You are on page 1of 24

UMBhttp://witra.blogspot.com MORFOLOGI BAHASA MELAYU JENDELA SELATAN (BIL.

11/APRIL 2005) Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata. Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Hockett ( 1958 ) mendefinisikan morfologi sebagai unsur terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. Kajian tentang morfologi bermula di Eropah pada awal kurun ke-19.

Berdasarkan takrif, kajian morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsur yang dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu, serta tidak dapat dipecah-pecahkan lagi. Ada dua jenis morfem, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem atau kata yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata yang utuh dan bermakna serta tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil lagi. Morfem terikat sebaliknya kerana bersifat tidak sempurna sekiranya tidak digandingkan dengan morfem bebas. Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Misalnya, bagi perkataan makan, terdiri daripada satu morfem, iaitu morfem bebas, manakala makanan terdiri daripada dua morfem, iaitu makan sebagai morfem bebas dan an sebagai morfem terikat. Oleh sebab itu, ada perbezaan yang jelas antara morfem dengan perkataan, iaitu semua perkataan ialah morfem tetapi tidak semua morfem itu menjadi perkataan. Perkataan berbentuk bebas, yang bermakna, dan dapat berdiri sendiri, misalnya kereta, kerusi, pengajar, dan kehakiman sedangkan awalan peng- dalam pengajar dan apitan ke--an dalam kehakiman menjadi morfem terikat dan bukanlah perkataan.

Tatabahasa Dewan edisi baharu menjelaskan bahawa proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Proses morfologi ialah suatu proses yang mengubah bentuk sesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan untuk menambah sesuatu makna kepada morfem tersebut. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses morfologi bermaksud cara sesuatu perkataan itu dihasilkan atau diterbitkan daripada bentuk dasarnya. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

PENGIMBUHAN Dalam bahasa Melayu, proses pengimbuhan amat penting dan antara yang banyak menimbulkan kekeliruan. Pengimbuhan atau afiksasi ialah proses morfologi yang menerbitkan kata dengan cara menggabungkan imbuhan atau afiks kepada kata dasar. Imbuhan dapat dimaksudkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain, iaitu kata dasar yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan tergolong dalam jenis morfem terikat, manakala kata dasar itu lazimnya morfem bebas.

Tersenarai dalam imbuhan ialah bentuk awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Imbuhan awalan atau prefiks (prefix) ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar atau merujuk kepada morfem terikat yang berada di posisi awal kata dasar. Contoh kata terbitan berawalan kata nama ialah pemuzik, pembuat, pendatang, pengganas, pengebom, pelajar, pertapa, pesara, kekasih, juruselam, maharaja, tatabahasa, prasekolah, subsistem, suprasegmental, ekawarna, dan dwibahasa. Contoh kata terbitan berawalan kata kerja ialah merasa, membaca, menduga, menggiling, mengelap, memperhamba, berjalan, berupa, belajar, terjunam, dipukul, dan diperoleh. Contoh kata terbitan berawalan kata adjektif ialah terhitam, teringan, dan senipis.

Selain itu, imbuhan akhiran atau sufiks (suffix) merupakan morfem terikat yang berada di posisi akhir kata dasar. Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja, misalnya makanan, angkasawan, seniman, seniwati, komunisme, muslimin, hadirat, ustazah, jarakkan, dan turuti. Proses pengimbuhan an telah menyebabkan berlakunya perubahan kelas kata, iaitu daripada kata kerja menjadi kata nama kerana tidak ada imbuhan an untuk membentuk kata kerja. Misalnya, kata dasar tulis, buat, lukis, dan tanam merupakan kata kerja tetapi apabila diimbuhkan dengan akhiran an, akan menghasilkan kata nama terbitan, iaitu tulisan, buatan, lukisan, dan tanaman. Sehubungan dengan hal itu, imbuhan ini tergolong dalam jenis imbuhan derivatif. Imbuhan akhiran asal dalam bahasa Melayu hanyalah an, -kan, dan i. Yang lain merupakan imbuhan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab.

Bentuk imbuhan yang ketiga ialah sisipan, imbuhan yang tidak produktif lagi dan jika wujud sekalipun, hanyalah ketika mencipta istilah baharu. Namun begitu, agak banyak sisipan yang tersenarai dalam bahasa Melayu. Imbuhan sisipan atau infiks (infix) merujuk kepada morfem terikat yang berada di tengah kata dasar atau menyelit di antara kata dasar. Sesuatu yang menarik tentang imbuhan sisipan ini ialah bentuk fonologinya seperti yang dirakamkan dalam kebanyakan bahasa

manusia berstruktur VK, misalnya bahasa Bontoc di Filipina yang mempunyai sisipan um- bagi perkataan seperti fumikas (menjadi kuat) dan kumilad (menjadi merah) . Di samping itu, satu generalisasi umum tentang sisipan ini ialah konteks penyebarannya di dalam kata, iaitu kedudukannya sentiasa berada selepas konsonan pertama kata dasar. Dalam bahasa Melayu, sisipan dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, misalnya el- bagi perkataan telapak, kelangkang, telunjuk, kelembung, kelengkeng, kelabut, kelebak, selerak, dan gelembung. Sisipan er- tersisip bagi perkataan seperti serabut, keruping, seruling, dan gerigi. Sisipan em- mencelah bagi perkataan seperti gemilang, semerbak, gemerlap, kemuning, dan kemuncup. Sisipan in- muncul bagi perkataan seperti sinambung.

Imbuhan apitan atau sirkumfiks (circumfix) ialah morfem terikat yang melingkungi atau mengapit kata dasar. Dalam bahasa Melayu, apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan. Dari segi binaan morfemnya, apitan terdiri daripada awalan dan akhiran dan pengimbuhannya dilakukan secara serentak. Selain apitan, imbuhan ini dikenal sebagai imbuhan terbahagi juga. Bagi apitan kata nama, contohnya ialah pelaksanaan, pembinaan, pelajaran, dan perkuburan. Contoh apitan kata kerja ialah menyeramkan, mendermakan, mengecamkan, didekati, diperdengarkan, dan memperingati. Apitan kata adjektif seperti ke--an yang membentuk keinggerisan, kearaban, dan kecinaan.

PEMAJMUKAN Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan yang terhasil membawa makna tertentu atau menerbitkan satu bentuk kata baharu. Kata majmuk perlu dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Tatabahasa Dewan edisi baharu membahagikan kata majmuk kepada tiga kelompok, iaitu yang terdiri daripada rangkaian kata bebas seperti jam tangan dan bandar raya, yang berbentuk istilah khusus seperti atur cara dan mata pelajaran, dan yang mendukung maksud kiasan seperti tumbuk rusuk dan makan angin.

Semua kata majmuk perlu dieja terpisah, namun ada sebilangan kata yang dianggap telah mantap dan utuh perlu dieja sebagai satu perkataan, seperti antarabangsa, olahraga, dan warganegara. Walaupun keadaan ini sering menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa, namun faktor-faktor lain sewajarnya dipertimbangkan untuk memastikan bahasa Melayu terus berkembang. Tidak seperti bahasa Inggeris, kata majmuk bahasa Melayu agak sukar dibezakan dengan frasa nama dan keadaan ini seringkali menyebabkan kesalahan bahasa berlaku. Antara cara membezakan antara kata majmuk dengan frasa nama ialah dengan melihat proses pembentukannya yang ternyata berbeza. Misalnya, ibu

bapa merupakan frasa nama walaupun pada zahirnya kelihatan sama dengan guru besar yang merupakan kata majmuk. Ibu bapa boleh menerima sisipan unsur lain seperti kata hubung dan yang akan membentuk ibu dan bapa. Keadaan ini tidak boleh berlaku bagi kata majmuk kerana guru dan besar tidak membawa makna yang sempurna.

Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan dan akhiran masih tetap dieja terpisah seperti mencampur aduk, berurus niaga, dan bersatu padu. Namun begitu, apabila diimbuhkan dengan apitan, maka kata majmuk tersebut dieja sebagai satu perkataan seperti mencampuradukkan, mengurusniagakan, dan disatupadukan. Akan menjadi kesalahan jika dieja terpisah bagi bentuk ini. Bagi kata majmuk yang hendak digandakan, hanya perkataan pertama sahaja yang perlu digandakan seperti buku-buku kerja, balai-balai polis, dan wakil-wakil rakyat. Kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja sebagai satu perkataan perlu digandakan keseluruhan perkataan tersebut, misalnya jawatankuasa-jawatankuasa, kakitangankakitangan, dan setiausaha-setiausaha.

PENGGANDAAN Penggandaan ialah satu proses morfologi yang menerbitkan kata dengan cara mengulang sebahagian atau keseluruhan elemen yang terdapat dalam kata dasar. Penggandaan sering disebut sebagai reduplikasi (reduplication) dan kata yang terhasil daripada proses penggandaan disebut kata ganda. Terdapat tiga jenis penggandaan dalam bahasa Melayu, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak. Penggandaan penuh ialah proses pengulangan yang menyalin kesemua elemen yang terkandung dalam kata dasar. Kata yang terhasil itu memperlihatkan bentuk dasar dan reduplikannya mempunyai representasi morfem yang seratus peratus sama. Contoh proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak ialah bijak-bijak, anai-anai, dan pemburu-pemburu.

Penggandaan separa ialah proses pengulangan yang menyalin sebahagian daripada elemen atau segmen yang terkandung dalam kata dasar yang boleh terdiri daripada kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar. Misalnya, bagi kata laki-laki, proses pengulangan akan menerbitkan bentuk lalaki, dan proses modifikasi fonologi akan menghasilkan bentuk lelaki, iaitu vokal dalam bentuk gandaan tersebut telah mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet. Contoh kata ganda separa yang lain ialah jejari, tetikus, sesiku, rerambut, dan tetupai.

Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak yang dikenal juga sebagai kata ganda menyaling, berima, dan bersajak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Ada tiga jenis penggandaan berentak, iaitu bentuk pengulangan vokal seperti kaya-raya dan laukpauk, bentuk pengulangan konsonan seperti mundar-mandir dan mandi-manda, serta bentuk berentak bebas seperti anak-pinak dan lintang-pukang. Yang perlu difahami tentang cara menulis kata ganda ialah semuanya menggunakan tanda sengkang (-) kecuali kata ganda separa bagi kata dasar tunggal.

PENGAKRONIMAN Pengakroniman ialah satu proses morfologi yang menerbitkan kata dengan cara mencantumkan elemen-elemen tertentu daripada beberapa kata dasar yang membentuk satu frasa atau kata majmuk. Akronim ialah kependekan kata daripada gabungan beberapa kata dasar dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Misalnya, tabika (taman bimbingan kanak-kanak), kugiran (kumpulan gitar rancak), ubahsuai (ubah sesuai), purata (pukul rat ), dan pawagam (panggung wayang gambar). Selain itu, akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, misalnya UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), JIM (Jemaah Islam Malaysia), dan MAS (Malaysian Airline System). Namun begitu, ada kekeliruan yang wujud dalam kalangan pengguna bahasa apabila menyamakan akronim dengan singkatan. Singkatan, seperti STPM, UKM, dan PKNS bukanlah akronim walaupun kependekan tersebut seolah-olah sama dengan UPSI dan UNIMAS. Hal ini demikian kerana akronim tergolong dalam kata fonologi (phonological word) yang mengandungi konstituen fonologi, iaitu suku kata, tetapi singkatan tidak sedemikian. Di samping itu, akronim boleh dilafazkan, sebaliknya singkatan tidak dan disebut satu persatu hurufnya kerana tidak mempunyai suku kata.

PENUTUP Banyak kepentingan untuk kita memahami disiplin morfologi dan proses-prosesnya yang mencakupi empat disiplin, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Selain dapat memastikan penggunaan bahasa yang lebih berkesan dan cekap, disiplin morfologi ini merupakan tunjang utama dalam Linguistik Tulen yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Tanpa pengetahuan tentang morfologi, sukar untuk menghuraikan bahasa dengan mendalam dan terperinci, malah kebanyakan permasalahan bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat, terutamanya warga pendidik dan pelajar berkaitan dengan hal morfologi dan sintaksis

http://ms.shvoong.com Morfologi: ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji mengenai struktur ,bentuk, dan golongan kata. 1. Struktur kata i alah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Struktur susunan kata bahasa Melayu berdasarkan pola suku kata berikut iaitu V, KV, iaitu suku kata terbuka, manakalaVK,dan KVK ialah suku kata tertutup. Semua kata asli bahasa Melayu mesti dieja berdasarkan struktur tersebut. Sekiranya kata itu dieja tidak berdasarkan struktur tersebut maka kata itu terdiri daripada kata pinjaman yang diserap kedalam bahasa Melayu. . Contohnya : aku-a+ku = V+KV makan- ma + kan = KV+KVK umpama -um + pa + ma = VK + KV+KV Contoh kata pinjaman : : Bank - KVKK Drama -KKV +KV Stem - KKVK 2. Bentuk Kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, atau pengandaan. Bentuk kata ini dinamakan sebagai kata tunggal atau kata dasar, kata terbitan , kata majmuk, dan kata ganda. 3. Golongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan,bentuk, atau fungsi kata berdasarkan golongan tertentu. Golongan kata ini kamudianya dikenali sebagai kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Unsur yang membentuk perkataan dinamakan sebagai Morfem iaitu unit terkecil dalam tatabahasa yang berfungsi gramtis atau yang menjalankan tugas-tugas nahu. Oleh itu, proses pembentukan kata ialah proses penyusunan morfem mengikut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Morfem boleh bersifat bebas dan terikat. Morfem bebas terdiri daripada kata dasar atau kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat yang paling minimal. Contoh morfem bebas: meja. buku, ajar,makan,segar,bukit.

Morfem terikat ialah morfem yang memerlukan morfem lain untuk membentuk perkataan. Morfem terikat terdiri daripada kata imbuhan sama ada awalan, akhiran,

apitan, sisipan atau terdiri daripada kata akar.Morfem tidak boleh wujud bersendirian. Contoh morfem terikat : ber,ter, maha, sub,wan, wati, an, kan,el, in, er,em,ah,in, tawa, tapa, tani, tari,pro, anti. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih.Perkataan "abai" terdiri dari satu morfem bebas, manakala perkataan "terabai"mengandungi dua morfem iatu "ter" dan "abai". "keterabaian" mengandungi empat morfem iaitu "ke","ter", "abai" dan "an". Contoh lain : bergemuruhan = ber+em+guruh+an kesinambungan = ke+in+sambung+an

Perbezaan antara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. Semua perkataan bersifat bebas iaitu dapat berdiri sendiri. Oleh itu , perkataan terdiri daripada morfem tetepi tidak semua morfem itu perkataan. Tamat. Diterbitkan pada: 04 April, 2010

http://tugaskuliah-ilham.blogspot.com Konsep dalam Morfologi 1.0 PENGENALAN

Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan morphology itu berasal daripada bahasa Latin morphe yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Dapatlah

disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata. Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini, beberapa konsep penting dalam bidang ini haruslah difahami terlebih dahulu. 2.0 KONSEP-KONSEP DALAM MORFOLOGI

2.1 Morf

2.1.1 Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya yang bertajuk Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menyatakan setiap bentuk fonologi yang berlainan sebagai morf. Beliau memberikan contoh morfem {meN-} yang mempunyai enam morf. Setiap morf itu diwakili dengan satu lambang, iaitu meN-. 2.1.2 Jwuan Verhaan (2005) dalam bukunya, Pengantar Linguistik menyatakan morf sebagai salah satu bentuk alomorfemis dari suatu morfem, tetapi bentuk yang hendak dipilih dianggap mewakili secara konkrit morfem yang bersangkutan. 2.1.3 G. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar pula menjelaskan morf sebagai the unit of grammatical form which realizes a morpheme.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa morf itu ialah unsur yang mewakili morfem yang bersangkutan dan mempunyai bentuk fonologi yang berlainan. Morf ini diberi satu lambang bagi mewakili morfem yang bersangkutan itu. Misalnya meN- yang melambangkan me-, men-, mem-, meng-, menge- dan menye-. 2.2 Alomorf

2.2.1 Dalam buku Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan, Nik Safiah Karim ada menyenaraikan enam alomorf bagi awalan peN-, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge- dan pel-. Menurut beliau, penyebaran alomorf-alomorf tersebut ditentukan oleh faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama yang bercantum dengan awalan tersebut serta faktor perkembangan dan perancangan bahasa.

2.2.2 Jos Daniel Parera (1994) dalam buku Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula menyatakan bahawa setiap perwakilan daripada sebuah morfem tertentu disebut alomorf. Beliau juga berpendapat bahawa alomorf ialah nama untuk bentuk-bentuk perwakilan daripada sebuah morfem berdasarkan linkungannya. Beliau ada memberikan contoh me--kan, mem--kan dan men--kan sebagai alomorf daripada morfem yang sama. 2.2.3 G. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar turut menjelaskan alomorf itu sebagai the variant possible morph of the one morpheme. Berdasarkan ketiga-tiga hujah tersebut, alomorf ialah bentuk yang berlainan daripada satu morfem yang sama akibat daripada pengaruh bunyi awal kata dasar yang menerima imbuhan awalan. Misalnya alomorf penye- digunakan sebelum huruf s pada awalan kata dasar seperti semak menjadi menyemak dan alomorf pem- pula hadir pada kata dasar yang bermula dengan huruf p, b, f dan v.

2.3 Arkifonem

2.3.1 Dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Abdullah Hassan (2005) menyatakan arkifonem itu sebagai fonem yang melambangkan beberapa fonem seperti N dalam morfem {meN-}. N ini berubah menjadi m, n, ny, ng dan nge apabila morfem tersebut bercantum dengan kata dasar berdasarkan huruf pangkal pada kata dasar tersebut dan N mewakili fonemfonem tersebut. 2.3.2 Menurut Anton M. Moeliano (1996) dalam bukunya Bahasawan Cendekia: Seuntai Kata Untuk Anton M. Moeliana, arkifonem ialah unsur segmental dalam posisi lemah yang berbeza dan ciri pembedanya bersesuaian dengan pertalian daripada dua unsur. 2.3.3 P.H Matthew (1997) dalam Oxford Concise Dictionary Of Linguistics menjelaskan arkifonem sebagai phonological unit characterized by the distinctive features which are common two or more. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa arkifonem ialah fonem yang ditandakan dengan huruf besar bagi mewakili unsur yang berubah-ubah dalam morfem yang sama akibat daripada pengaruh huruf pangkal pada kata dasar berdasarkan lingkungannya. Huruf besar digunakan bagi mewakili arkifonem. Misalnya kata jual dan baca yang menerima morfem {meN-} menjadi menjual dan membaca. N ini ialah arkifonem yang mewakili fonem-fonem tersebut.

2.4 Morfofonem

2.4.1 Pitsamai Intrachat (1987: 29) menjelaskan fonem-fonem yang berlainan yang diubah daripada arkifonem disebut morfofonem kerana fonem-fonem itu adalah fonem-fonem ubahan daripada arkifonem dalam satu morfem. Beliau memberikan contoh arkifonem N dalam morfem {meN-} boleh diubah menjadi //, /n/, /m/, // dan // bergantung pada lingkungannya. 2.4.2 Jos Daniel Parera (1994) dalam Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula berpendapat morfofonem ialah fonem-fonem yang berlainan yang diubah daripada arkifonem. 2.4.3 Pendapat ketiga pula diutarakan oleh P.H Matthew (1997) dalam Oxford Concise Dictionary Of Linguistics. Beliau menyatakan yang morfofonem ialah the basic unit recognized in a morphophonemic level of analysis. It is usually symbolized by the use of a capital letter within brace brackets. Perkara utama yang dinyatakan oleh beliau ialah morfofonem itu sebagai unit asas dalam peringkat analisis morfofonemik. Berdasarkan ketiga-tiga pendapat tersebut, morfofonem ini terjadi apabila morfem mengalami perubahan morfofonemik akibat daripada pengaruh huruf awal pada kata dasar yang menerima morfem terikat berbentuk imbuhan berdasarkan lingkungannya. Perubahan morfofonemik ini berlaku dengan mengubah arkifonem dalam morfem dan arkifonem ini adalah ciri morfofonem.

2.5 Morfem Bebas

2.5.1 Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya, Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menjelaskan morfem bebas secara ringkas sebagai morfem yang boleh wujud bersendirian. Beliau ada memberikan contoh perkataan peluh yang boleh hadir secara bersendirian sebagai sebuah kata. 2.5.2 Jwuan Verhaan (2005) dalam buku Pengantar Linguistik pula menegaskan morfem bebas dapat berdiri sendiri, iaitu boleh terdapat sebagai satu kata. Misalnya dalam bahasa Indonesia, kata cinta, makan dan satu adalah morfem bebas. 2.5.3 Mark S. Letourneau (2001) dalam buku English Grammar mentakrifkan morfem bebas yang disebut free morphemes dalam bahasa Inggeris sebagai morphemes that can occur by themselves in a phrase or sentence. Beliau memberi contoh perkataan write yang boleh berdiri sendiri dalam rangkai kata atau ayat.

1.0 Pengenalan

Tatabahasa ialah satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat. Urutannya seperti ini :

- Perkataan bergabung membentuk frasa, frasa bergabung membentuk ayat - Dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam ayat majmuk dikenali sebagai klausa (klausa juga dikenali sebagai ayat kecil)

Pengetahuan tatabahasa membantu pengguna bahasa membuat ungkapan yang lebih kompleks, dengan canggih dan betul.

1.1 Morfologi Dua bidang penting dalam tatabahasa bahasa Melayu iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan kata yang sama. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah: i. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi: - kata asli bahasa Melayu - kata pinjaman bahasa Melayu ii. Bentuk kata terdiri daripada: - kata tunggal - kata terbitan - kata majmuk - kata ganda Manakala proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi: - pengimbuhan - penggandaan - pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan di atas, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan

imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru dalam proses pengimbuhan.

iii. Golongan kata terdiri daripada: - kata nama - kata ker ja - kata adjektif - kata tugas Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Morfem dan kata berbeza dari segi fungsi dan konsep. Morfem Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka katakata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Contoh :

berpeluh 2 morfem : ber+peluh berkakikan 3 morfem : ber+kaki+kan

saya 1 morfem : saya

Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-sama morfem lain). Contoh : - Morfem bebas saya - Morfem terikat ber dan kan, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti berkakikan

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja.

Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan. Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut: Morfem bebas Morfem terikat

Morfem bebas Morfem terikat/imbuhan 1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa 2. mempunyai makna sendiri 1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber 2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat. Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut: Morfem terikat/imbuhan Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya, membaca, menghafal. Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak).

Apitan - ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per..an, permainan. 1.2 Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah: i. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan pembinaannya,

serta pembahagian subjek dan predikat ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan iii. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif iv. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang v. Binaan ayat: - ayat dasar - ayat tunggal - ayat terbitan atau majmuk

vi. Proses penerbitan ayat: - konsep ayat terbitan - proses pengguguran - proses penyusunan semula - proses peluasan vii. Aspek tanda baca

2.0 Aspek Morfologi

2.1 Jenis-jenis kata Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. 2.1.1 Kata Tunggal Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh: satu suku kata am, dan, roh, skru dua suku kata itu, ubi, aku

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis: a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol b) Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh : berdikari berdiri di atas kaki sendiri komuter keretapi berkomputerProses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

2.1.1 Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh: satu suku kata am, dan, roh, skru dua suku kata itu, ubi, aku

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol b) Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :

berdikari berdiri di atas kaki sendiri komuter keretapi berkomputer kugiran kumpulan gitar rancak pawagam panggung wayang gambar

2.1.2 Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan :

a) Kata Terbitan Berawalan b) Kata Terbitan Berakhiran c) Kata Terbitan Berapitan d) Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis : a) imbuhan awalan - unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. Contoh : imbuhan ber dalam bersukan ber+sukan

b) imbuhan akhiran - unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar Contoh : imbuhan -an dalam makanan makan+an imbuhan -kan dalam kembalikan kembali+kan

c) imbuhan apitan - imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan Contoh : imbuhan men..kan dalam mendebarkan men+debar+kan

imbuhan pe.an dalam pendidikan pen+didik+an d) imbuhan sisipan - unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan Contoh : imbuhan er dalam keruping imbuhan el dalam telunjuk

2.1.3 Kata Terbitan Berawalan

Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan pe) pembawa, pembuat (pem) suprakelas, supranasional (supra)

b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (me) berjalan, berganti, berserta (ber)

c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (ter) secerah, setebal, senipis (se) 2.1.4 Kata Terbitan Berakhiran

Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh :

a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (-an) sasterawan, angkasawan (-wan) budiman, seniman (-man) peragawati, seniwati (-wati) nasionalisme, patriotisme (-isme)

b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (-kan) duduki, turuti, berkati (-i)

2.1.5 Kata Terbitan Berapitan

Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (pean) kelainan, kedukaan (kean)

b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (mekan) beralaskan, berlaukan (berkan) diyakini, disirami (dii) dipergunakan (diperkan) memperdagangkan (memperkan) keselesaan (kean) c) Kata Adjektif : kemelayuan (kean)

2.1.6 Kata Terbitan Bersisipan

Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : kelingking, telunjuk (..el..) keruping, seruling (..er..)

b) Kata Adjektif : kelebak, selerak (..el..)

gemilang, semerbak (..em..) 2.1.7 Kata Majmuk

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.

Kata majmuk terbahagai kepada tiga :

a) Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji, kebolehubahan

b) Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu

c) Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita

d) Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:

a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.

b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus. Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.

c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa. Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih. Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:

a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh : duka + cita = dukacita jawatan + kuasa = jawatankuasa

b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah.

c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.

d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh : pindah milik dipindahmilikkan tukar ganti ditukargantikan

e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh : campur aduk bercampur aduk temu bual ditemu bual Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya. 2.1.8 Kata Ganda

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang.

Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya.

Terdapat tiga jenis kata ganda :

a) Penggandaan penuh - proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

b) Penggandaan separa - proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c) Penggandaan berentak - proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. - Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

i)

Penggandaan berentak pengulangan vokal - penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

iii) Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.

Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.

a) gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-meja, bukit-bukau b) gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, ramarama dan kupu-kupu c) gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gulagula d) gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih. e) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapasiapa.

3.0 RAGAM AYAT

Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan pasif. 3.1 Ayat aktif Ayat aktif mengandungi kata kerja aktif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Ayat aktif transitif mengandungi kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Kata kerja transitif mempunyai dua bentuk : yang pertama tidak menerima imbuhan ( seperti makan, minum) dan yang kedua menerima imbuhan men- ( seperti memanggil, melanda) Contoh : - frasa nama sebagai objek: Guru disiplin memanggil pelajar itu. Banjir kilat melanda Kuala Lumpur.

- ayat komplemen sebagai Pengawas memberitahu bahawa pelajar itu sudah pulang. Pengetua mengumumkan bahawa kawasan sekolah perlu dibersihkan setiap hari. 3.2 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang dibina dengan mengutamakan objek asal sebagai pokok atau bahagian yang diterangkan. Ayat ini mempunyai kata kerja yang ditandai oleh penanda pasif seperti imbuhan di-, ter-, ber- serta ke-dan -an. Contoh : Kain itu belum berlipat Penjenayah itu ditangkap oleh polis. - bagi ayat pasif yang berkata kerja pasif di-, kata sendi oleh dan frasa nama yang berkedudukan selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa merosakkan makna struktur ayat Contoh : Penjenayah itu ditangkap polis malam tadi. Namun jika binaan oleh dan frasa nama itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan.

Bagi ayat pasif dengan kata ganti diri orang pertama dan kedua, jenis kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Ini kerana kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Contoh : Buku itu jangan sekali-kali kau baca lagi.

Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena pula mempunyai perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Contoh : Pengedar dadah itu kena tangkap. LATIHAN : 1. Mereka berangkat ke Amerika Syarikat dengan _________________ (kereta, kapal, layar) terbang dari Singapura pagi semalam. 2. Pegawai pertanian itu menasihatkan mereka menggunakan baja ______ (tanah, pasir, bata) bagi menyuburkan tanamannya.

3. Mesir memberi __________ (fikiran, amaran, kata) dua kepada Israel supaya meninggalkan Semenanjung Gaza. 4. Semua (maha, warga, para) siswa yang mendaftar dikehendaki menyertai program orientasi. 5. ___________ (rakyat, marhaen, warga) negara yang bertanggungjawab sentiasa taat terhadap hukum dan undang-undang negaranya. 6. Sultan itu tidak mahu melantik ________________ (putera, puteri, raja) untuk menggantikannya. 7. ____________ (lebuh, jalan, lorong) raya timur barat yang dibina dari Kelantan ke Kedah memakan masa bertahun-tahun sebelum disiapkan. 8. Pulau Pinang dan Melaka mesti melantik ________________ (ketua, perdana, datuk) menteri masing-masing. 9. Mamalia mempunyai ________________ (tulang, batang, urat) belakang sebagai pusat sistem sarafnya. 10. Semua anggota yang baru perlu berangkat ke __________________ (padang, lorong, jalan) tembak untuk latihan menembak.

RUJUKAN : 1. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi ( Siri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Batu Caves : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2. Ali Mahmood. Dr (2008). HMBL2103 Pembelajaran morfo sintaksis Bahasa Melayu. Seri Kembangan : Open University Malaysia. 3. Arbak Othman. (1985). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Arbak Othman. (2000). Pengajaran nahu Bahasa Melayu. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. 5. Nik Safiah Karim. (1989). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Sulaiman Masri. (2006). Tatabahasa melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like