You are on page 1of 1

M4 TUTORIAL

Satu isu berkaitan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak ialah tumbesaran yang
terbantut di mana ia merupakan petanda kemungkinan besar kanak-kanak
mengalami masalah kesihatan yang menjejaskan perkembangan fizikal.

Berdasarkan Pakar Perunding Kanak-kanak Pediatrik Endokrinologi, Jabatan


Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr.
Suhaimi Hussain, sebab-sebab berlakunya tumbesaran fizikal terencat atau terbantut
adalah berkait rapat dengan empat kategori iaitu masalah penyakit perubatan,
genetik, hormon dan kebakaan.

Pertama, penyakit perubatan masalah penyerapan zat-zat makanan yang


mengakibatkan radang usus, perkumuhan dan masalah pernafasan seperti asma,
jantung berlubang dan lain-lain. Hal ini menyebabkan tumbesaran dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja terjejas.

Kedua, masalah yang lain adalah mengenai genetik, iaitu di mana kelahiran
bayi yang pramatang yang tidak cukup berat badan dan dilahirkan dengan rupa
paras yang berlainan dikenali sebagai “Sindrom Down”.

Ketiga, masalah perkembangan fizikal kanak-kanak yang seterusnya ialah


masalah suis otak dalam sel-sel badan yang mengawal hormon tumbesaran yang
menyebabkan tumbesaran yang tidak normal. Akhir sekali, masalah tersebut berlaku
juga adalah disebabkan baka yang diwarisi dari ibu bapa di mana sewaktu mereka
masih kecil mempunyai masalah yang sama.

You might also like