You are on page 1of 3

1

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.
1. Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di
tengah jalan, kata Yusri kepada Salleh.
2. Kata Normah kepada Sarah, Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat
sakit.
3. Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, kata Erra.
4. Kata Azan, Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.
5. Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi, kata Muiz. Saya akan mematuhi semua peraturan projek
ini, sambungnya lagi.
6. Ular! Ular! Mak Minah menjerit. Ada ular dekat pasu bunga besar itu,katanya lagi.
7. Kata Julia, Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.
8. Kalau tak tahu jangan buat, kata Cikgu Siti. Biar orang yang tahu saja yang
membuatnya,sambungnya lagi.
9. Kata Erik, Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.
10. Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti, kata emak Rosyam. Emak hendak buat
karipap, sambungnya lagi.
11. Kata Farid, Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.
12. Kata Perdana Menteri, Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.
Jawapan:
1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan seorang
gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.
2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak untuk
mengelakkan penyakit.
3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan raya ditengelami air.
4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang dan menimpa
rumahnya.
5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan projek
tersebut.

6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran
pasu bunga yang besar itu.
7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.
8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah orang
yang tahu sahaja melakukannya.
9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.
10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana emaknya
hendak membuat kuih karipap.
11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.
12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua
orang.

Cakap ajuk dan cakap pindah:

Cakap Ajuk
Gadis yang berbaju merah itu
sepupu saya, kata Ali kepada Ahmad
Siapkan latihan Matematik ini
sebelum waktu rehat, kata Cikgu Ali
kepada murid-muridnya
Ali bertanya, mengapa kamu sedih,
Ahmad?

Cakap Pindah
Ali memberitahu Ahmad bahawa
gadis yang berbaju merah itu adalah
sepupunya
Cikgu Ali menyuruh murid-muridnya
menyiapkan latihan Matematik itu
sebelujm watku rehat
Ali bertanya kepada Ahmad sebab dia
sedih

Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, ada beberapa perkara yang perlu
diubah atau diberi perhatian
Kelas Kata
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
Kata ganti diri
~ aku, saya, hamba,
~ dia,ia,nya,beliau
patik
~ mereka
~ kami,kita
~ baginda
~ beta
~ saya,dia,nya
~
anda,awak,kamu,engka
u
Kata ganti tempat
~ sini
~ situ,sana,tempat itu
Kata ganti tunjuk
~ ini
~ itu
Kata keterangan cara
~ Demikian ini
~ demikian tiu

Kata keterangan masa

~ begini
~ sekarang
~ malam tadi
~ semalam
~ hari ini
~ tadi
~ esok

~ begitu
~ masa itu, ketika itu
~ malam semalamnya
~ semalamnya
~ hari itu
~ ketika itu
~esoknya,keesokan
harinya, hari itu

Cakap ajuk jenis ayat perintah dan cakap ajuk jenis ayat seruan tidak boleh dipindahkan
bentuknya mengikut bentuk yang asal. Contohnya:
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
Salah
Betul
Tolong bawakan saya
Ayah berkata kepada
Ayah meminta emak
segelas air, kata ayah
emak tolong
supaya
kepada emak
bawakannya segelas air membawakannya
segelas air
Ah, aku tidak peduli
Ali berkata dengan
Dengan marahnya Ali
kata-katamu itu! kata
marahnya, ah, dia tidak berkata bahawa dia
Ali dengan marahnya
peduli akan katatidak peduli akan katakatanya itu
katanya itu
Jangan pijak rumput
Cikgu Ali berkata
Cikgu Ali melarang
itu, kata Cikgu Ali
kepada murid-muridnya murid-muridnya supaya
kepada murid-muridnya jangan pijak rumput itu
tidak memijak rumput itu

You might also like