You are on page 1of 3

2020062340077 [Type here] BMMB 3023

BAHAGIAN A

1. Jelaskan definisi linguistik terapan

Linguistik terapan merupakan salah satu cabang ilmu bahasa yang berkaitan
dengan penerapan atau penggunaan bahasa di mana dikenali sebagai
linguistik gunaan. Linguistik ini wujud apabila bidang linguistik bergabung
dengan pendidikan dan psikologi. Selain itu, ia juga menjadi fokus utama
dalam jurusan bahasa dan sastera yakni minat penerjemahan, medis,
forensik, leksikografi, sosiolinguistik, grafologi, mekanolinguistik,
medikolinguistik, pembinaan bahasa, fonetik terapan, dan pengajaran
bahasa. Aktiviti yang berkaitan dengan linguistik terapan ialah perkamusan
dan terjemahan. Menurut Monoton Davies (2004), beliau mengatakan
bahawa linguistik terapan adalah penyelidikan teori dan empirikal yang
menentukan bahasa sebagai pokok pembahasan.

2. Huraikan ciri bahasa

Bahasa-bahasa di dunia memilik sifat dan ciri sepunya. Ciri yang pertama
bagi bahasa ialah bahasa sebagai satu sistem. Bahasa mempunyai cara
serta kaedah untuk diujarkan atau dituliskan di mana kedudukan perkataan
dengan perkataan lain dalam ayat adalah teratur. Selain itu, bahasa adalah
bersifat dinamik. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa berpotensi untuk
berkembang dan berubah bagi penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan
dan kemajuan. Pertembungan budaya juga akan berlaku melalui pergaulan
dan interaksi di kalangan manusia. Seterusnya, bahasa juga merupakan satu
simbol iaitu simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada
pendengar sebagai satu interaksi melalui saluran komunikasi tertentu.
Bahasa adalah simbol perpaduan yang menjadi alat penutur utama bagi
masyarakat dalam sesebuah negara. Akhir sekali, bahasa adalah bersifat
unik. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa mempunyai bentuk dan
struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk
perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja.
2020062340077 [Type here] BMMB 3023

3. Terangkan empat bentuk kata berdasarkan Buku Tatabahasa Dewan

Bentuk kata dalam bahasa Melayu dibahagi kepada empat iaitu bentuk kata
tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.
Pertama bentuk kata tunggal adalah perkataan-perkataan yang tidak
menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan
perangkaian merupakan golongan kata tunggal. Bentuk kata tunggal
mempunyai dua jenis iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku
kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Jumlah
kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu adalah terhad.
Sebagai contoh, cat, sen, brek, trak, skru, skrip dan sebagainya. Contoh
perkataan bagi kata tunggal dua suku kata pula ialah aku, apa, air, adik,
emas, pasu, jarum, lampu dan sebagainya.

Selain itu, bentuk kata terbitan ialah satu bentuk perkataan yang
dibentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar. Melalui proses tersebut, bentuk perkataan yang
dihasil disebut sebagai kata terbitan. Proses pengimbuhan ini terbahagi
kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Awalan adalah
imbuhan hadir sebelum kata dasar seperti pelari, melawan, secantik dan
sebagainya. Akhiran pula adalah imbuhan hadir sesudah kata dasar seperti
pakaian, hadirin, turuti dan sebagainya. Apitan adalah imbuhan hadir
mengapit kata dasar seperti pelaksanaan, memainkan, mengetinkan dan
sebagainya. Akhir sekali, sisipan adalah imbuhan hadir di celah kata dasar
seperti telunjuk, selerak, gelegak dan sebagainya.

Seterusnya, bentuk kata majmuk adalah proses pemajmukan di mana


proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna yang khusus. Kata majmuk adalah dieja secara terpisah
dan sebagi satu unit serta tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur
lain. Contoh kata majmuk ialah alat tulis, biru laut, Perdana Menteri, Duta
Besar, model linear, kaki ayam, antarabangsa, olahraga dan sebagainya.

Akhir sekali, bentuk kata ganda adalag proses yang menggandakan


kata dasar. Dalam proses sedemikian, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh atau penggandaan separa serta boleh digandakan
2020062340077 [Type here] BMMB 3023

secara berentak mengikut rentak bunyi tertentu. Sebagai contoh, meja-meja,


pemimpin-pemimpin, amalan-amalan, persatuan-persatuan, lelaki, sayur-
sayuran, kuih-muih, batu-batan dan sebagainya.

You might also like