You are on page 1of 1

Ulasan piramid makanan.

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk


kesihatan. Antara amalan pemakanan yang dicadangkan ialah
mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi
kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain
itu, kita digalakkan mengambil hidangan buah-buahan dan sayursayuran untuk membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita
juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang
kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Kita juga sebolehbolehnya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu
untuk mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan
garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan
penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid
makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.

You might also like