You are on page 1of 9

BBK 3309 : DRAMA MELAYU

TAJUK: DRAMA TEATER BANGSAWAN


KERAMAT KASMAT BINTANG
PENSYARAH:
DR. NORMALIZA BT ABD. RAHIM
PN. FAZILAH BT HUSIN
OLEH:
AZMI BIN MOHD NOR ( B 8053 )
TRIMESTER 9
B.A ( BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU )
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN

HALAMAN

PENDAHULUAN

PENULISAN

RUMUSAN

PENDAHULUAN
Drama teater Melayu yang akan dipentaskan bagi kumpulan ini ialah Teater
Bangsawan. Judul Bangsawan yang akan dipersembahkan ialah Keramat Kasmat
Bintang.
Drama teater Bangsawan ini adalah berunsur metos mengenai kepercayaan
masyarakat purba terhadap keramat. Jurnal ini ditulis bertujuan untuk menyatakan
perasaan saya bersama ahli kumpulan semasa berbincang, merancang, bekerjasama, dan
berlatih untuk menjayakan drama teater bangsawan yang dipilih.
Perbincangan, perjumpaan, dan latihan diadakan melebihi daripada lima kali.
Walau bagaimanapun jurnal yang disediakan dan dikehendaki hanya sebanyak lima
jurnal.
Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah yang
memberi tunjuk ajar, ahli-ahli kumpulan yang sentiasa memberi galakkan dan sokongan.

Penulisan Jurnal
JURNAL PERTAMA
18 Julai 2007, 8.00 Pembentukan Kumpulan
Menerima tugasan daripada pensyarah drama Melayu Dr.Normaliza. Diarahkan
membentuk kumpulan dan pelantikan ahli jawatankuasa. Pada mulanya pensyarah
memberi kebebasan memilih ahli sendiri yang senang untuk berhubung, kumpulan yang
ditetapkan oleh pensyarah hanya empat kumpulan, tetapi banyak kelemahannya memilih
sendiri kerana peserta lelaki memilih peserta lelaki sahaja, begitu juga peserta
perempuan. Padahal lakonan teater memerlukan watak lelaki dan wanita.
Akhirnya pensyarah terpaksa agihkan sama banyak lelaki ke dalam empat
kumpulan yang ditetapkan, jumlah lelaki tidak ramai. Dr. Normaliza juga mengarahkan
setiap individu perlu menulis jurnal atau catatan sepanjang proses penghasilan drama
teater.
Tajuk yang diberi oleh pensyarah ialah Drama teater berbentuk Bangsawan. Ketua
mengarahkan ahli supaya cuba mencari tajuk yang sesuai, menarik dan menyenangkan.

JURNAL KEDUA
25 Julai 2007, Latihan Pertama
Perjumpaan kedua adalah untuk membincangkan, memilih tajuk yang telah dicari
dan disediakan oleh ahli kumpulan.. Ketua kumpulan telah dipilih. Beliau merupakan
seorang yang bertanggungjawab, menerima pelantikan itu dengan rela hati. Memberi
ucapan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepadanya, dan mengharapkan
kerjasama semua ahli.
Pengagihan tugas dibuat secara adil dan kerelaan ahli. Semua ahli perlulah
bekerjasama dalam menja;ankan latihan. Latihan pertama telah dijalankan pada hari ini.
Memandangkan semua ahli kumpulan baru menerima skrip, latihan dijalankan dengan
cara melihat skrip.

JURNAL KETIGA

01 Ogos 2007. Latihan Kedua


Apabila skrip siap diedit, latihan penuh yang kedua dijalankan. Sebelum
dimulakan ketua memberi penerangan supaya semua ahli mengambil bahagian. Ahli
kumpulan yang terlibat dengan persediaan lain selain daripada lakonan juga turut
berbincang.
Semua ahli yang berlakon belum lagi menghafal skrip, jadi pergerakan kakuk dan
kurang penghayatan. Walau bagaimanapun keseluruhan dibuat dengan baik. Sebelum
bersurai ketua ketua kumpulan mengingatkan ahli supaya bersedia, menetapkan tarikh
perjumpaan seterusnya. Terdapat ahli kumpulan yang berjanji akan menguruskan tentang
pakaian dan kostum.

JURNAL KEEMPAT

08 September 2007. Latihan Ketiga


Perjumpaan kali ini lebih bersemangat kerana kebanyakan telah hafal dan
menghayati plot serita yang akan dipentaskan. Walaupun bagaimanapun masih terdapat
skrip yang terlupa dan dibantu oleh pengarah serta ahli-ahli lain. Semua hadir kecuali
yang ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum bersurai, seperti biasa ketetapan tarikh perjumpaan seterusnya.


Perbincangan tentang kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki. Kali ini kebanyakan
ahli terpaksa membawa anak masing-masing kerana tiada pengasuh. Tiada gangguan
kelancaran latihan daripada anak-anak ini.

JURNAL KELIMA

15 September 2007. Latihan Keempat


Latihan penuh berjalan lancar, semua ahli telah hadir kecuali yang mempunyai
masalah yang tidak dapat dielakkan. Watak ahli yang tidak hadir terpaksa dipegang oleh
ahli lain bagi menjayakan latihan. Penghayatan lebih baik dan sempurna dengan tarian
yang agak terlatih. Seperti biasa perbincangan, cadangan pada permulaan perjumpaan dan
akhirnya juga perbincangan kelemahan yang dinyatakan oleh ketua, perlu perbaiki lagi.
Perlu tiga kali latihan lagi kerana rasa tidak sempurna sepenuhnya. Kesungguhan sudah
ada, kerjasama yang baik, hampir sempurna.
Latihan bersurai pukul 1.00 tengah hari, dengan hati yang agak lapang sedikit
kerana risau, takut tidak menjadi lakonannya. Malu orang melihatnya nanti, tidak dapat
dibayangkan suasana di pentas sebenar.

RUMUSAN
Sebenarnya latihan ini memberi pengalaman baru, dan merapatkan hubungan
sesama peserta eksekutif untuk semester untuk semester akhir ini. Latihan memang
kerapdiadakan namun jurnal yang ditulis hanya lima kali sahaja.
Keseronokan membuat sesuatu yang belum pernah dilakukan. Pengalaman ini
akan dibawa balik ke sekolah dan berkongsi pengalaman dengan orang lain bagi
membangkitkan pementasan drama teater Melayu di negara ini.
Pementasan ini juga memerlukan sumber kewangan untuk lebih sempurna dan
meyakinkan. Pengalaman ini memberi kebaikan kepada semua peserta kursus dan yang
pastinya tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Hal ini demikian kerana ianya
merupakan pengalaman pertama bagi penulis dan berkemungkinan juga merupakan
pengalaman terakhir. Saat Pementasan Drama memang dinantikan. Tidak dapat
dibayangkan apa yang akan terjadi pada malam tersebut. Sekian terima kasih.

You might also like