You are on page 1of 11

TUGASAN

ARAHAN KEPADA GURU:

1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan.


2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik Penskoran
(Lampiran 2).
3. Pastikan calon melaksanakan tugasan berdasarkan
Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1).

4. Lampiran 3, 4 dan 5 disertakan.

TERHAD
TERHAD 1

TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3


(PT3) MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23)
TAHUN 2015

1.0 ARAHAN KEPADA GURU

1.1 Memastikan calon melaksanakan tugasan ini mengikut tempoh


yang ditetapkan.

1.2 Dijalankan secara one off mengikut jadual yang ditetapkan.

1.3 Merancang pelaksanaan dan penilaian tugasan mengikut masa


yang ditetapkan.

1.4 Memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan dan perinciannya.

1.5 Membimbing calon bagi menentukan kerangka dan sumber rujukan


dalam melaksanakan tugasan.

1.6 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak
ditiru daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan
melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain
sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya
sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya calon mengambil petikan atau
grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber
rujukannya. Jika calon didapati melakukan plagiat, calon boleh
digagalkan atau diberikan gred F.

1.7 Dilarang menyediakan jawapan kepada calon.

1.8 Tiada tugasan ulangan dan peruntukan masa tambahan.

1.9 Merujuk Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) dan


Panduan Rubrik Penskoran (Lampiran 2) yang disediakan sebagai
panduan untuk membimbing calon menghasilkan tugasan yang
baik bagi mendapat skor cemerlang.

1.10 Memastikan calon mementingkan aspek tatabahasa dalam penulisan.

1.11 Memastikan calon menulis sumber rujukan dengan betul


(Lampiran 3).
1.12 Memperakukan tugasan murid dalam Borang Akuan Pengesahan
(Lampiran 4).

1.13 Memeriksa dan memberi skor kepada hasil tugasan calon


berpandukan rubrik penskoran yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan. Skor hendaklah dimasukkan ke dalam Borang
Pentaksiran Individu (Lampiran 5) yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan.

1.14 Skor calon hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan.

2.0 ARAHAN KEPADA CALON

2.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib


dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2015.

2.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh lapan waktu pengajaran


dan pembelajaran dalam bulan Jun 2015.

2.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan


di sekolah dengan bimbingan guru.

2.4 Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan


yang ditetapkan.

2.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai


panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat
skor cemerlang.

2.6 Semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden (10
20) wajib disertakan bersama-sama hasil kajian.

2.7 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar


waktu pengajaran dan pembelajaran.

2.8 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja


mestilah dibuat secara individu.

2.9 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang


relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian.

2.10 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi


(TMK) untuk mencari dan mengumpul fakta.
2.11 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).

2.12 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.

2.13 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan
plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain
sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya
sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya calon mengambil petikan atau
grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber
rujukannya. Jika calon didapati melakukan plagiat, calon boleh
digagalkan atau diberikan gred F.

2.14 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang


masa tugasan dilaksanakan.

2.15 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan


(Lampiran 4).

3.0 JENIS TUGASAN: KAJIAN LAPANGAN

Tugasan:
Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan
penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat
tinggal / sekolah calon.

Kajian lapangan tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:

3.1 Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.

3.2 Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan


persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk
di kawasan kajian tersebut.

3.3 Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk


di kawasan tersebut.

3.4 Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian


anda dan alasannya.

TUGASAN TAMAT
Lampiran 1

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN

BIL. PERKARA HURAIAN


1 Perancangan Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat,
Jadual kerja realistik dan mempamerkan sikap bersungguh-
sungguh. (10 markah)
Pengagihan kerja
Objektif kajian
Penentuan kaedah
kajian
2 Proses Awal Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber
Mengumpul maklumat dengan menggunakan kaedah yang relevan dan
menggunakan kaedah yang menyatakan sumber rujukan.
sesuai. Memperoleh Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan dan asli.
maklumat daripada pelbagai (20 markah)
sumber
Borang Soal Selidik
(10-20 responden)
Data
Cadangan
Potensi

3 (a) Konsep Menghuraikan konsep dengan tepat berdasarkan


sumber rujukan berserta contoh.
(5 markah)

(b) i. Jadual Jadual mengikut susunan yang betul dan lengkap.


Data (8 markah)
Tajuk
Sumber
ii. Graf Graf dibina lengkap dan tepat berserta tafsiran.
(15 markah)
Tajuk
Petunjuk
Label paksi
Skala
Plotan
Tafsiran
(c) Cadangan Menghuraikan tiga atau lebih cadangan relevan
Fakta dan tepat .
Huraian (20 markah)
Contoh
(d) Potensi Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis serta
Fakta rasional.
Huraian (20 markah)
Contoh
Idea kreatif dan kritis
Rasional
4 Penilaian Umum Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang
gramatis.
(2 markah)
Lampiran 2

PANDUAN RUBRIK PENSKORAN

RUBRIK

BIL. KRITERIA Perancangan (10 markah)

08 10 06 07 03 05 01 02

1 Jadual kerja Menyediakan Menyediakan Menyediakan Menyediakan


perancangan perancangan perancangan perancangan
Pengagihan kerja yang sangat yang lengkap yang kurang tetapi tidak
Objektif kajian lengkap, tepat, dan tepat. lengkap. lengkap.
realistik dan
Penentuan mempamerkan
kaedah kajian sikap
bersungguh-
sungguh.

RUBRIK

BIL. KRITERIA Proses Awal (20 markah)

15 20 10 14 05 09 01 04

2 Mengumpul maklumat Mengumpul Mengumpul Maklumat Maklumat


menggunakan kaedah maklumat maklumat yang tidak lengkap
yang sesuai. daripada daripada diberikan dan tidak
Memperoleh maklumat pelbagai pelbagai terhad, asli.
daripada pelbagai sumber sumber kurang
sumber dengan dengan relevan dan
menggunakan menggunakan kurang asli.
Borang Soal Selidik kaedah yang kaedah yang
Data relevan dan relevan.
menyatakan Sebahagian
Cadangan sumber data dan
rujukan.
Potensi maklumat
Keseluruhan adalah
data dan relevan dan
maklumat asli.
adalah relevan
dan asli.

* Perancangan dan proses awal dilaksanakan di luar 8 waktu pengajaran


dan pembelajaran.
RUBRIK
BIL. KRITERIA
Laporan Akhir (70 markah)

05 04 03 01-02
3 (a) Konsep
Menghuraikan Menerangkan Menyatakan Menyatakan
(5 markah)
konsep dengan konsep dengan konsep secara konsep yang
tepat tepat berdasar- ringkas. kurang tepat.
berdasarkan kan sumber
sumber rujukan rujukan.
berserta contoh
di kawasan
kajian.
07-08 05-06 03-04 01-02
(b) i. Jadual
Jadual mengikut Jadual Jadual tidak Jadual tidak
(8 markah)
susunan yang mengikut mengikut mengikut
Data
betul dan susunan yang susunan yang susunan yang
Tajuk betul dan betul dan betul dan tidak
lengkap.
Sumber kurang kurang lengkap.
lengkap. lengkap.
11-15 07-10 04-06 01-03
ii. Graf
(15 markah) Graf dibina Graf dibina Graf dibina Graf dibina
lengkap dan lengkap dan kurang tidak lengkap
Tajuk
tepat berserta tepat. lengkap dan dan tidak
Petunjuk tafsiran yang tafsiran yang sesuai dengan
Label paksi
menyeluruh dan kurang tepat. maklumat yang
Skala dikumpul serta
Plotan tepat.
tafsiran yang
Tafsiran tidak tepat.

15-20 10-14 05-09 01-04


(c) Cadangan
Menghuraikan Menghuraikan Menghuraikan Cadangan
(20 markah)
tiga atau lebih dua cadangan satu cadangan yang tidak
Fakta
cadangan yang yang relevan yang masih sesuai dan
Huraian dan tepat. relevan dan tidak tepat.
relevan dan
Contoh tepat. kurang tepat.

15-20 10-14 05-09 01-04


(d) Potensi
Memberikan Memberika n Memberikan Memberikan
(20 markah)
pendapat secara pendapat pendapat dan pendapat
Fakta kreatif dan kritis secara k reatif boleh tetapi tidak
Huraian serta rasional. dan rasional. dilaksanakan. boleh
Contoh
dilaksanakan.
Idea kreatif
dan kritis
Rasional
4 Penilaian Umum 01-02
( 2 markah) Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis.
Lampiran 3

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
(PT3) MATA PELAJARAN
GEOGRAFI TAHUN 2015

PANDUAN PENULISAN RUJUKAN

1. Buku teks

Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah, 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2.
Kuala Lumpur: Percetakan Saufi Sdn. Bhd.

2. Buku rujukan

Chong Mui Seng, 2000. Target A Geografi PMR. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.
Bhd.

3. Akhbar

Utusan Malaysia, 17 Mei 2008, halaman 3.

4. Orang Sumber

En. Mohammad B. Kassim, 34 tahun, B104 Kg. Pinang Kem, 57000 Kuala Lumpur

5. Internet

http://www.kpkt.gov.my/kegiatanekonomi/Malay/Why_m.asp

http: //www.googlemap.com.

http://wikipedia.org/wiki/kegiatanekonomi

http ://www.ahpsb.com.my/files/Microsoft%20Word%20-%20recycle.pdf
Lampiran 4

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
(PT3) MATA PELAJARAN
GEOGRAFI TAHUN 2015

BORANG AKUAN PENGESAHAN

PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan,
grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya.

RESPONDEN NAMA TANDATANGAN TARIKH

Murid

Pentaksir (Guru)

Ketua Pentaksir
Sekolah /
Pentaksir Luar
TERHAD 10

Lampiran 5

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
(PT3) MATA PELAJARAN
GEOGRAFI TAHUN 2015

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

Nama Sekolah : ........................................................................................................

Nama Calon : ........................................................................................................

Tingkatan : ........................................................................................................

Tugasan : ........................................................................................................

........................................................................................................

No. Kad Pengenalan

Angka Giliran

BIL. KRITERIA SKOR CATATAN

1 Perancangan (10 peratus)

2 Proses Awal (20 peratus)

3 Laporan Akhir (70 peratus)

JUMLAH KESELURUHAN

You might also like