You are on page 1of 47

Oleh:

Mohamad Ariff B. Nasir Mohd Syafiq Wafiuddin B. Mohd Zaini Mohamad Nur Hafizzudin B. Mohd Zainuddin

SETERUSNYA

Disediakan Oleh: Mohamad Ariff Bin Nasir

semantik
Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani sema yang bermakna tanda atau lambang. Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan.
SETERUSNYA

Pengertian makna

Perkaitan makna

Hubungan antara konsep dengan makna

Ilmu semantik

peribahasa

Jenis makna

Perubahan makna

Pengertian Makna
Ferdinand de Sassure menyatakan setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur, iaitu yang diertikan dan yang mengertikan. Unsur yang diertikan ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang Manakala unsur yang mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan.

Hubungan antara Konsep dengan Makna


Digambarkan melalui bentuk segi tiga semantik. Berdasarkan rajah, perkataan atau leksem melambangkan konsep atau makna, sedangkan konsep atau makna merujuk sesuatu, iaitu referen.

Jenis-jenis makna
Makna Denotatif Makna denotatif adalah makna asli yang dimiliki oleh sebuah kata. Contohnya: 1) kaki ayam: kaki pada ayam. 2) ibu ayam: ayam betina yang mempunyai anak.
SETERUSNYA

KEMBALI

Makna Konotatif Makna konotatif adalah makna tambahan yang bukan makna sebenarnya. Umumnya bersifat sindiran dan merupakan makna tambahan daripada makna denotatif. Contohnya: 1) kaki ayam: kaki yang tidak berkasut. 2) ibu ayam: orang yang kerjanya melacur.
SETERUSNYA

KEMBALI

SETERUSNYA

Makna Leksikal Makna leksikal adalah makna satuan bahasa sesuai dengan acuannya atau makna satuan bahasa yang belum berubah dari acuannya. Contoh: 1) abdi - orang bawahan; hamba; orang yang bekerja pada raja atau pemerintah. 2) abjad: kumpulan huruf (aksara) berdasarkan urutan yang lazim dalam bahasa tertentu.

KEMBALI

Makna Gramatikal Makna gramatikal adalah makna yang dapat berubah. Kata tersebut mengalami proses gramatikal seperti pemakjemukan, imbuhan dan pengulangan. Contoh: 1) pengabdi orang yang mengabdi
2) mengabjad menyusun berdasarkan abjad.

Perubahan makna
Pada suatu ketika ada perkataan yang tidak berubah makna (sinkronis) tetapi dalam perkembangan lanjut perkataan tersebut berubah maknanya.

Contohnya: menyeberang - makna lama: dulu hanya menyeberang sungai. - makna baru: termasuk menyeberang jalan dll.

PERKAITAN MAKNA PERKATAAN


Bahasa-bahasa yang dipetuturkan mempunyai makna yang saling berkaitan antara satu sama lain. Antara aspek perkaitan makna ialah: Sinonim, antonim, homonimi, hiponimi, homograf, polisemi dan homophon.
KEMBALI SETERUSNYA

SINONIM: Dua perkataan atau lebih yang maknanya hampir sama atau maknanya seolah-olah sama. Contohnya, ibu emak, kekal abadi dan senang mudah.

ANTONIM: Dua perkataan atau lebih yang maknanya berlawanan. Contohnya, gemuk kurus.
HOMONIM: Perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama, mendukung makna yang berbeza. Contohnya, daki (kotoran) daki ( memanjat).
KEMBALI SETERUSNYA

HOMOFON: Perkataan yang sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. Contohnya, Bank(tempat menyimpan wang), Bang(panggilan untuk abang). HOMOGRAF: Perkataan yang sama ejaannya, tetapi sebutan dan maknanya berbeza. Contohnya: perang [perang] dan perang [prang]. HIPONIM: Perkataan yang maknanya dianggap sebagai sebahagian daripada makna suatu perkataan lain. contohnya, kenderaan proton, nissan, bmw dll.

KEMBALI

SETERUSNYA

POLISEMI: Perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung banyak makna. contohnya (mentah) mempunyai set makna seperti masih musa, tidak masak, belum diproses.

KEMBALI

peribahasa
Ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas. Contohnya. Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

STRUKTUR LINGUISTIK
PRAGMATIK MOHD SYAFIQ WAFIUDDIN BIN AHMAD ZAINI

Pengenalan
Pragmatik ialah kajian yang meneliti bagaimana ujaran mendapat maknanya apabiladigunakan dalam keadaan tertentu (komunikasi). Kita tidak dapat memahami hakikat sifatbahasa itu sendiri jika kita tidak memahami pragmatik, iaitu bagaimana bahasa digunakandalam komunikasi.

Pengenalan
Bidang ini dicetuskan oleh Ross dan Lakoff (sekitar akhir 1960-an) yangmenghujahkan bahawa sintaksis tidak boleh secara sahih dipisahkan daripada kajian yangmeneliti cara bahasa digunakan sejajar dengan perkembangan linguistik daripada penelitiandata pertuturan fizikal hinggalah kepada menelitian bentuk, makna dan konteks (Leech, 1993,hlm. 2).

Bidang pragmatik moden adalah pengaruh daripada ahli falsafah terutama Austin(1962), Searle (1969), dan Grice (1975).

Pengenalan
Secara amalan, masalah perbezaan bahasa (language) daripada penggunaanbahasa (parole) berkisar pada perbahasan dalam menentukan batasan antara semantik danpragmatik. Kedua-dua bidang ini mengkaji makna tetapi semantik menganggap makna sebagai pertalian dua segi misalnya dalam ayat, Apakah maksud X? manakala pragmatik menganggap makna sebagai pertalian tiga segi yang melibatkan keadaan penutur atau pendengar misalnya dalam ayat, Apakah yang anda maksudkan dengan X?.

Pengenalan
Semantik (bentuk logik) sesuatu ayat berbeza daripada tafsiran pragmatiknya. Semantik bersifat peka-rumus (tatabahasa) yang bersifat lazim tetapi pragmatik umum bersifat peka-prinsip (retorik)yang bersifat tidak lazim, iaitu terdorong oleh matlamat perbualan.

Huraian
Pragmatik harus dikaji dengan berlandaskan Prinsip-prinsip Perbualan seperti yang dinyatakan oleh H.P Grice dalam Prinsip Kerjasamanya (Leech, 1993, hlm. 9).

Huraian
i. Kuantiti: Berikan maklumat yang secukupnya, iaitu a. pastikan sumbangan maklumat anda secukup yang diperlukan; dan b. jangan jadikan sumbangan anda terlebih maklumat daripada yang diperlukan.

Huraian
ii. Kualiti: Cuba pastikan sumbangan anda sumbangan yang benar, iaitu a. jangan katakan sesuatu yang anda percaya tidak benar; dan b. jangan katakan sesuatu yang baginya anda tidak ada dalil yang cukup.

Huraian
iii. Pertalian: Harus relevan. iv. Cara: Harus jelas, iaitu a. hindarkan ungkapan yang samar; b. hindarkan ketaksaan; c. ungkapan singkat (jangan berbelit-belit); dan d. harus tertib

APA ITU WACANA ?

KANDUNGAN DALAM WACANA

CIRI KETEKSTUALAN (BEAUGRANDE DAN DRESSLER (1981)

1) TAUTAN

2) RUNTUTAN

3) TUJUAN

4) PENERIMAAN

5) MAKLUMAT

6) KEADAAN

7) INTERTEKS

8) PENANDA WACANA

a) Penanda Leksikal

You might also like