You are on page 1of 2

Pengajaran berasaskan komputer ialah pengajaran atau pembelajaran yang

dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan


melalui komputer. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan pengajaran berasaskan
komputer sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan
bahasa pengaturcaraan, pengarangan dan pengaturcaraan multimedia untuk
mengajar dan belajar sesuatu objek. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia
telah memulakan beberapa inisiatif untuk menggalakkan penggunaan bahan
pembelajaran bagi kegunaan pelajar dan guru, tetapi inisiatif ini didapati seakan
terhenti, tiada kesinambungan dan bersifat bermusim. Terdapat banyak sebab yang
telah mempengaruhi kegagalan usaha-usaha berkenaan. Dua faktor utama yang
dipercayai menjadi halangan terbesar adalah faktor Infrastruktur komputer dan
internet di sekolah dan faktor kemahiran guru membangunkan bahan pembelajaran
berasaskan komputer.
Bagi menjayakan pengajaran menggunakan komputer dan internet di sekolah
kelengkapan komputer dan jaringan internet mestilah mencukupi dan bersesuaian.
Sebarang masalah yang timbul akan membantutkan matlamat penggunaannya bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan murid. Kajian yang telah
dilakukan untuk melihat tahap penggunaan komputer dan internet dalam pengajaran
dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah di daerah Pasir Mas,
Kelantan umpamanya mendedahkan bahawa 78.7 peratus guru sekolah menengah
di daerah berkenaan menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah dari segi
infrastruktur komputer untuk penggunaan dalam proses pengajaran di sekolah. 71.3
peratus memaklumkan komputer di sekolah mereka tidak mencukupi. 92.5 peratus
menyatakan serangan virus telah menyebabkan komputer mereka gagal berfungsi
dan 90 peratus pula memaklumkan kadang-kadang komputer di sekolah mereka
mengalami kerosakan dan masalah teknikal. (Zainudin bin Hassan & Muhamad
Azam bin Jaafar, Fakulti Pendidikan, UTM)
Kemahiran pengendalian dan penggunaan komputer di kalangan guru sebenarnya
tidak menjadi masalah utama di sekolah-sekolah. Namun guru yang mahir
membangunkan bahan pembelajaran berasakan komputer sebenarnya masih
kurang. Guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer
hingga mampu mencipta perisian, CD-ROM, portal pendidikan dan laman web
sendiri masih perlu dilatih dari masa kesemasa.

Rumusannya,

untuk

menggalakkan

penggunaan

bahan

pembelajaran

bagi

kegunaan pelajar dan guru secara maksimum, usaha perlulah dilakukan dengan
penyediaan infrastruktur komputer dan internet yang benar-benar mencukupi dan
melatih kemahiran guru membangunkan membangunkan bahan pembelajaran
berasakan komputer. Walaupun memerlukan kos yang tinggi, ianya tidak dapat
dielakkan sebagai pra-syarat yang mesti direalisasikan.
Rujukan :
1. http://fptek.uthm.edu.my/PPG/modulDrRazali/PENGAJARAN%20BERASASKAN
%20KOMPUTER.ppt
2. http://eprints.utm.my/11440/1/Penggunaan_Komputer_Dan_Internet_Dalam_Pengaja
ran_Dan_Pembelajaran_Di_Kalangan_Guru_Sekolah_Menengah_Di_Daerah_Pasir
_Mas.pdf

You might also like