You are on page 1of 24

SEMANTIK

KONSEP
KONSEP PERKATAAN & RUJUKAN
PERKAITAN MAKNA DARI SEGI LEKSIKAL
PERUBAHAN MAKNA
KONSEP
 Etimologi : Semantik –asal perkataan sema dalam bahasa
Yunani bermaksud tanda @ lambang
Bahasa : Semantik merujuk kepada Ilmu yang mengkaji
perkaitan antara lambang @ perkataan@ ayat dengan
maknanya
Umum : Kajian tentang makna sesuatu perkataan, frasa dan
ayat sesuatu bahasa yang digunakan dalam komunikasi lisan @
tulisan
MAKNA DENOTATIF
 Makna sebenar/asal/tersurat bagi sesuatu
perkataan@ frasa & tiada makna lain di sebaliknya
Disamakan dengan makna rujukan kerana lazimnya
diberikan penjelasan sebagai makna yang sesuai
dengan pemerhatian berdasarkan konteks biasa
Cth :
i. sekolah – tempat untuk belajar & mengajar
ii. Istana – tempat kediaman raja
Perkataan cantik bermaksud “lawa”, sebagaimana yang
wujud atau kelihatan pada mata orang yang memandang.
 Ibu ayam bermaksud “ibu kepada ayam”
MAKNA KONOTATIF
 Makna konotatif ialah makna yang bersifat tersirat. 
Makna ini makna tambahan, iaitu makna lain selain yang
tersurat.
 Makna ini merujuk kepada konteks penggunaan.
 Contoh:  Perkataan cantik dalam ayat “Banyak cantik
kerja kamu!” tidak bermaksud “lawa” atau “indah”, tetapi
“teruk”, “tidak tersusun”, atau seumpamanya.
 Ujaran itu satu perlian, atau memulangkan paku buah keras
kerana sesuatu hal yang sebelumnya.
 Ibu ayam (simpulan bahasa) bermaksud “perempuan yang
memperdagangkan perempuan (menjadikannya pelacur)”.
 Makna jenis ini juga dikaitkan dengan “nilai rasa”. Contoh:

Perkataan perempuan dengan wanita, mempunyai makna
leksikal yang sama, iaitu “orang dewasa yang bukan lelaki”.
Namun, dari makna konotatif, wanita membawa nilai rasa yang
lebih tinggi atau positif, berbanding dengan perempuan yang
boleh membawa nilai rasa agak negatif bagi konteks tertentu.
KONSEP (MAKNA), PERKATAAN DAN
RUJUKAN
 Makna, menurut kamus lazimnya didefinisikan sebagai erti
atau maksud.
 Makna perlu bergantung kepada konteks penggunaannya
untuk mengelakkan kekaburan makna.
 Contoh: Perkataan pokok, biasanya bermaksud “pohon”,
tetapi dalam konteks lain boleh bermaksud modal dan dasar.
  Konsep dan makna perkataan dianalisis berdasarkan tiga
komponen:
KONSEP (MAKNA), PERKATAAN DAN
RUJUKAN
 Konsep dan makna perkataan dianalisis berdasarkan
tiga komponen:
 Kata – dalam bentuk bunyi atau tulisan  Konsep atau
makna – bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran 
Rujukan – benda konkrit yang dirujuk
 Terdapat hubungan antara kata dengan makna kata.
Apabila seseorang menyebut ayam (kata), secara psikologi dan
serta-merta akan tergambar binatang itu dalam fikirannya
(konsep atau makna), dan binatang itu iaitu ayam secara
konkrit (rujukan).
 Makna sangat subjektif dan arbitrari sifatnya:
 Bersifat tidak tetap, tidak berasaskan pertimbangan tertentu,
serta sewenang-wenang
 Boleh berubah berdasarkan faktor-faktor konteks, budaya,
tabu (larangan), perkembangan bahasa itu sendiri, dan
sebagainya.
 Makna mempunyai medan makna, iaitu lingkungan makna
bagi sesuatu perkataan, atau persekitaran bagi sesuatu benda
PERUBAHAN MAKNA
 Makna perkataan boleh berubah kerana bahasa Melayu bersifat
dinamik.
 Perubahan makna terjadi kerana sebab-sebab linguistik, sejarah,
sosial, psikologi, pengaruh luar, keperluan kepada perkataan baharu
atau perkembangan dalam bahasa, dan sebagainya.
Contoh: Perkataan tangan, asalnya ialah “anggota badan”, tetapi
maknanya berubah apabila digandingkan dengan imbuhan, seperti
menangani, yang bermaksud “mengendalikan” atau “menyelesaikan”.
Makna boleh berubah menjadi luas atau sempit
(a)Peluasan Makna
 Peluasan makna dikaitkan dengan penambahan makna bagi
sesuatu perkataan.
(b) Penyempitan Makna
 Penyempitan makna dikaitkan dengan:
 perkataan yang asalnya mempunyai makna yang luas berubah
menjadi terbatas
 perkataan yang asalnya mempunyai makna yang umum berubah
menjadi lebih khusus
 Kebanyakan istilah pinjaman disempitkan maknanya dalam bahasa
Melayu
JENIS MAKNA
(a) Makna Leksikal
 Makna leksikal = makna yang nyata bagi sesuatu
perkataan, iaitu makna perkataan itu sendiri.
Contoh: Buaya = sejenis binatang buas di dalam air, dan boleh
juga di darat.
Contohnya dalam ayat: Buaya di sungai itu belum ditangkap
PERKAITAN MAKNA

 Dari segi leksikal (perkataan), perkaitan makna lazimnya dilihat dari aspek-aspek
berikut:
5.1 Sinonim
 Perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama atau lebih kurang sama
dengan perkataan lain.
ayah = bapa  cantik = indah, lawa, ayu  dekat = hampir, nyaris
 Dalam situasi tertentu, ada perkataan yang tidak dapat digunakan secara bertukar
ganti, kerana akan membawa makna yang tidak tepat.
Contoh:  Aliah cantik tidak boleh dikatakan Aliah indah  pemandangan cantik
sama dengan pemandangan indah
 dekat dengan pasar sesuai dengan hampir dengan pasar, tetapi tidak boleh
dikatakan nyaris dengan pasar
5.2 Antonim
 Antonim merujuk kepada perkataan yang berlawanan
makna atau yang sebaliknya.
 Kata berantonim lazimnya bersifat dua hala, iaitu boleh
bertukar kedudukan.
5.3 Hiponim
 Hiponim merujuk kepada perkataan yang mempunyai lingkungan dalam struktur
makna.
 Makna sesuatu ungkapan dianggap sebagai sebahagian daripada makna suatu
ungkapan yang lain.  Secara mudah, hiponim = jenis bagi sesuatu.

Kata berhiponim bersifat satu arah – lori berhiponim dengan kenderaan, tetapi kenderaan
tidak berhiponim dengan lori. Sebabnya, lori hanya sebahagian daripada makna kenderaan,
kerana lori bukan satu-satunya jenis kenderaan
5.4 Homonim
 Homonim merujuk kepada perkataan yang memiliki bentuk ejaan dan bunyi
(sebutan/lafaz) yang sama tetapi maksudnya sangat berbeza.
 Kata homonim banyak makna, tetapi antara makna tidak mempunyai
perkaitan sama sekali.
 Dalam kamus, perkataan berhomonim dimasukkan dalam entri yang berbeza

 Bentuk ini mempunyai subbentuk, iaitu homograf dan homofon.


(a)Homograf
 Bentuk homograf merujuk kepada perkataan-perkataan yang sama
bentuk ejaan, tetapi berbeza bunyi (lafaz/sebutan) dan makna. (Homo =
sama, graf = tulisan/ejaan).
(b) Homofon = Homofon ialah perkataan yang mempunyai
bentuk sebutan (bunyi/lafaz) yang sama, tetapi ejaan dan
maknanya berbeza. (Homo = sama, fon = bunyi/sebutan).
5.5 Polisemi (Polisem)
 Polisemi = perkataan yang memiliki ejaan dan bunyi yang sama dan
mempunyai banyak makna.
 Makna-maknanya mempunyai perbezaan yang kecil dan masih
menunjukkan perkaitan rapat antara satu sama lain dalam sesuatu
aspek tertentu.
 Dalam kamus, semua makna dimasukkan dalam satu entri sahaja.
5.5 Mironim
 Mironim dirujukkan kepada perkataan-perkataan yang menjadi
bahagian atau konstituen bagi sesuatu.
 Bentuk ini kelihatan seperti kolokasi dan hiponim, tetapi kedua-duanya
hanya bersifat perkaitan, berbanding dengan mironim yang menjadi
anggota atau ahli binaan bagi sesuatu benda.
 Kesimpulannya, mironim = bahagian, konstituen atau anggota bagi
binaan sesuatu. Contoh
(b) Makna Gramatikal

 Makna gramatikal ialah makna yang terhasil daripada


proses gramatikal (pengimbuhan, penggandaan, dan
pemajmukan), termasuk kata tugas. Contoh: • berasap
(pengimbuhan) = mengeluarkan asap
• sekolah-sekolah (penggandaan) = banyak sekolah
 kerusi malas (pemajmukan) = kerusi yang boleh
dilunjurkan

You might also like