You are on page 1of 1

NOTIS MAKLUMAN

MAKLUMAN SUSULAN SURAT EDARAN JABATAN


PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MENGENAI PENGECUALIAN
POTONGAN PINJAMAN PERUMAHAN BAGI PENGIRAAN
PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengambil


maklum mengenai surat edaran JPA rujukan JPA.BK(S) 328/2 Jld.15 (30)
bertarikh 13 November 2017 mengenai kelayakan pegawai untuk memohon
pinjaman perumahan walaupun pengiraan potongan pinjaman perumahan
menyebabkan pendapatan bersih (take home pay) kurang daripada 40%.

Sehubungan itu, penjawat awam yang telah mengemukakan permohonan


dan tidak mendapat pembiayaan yang dipohon, tuan/puan boleh
mengemukakan permohonan untuk pertimbangan semula.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan LPPSA di


talian 03-88801600 dan Kaunter Pusat atau melalui portal
aduan/pertanyaan rasmi LPPSA di www.lppsa.gov.my/eTiket.

You might also like