You are on page 1of 1

NOTIS MAKLUMAN

KAEDAH PENGIRAAN KELAYAKAN TERKINI


PEMBIAYAAN PERUMAHAN

Selaras dengan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


bertarikh 13 November 2017 (yang memaklumkan bahawa potongan
pinjaman perumahan adalah dikecualikan daripada pengiraan 60%
dalam slip gaji pegawai), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor
Awam (LPPSA) telah menyemak semula dan kini menggunapakai
kaedah kelayakan pengiraan pembiayaan perumahan yang baharu.

Di bawah formula pengiraan baharu, pengiraan jumlah kelayakan


adalah berdasarkan kepada pengiraan potongan 80% dalam slip gaji
dan pendapatan bersih (take home pay) tidak kurang daripada 20%.

Seperti yang dinyatakan di dalam hebahan bertarikh 15 November


2017, penjawat awam yang telah mengemukakan permohonan dan
tidak mendapat pembiayaan yang dipohon, tuan/puan boleh
mengemukakan permohonan untuk pertimbangan semula.

Bagi penerangan lanjut, LPPSA menggalakkan penjawat awam


untuk hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan pada:
Tarikh : 30 November 2017 (Khamis)
Masa : 9.30 – 11.00 pagi (Sesi Pertama) /
2.30 – 4.00 petang (Sesi Kedua)
Tempat : Dewan Perhimpunan, Aras 7, LPPSA

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Sesawang Rasmi LPPSA


www.lppsa.gov.my atau hubungi Pusat panggilan LPPSA di talian
03-8880 1600. Penjawat awam juga boleh mengunjungi Kaunter Pusat
LPPSA bertempat di Presint 2, Putrajaya.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)


23 November 2017

You might also like