You are on page 1of 5

Apakah dia Piramid Makanan?

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan? Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia: Paras 1 Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian Paras 2 Buah-buahan dan sayur-sayuran Paras 3 Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu Paras 4 Lemak, minyak, gula dan garam Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari? Paras 1 Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian) Paras 2 Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian) Paras 3 Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian) Paras 4 Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian) Apakah itu saiz sajian? Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti. Apakah yang membentuk sajian?

Apa yang anda makan akan 'menghasilkan' diri anda apabila dewasa kelak. Jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat sejak kecil, pasti kesannya dapat dilihat suatu hari nanti. Jadi, mari kita lihat apa kebaikan nutrien pada badan kita. KARBOHIDRAT
membekalkan

sumber tenaga yang diserap segera oleh sistem tubuh manusia terutamanya otak dan sistem saraf ditukarkan daripada kanji & gula kepada glukosa dan akhirnya tenaga menyumbang 50% tenaga diperlukan tubuh karbohidrat ringkas tidak mengandungi vitamin dan mineral - gula pasir & sirap karbohidrat kompleks mempunyai serat & penuh nutrien - nasi, mee, ubi, bijirin, kekacang PROTEIN
mempunyai

5 fungsi utama - merangsang pertumbuhan & penggantian tisu otot; membentuk antibodi; mengimbangi kandungan air; memelihara keseimbangan tubuh; membentuk kompaun tubuh yang penting hormon, enzim & hemoglobin komponen penting otot, organ & kelenjar sumber haiwan: lembu, kambing, ayam, ikan, telur - lengkap & mengandungi asid amino penting yang tidak dihasilkan tubuh sumber sayuran: bijirin, kekacang dan roti - tidak lengkap (kecuali kacang soya) susu ibu adalah protein terbaik untuk si kecil VITAMIN
penting

untuk metabolisme & pembinaan & pengawalan fungsi-fungsi sel diperlukan hanya sedikit untuk keperluan harian 2 jenis; larut lemak (A, D, E dan K) & tidak larut lemak (B dan C) SERAT

serat

larut (kacang, bijirin, oat barli & pisang) akan menarik air & ditukar kepada bahan yang berbentuk gel semasa penghadaman - proses penghadaman menjadi lambat serat tidal larut (sayur-sayuran, bijirin & produk gandum) menyebabkan najis banyak dan mempercepatkan perjalanan makanan melalui badan seterusnya mengelakkan sembelit AIR
Gabungan

hidrogen & oksigen tempat bergantung semua sel dan organ tubuh untuk menjalankan fungsi dengan baik. penting untuk mengawal suhu badan & proses pernafasan

You might also like