You are on page 1of 31

Pengenalan

Pengantar Bahasa Melayu


Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) menjelaskan bahawa bahasa ialah
sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan lain).
Bahasa Melayu merupakan sejenis Bahasa Melayu-Polinesia di bawah
keluarga Bahasa Austronesia. Bahasa Melayu ini telah digunakan di
wilayah Malaysia, Indonesia dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun
yang lalu. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara. Iaitu
di Indonesia, Malaysia, Brunei, Selatan Thailand dan Selatan Filipina sehingga
ke Pulau Madagaskar. Bahasa Melayu juga pernah menjadi lingua franca pada
kemuncak Kesultanan Melayu Melaka.
Bahasa

Melayu

ialah bahasa

kebangsaan Malaysia,

Indonesia

dan Brunei serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Selain daripada
negara-negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur
penduduk Melayu di

oleh penduduk-

Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri

Lankadan Afrika dan Selatan.


Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita Malaysia. Sejak
merdeka

Bahasa

Melayu

telah

dinaikkan

martabat

sebagai

bahasa

kebangsaan yang menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi


tunggal negara. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di
sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah
sampai ke peringkat tinggi.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat dilihat
dengan

jelas

diperuntukkan

di

bawah

Perkara

152

Perlembagaan

Persekutuan. Sebagai rakyat Malaysia kita menggunakan Bahasa Melayu


sebagai alat komunikasi yang menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa.
Kesimpulannya, Cogan kata Maju bangsa majulah bahasa, bukan sahaja
untuk memartabatkan bahasa kebangsaan negara kita yang merdeka tetapi
juga untuk pertumbuhan Bahasa Melayu dan perkembangannya.

Soalan 1:
Menghuraikan konsep morfologi berdasarkan maklumat daripada pelbagai
sumber
Kata Morfologi merujuk kepada morphologie yang berasal dari bahasa Yunani
morphe yang digabungkan dengan logos. Morphe bermaksud bentuk dan dan
logos ialah ilmu. Oleh itu, berdasarkan makna unsur-unsur pembentukannya,
kata morfologi bermaksud ilmu tentang bentuk.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1043, morfologi ialah:
i.

kajian tentang pembentukkan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk

ii.

infleksi, terbitan dan pemajmukan.


Kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu
Menurut AB.Rahman AB. Rashid dan Yap Kim Fatt dalam bukunya

Bahasa Kebangsaan, Siri Pendidikan Tinggi Longman, tahun 2006 Morfologi


ialah satu aspek kajian tatabahasa tentang struktur, kata, bentuk kata dan
penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambing

dan

juga

merupakan

unit

bahasa

yang

bermakna.

Proses

pembentukan kata menghasilkan bentuk kata dasar, bentuk kata berimbuhan,


bentuk kata ganda dan bentuk kata majmuk. Penggolongan kata pula
dimaksudkan dengan proses mengategorikan dan mengumpulkan perkataanperkataan berdasarkan kesamaan bentuk atau fungsi dengan perkataan lain
dalam golongan yang sama.
Menurut Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin
dalam buku Bahasa Melayu Komunikatif, Terbitan Pertama pada tahun 2012
morfologi ialah bidang ilmu yang berkait dengan struktur, bentuk, binaan dan
pengogolongan kata. Stuktur kata berkait dengan susunan bentuk bunyi
bahasa atau dalam tulisan yang menjadi unit bahasa yang mempunyai
maksud.Pembentukan kata dalam bahasa berlaku melalui proses fleksi dan
terbitan dan dapat melihat kata sebagai satu unit tatabahasa yang:
a. berbentuk

tunggal,

tidak

mengalami

apa-apa

proses

pembentukan kata seperti surat, canai, jalan dan lain-lain.


b. terhasil melalui proses pembentukan kata seperti:
Pengimbuhan contohnya menyurat, mencanai dan berjalan.
Pemajmukkan contohnya surat khabar, roti canai dan jalan raya.

Penggandaan contohnya surat-menyurat, mencanai-canai dan jalanjalan.


Unsur-unsur yang membina kata dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unitunit tatabahasa yang terkecil yang menjadi unsur perkataan dan berfungsi
gramatis atau menjalankan tugas nahu. Contohnya, kata rumah terbina
daripada dua morfem, iaitu morfem ru dan morfem mah. Penggolongan kata
dibahagikan kepada empat kategori iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas

Menurut Abdullah Hassan, B.A., M.A., (Malaya), Ph.D. dalam bukunya


Morfologi, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, pada tahun 2009
beliau mengatakan bahawa morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan. Dalam bahasa melayu kita biasanya menuliskan perkataan
dalam ejaan rumi, seperti berjalan, lelangit, kuda-kuda, kereta api, menari dan
lain-lain. Dalam morfologi bentuk-bentuk tulisan seperti ini akan dikaji.
Unsur-unsur morfologi
Sesuatu bahasa mempunyai struktur. Struktur terbina daripada unsurunsur yang lebih kecil. Unsur-unsur tersebut dicantumkan bagi membentuk
perkataan dan ayat. Kajian struktur ini yang dimaksudkan dengan morfologi.
Terdapat dua unsur bahasa yang terlibat dalam pembinaan perkataan
Bahasa Melayu. Iaitu morfem dan kata. Morfem ialah unit bahasa yang terkecil
mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Kata ialah unsur bahasa yang
digunakan bagi membentuk perkataan. Bentuk-bentuk perkataan terbahagi
kepada dua bentuk utama, iaitu kata tunggal dan kata terbitan. Kata tunggal
terbentuk daripada satu morfem bebas. Contohnya, air, apa, tidur, makan dan
lain-lain.
Kata terbitan pula terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata
majmuk dan kata akronim. Kata imbuhan terbentuk daripada kata dasar dan
imbuhan. Contohnya, membawa, mendukung, perumahan dan berlari. Kata
ganda terdiri daripada kata dasar dan kata ganda. Contohnya, tupai-tupai,
lelangit, kuda-kuda, orang-orang dan obor-obor. Kata majmuk terdiri daripada

gabungan dua atau lebih perkataan lain. Contohnya, menteri besar, peti sejuk,
jalan raya dan surat khabar. Kata akronim pula terdiri daripada gabungan
bahagian daripada dua perkataan atau lebih. Contohnya, cerpen (cerita +
pendek) dan jabanah (jalan + bawah + tanah).
Proses morfologi
Morfologi ialah proses yang berlaku dalam Bahasa Melayu bagi menghasilkan
kata-kata terbitan. Proses morfologi merupakan cara bagaimana sesuatu
perkataan itu dihasilkan atau diterbitkan daripada bentuk dasarnya. Terdapat
empat proses morfologi iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan
pengakroniman.

pengimbuhan

pengakroniman

Proses
Morfologi

penggandaan

pemajmukan

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir dalam bukunya Teori Bahasa:
Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa, pada tahun 2005 mengatakan
bahawa bidang morfologi merupakan bidang yang menghuraikan morfem dan
hubungannya untuk membentuk perkataan. Morfem terbahagi kepada dua iaitu
morfem bebas dan morfem terikat.
Dalam proses percantuman morfem bebas dengan morfem terikat
untuk membentuk sesuatu perkataan wujud almorf-almorf tertentu yang
ditentukan oleh bunyi awal perkataan tersebut.

Proses seterusnya, proses pembentukan kata yang terdiri daripada


proses-proses tertentu seperti pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.
Setiap proses ini mempunyai undang-undangnya yang tersendiri.
Beliau juga mengatakan bahawa aspek yang penting dalam morfologi
merupakan golongan kata dan pengimbuhan. Golongan kata berfungsi untuk
mengelakkan kesalahan bahasa semasa menggunakan bahasa tersebut. Oleh
itu, kita harus menguasai golongan kata seperti kata kerja, kita harus
mengenalpasti kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif supaya tidak
berlakunya kesilapan semasa menggunakannya.
Selain itu, kita harus berhati-hati semasa menggunakan imbuhan
kerana terdapat imbuhan yang mengelirukan pengguna bahasa. Contohnya,
imbuhan awalan seperti men, meng, me dan menge. Penggunaan setiap
awalan ini bergantung kepada huru awal sesuatu kata dasar. Imbuhan akhiran
seperti an dan kan sering disalahgunakan. Hal ini kerana, segelintir pengguna
bahasa tidak memahami bahawa akhiran an membentuk kata nama dan
akhiran kan membentuk kata kerja. Oleh itu wujudlah kesalahan seperti
memaksakan dan pemaksaan.
Dalam Buku Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan, Abdullah
Hassan Ainon Mohd, pada tahun 1997 membahagikan morfologi kepada
perkataan dan golongan perkataan. Perkataan boleh terdiri daripada kata
dasar atau kata terbitan. Kata dasar merupakan kata akar yang tidak menerima
sebarang unsur. Contoh perkataan dasar ialah:

lari

rumah

keluarga

orang

mandi

kecil

tidur

gunung

Perkataan terbitan pula dibentuk melalui tiga proses iaitu pengimbuhan,


pemajmukan dan penggandaan. Imbuhan ialah unsur yang dicantumkan
kepada kata dasar untuk menerbitkan kata terbitan. Contohnya, perkataan lari
adalah kata dasar. Unsur pe-, pem-, me-, -kan dan -an adalah imbuhan.

pelarian

pe + lari + an

pelari

pe + lari

melarikan

me + lari +
kan

larian

larian + an

Perkataan majmuk ialah gabungan dua


atau lebih perkataan. Contoh:

orang asing

Panglima Tentera Darat

peti sejuk

jalan raya

Perkataan gandaan terdiri daripada ulangan penuh, separa dan berentak.

Kata dasar

Ulangan penuh

Ulangan separa

Ulangan berentak

kuih

Kuih-kuih

kekuih

Kuih-muih

gunung

Gunung-gunung

Gegunung

Gunung-ganang

bengkok

Bengkok-bengkok

bebengkok

Bengkang-bengkok

Golongan perkataan terbahagi kepada empat golongan berdasarkan maksud


dan cara penggunaan. Antaranya:

Kata nama

cangkul

rumah

Kedah

Ali

Kata sifat

pendek

putih

cepat

marah

Kata kerja

duduk

jalan

bermain

membaca

Kata tugas

di-

ke-

cis

maka

Perubahan golongan kata


Setiap perkataan terdiri dariapa satu golongan asas. Tetapi golongan asas
akan berubah mengikut fungsinya dalam ayat. Perubahannya dapat dilihat
melalui contoh dibawah. Perkataan kapak:
1) Ali mendapat kapak daripada ayahnya.
2) Bapa sedang mengapak kayu.
3) Adik mempunyai gigi kapak.

Perkataan kapak yang asalnya kata nama tetapi bertukar menjadi kata sifat
dan kata kerja mengikut penggunaannya dalam ayat kedua dan ketiga. Makna
juga akan berbeza.Kesimpulannya, sesuatu perkataan itu termasuk ke dalam
satu golongan asas. Perkataan itu boleh berubah menurut fungsinya dalam
ayat-ayat yang berlainan.

Perbandingan morfologi
Persamaan antara tokoh-tokoh tentang morfologi:

AB.Rahman AB.
Rashid dan Yap
Kim Fatt (2006)

Khairuddin
Mohamad, Maridah
Alias, Faiziah Hj.
Shamsudin (2012)

struktur
kata

struktur
dan binaan

bentuk kata

pembentuk
an kata

pengolonga
n kata

pengolonga
n kata

Perbezaan antara tokoh-tokoh tentang morfologi:


Mohd Abdullah Hassan, B.A., M.A., (Malaya), Ph.D. (2009)

mengkaji
struktur
secara
mendalam
dan morfem

bentuk
perkataan =
tunggal &
terbitan

mengkaji
tentang
proses
morfologi

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005)

mengkaji morfem
almorf
hubungan
membentuk kata
menekankan
pengimbuhan &
golongan kata

Abdullah Hassan Ainon (1997)


Beliau mengkaji dan menekankan isi-isi penting tentang mofologi.

perkataa
n

golongan
kata

kata dasar

jenis-jenis
golongan kata

kata terbitan

iaitu: kata
nama, kata
kerja, kata
sifat & kata
tugas
menyatakan
tentang
perubahan
golongan asas

KATA KERJA
Kata kerja dalam Bahasa Melayu ialah perkataan yang menyatakan makna
sesuatu perbuatan atau perlakuan serta menjadi inti bagi membina frasa kerja.
Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai dengan beberapa
unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan
keterangan. Kata kerja tidak boleh menerima kata penguat seperti amat,
sangat, sungguh, paling dan sebagainya.

Pembentukkan
Kata Kerja

Penggolongan
Kata Kerja

Proses Kata Kerja

Penggolongan kata
kerja

Kata Kerja

Kata Kerja Pasif

Kata Kerja Aktif

Aktif Tak
Transitif

Tanpa
Pelengkap

Aktif Transitif

Berpelengkap

Penggolongan kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu:


i.
ii.

Kata kerja aktif


Kata kerja pasif

Kata kerja aktif


Kata kerja aktif ialah kata yang terdapat dalam ayat aktif. Kata kerja aktif
terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
i.
ii.

Kata kerja aktif transitif


Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja aktif transitif


Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk
menjelaskan maksudnya. Contohnya:

Menurut Bimo, mengikut tradisi masyarakat


Jawa, ketupat atau dikenali makna lepat...
...kami akan memakannya agar mendapat
berkat.
...bagi mendapatkan 'gunung ketupat' atau
ketupat yang disusun dalam bentuk piramid...
Tinjauan portal Merdeka.com mendapati,
kebanyakan penduduk...
...mereka menyediakan sebanyak 5000 biji
ketupat ...
Pemberian ketupat juga merupakan simbol
kemakmuran.

Kata kerja pasif

Kata kerja pasif pula berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja pasif merupakan
kata kerja yang hasil daripada proses perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Kata kerja jenis ini boleh mengandungi awalan ter- dan di. Contohnya:
Dari keratan akhbar pertama:

...selepas diarak dan dibacakan doa, ribuan


ketupat...
sebelum direbut penduduk, gunung ketupat itu
terlebih dahulu...
...penduduk sambil dihiburkan dengan
persembahan...
...daun pokok kelapa ditakrifkan sebagai nur atau
cahaya.
...ribuan ketupat itu diedarkan kepada penduduk...
Ketupat itu tersusun dalam bentuk piramid...

Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau
penyambut di belakangnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan
kepada dua subgolongan, iaitu:
i.
ii.

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap


Kata kerja aktif berpelengkap

(a) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap


Kata kerja aktif tak transitif merupakan kata kerja yang boleh berdiri tanpa
objek atau penyambut. Contohnya:
...menghabiskan baki cuti sempena Hari Raya Aidilfitri sebelum
kembali ke tempat kerja...
...kebanyakan penduduk yang datang merupakan mereka
yang bercuti di kampung...
...kita duduk diam-diam...

Kata kerja aktif tak transitif terdiri daripada subjek dan kata kerja yang berdiri
sendiri tanpa bergantung pada unsur yang lain untuk melengkapkan makna
ayat. Kata kerja aktif tak transitif ini juga boleh diikuti oleh unsur keterangan
yang hanya berfungsi sebagai maklumat tambahan.

(b) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap


Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti hadir
bersama pelengkap untuk menyempurnakan maksud sesuatu ayat. Unsur
pelengkap perlu dibezakan daripada objek atau penyambut. Pelengakap ialah
unsur yang hadir selepas kata kerja transitif untuk memberi makna kepada
ayat itu. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ini boleh terdiri daripada kata
adjektif, frasa sendi nama dan kata nama. Contohnya:
i.

Kata adjektif sebagai pelengkap


...bertanya khabar, beramah
bertepuk tampar

ii.

mesra dan

Frasa sendi nama sebagai pelengkap

...beliau digugurkan daripada jawatan tersebut seperti yang tersebar di


dalam media sosial...

iii.

Kata nama sebagai pelengkap

...selaras
rakyat...

dengan

Pembentukan kata
Kata kerja
kerjadalam

keperluan

Pembentukan

Kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat bentuk, iaitu:

i.

Tunggal

Terbitan

Majmuk

Ganda

Kata kerja tunggal

Kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan. Kata kerja ini boleh hadir sebagai
predikat tanpa imbuhan. Kebanyakan kata kerja tunggal brersifat tak transitif.
Antaranya:

...kami akan memakannya agar mendapat berkat, kata seorang


penduduk...

ii.

Kata kerja terbitan

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang menerima imbuhan. Kata kerja jenis ini

k a t a k e r ja
t e r b it a n

dibentuk daripada kata dasar dan imbuhan. Kata kerja terbitan ditandai oleh
imbuhan-imbuhan seperti me-, me-...kan, me-...i, memper-..., memper-...kan,
memper-...i, ber-..., ber-...kan dan ber-...an dan lain-lain. Terdapat empat jenis
imbuhan iaitu, awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Keempat-empat jenis
imbuhan ini terdapat dalam proses pembentukan kata kerja bahasa Melayu.
Jenis-jenis imbuhan:

awalan kata
kerja
akhiran kata
kerja
apitan kata
kerja
sisipan kata
kerja

Awalan kata kerja

Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif
atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian iaitu me-, mem-,
men- dan meng-.
Awalan beR- membentuk kata kerja bersifat tak transitif.
Awalan teR- digabungkan dengan kata dasar daripada golongan kata kerja
transitif atau kata kerja tak transitif dan kata nama.
Awalan di- membentuk kata kerja pasif.

mempeR- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata
nama, kata adjektif dan kata tugas. Benuk ini berubah menjadi diper- dalam
ayat pasif.

Imbuhan

Contoh

MeN-

...kami akan memakannya agar mendapat berkat.

BeR-

Memelihara, mengaku, mengikut, mendapat


...kebanyakan penduduk yang datang merupakan mereka yang
sedang bercuti di kampung...
berkata

TeR-

Beliau menambah, terdapat tiga buah entiti...


Tersebar, tersebut

di-

...selepas diarak dan dibacakan doa, ribuan ketupat...


disusun, direbut, diarak

MempeRDipeR-

Akhiran kata kerja

Terdapat dua akhiran yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu, iaitu
kan dan i. Contohnya:

Imbuhan

Contoh

-kan

...syarikat adalah penting untuk rujukan para pelabur...

-i

...kepada enquiry@ssm.com.my atau hubungi ...

Apitan kata kerja

Apitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar, iaitu
dua jenis imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak.
Apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi. Antaranya meN-...kan, beR-...kan, Ber-...-an, di-...-kan, meN-...-i, di-...-i, memper-...-kan, memper-...-i, ke-...an, diper-...-kan dan diper-...-i

Jenis-jenis

Contoh kata kerja

apitan
meN-...kan

...bagi mendapatkan 'gunung ketupat' atau ketupat


yang disusun dalam bentuk piramid...
Menyediakan,

menghabiskan,

mendapati

mendapatkan, menyediakan
memper-...-kan

...peredaran zaman memperlihatkan sambutan...

Ber-...-an

...jika terdapat pihak yang minat untuk berurusan


dengan mereka...

di-...-kan

...penduduk sambil dihiburkan dengan


persembahan...
didoakan, diadakan, ditakrifkan, diedarkan,
dibacakan

meN-...-i

Tinjauan portal Merdeka.com mendapati,


kebanyakan penduduk...

diper-...-i

...dasar pendidikan ini digubal dan diperhalusi oleh


pakar...

Sisipan kata kerja

Dalam bahasa Melayu tidak ada sisipan yang bolrh membentuk kata kerja.
Tetapi melalui proses pengimbuhan kata nama dan kata adjektif yang
mengandungi sisipan dapat dijadikan sebagai kata kerja. Contohnya:
(a) Sisipan -el-

...generasi ini menelaah segala bentuk


gajet
(b) Sisipan -er-

(c) Sisipan -em-

iii.

Kata kerja majmuk

Kata kerja majmuk ialah kata kerja yang mempunyai dua morfem bebas atau
lebih. Kebanyakan kata majmuk terdiri daripada golongan kata nama.

Beliau memberitahu penyata tahunan dan kewangan syarikat wajib di


serah simpan kepada SSM...
...pendidikan negara yang sedia ada kerana masih relevan...

iv.

Kata kerja ganda

Kata kerja boleh diterbitkan melalui proses penggandaan, iaitu proses yang
hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan. Dalam
proses tersebut kata dasar mengalami penggandaan penuh atau penggandaan
separa. Selain itu, kata dasar juga boleh digandakan secara berentak.
Antaranya:

Penggandaan
penuh
penggandaan
separa
penggandaan
berentak

Penggandaan penuh kata kerja ialah proses yang menggandakan


keseluruhan kata dasar. Contohnya:

Penggandaan separa kata kerja ialah proses yang menggandakan


sebahagian

daripada

kata

dasar.

Untuk

golongan

kata

kerja,

penggandaan separa berlaku pada kata dasar yang berimbuhan,


dengan hanya sebahagian daripada kata dasar itu digandakan.

Proses Membakar Lemang secara besar-besaran pada petang esok...


Ribuan penduduk Kota Solo dan dari daerah berhampiran berasak-asak
bagi mendapatkan...

Penggandaan berentak kata kerja iaitu menggandakan kata kerja


mengikut bunyi tertentu dalam kata dasar.

...mengenai desas-desus beliau akan digugurkan daripada jawatan...


Kesalahan ejaan
Daripada kajian saya, tentang kata kerja petikan yang diambil daripada berita
utama dalam akhbar ini, tidak mempunyai sebarang kesalahan ejaan.

pemberian ketupat juga merupakan simbol kemakmuran


saya ikut berebut ketupat

...kami akan memakannya agar mendapat berkat.


...mendapatkan 'gunung ketupat'...
Tinjauan portal Merdeka.com mendapati, kebanyakan penduduk...
...mereka menyediakan sebanyak 5000 biji ketupat ...
Kata kerja transitif pasif
contohnya terkarang, terbina dan ternampak. Contoh ayatnya ialah:

...selepas diarak dan dibacakan doa, ribuan ketupat...


sebelum direbut penduduk, gunung ketupat itu terlebih dahulu...

Kata kerja tak transitif


Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek dan dapat berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas
sebagai predikat dalam sesuatu ayat. Contohnya bersembahyang, bergurau,
tersenyum dan sebagainya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif
yang perlu diikuti oleh pelengkap. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua
iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif
berpelengkap.
Contoh kata kerja tak transitif ialah:

1. Bayi itu sedang menangis.


2. Kakak saya menyanyi.
3. Buku itu tersusun di atas meja.
Contoh dari keratan akhbar:

...didoakan oleh ulama setempat.


Ketupat itu tersusun dalam bentuk piramid...

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap


Kata kerja ini tidak memerlukan perkataan lain selepasnya. Contohnya, buah
durian itu luruh. Kata kerja luruh tidak menerima perkataan lain.
Contoh:

...didoakan oleh ulama setempat.


Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh perkataan lain.
Contohnya, kakak saya menjadi doktor. Kata kerja menjadi diikuti oleh
perkataan lain.

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang menerima imbuhan. Kata
kerja jenis ini dibentuk daripada kata dasar dan imbuhan. Kata kerja terbitan
ditandai oleh imbuhan-imbuhan seperti me-, me-...kan, me-...i, memper-...,
memper-...kan, memper-...i, ber-..., ber-...kan dan ber-...an dan lain-lain.
Contohnya:

Imbuhan

Contoh dari keratan akhbar

me-

memakan, memelihara

meng-

mengaku, mengikut

meng-...kan

menghabiskan,

men-...i

mendapati

men-...kan

mendapatkan, menyediakan

men-...

mendapat

...-an

tinjauan

ber-...

bercuti, berkata

bentuk.

di-

disusun, direbut, diarak

Iaitu:

di-...kan

didoakan, diadakan, ditakrifkan,

Kata kerja
terbitan
terdiri
daripada
empat

diedarkan, dibacakan, dihiburkan


be-

berebut

per-...an

persembahan

pem-...an

pemberian

Awalan kata

kerja:
a) Awalan me- dan Awalan terAwalan yang membentuk kata kerja transitif dan tak transitif dalam bahasa
Melayu. Contoh perkataan dari akhbar:

Awalan me-

memelihara

memakan

b) Awalan berAwalan kata kerja yang digunakan untuk membentuk kata kerja tak transitif
seperti:

bercuti
c) Awalan di-

merupakan awalan kata kerja yang digabungkan dengan kata dasar untuk
membentuk kata kerja pasif seperti:

disusu

direbu

diarak

Akhiran kata kerja:


a) Akhiran kan dan Akhiran i
Digunakan untuk semua jenis kata golongan utama dalam bahasa Melayu,
iaitu kata dalam keratan akhbar ialah:nama, kata adjektif, kata kerja dan kata
tugas. Contoh kata kerja tidak terdapat
Contoh Akhiran kan: bangunkan, letakkan, jatuhkan
Contoh Akhiran i: duduki, sirami, patuhi

Apitan kata kerja:


Apitan kata kerja bermaksud imbuhan awalan dan akhiran hadir serentak.

meng-...kan

menghabiskan,

men-...i

mendapati

men-...kan

mendapatkan, menyediakan

di-...kan

didoakan, diadakan, ditakrifkan,


diedarkan, dibacakan, dihiburkan

per-...an

persembahan

pem-...an

pemberian

Sisipan kata kerja:

Imbuhan dimasukkan pada kata dasar untuk membentuk kata kerja. Anranya
ialah -em-, -el-, dan -er-. Contohnya tidak terdapat dalam petikan.
Contoh:

Kata dasar

Sisipan kata kerja

guruh

Gemuruh

sabut

Berserabut

langit

berlelangit

REFLEKSI
Semasa saya menerima tugasan ini, persoalan utama yang muncul pada minda saya
ialah mampukah saya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Ini
disebabkan pada masa yang sama terdapat juga beberapa kerja kursus yang lain
perlu disiapkan dalam tempoh masa yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak
memberi tekanan kepada saya. Walau bagaimanapun, saya pun berfikiran positif
untuk menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan
yang telah diberikan. Ini disebabkan saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang
diberi oleh pensyarah tidaklah begitu sukar kerana tajuk-tajuk tugasan telah diajar
oleh Encik Khambali.
Semasa mengumpul dan menganalisis maklumat, saya cuba untuk
memahami kehendak soalan dan konsep-konsep yang terdapat dalam morfologi.
Seterusnya, saya pun mula meneroka pelbagai sumber untuk mendapatkan
maklumat mengenai kerja kursus saya. Saya pasti akan menggunakan ilmu-ilmu ini,
untuk menambahbaikkan kerja kursus yang akan datang.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan


semasa menjalankan tugasan ini membolehkan saya meningkatkan cara komunikasi
dengan berkesan. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan
baik serta membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan
berprofesional. Ini disebabkan saya perlu berinteraksi dengan para pelajar saya,
rakan sekerja dan pihak atasan pada masa akan datang. Secara tidak langsung,
saya telah berkemampuan untuk meningkatkan imej profesion keguruan.
Apabila tugasan ini disiapkan, saya telah berjaya mempelajari beberapa
pengetahuan

baharu

yang

berkaitan

dengan

Penghantar

Bahasa

Melayu.

Pelaksanaan tugasan ini telah membantu saya meningkatkan pengetahuan yang


sedia ada pada saya. Sebenarnya, semasa menjalankan tugasan ini, saya
merancang kerja saya dengan sistematik. Pelaksanaan tugasan ini telah membantu
saya membuat ulangkaji secara tidak langsung kerana saya telah banyak melayari
internet dan bertanya dengan kakak senior untuk mempelajari cara membuat kerja
kursus dengan efektif. Saya mula minat terhadap Penghantar Bahasa Melayu
selepas penyempurnaan tugasan ini.

Di samping itu, saya telah mempelajari banyak nilai murni semasa


melaksanakan tugasan ini, saya telah sedar bahawa pentingnya menghargai masa.
Oleh itu, saya mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah
bertindak proaktif supaya dapat menjalankan tugasan dengan sempurna. Jika saya
dapat merancang dengan teliti, saya dapat elak daripada melaksanakan tugasan
pada saat-saat terakhir. Saya juga ingin memastikan tugasan yang saya hasilkan
adalah berkualiti dan menepati standard yang telah ditetapkan. Pada masa yang
sama juga, saya boleh menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya
mengelakkan budaya kurang sihat seperti mengantuk dalam kelas kerana
menyiapkan kerja sampai larut malam.
Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
saya kerana saya telah lebih memahami tajuk ini. Saya berasa teruja untuk belajar
tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Penghantar Bahasa Melayu.

Rujukan
Ab.Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt, Bahasa Kebangsaan. Petaling
Jaya, Pearson Malaysia Sdh.Bhd.2006
Abdullah Hassan & Ainon Mohd., Tatabahasa Dinamika: Berdasarkan
Tatabahasa Dewan, Utusan Publications & Distributors Sdh.Bhd
Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin, Bahasa Melayu
Komunikatif, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
N.A.Salleh, 2009. Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim Dalam
Bahasa Melayu. Selangor: Perintis Books Sdn. Bhd.
Arbak Othman M.A, Tatabahasa Bahasa Malaysia, Penerbitan Sarjana (M)
Sdh. Bhd., 1984 Kuala Lumpur
Nor Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar, Harishon Radzi.

Kepelbagaian Dimensi Linguistic. Penerbit University Kebangsaan


Malaysia Bangi, 2001
P.H. Matthews. The Concise Oxford Dictionary of Linguistics. Cambridge
University.

You might also like