You are on page 1of 6

1

-

S
e
m
a
n
t
i
k

Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3)




1. PENGENALAN
Perkataan semantik berasal daripada kata Yunani, sema = tanda atau
lambang.


2. DEFINISI SEMANTIK
Semantik = bidang ilmu yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.
Kajian semantik meneliti makna yang terdapat pada morfem, kata, frasa dan ayat
dalam sesuatu bahasa.

3. KONSEP (MAKNA), PERKATAAN DAN RUJUKAN
Makna, menurut kamus lazimnya didefinisikan sebagai erti atau maksud.
Makna perlu bergantung kepada konteks penggunaannya untuk mengelakkan
kekaburan makna.

Contoh:
Perkataan pokok, biasanya bermaksud pohon, tetapi dalam
konteks lain boleh bermaksud modal dan dasar.

Konsep dan makna perkataan dianalisis berdasarkan tiga komponen:
Kata dalam bentuk bunyi atau tulisan
Konsep atau makna bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran
Rujukan benda konkrit yang dirujuk
Terdapat hubungan antara kata dengan makna kata.







Lazimnya apabila seseorang menyebut ayam(kata), secara psikologi dan serta-merta
akan tergambar binatang itu dalam fikirannya (konsep atau makna), dan binatang itu
iaitu ayamsecara konkrit (rujukan).
Makna sangat subjektif dan arbitrari sifatnya:
Bersifat tidak tetap, tidak berasaskan pertimbangan tertentu, serta
sewenang-wenang
Boleh berubah berdasarkan faktor-faktor konteks, budaya, tabu (larangan),
perkembangan bahasa itu sendiri, dan sebagainya.
Makna mempunyai medan makna, iaitu lingkungan makna bagi sesuatu
perkataan, atau persekitaran bagi sesuatu benda.

SEMANTIK
Nota
PENGGAL
3
Konsep / Makna (referens)
Kata / Leksem
Rujukan (Benda yang dirujuk)



2

-

S
e
m
a
n
t
i
k


Perkataan Medan/Lingkungan maknanya
Universiti
pengajar pensyarah Naib Canselor kuliah buku
kampus akta
Perpustakaan buku akhbar buletin rak buku majalah
Jalan raya lampu isyarat selekoh papan tanda

3. PERUBAHAN MAKNA
Makna perkataan boleh berubah kerana bahasa Melayu bersifat dinamik.
Perubahan makna terjadi kerana sebab-sebab linguistik, sejarah, sosial, psikologi,
pengaruh luar, keperluan kepada perkataan baharu atau perkembangan dalam
bahasa, dan sebagainya.

Contoh:
Perkataan tangan, asalnya ialah anggota badan, tetapi maknanya
berubah apabila digandingkan dengan imbuhan, seperti menangani,
yang bermaksud mengendalikan atau menyelesaikan.

Makna boleh berubah menjadi luas atau sempit.

(a) Peluasan Makna
Peluasan makna dikaitkan dengan penambahan makna bagi sesuatu
perkataan.

Perkataan Makna asal Penambahan makna
Taman
Kebun bunga atau taman
bunga
1. Kawasan perumahan
2. Kawasan perindustrian
3. Kawasan alam semula jadi =
taman negara
Datuk Bapa kepada ayah atau ibu
1. Kurniaan raja kepada
seseorang
Tuan
Panggilan kepada orang
Eropah, Arab, dan guru
agama
1. Ketua jabatan
2. Penerima surat rasmi
3. Dif jemputan

(b) Penyempitan Makna
Penyempitan makna dikaitkan dengan:
perkataan yang asalnya mempunyai makna yang luas berubah menjadi
terbatas
perkataan yang asalnya mempunyai makna yang umum berubah
menjadi lebih khusus
Kebanyakan istilah pinjaman disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu.

Perkataan Makna asal Pengurangan makna
1. Daging
Isi pada manusia atau
binatang
Merujuk kepada daging lembu
sahaja.
2. Kitab Semua jenis buku Buku agama.
3. Ustaz Semua kategori guru/ cikgu Guru agama sahaja



3

-

S
e
m
a
n
t
i
k

4. JENIS MAKNA
(a) Makna Leksikal
Makna leksikal = makna yang nyata bagi sesuatu perkataan, iaitu makna
perkataan itu sendiri.

Contoh:
Buaya = sejenis binatang buas di dalam air, dan boleh juga di
darat. Contohnya dalam ayat: Buaya di sungai itu belum
ditangkap.

(b) Makna Gramatikal
Makna gramatikal ialah makna yang terhasil daripada proses
gramatikal (pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan), termasuk kata
tugas.

Contoh:
berasap (pengimbuhan) = mengeluarkan asap
sekolah-sekolah (penggandaan) = banyak sekolah
kerusi malas (pemajmukan) = kerusi yang boleh dilunjurkan

(c) Makna Denotatif
Makna denotatif dikenali juga sebagai makna kamus, makna dasar, makna asli,
makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual, dan makna ideasional.
Maksud makna-makna tersebut ialah makna yang sebenar, yang bersifat
tersurat, atau tiada maksud lain di sebaliknya.

Contoh:
Perkataan cantik bermaksud lawa, sebagaimana yang wujud atau
kelihatan pada mata orang yang memandang.
Ibu ayam bermaksud ibu kepada ayam

(d) Makna Konotatif
Makna konotatif ialah makna yang bersifat tersirat.
Makna ini makna tambahan, iaitu makna lain selain yang tersurat.
Makna ini merujuk kepada konteks penggunaan.

Contoh:
Perkataan cantik dalam ayat Banyak cantik kerja kamu! tidak
bermaksud lawa atau indah, tetapi teruk, tidak tersusun,
atau seumpamanya. Ujaran itu satu perlian, atau memulangkan
paku buah keras kerana sesuatu hal yang sebelumnya.
Ibu ayam (simpulan bahasa) bermaksud perempuan yang
memperdagangkan perempuan (menjadikannya pelacur).

Makna jenis ini juga dikaitkan dengan nilai rasa.

Contoh:
Antara perkataan perempuan dengan wanita, mempunyai
makna leksikal yang sama, iaitu orang dewasa yang bukan lelaki.
Namun, dari makna konotatif, wanita membawa nilai rasa yang
lebih tinggi atau positif, berbanding dengan perempuan yang
boleh membawa nilai rasa agak negatif bagi konteks tertentu.



4

-

S
e
m
a
n
t
i
k

5. PERKAITAN MAKNA
Dari segi leksikal (perkataan), perkaitan makna lazimnya dilihat dari aspek-aspek
berikut:

5.1 Sinonim
Perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama atau lebih kurang sama
dengan perkataan lain.





Dalam situasi tertentu, ada perkataan yang tidak dapat digunakan secara
bertukar ganti, kerana akan membawa makna yang tidak tepat.

Contoh:
Aliah cantik tidak boleh dikatakan Aliah indah
pemandangan cantik sama dengan pemandangan indah
dekat dengan pasar sesuai dengan hampir dengan pasar, tetapi
tidak boleh dikatakan nyaris dengan pasar

5.2 Antonim
Antonim merujuk kepada perkataan yang berlawanan makna atau yang
sebaliknya.
Kata berantonim lazimnya bersifat dua hala, iaitu boleh bertukar kedudukan.

Contoh:






5.3 Hiponim
Hiponim merujuk kepada perkataan yang mempunyai lingkungan
dalam struktur makna.
Makna sesuatu ungkapan dianggap sebagai sebahagian daripada makna
suatu ungkapan yang lain.
Secara mudah, hiponim = jenis bagi sesuatu.

Contoh:
Perkataan lori, motosikal, basikal, bas, kereta, kereta api, dan sebagainya
berhiponim dengan kenderaan, kerana semuanya jenis kenderaan.

kenderaan



lori motosikal basikal bas kereta kereta api kapal terbang
ayah = bapa
cantik = indah, lawa, ayu
dekat = hampir, nyaris

besar kecil
lelaki perempuan
miskin kaya
kecil besar
perempuan lelaki
kaya miskin



5

-

S
e
m
a
n
t
i
k

Kata berhiponim bersifat satu arah lori berhiponim dengan kenderaan, tetapi
kenderaan tidak berhiponim dengan lori. Sebabnya, lori hanya sebahagian daripada
makna kenderaan, kerana lori bukan satu-satunya jenis kenderaan


5.4 Homonim
Homonim merujuk kepada perkataan yang memiliki bentuk ejaan dan
bunyi (sebutan/lafaz) yang sama tetapi maksudnya sangat berbeza.
Kata homonim banyak makna, tetapi antara makna tidak mempunyai
perkaitan sama sekali.
Dalam kamus, perkataan berhomonim dimasukkan dalam entri yang berbeza.

Contoh:






Bentuk ini mempunyai subbentuk, iaitu homograf dan homofon.

(a) Homograf
Bentuk homograf merujuk kepada perkataan-perkataan yang sama
bentuk ejaan, tetapi berbeza bunyi (lafaz/sebutan) dan makna.
(Homo = sama, graf = tulisan/ejaan).

Ejaan
Perkataan
Bunyi/
Sebutan
Makna
Perang
[ pera ] Warna
[ pra ] Pertempuran
Semak
[ semak ] Periksa
[ smak ] Belukar
Selak
[ selak ] Buka
[ slak ] Kunci

(b) Homofon = Homofon ialah perkataan yang mempunyai bentuk sebutan
(bunyi/lafaz) yang sama, tetapi ejaan dan maknanya berbeza. (Homo
= sama, fon = bunyi/sebutan).

Ejaan
Perkataan
Bunyi/
Sebutan
Makna
Tuntun
[ tonton ]
Tolak/heret
Tonton Lihat
Bank
[ bang ]
Institusi kewangan
Bang Azan
Duet
[ du
w
et ]
Nyanyi berpasangan
Duit Wang

pasang I = jodoh atau kelamin
pasang II = naik atau menjadi bertambah (air laut)
pasang III = disiapkan atau dibina dengan mencantumkan
bahagian yang disediakan



6

-

S
e
m
a
n
t
i
k

5.5 Polisemi (Polisem)
Polisemi = perkataan yang memiliki ejaan dan bunyi yang sama dan
mempunyai banyak makna.
Makna-maknanya mempunyai perbezaan yang kecil dan masih
menunjukkan perkaitan rapat antara satu sama lain dalam sesuatu aspek
tertentu.
Dalam kamus, semua makna dimasukkan dalam satu entri sahaja.

Contoh:




5.5 Mironim
Mironim dirujukkan kepada perkataan-perkataan yang menjadi
bahagian atau konstituen bagi sesuatu.
Bentuk ini kelihatan seperti kolokasi dan hiponim, tetapi kedua-duanya hanya
bersifat perkaitan, berbanding dengan mironim yang menjadi anggota atau
ahli binaan bagi sesuatu benda.
Kesimpulannya, mironim = bahagian, konstituen atau anggota bagi
binaan sesuatu.

Contoh:





berat = 1. Timbangan, 2. Teruk/kuat, 3. Sungguh-sungguh
habis = 1. Tiada yang tinggal, 2. Selesai, 3. Selepas/sesuah
nafkah = 1. Wang untuk hidup, 2. Makanan, 3. Perbelanjaan
Mata, hidung, mulut, dahi mironim bagi muka
Dinding, lantai, tiang, tingkap mironim bagi rumah
Dahan, daun, batang, ranting mironim bagi pokok

You might also like