You are on page 1of 59

MUHAMMAD HAFIZ MOHAMMAD ARIFF AHMAD AKASYAH

KONSEP DAN JENIS LULUHAWA


Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara insitu. Ini terjadi akibat tindak balas daripada pelbagai agen luluhawa seperti hujan, perubahan suhu, tindakan fros/ibun, mikroorganisma ke atas batuan sehingga batuan tersebut terurai atau menjadi lebih kecil. Luluhawa terbahagi kepada tiga iaitu luluhawa kimia, luluhawa fizikal dan luluhawa biotik.

LULUHAWA KIMIA (DALAMAN)


Ia merujuk kepada semua proses pereputan atau penguraian ke atas batuan apabila mineral batuan bertindak balas dengan air, asid, ion dan pelbagai larutan sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari peringkat primer ke peringkat sekunder.

Dengan maksud yang lebih mudah, ikatan antara mineral akan terurai akibat tindak balas agen luluhawa yang seterusnya menyebabkan batuan menjadi lebih mengecil dan menghasilkan bahan baru.
Luluhawa kimia amat berkesan di kawasan tropika lembab yang mengalami hujan sepanjang tahun seperti di Malaysia.

PROSES LULUHAWA KIMIA


Terdapat enam proses utama luluhawa kimia iaitu proses larutan, proses pengkarbonan, proses hidrolisis, proses penghidratan, proses pengoksidaan,dan proses chelasi.

PROSES LARUTAN
Proses larutan merupakan proses asas luluhawa kimia. Terjadi akibat tindakan air hujan atau air larian yang bertindak sebagai pelarut. Air berupaya melarutkan melarutkan mineral batuan yang mudah larut menjadi hasil larutan.

PROSES PENGKARBONAN
Sebarang tindak balas antara asid lemah dengan kalsium karbonat. Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida yang membentuk asid karbonik. Persamaan:- H20 + C02 H2C03 (asid karbonik) Asid karbonik berupaya menguraikan batuan apabila bertindak balas dengan kalsium karbonat dan menghasilkan kalsium bikarbonat. Persamaan:- H2C03 + CaC03 Ca(HC03)2

PROSES HIDROLISIS
Merupakan tindak balas antara ion hydrogen atau ion hidroksil dengan ion mineral terbentuk batuan sehingga terhasil satu sebatian. Ia bertanggungjwab menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru. Ion hidrogen dan ion hidroksil dibekalkan oleh air dan ianya tidak stabil dan mudah diuraikan dan menghasilkan kaolinit(tanah liat).

PROSES PENGHIDRATAN
Merupakan penambahan air kepada mineral batuan sehingga mineral terdebut mengalami pengembangan. Contohnya besi oksida menyerap air sehingga menjadi besi hidroksida. Sebagai contoh dalam kejadian limonit daripada hematit. Hematit yang bewarna merah akan bertukar kepada limonit yang bewarna kuning apabila menyerap air.

PROSES PENGOKSIDAAN
Merupakan tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan yang menyebabkan mineral tersebut teroksida.

PROSES CHELASI
Merupakan proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan. Ia menyebabkan batuan mengalami pengembangan . Agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhan hidup di atas permukaan seperti lumut dan kulampair.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LULUHAWA KIMIA


Antara faktornya ialah hujan, suhu, kelembapan udara, geologi, biotik ,relief dan manusia . Faktor iklim merupakan faktor utama yang mempengaruhi keaktifan luluhawa kimia di tropika lembap. Dua unsur iklim yang mempengaruhinya ialah hujan dan suhu dan memerlukan air sebagai pereput batuan . Kawasan tropika lembap mendapat air yang banyak dan menjamin proses pembasahan batuan secara berterusan dan membolrhkan luluhawa kimia berlaku dengan aktif. Faktor suhu yang tinggi sepanjang tahun membolehkan operasi kimia berlaku dengan berkesan. Ia bertepatan dengan kawasan tropika lembap yang mempunyai purata suhu yang lebih daripada 10 darjah Celsius dan beza suhu yang kecil.

Faktor biotik seperti mikroorganisma dan tumbuhan menyebabkan luluhawa kimia berlaku dengan aktif. Komponen organisma seni seperti bakteria dan cacing menggalakkan proses luluhawa kimia. Bakteria mempercepatkan pembentukan humus manakala cacing bertindak menggali lubang dan mewujudkan rongga dalam tanah yang mempercepetkan penyusupan air yang menggalakkan proses luluhawa kimia. Faktor geologi menentukan sejauh mana keberkesanan proses luluhawa . Jenis batuan lembut lebih mudah mengalami luluhawa kerana mineral batuan tersebut tidak stabil . Faktor relief merujuk kepada keadaan cerun sesuatu kawasan Luluhawa kimia bertindak di kawasan cerun landai dan bertanah pamah.

LULUHAWA FIZIKAL (MEKANIKAL)

Proses pemecahan batuan atau penyepaian akibat tindak balas unsur-unsur iklim. Batuan akan dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil tanpa menukar sifat kimianya. Ia disebabkan kehadiran daya tegasan yang dikenakan ke atas satu unit keluasan seperti dinding rekahan sehingga dinding tersebut mengalami ketegangan yang akhirnya menyebabkan penyepaian berlaku.

Luluhawa fizikal berlaku menerusi beberapa cara iaitu pengembangan dan pengecutan akibat perubahan suhu yang ekstrem, pembasahan dan pengeringan batuan, tindakan ibun atau fros, penghabluran garam dan perlepasan tekanan. Pengembangan dan pengecutan berlaku apabila terdapat julat suhu harian yang besar yang akan mengimpak batuan yang setrusnya akan menyebabkan luluhawa fizikal. Pengembangan di siang hari dan pengecutan di malam hari yang menyebabkan perubahan suhu yang ekstrem berulang-ulang kali akan menyebabkan mineral batuan itu pecah dan tersepai dari jisim asalnya.

BENTUK-BENTUK LULUHAWA FIZIKAL


PENYEPAIAN BONGKAH: Berlaku pada batuan bersendi atau mempunyai rekahan segi empat. Pengembangan dan pengecutan di bahagian sendi dan rekahan akan menyebabkan penyepaian berlaku sehinggan batuan menjadi bongkah segi empat.

PENYEPAIAN BEBUTIR: Berlaku pada batuan yang banyak kandungan mineral. Mineral yang banyak akan akan cepat mengembang dan mengecut yang menyebabkan penyepaian berlaku. Pemecahan ini kan menghasilkan serpihan batuan dan butir-butir halus.

PENGELUPASAN Berlaku pada struktur batuan yang berlapislapis. Kadar pengembangan dan pengecutan batuan berbeza. Pada waktu siang, lapisan luar lebih cepat mengembang berbanding lapisan dalam. Pada waktu malam, lapisan luar lebih cepat menyejuk berbanding lapisan dalam. Sedikit demi sedikit pengelupasan bahagian luar akan berlaku dan serpihan batuan mula terbentuk.

PROSES-PROSES LULUHAWA FIZIKAL


Proses pembasahan dan pengeringan yang berulang seperti perubahan suhu yang ekstrem menyebabkan penyepaian berlaku. Selain itu, pada waktu hujan batuan akan menyerap air sehingga menjadi tepu manakala apbila panas terik, batuan akan menyejat air. Perubahan suhu yang ketara ini menyebabkan proses penyepaian akan mudah berlaku.

Proses pengembangan dan pengecutan yang berulang menyebabkan lapisan batuan tersepai daripada lapisan asalnya. Apabila air pasang, batuan yang berada di dalam air akan menjadi lembab lalu mengembang manakala apabila air mulai surut batuan akan di panaskan oleh matahari, batuan akan menjadi kering dan mengecut dengan cepat.

Penghabluran garam ialah proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan permukaan batu. Kadar sejatan yang tinggi di kawasan panas mampu menarik garam galian dari bumi naik ke permukaan menerusi tarikan kapilari. Apabila memasuki rekahan yang berhampiran dengan bumi, air akan tersejat ke udara dan meninggalkan hablur garam dalam rekahan tersebut. Proses yang berterusan menyebabkan terbentuknya hablur yang besar dan keras. Pembesaran ini akan menimbulkan tekanan dan ketegangan ke atas rekahan batuan sehingga menjadi luas dan tersepai

Tindakan fros/ibun akan berlaku di kawasan yang mempunyai suhu di bawah tahap beku apabila kerpasan seprti salji atau fros akan memasuki kawasan rekahan dan membeku di dalamnya. ia akan mejadi keras dan proses penyepaian akan berlaku.

Pembekuan air di dalam rekahan batuan akan menyebabkanisi padu akan bertambah yang sekaligus menambah tekanan batuan. Dinding batuan akan mengalami ketegangan dan apabila berlaku musim panas, air di dalam rekahan akan mencair yang menyebabkan dinding batuan akan mengalami kekenduran dan tekanan batuan akan berkurang. Apabila proses beku-cair berterusan, penyepaian akan berlaku akibat perubahan tekanan pada dinding batuan.

Perlepasan tekanan atau pemunggahan merujuk kepada pengurangan tekakan pada batuan. Batuan yang berada di bawah permukaan bumi mengalami tekanan yang tinggi, apabila lapisan atas muka bumi terhakis, tekanan yang tinggi akan dilepaskan ke atas batuan berkenaan. Perlepasan ini menyebabkan lapisan mengalami keretakan dan seterusnya pemecahan.

LULUHAWA BIOTIK

Ia merujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan, mikroorganisma, dan manusiayang dapat memecah dan mengurai batuan

TINDAKAN TUMBUHAN akar-akar pokok khususnya akar tunjang akan menjalar ke dalam tanah dan memasuki rekahan batuan akar akan membesar di dalam rekahan batuan dan menekan dinding batuan, melebar dan memecahkan batuan. secara langsungnya akan mempercepatkan proses kemasukan air untuk luluhawa kimia berlaku jauh ke dalam tanah.

TINDAKAN ORGANISMA Tindakan haiwan yang menggali lbang turut melemahkan struktur batuan yang membolehkan agen luluhawa memasuki rekahan batuan untuk bertindak Miroorganisma yang hidup di permukaan batu akan mengeluarkan asid organik semsa menyerap zat galian daripada batu tersebut. Tindak balas asid dengan mineral batuan akan mempercepat proses penyepaian

TINDAKAN MANUSIA Aktiviti manusia mempercepat proses luluhawa dengan aktiviti penghutanan, pembinaan jalan raya, perlombongan yang mendedahkan batuan kepada agen luluhawa khususnya matahari dan air hujan. Aktiviti pertanian dan perindustrian membebaskan bahan kimia sebagai bahan pencemar uadara yang akan bergabung dengan air hujan yang akan bertindak balas dengan mineral batuan dan meluluhawa batuan tersebut.

GERAKAN JISIM
JENIS DAN PROSES PERGERAKAN JISIM Adalah sebahagian daripada proses geomofologi. Melibatkan pergerakan regolit dari bahagian atas cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan graviti. Ia dianggap sebagai proses peralihan antara luluhawa dan pemendapan. Semasa regolit bergerak ke bawah, ada yang bergerak secara cepat, perlahan dan serta merta.

JENIS

ALIRAN LAMBAT

ALIRAN CEPAT

GELUNCURAN RUNTUHAN

PROSES A) Kesotan tanah B) Kesotan halus C) Kesotan batuan D) Kesotan batu glasier E) Gelangsaran tanah A) Aliran tanah B) Aliran lumpur C) Aliran salji runtuh A) Rebohan B) Geluncuran puin C) Geluncuran batuan A) Runtuhan tanah B) Runtuhan batuan

ALIRAN LAMBAT
Melibatkan pergerakan regolit dan tanah secara perlahan menuruni cerun dan dikenali sebagai kesotan. Ia tidak dapt dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dikenalpasti melalui kesan-kesanya. Pergerakan regolit berlaku pada permukaan cerun yang sangat landai dan proses ini mengambil masa yang sangat lama. Resapan air hujan yang secara perlahan-lahan ke dalam tanah mewujudkan satu conduit yang membolehkan tanah yang telah dilonggarkan oleh luluhawa bergerak ke bawah cerun.

Faktor yang mempengaruhi proses aliran lambat ialah cerun yang landai, tidak trlalu curam, dan muka cerun tidak diliputi oleh tumbuhan yang tebal. Faktor cerun akan mempengaruhi daya tarikan graviti dan daya regolit. Hujan yang lebat sepanjang tahun menyebabkan permukaan cerun menjadi licin yang seterusnya mengurangkan daya regolit yang menyebabkan aliran di cerun menjadi lambat.

Proses pergerakan regolit, tanah dan lumpur pada kadar yang cepat di atas cerun yang lebih curam. Ia memerlukan banyak air untuk memudahkan pergerakan. Hujan memainkan peranan penting dengan membawa agen pengangkut regolit seperti lumpur, kelodak, dan tanah liat. Cerun yang curam menyebabkan tenaga kinetik yang tinggi terhasil hingga menyebabkan pokok mampu runtuh di bawanya. Aktiviti manusia saperti pembalakan dan penggondolan menyebabkan air akan mengalir dengan deras dan kuat dari kawasan tinggi pada kadar yang luar biasa hingga mampu menghanyutkan pokok-pokok di kawasan yang curam.

ALIRAN CEPAT

GELUNCURAN
Melibatkan pergerakan tanih-tanih dan bongkah batuan secara besar-besaran di cerun yang curam dan tegak. Ia berlaku dengan cepat dan serta-merta. Ia berlaku apabila lapisan batuan yang lebih berat terletak di atas lapisan batuan yang lebih lembut . Bebenan batuan yang berat menyebabkan lapisan lembut di bawahnya runtuh dan seterusnya menyebabkan lapisan yang keras turut runtuh. Cerun yang sangat curam menghasilkan perbezaan antara tenaga graviti dan kinetik yang sangat besar.

RUNTUHAN
Pergerakan regolit yang berlaku di cerun yang sanagt curam apabila bukit ditarah untuk melakukan sebarang prasarana. Faktor hujan memeinkan peranan apabila jumlah hujan yang turun banyak, menyebabkan terhsilnya tekanan hidrostatik. Jika hujan turun dengan lebat, proses resapan berlaku dan cerun menjadi tidak seimbang. Perubahan gradient dengan cara pemotongan cerun meningkatkan tegasan dan cerun menjadi tidak stabil.

Merupakan proses penghausan permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang bergerak seperti air mengalir,angin dan ombak. Berlaku disebabkan adanya tenaga kinetik terhadap pergerakan sesuatu jisim.

Hakisan permukaan cerun terbahagi beberapa jenis iaitu: i-Percikan hujan ii-Kepingan iii-Galir iv-Galur

Hakisan Galur dan Larian Air Permukaan

Berlaku dalam alur-alur kecil kecil yang bersifat sementara di permukaan cerun yang dikenali sebagai gegalur. Dikawal oleh beberapa faktor seperti kecerunan,litupan tumbuhan,geologi atau batuan,kuantiti dan bentuk hujan .

Hakisan Galir atau Hakisan di Dalam Alur Sungai Berlaku di dalam alur-alur sungai yang kekal. Mekanisme hakisan atau cara ia berlaku adalah menerusi empat cara iaitu hakisan lagaan,hakisan geselan,hakisan hidraulik dan hakisan larutan. Hakisan ini dipengaruhi oleh faktor gradien sungai,kuantiti dan kualiti bahan yang di bawa oleh sungai.

Jenis hakisan sungai

Rajah : Hakisan mendalam dan hakisan melebar

Rajah : Hakisan pengunduran

Penjanaan Hakisan Permukaan oleh Manusia dan Langkah Kawalanya


Pelbagai jenis aktiviti manusia seperti meneres bukit,pertanian tanpa teres,tanpa kontur, ragutan berlebihan akan mempercepatkan kadar hakisan permukaan. Langkah-langkah yang diambil mestilah menggabungjalinkan langkah perundangan,langkah pengurusan yang strategik,

Mekanisme atau Cara Pengangkutan Sungai


Pengangkuatan ialah proses pemindahan bahan dari hulu ke hilir.Empat cara beban sungai diangkut iaitu secara golekan, lompatan,ampaian dan larutan. Golekan.Berlaku terhadap beban besar dan berat seperti batu tongkol yang akan diseret sepanjang sungai. Lompatan .Berlaku terhadap beban yang sederhana seperti batu kerikil dalam satu siri lompatan mengikut saiz beban tersebut.

Ampaian .Berlaku terhadap beban yang ringan dan terapung seperti sampah sarap di permukaan sungai. Larutan.Berlaku terhadap beban yang mudah larut seperti mineral,bahan kimia yang larut bersamasama dengan air sungai.

Bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai Proses pemendapan berlaku pada peringkat hilir sungai apabila sungai kehilangan tenaganya akibat pertambahan luas permukaan alur di bahagian muara. Bentuk-bentuk bumi yang terhasil akibat pemendapan ialah seperti dataran banjir,dataran lanar/ aluvium yang amat subur utk pertanian.

Bentuk muka bumi yang terhasil akibat pemendapan sungai

Konsep Zon Pinggir Pantai dan Agen Geomorfologi yg Bertindak


Zon pinggir pantai ialah zon antara tikas air pasang dgn tikas air surut.Agen geomorfologi yang bertindak ialah seperti ombak,arus pasang surut dan juga angin. Agen geomorfologi bertindak menghakis , mengangkut dan memendapkan bahanbahan yang dibawa di pinggir pantai.

Faktor-faktor yg Mempengaruhi Tindakan Ombak


Halaju angin yang tiba di pinggir pantai. Kuantiti dan kualiti bahan/muatan yang dibawa oleh ombak dan agen-agen lain. Geologi di tepi cenuram yg mengadap ombak sama ada keras atau lembut. Halaju arus sungai dan ombak apabila bertemu di muara.

Hakisan Ombak dan Bentuk Muka Bumi yang Terhasil


Ombak menghakis pantai melalui empat cara iaitu: hakisan lagaan,hakisan hidraulik,hakisan geselan dan hakisan larutan. Bentuk bumi yang terhasil ialah seperti tebing tinggi dan pentas hakisan ombak,gua, gerbang laut dan batu tunggul.

Bentuk muka bumi yang terhasil akibat hakisan ombak

Rajah : Gerbang Laut

Rajah : Batu Tunggul dan Tunggul Sisa

Pengangkutan dan Pemendapan Ombak serta Bentuk Muka Bumi yang Terhasil Muatan ombak diangkut secara golekan, lompatan,amapaian dan pemendapan akan berlaku apabila halaju arus berkurangan. Proses pengangkutan dan pemendapan kebanyakannya dilakukan oleh arus pesisir pantai yang menghasilkan bentuk seperti beting pasir,anak tanjung dan tombolo.

You might also like