Mereka sedang
orang yang beliau, baginda, menyepak bola di
dicakapkan. -nya padang.

Latihan 1 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.

Awak, Kita, saya, -nya, kamu.


1. Nama _____________ Lee Jia Yi.
2. Kotak pensel _____________ sangat cantik.
3. _____________ suka makan apa?
4. _____________ mesti berdiri tegak semasa menanyikan lagu
Negaraku.
5. Di manakah _____________ tinggal?

Kata Kerja

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang
dilakukan. Kata kerja terbahagi kepada:
Kata Kerja Transitif Penggunaan Ayat Contoh
Membuang sampah, Kata kerja yang mesti Shahin sedang
mengayuh basikal, diikuti objek untuk membuang sampah ke
memandu kereta melengkapkan dalam tong sampah.
maksudnya.

Kata Kerja Tak Penggunaan Ayat Contoh


Transitif
makan, pulang, Kata kerja yang tidak Jia Jun sedang
berenang, menari memerlukan objek berenang.
dan boleh berdiri
sendiri dalam ayat.

Latihan Gariskan kata kerja yang sesuai.

1. Kakak sedang ( menonton , mengelap ) tingkap.


2. Saya suka melihat adik saya ( masuk, ketawa ).
3. Ayam jantan itu ( berkokok, berbaris ) setiap pagi.
4. Wei Hong (terlupa, terambil ) membawa buku latihan ke sekolah.
5. Encik Ali suka ( bersiul, berbaring ) semasa mengayuh basikal.
6. Ibu ( berpesan, berjalan ) kepada abang supaya rajin belajar.

Kata Hubung

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan
kata, frasa dengan frasa, ayat dengan ayat.

Kata Hubung Penggunaan Ayat Contoh


dan Untuk menyatakan Hobi saya ialah melukis dan
perkara yang sama dan bermain badminton.
setara.
sambil Untuk menunjukkan dua Adik mandi sambil
aktiviti yang dilakukan menanyi.
pada masa yang sama.

kerana Untuk menunjukkan Xin En menangis kerana


sebab. terjatuh dari tangga.
tetapi Untuk menunjukkan Ji Leam pandai tetapi
sesuatu yang sombong.
bertentangan.

atau Untuk menunjukkan Awak suka makan roti atau


pilihan. kek?

Latihan Gariskan jawapan yang betul.

1. Ibu memasak ( atau, sambil ) mendengar radio.


2. Yoong Xuan dimarahi oleh ayah ( kerana, tetapi) tidak membaca
ejaan.
3. Kamu suka makan manga (dan, atau ) betik?
4. Abang berjoging (sambil, dan) berbual-bual dengan kawannya.

Kata Sendi Nama

Kata sendi Penggunaan Ayat Contoh


nama
Di Menerangkan tentang Saya tinggal di Kuantan.
tempat atau arah
ke Menerangkan tentang Saya pergi ke pasar malam
tempat, arah yang dengan kakak.
dituju dan waktu.

dari Menerangkan tentang Wei Chun berasal dari Miri,


tempat, arah dan Sarawak.
waktu.
daripada Menunjukkan Meja itu diperbuat daripada
sumber, punca atau kayu.
perbandingan.
kepada Menerangkan Ayah memberi hadiah kepada
penggunaan untuk abang.
orang dan benda
abstrak.
untuk Menyatakan Kek itu dibeli untuk adik bongsu
kegunaan sesuatu. saya.

pada Menerangkan masa Pada hari Ahad,ayah membawa


dan tempat. kami sekeluarga berkelah di tepi
pantai.

dengan Menunjukkan Wei Lun menyapu dengan


bersama, cara, penyapu.
perbandingan.

Latihan Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.

1. Ayam goring yang sedap itu dijual _________ gerai itu.

2. Bapa membeli jam tangan itu _________ saya.

3. Emak menggosok pakaian _________ seterika.


4. Chee Ching lebih tinggi _________ Yueen Thong.

5. Kelas balet akan bermula _________ pukul 8 malam.

6. Bungkusan ini saya terima _________ England.

7. Kotak ini digunakan _________ menyimpan alat mainan


adik.
8. Cikgu Law memandu kereta _________ sekolah.

Latihan : Garisi kata sendi nama yang betul . 

1. Kami berkumpul ( di , dari ) padang sejak pukul 7.00 pagi tadi . 

2. Saya menunggunya (daripada , hingga ) pukul 6.00 petang . 

3. Ibu memberi makanan ( pada , kepada ) anjing itu . 

4. Jalur Gemilang terdiri 9 (dari , daripada ) empat jenis warna . 

5. Perabot itu diperbuat ( dari , daripada ) kayu jati . 

6. Belward bekerja ( di , dari ) pagi hingga lewat petang . 

Kata Adjektif
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,
perasaan, pancaindera atau perbuatan. Contoh kata adjektif adalah seperti
berikut:
Jenis Contoh Ayat contoh
Sifat / keadaan Berani, sihat, sejuk Ahmad seorang budak yang
berani.
Ukuran Besar, panjang, kecil Pembaris ini sangat panjang.

Warna Hijau, biru, kuning, Bunga ini berwarna merah.


merah, putih
Bentuk Bulat, segi empat, Bola ini berbentuk bulat.
segi tiga, bujur
Pancaindera Manis, masin Epal ini sangat manis.
,masam
Perasaan Sedih, gembira, Mereka gembira kerana telah
benci menang dalam pertandingan.

Latihan Gariskan kata adjektif yang sesuai.


1. Wajah Nick ( pucat, pening) kerana dia deman.
2. Wei Ling berasa sangat (sedih, seronok ) kerana patungnya
telah hilang.
3. Suara Jett Li sangat ( jernih, merdu).
4. Kura-kura itu berjalan dengan (laju, perlahan).
5. Kakak sedang (rajin, malas) belajar.

Kata Tanya
Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
Kata Tanya Penggunaan Ayat Contoh
Apa Digunakan untuk Apakah warna bekas makanan
menanyakan tentang kamu?
benda
Siapa Digunakan untuk Siapakah yang ingin membeli
menanyakan tentang majalah ini?
orang.

Bila Digunakan untuk Bilakah abang pulang?


menanyakan tentang
masa.

Mengapa Digunakan untuk Mengapakah Aziz tidak hadir ke


menanyakan tentang sekolah?
sebab.

Bagaimana Digunakan untuk Bagaimanakah kamu membuat


menanyakan tentang kek coklat ini?
cara.

Di mana Digunakan untuk Di manakah beg sekolah saya?


menanyakan tentang
tempat.

Berapa Digunakan untuk Berapakah umur adik?


menanyakan tentang
harga atau bilangan.

Latihan Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.


Apa, Siapa, Mengapa, Bagaimana,Di mana,Berapa,Bila
1. ______________kah kamu ketawa?
2. ______________kah harga pensel warna?
3. ______________kah makanan kegemaran kamu?
4. ______________kah nama abang kamu?
5. ______________kah buku cerita saya?
6. ______________kah kamu dapat memancing ikan yang
besar?
7. ______________kah bas sekolah kamu akan tiba di

sekolah?
8. ______________kah yang cemerlang dalam peperiksaan

kali ini?

You might also like