You are on page 1of 4

NOTA KILAT SRJ MEI 2018

BAHAGIAN A

1) Perubahan huruf konsonan daripada sistem ejaan jawi za’ba kepada sistem ejaan jawi
rumi baharu.

Langkah:
1. Ajar suku kata terbuka (KV). Contoh: BA (KV)
2. Ajar suku kata (VKV). Contoh: API (VKV)
3. Ajar suku kata terbuka + terbuka (KV) + (KV). Contoh: BACA (KV + KV)
4. Ajar suku kata terbuka + tertutup (KV + KVK). Contoh : KATAK (KV + KVK)
5. Ajar suku kata tertutup + terbuka (KVK + KV). Contoh: LAMPU (KVK + KV)

2) Jelaskan kaedah merumikan Melayu oleh Wilkinson.

Kaedah Harfiah
-Mengambil huruf jawi dan memadankan dengan huruf rumi
Kaedah Fonetik
-Mengikut sebutan sesuatu kata

3) Tulis pola kekecualian keselarasan vokal dan contoh perkataan yang dipijamkan
daripada bahasa Inggeris.

Jawapan
1. A - O . Contoh: ATOM , KONTRAKTOR
2. U - E(talip). Contoh: SUBJEK , DOKUMEN

4) Contoh perkataan bagi pola suku kata

1. KKVK + KVK= traktor, struktur


2. Diagraf=nganga, nyala, syarat, khutbah dsb
3. Diftong= yg ad huruf au, ai, oi dan disebut dalam satu suku kata
4. Vokal berganding= yg ad huruf vokal dan disebut dalam dua suku kata

5) Contoh berdasarkan pembentukan kata

1. Kata Ganda berimbuhan apitan= bersalam-salaman, kekuning-kuningan, berlari-


larian dsb
2. Kata Bahasa Asing= dwibahasa, ekabahasa dsb
3. Kata Majmuk Mantap= yg 15 itu pilih salah satu
4. Partikel= kah, pun, tah, lah
6) Tulis semula dalam Bm perkataan Bi ini

1. continjent=kontinjen
2. rheoteric=rektorik
3. octave=oktaf
4. polytheisme=politeisme

7) Analisis kesilapan ejaan berdasarkan prinsip keselarasan vokal

1. Pensil
(Ejaan betul: Pensel. Hal ini kerana e perlu bertemu dengan huruf e dalam pola
kekecualian vokal)
1. Calun
(Ejaan betul:Calon. Hal ini kerana a perlu bertemu o dslam pola kekecualian
vokal)

8) Apakah faktor kesilapan penggunaan bahasa Melayu?

1. Penggunaan bahasa rojak yang berleluasa


2. Penggunaan dialek yang semakin meluas
3. Bahasa singkatan sering kali digunakan dalam Sms dan sebagainya
4. Pengarug bahasa Asing
5. Kelemahan menguasai bahasa ibunda

9) Jelaskan sebab penggunaan tanda baca perlu dikuasai oleh murid

1. Untuk membaca dengan intonasi dan jeda yang betul


2. Untuk mengetahui di mana tempat berhenti
3. Untuk mengetahui di mana tempat permulaan ayat yang perlu ditulis huryf besar
4. Bina ayat gramatis

10) Tukarkan akronim Rumi kepada akronim Jawi

1. TUDM
2. Petronas
3. UNESCO
4. WHO

11) Klasifikasi ciri ejaan Serapan bahasa Arab dalam ejaan jawi dan berikan contoh
sesuai

● Kata pinjaman bahasa Arab dieja mengikut ejaan asal jika istilah agama
Cth: solat, wukuf, haram, khalifah, ikhlas dsb
● Kata pinjanan bahasa Arab sebati dalam Bahasa Melayu.
Cth: ahli, nikmat, ziarah, zalim

12) Jelaskan kaedah penulisan gugus konsonan kata serapan BI dalam ejaan Jawi.

● Penulisan gugus konsonan pada huruf awal kata dirangkaikan tanpa sisipan apa-
apa huruf vokal. Contoh: KLINIK ( ‫ ) کلينيک‬, SKRIP ( ‫) سکريڤ‬
● Gugusan konsonan pada akhir kata tidak dirangkaikan. Contoh: TEKS ( ‫) تيک س‬
● Gugusan konsonan pada akhir kata ditambah huruf vokal, maka gabungan huruf
konsosnan akhir dengan huruf vokal itu membentuk satu suku kata terbuka.
Contoh: NASIONALISME ( ‫ ) ناسيوناليسمى‬- ISME (huruf ‫ ى‬tidak bertitik)

13) Tukarkan ayat tulisan rumi kepada tulisan jawi

“Guru Pemacu Transformasi Negara” - ‫ݢورور ڤماچو ترنسفورماسي نݢارا‬

14) Terangkan cara pengejaan perkataan dalam tulisan Jawi yang mengandungi Vokal e-
pepet

● Huruf e-pepet dilambangkan dengan huruf alif ( ‫ ) ا‬apabila hadir pada awal kata.
Contoh: EMAK ( ‫) امق‬
● Vokal e-pepet tidak dilambangkan dengan apa-apa huruf apabila hadir pada
suku kata terbuka akhir atau suku kata tertutup. Contohnya DENDAM ( ‫) دندم‬
● Vokal e-pepet dilambangkan dengan huruf ‫ ى‬tanpa titik. Contoh:
NASIONALISME ( ‫ ) ناسيوناليسمى‬- ISME (huruf ‫ ى‬tidak bertitik)

15) Huraikan makna Homograf dan berikan contoh

● Homograf ialah ejaan yang sama tetapi mempunyai maksud berbeza. Huruf ( ‫) ا‬
dimasukkan bagi membezakan kedua-dua perkataan.Contoh: PANTAS ( ‫) ڤانتس‬
PENTAS ( ‫) ڤنتس‬
● Homograf Hakiki ialah perkataa yang sama ejaan tetapi berlainan bunyi. Contoh:
BIRO ( ‫ ) بيرو‬, BIRU ( ‫) بيرو‬

16) Nyatakan sebab perlunya unsur serapan dalam Bahasa Melayu

● Perkataan Bahasa Melayu terhad


● Keperluan memberikan nama am atau khusus kepada sesuatu benda
● Perkataan Bahasa Melayu belum menepati maksud semantik seperti Bahasa
asig
● Perkataan asing lebih sesuai dengan dan kelihantangramaris berbanding
Bahasa Melayu yang sedia ada yang mungkin kedengaran lapuk.

17) Nyatakan jenis tulisan Khat

You might also like