You are on page 1of 5

BAB 2.

ISU BAHASA ROJAK



2.1 Aspek-aspek Kerancuan dalam Bahasa Rojak.

Fenomena bahasa rojak ini boleh merosakkan ketulenen bahasa dan intipati ketamadunan
bahasa tersebut.Penggunaan bahasa rojak untuk komunikasi seharian juga boleh mengehadkan
perbendaaraan kata sedangkan bahasa Melayu kaya dengan unsur tersebut.

Perkembangan bahasa rojak tanpa kawalan ini akan menyebabkan bahasa sebagai rupa
diri dan identiti akan menjadi kabur.Padahal,kekuatan sesuatu bangsa itu terletak pada bahasa
dan budayanya.

2.1.1 Penggunaan Bahasa Rojak dari Sudut Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur,bentuk
dan penggolongan kata.(Nik Safiah Karim,Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga),morfologi mengkaji
bidang ilmu bahasa yang berkaitan struktur,bentuk dan golongan kata.

Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang(tulisan) yang menjadi unit
tatabahasa yang bermakna.Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.Penggolongan kata pula
ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama.

Secara asasnya,pembentukan kata bagi bahasa rojak adalah sama dengan pembentukan
kata bagi bahasa baku kerana kata yang digunakan dalam bahasa rojak adalah sama dengan kata
yang digunakan dalam bahasa baku.Cuma,kadang-kadang ada bahasa rojak yang telah
dipendekkan morfemnya oleh sebab kata tersebut telah diringkaskan untuk disesuaikan dengan
bahasa rojak yang digunakan.


Morfem Bebas

Morfem bebas ialah morfem yang boleh wujud dengan sendiri.Setiap perkataan yang
wujud mempunyai satu morfem atau lebih.Contohnya kata jalan terdiri daripada satu
morfem.Kata berjalan pula terdiri daripada dua morfem manakala kata menjalani terdiri
daripada tiga jenis morfem.Kebanyakan morfem dalam bahasa rojak terdiri daripada satu
morfem sahaja kerana sifatnya adalah ringkas dan imbuhan biasanya digugurkan.

Contoh morfem bebas dalam bahasa rojak

Wife aku asyik busy dengan business..malam dia tak boleh masak

Morfem Bilangan Morfem
aku satu
asyik satu
dengan satu
malam satu
dia satu
tak satu
boleh satu
*masak satu

*Dalam bahasa baku,kata yang betul ialah memasak yang terdiri daripada dua morfem tetapi
telah diringkaskan menjadi masak yang mana morfemnya ialah satu dalam penggunaan
bahasa rojak.

Morfem Terikat

Morfem terikat ialah morfem yang wujud bersama-sama morfem lain seperti kata
berjalan.Morfem terikat atau imbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti
mana yang berikut:

- Awalan - Ditambah pada bahagian depan kata dasar.Misalnya membuang,
membakar.
- Akhiran - Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.Misalnya gurauan,kiriman.
- Sisipan - Diselit di antara unsur-unsur kata dasar.Misalnya geletar(getar),
kemuncup(kuncup).
- Apitan - Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar.Misalnya
pernikahan, kesiangan

Dalam bahasa rojak,penutur biasanya jarang menggunakan morfem terikat kerana sifat
bahasa rojak adalah ringkas.Walau bagaimanapun,terdapat juga penggunaan morfem terikat
dalam bahasa rojak ini.

Contoh morfem terikat dalam bahasa rojak.

I bercadang nak ajak U pergi bercuti la
Morfem Bilangan Morfem
bercadang dua morfem
bercuti dua morfem

2.1.1 Penggunaan Bahasa Rojak dari Sudut Sintaksis
Definisi Sintaksis
Pengertian sintaksis berasal dari perkataanYunani, iaitu sun yang bererti dengan dan
kata tattein yang bererti menempatkan. Jadi, secara estimologi bererti: menempatkan bersama-
sama kata-kata menjadi kelompok kata atau kalimat.Sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses
pembinaan ayat tetapi juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Sesuatu ayat yang lengkap mesti mengandungi dua konstituen iaitu subjek dan predikat.
Dalam ayat, subjek merupakan unsur yang diterangkan atau dikenali sebagai judul manakala
predikat menjadi unsur yang menerangkan.

Dari sudut sintaksis,bahasa rojak sering kali mengabaikan elemen subjek dan prediket
kerana bahasa ini ringkas dan berampur-campur dengan bahasa asing.Jadi,subjek dan
prediketnya tidak begitu jelas.Walau bagaimanapun,maklumat yang hendak disampaikan oleh
penutur tetap difahami oleh pendengar.

Contoh ayat bahasa rojak yang tidak jelas subjek dan prediketnya.

Alaa..can la madamok?Kali ni I janjiI akan hantar on time punya..
Dalam ayat bahasa rojak di atas,elemen sujek dan prediketnya tidak begitu jelas.Namun
demikian,maksud dan maklumat yang hendak disampaikan oleh penutur adalah mudah untuk
difahami oleh penerima.
Ayat bahasa baku:
Oh,bolehlah puan,ya?Saya berjanji bahawa saya akan menghantar(sesuatu)
tepat pada masanya.
Maksudnya: Penutur berjanji kepada penerima bahawa dia akan menghantar(sesuatu) tepat pada
masanya sambil memujuk.





Namun begitu,terdapat juga ayat dalam bahasa rojak yang jelas unsur subjek dan prediketnya.
Contoh ayat:
U memang terror la bro
Subjek U
Prediket memang terror lah bro

Ayat bahasa baku:
Awak memang baguslah saudara
Maksudnya:Penutur memuji pendengar dengan mengatakan bahawa pendengar itu bagus.




p/s..sory bang..ni saja yang mampu saya buat..memang tak pernah ada orang kaji tentang bahasa
rojak dari sudut morfologi dan sintaksis..kalau tak menepati,sila beritahu saya untuk perbetul.

You might also like